Tips Mengecilkan Liang Pori Muka Agar Lebih Flawless

Assalamualaikum wbt.

Kalau dilihat artis- artis Korea, geram betul daku menengoknya. Sudah lah putih melepak, kulit dorang sangat bersih, tegang dan anjal. Toink toink gitew.


Kalau mau dibandingkan dengan wajah ku ini. Aduh. Geram tengok kawasan hidung dan pipi yang liang pori nya terbuka. Semacam mangkuk cawan sudah.

Oleh kerana mengidamkan kulit wajah yang peloles, marilah kita tengok tips bagaimana untuk mengecilkan liang pori muka ni. Manalah tahu esok esok boleh bertukar menjadi retis.

1. Skrub, Mencuci dan Melembap

Liang roma kita ini akan lebih kelihatan jika ianya berminyak. Jadi untuk elakkan ianya berminyak dan mengeluarkan sebum, kenalah perbaiki struktur kulit kita dengan menjaganya dengan baik. Skrub sekali seminggu untuk menanggalkan kulit mati, cuci 2 hingga 3 kali sehari dan jangan lupa pakai pelembap.

2. Jus lemon, timun dan air mawar

Campurkan 1 sudu teh jus lemon, satu cawan air mawar dan setengah cawan jus timun. Satukan kesemuanya. Sapu ke kulit wajah. Ini boleh membersihkan, mencerahkan kulit dan mengecilkan liang pori tersebut.

3. Cuka Epal

Cuka epal ni sangat bagus untuk menjadikannya sebagai toner semulajadi. Berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran minyak, blackheads, whiteheads, kembali mengetatkan liang pori dan menyeimbangkan pH kulit wajah. Ianya punya antibakteria dan anti radang juga untuk merawat jerawat. Caranya, campurkan amaun yang sama cuka epal dan air. Rendam kapas dan ratakan ke kulit wajah. Basuh dengan air. Buatlah setiap malam selepas mencuci muka ya.

4. Putih telur

Asingkan putih telur. Pukul dan sapu ke atas kulit wajah. Biarkan hingga beberapa minit sehingga kering. Bilas dengan air. Dulu masa bujang, memang selalu buat gini setiap minggu. Boleh juga buat sebagai masker, cuma letak tisu di muka dan sapu putih telur atas tisu. Lepas kering, boleh lah tarik saja tisu tersebut.

5. Tomato

Lenyekkan tomato. Campurkan dengan jus lemon 3 hingga 4 titik. Sapu di bahagian liang pori yang besar. Biar selama 15 minit. Bilas.

6. Soda bikarbonat

Campurkan 2 sudu makan soda bikarbonat dan air suam. Ratakan ke kulit wajah, urut secara membulat. Bilas. Guna pelembap.

7. Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Ini paling senang. Payah pulak kau mau carik bendalah 6 tips yang di atas, wassap saja Kak Mas untuk set ini ya.


8. Shaklee Collagen Powder


Kolagen ini memang terbaik untuk menghilangkan jeragat, jerawat, mengecilkan liang pori yang besar itu. Confim muka akan lebih flawless dan berseri. Sudah ada ujian klinikal lagi, bukan nya baru dapat kelulusan KKM. Sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa.


Cantik bukan?

Sebenarnya untuk cantik flawless ni. Kita mestilah rajin rajinkan diri untuk menjaga kulit kita. Paling asas setiap hari kenalah ada pencuci, toner dan pelembap yang sesuai dengan kulit wajah. Sesekali hujung minggu, boleh lah skrub untuk menanggalkan kulit mati. Jangan lupa untuk guna krim UV apabila berada di luar.


Peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. Ahaks. Marilah kira menambah kerajinan supaya lebih CANTIK! Semoga lebih gojes lepas ni ya.

Salam sayang,
ibu anak tiga
Pengedar Shaklee Shah Alam
013.634.1955




Ulasan

Catatan Popular