Selasa, 27 Januari 2015

Reunion Sekolah : Pertemuan Semula Hampir 40 Tahun Lamanya

Reunion sekolah mereka setelah beberapa tahun.. bukan 10, 20 tahun..malah 40 tahun ya..




Ceritanya, ini kisah mertua ibum2m yang menginjak ke tahun 6 series, memang tahun pencen katanya. Mertua begitu teruja, manakan tidak ini reunion sekolah tingkatan 4 dan Tingkatan 5, memang sangat ohsem!
 
Pertemuan di atur di Kebun Kak Jah, Sungkai Perak. Kami pun tumpang sekaki, teringin jugak tengok ladang kambing. Semestinya ada resepi kambing untuk makan tengahari..
 

Bertolak jam10 pagi sampai dalam jam 12.30 tengahari, memang cun cun waktu makan..Makan di tengah- tengah ladang dengan menu kampung, huhu meletop dalam mulut katanya!! Best tengok pertemuan dorang..




 
Orang cakap, ni barulah namanya REUNION! Agaknya macamanalah kita nanti mau buat reunion bersama kawan- kawan kan..huhu
 


Kabarnya, dorang mau buat trip ke Guangzhou pulak lepas ni..
 
Samaada family ibum2m ikut ka ndak, hanya Allah sahaja yang tau..:-)

Khamis, 22 Januari 2015

Merdeka Oh Merdeka! Pabila Ibu Bekerja Sambil Belajar Habis Exam

Merdeka! Alhamdulillah selesai sudah exam. Beginilah rasanya pabila ibu bekerja sambil belajar ni sudah habis exam. Padahal baru ja abis semester pertama, ada 2 sem lagi..huhu
 
Cabaran ibu bekerjaya sambil belajar ni memang sangat beza. Tiadalah masa mo study sebab waktu malam, asal abis dinner terus mata jadi kuyu layu ja. Bantal pun memanggil- manggil suda. Tapi kalau ada test atau exam, memang kena jugak bangun pukul 2-3 pagi untuk study apa yang patut. Sebab kalau nda, memang melopong jak la depan kertas jawapan nanti..
 
Nasihatku kepada adik- adik di luar sana, time- time muda dan ada kelapangan ni, study la sampai peringkat tertinggi, sebab tanggungjawab kita semakin berat menunggu.. Tapi kalau mau ikut jejak ahkaak ni, hehe bole aja. Tapi memang bahaya sebab kekuatan halilintar mesti kamu ada supaya boleh jadik SUPERIBU macam ai..hik hik
 
Panjang list ni selepas exam, mo makan itulah, mo pigi sanalah, mo jalan sinilah tapi ntah kenapa, tengok kawan- kawan yang bujangan, lepas ja exam, terus pigi tengok wayang, makan- makan.. tapi untuk mak- mak seperti saya ni, paling best, lepas exam cepat- cepat ja mau pulang, amik anak dari rumah pengasuh dan peluk anak kuat- kuat..kerana INILAH KEBAHAGIAAN HAKIKI saya! 

 
Terima kasih Allah untuk segalanya..
 
Love,
ibum2m yang kuat!

Rabu, 7 Januari 2015

Doa BuatMu Anak- Anakku


Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata. 

Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil..

Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat. 

Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..

Jawab saya puan tukar sangkaan dan doa puan..insyaAllah dia akan jadi orang hebat...Allah baik,Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....

InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?

Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan. 

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Selepas beberapa minggu dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya alhamdulillah. Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...

Saya ingat mak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau kalau ebit jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.

Jika anak manja jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak kuat menangis insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..

Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mua hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.

Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak gila artis dan gamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..

Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua..




Inspirasi : Ust. Ebit Lew

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...