Memaparkan catatan dengan label Kisah Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Inspirasi. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2016

Nukilan Sang Suami

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Syukur jumpa dengan seorang lelaki yang minta nasihat mengenai isterinya..
 
Saya buat ziarah beberapa rumah. Rumah pertama, takper takper saya sibuk....
 
Rumah seterusnya, isterinya jerit, abang ni ha entah orang mana sibuk nak ziarah orang , tak tahu orang penat. Saya kata takper puan, kirim salam suami yer bagitau kami ziarah silaturrahim dari surau jer..
 
Rumah ketiga buka pintu dan jemput masuk. Dia pandang saya, Ustaz Ebit Lew yer. Syukur pada Allah. Saya ada email dan call pejabat nak jumpa ustaz. Allah makbulkan doa saya. Allahuakbar. Ya Allah.... Jom masuk ustaz. Rahmat disebalik susah.
 

Dia mula cerita masalahnya. Isterinya tiada di rumah ketika itu. Katanya dulu mereka bercinta lama. Terlalu sayang isterinya. Tapi satu yang buat dia terlalu sedih isterinya tidak solat langsung dan tidak pakai tudung. Dia pernah nasihat tapi isterinya siap menjerit dan macam histeria bila kena nasihat. Kadang-kadang mengelak kata sakit perut dan lain-lain. Sedih ustaz.. Kadang-kadang dia jumpa kawan-kawan perempuan dan lelaki. Dia menangis cerita.
 
Dulu saya ada ikut dakwah macam ni. Tapi dah lama tinggal. Rasa bersalah dan berdosa ustaz. Macam mana saya nak buat yer? Saya dah buat macam-macam tapi dia tak dengar langsung..saya siap bawa air penerang hati dan lain-lain.
 
Jawab saya, saat abang mula fikir agama dalam diri ahli keluarga Itu tanda cahaya kebaikan mula datang dalam hidup abang dan isteri. Sebenarnya wanita ini lembut abang. Dia suka dipimpin oleh suami. Bila kita menangi hati mereka insyaAllah seluruhnya akan berubah. Sehingga sanggup buat apa sahaja..Orang yang hatinya keras pun boleh berubah. Segalanya hidayah Allah. Keinginannya dan usaha orang sekaliling.
 
Abang belikan hadiah buat dia. Abang pernah beli bunga besar tak buat isteri? Buat 'surprise'..wanita suka kejutan. Bagi masa yang dia tak sangka. Buat sesuatu yang dia tidak jangka. Setiap hari macam kita nak mengorat semula. Buat dia betul-betul cair. Kalau dia kerja pejabat hantar Bunga besar masa meeting atau ceramah perdana. Biar semua orang nampak. Kalau suri rumah masa di rumah mertua atau masa dia di pasar...

 


Saya pernah buat dulu pada isteri saya. Dulu isteri saya pernah kata. Abang nak berjuang. Pergilah. Tapi saya doa jerlah .Saya tak nak ikut. Tak nak tutup-tutup yer.
 
Tapi lepas dapat bunga besar dan cantik di pejabat dia kata, abang nak pergi mana saya nak ikut. Biar sama-sama syahid dan masuk syurga....Bila hatinya terima kita, mereka akan menerima semuanya sampai akhirnya mereka hanya ingin Redha Allah.
 
Kedua hidupkan bacaan hadis dalam rumah setiap hari setengah jam paling kurang pada waktu tetap dan tempat tetap. Ia memberi kesan dalam hati insyaAllah. Perlahan-lahan ajak dia..
 
Ketiga bawa dia belajar iman dan Islam. Keluar jalan Allah.
 
Dia pun mula amalkan. Baru tadi dia sms saya. Ustaz tak sangka dalam masa 3 bulan saya amalkan semua itu, saya lihat isteri saya mula solat..Dia kejut saya solat subuh di masjid. Dia gosokkan baju saya pergi solat. Dia picit-picit saya waktu Subuh. Dia goda saya dan berjaya pujuk saya bangun tahajud. Saya pergi Masjid setiap hari. Dia pun rajin baca Al-Quran. Tak tahu nak gambarkan macam mana.
 
Hari raya baru ini dia mula bertudung. Katanya" cantik tak bidadari syurga abang" terima kasih abang sabar dan berjaya pujuk saya yang keras ini. Air mata sahaja saksi dan buktinya. Betapa hati saya terlalu gembira..Syukur pada Allah..Jazakallah khair.Benarlah bahagia dalam amalan Islam.
Wanita ini lembut dan inginkan kebaikan. Kita selalu memenangi seseorang kerana cinta dan suka padanya. Apalah kiranya kita gunakan segala usaha, kasih sayang, kelembutan, kebaikan, ilmu kita dan kita pimpin isteri dan anak-anak.
 
Terbayang indahnya dalam syurga nantikan, kita terbang dalam syurga bersama ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga kita. Isteri kita jadi permaisuri. Lebih cantik dari semua bidadari yang cantik. Mereka paling cantik, paling sexy, paling manis, paling menawan, paling manja, paling lemah lembut, tiada ada perkataan bosan lagi. Hanya nikmat dan bahagia yang tidak ada langsung duka...
 
Jom kita lelaki dan wanita jangan malas. Sama-sama kita teruskan perjuangan Ramadhan lalu. Syaitan dilepaskan tapi tetap kalah dan tewas kerana hati yang hidup.
 
Coretan dari,
Ustadz Ebit Lew
4 Ogos 2014
www.keluargasunnah.com

Rabu, 23 Mac 2016

Bila Berniaga, Jangan Kutip Hutang Dan Terkena Matahari

Bismillahirrahmanirrahim..

 
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan, Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak kamu lakukan.  

 

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari

 

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

 

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

 

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot? Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik : Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

 

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan? Jawab si abang: Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

 
Moral of the story

 
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya. Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah. Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;“Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan padanya agama dengan sebenar benar kefahaman”.
 

Sumber: Tazkirah.net, oleh Bahagian Dakwah JAKIM

Semoga bermanfaat!
 
-ibum2m-

 

Selasa, 23 Jun 2015

Kisah Inspirasi Terhebat Buat Wanita Menyusu Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..


Buat ibu- ibu menyusu di luar sana, kuatkan semangat, in shaa Allah kita boleh! Di sini ibum2m kongsikan kisah inspirasi buat semua dengan harapan dapat menaikkan lagi semangat kita para ibu menyusu di luar sana.. Aamiin..

 
 
Salam buat semua..
 
Saya mulakan dari mula perkenalan dengan suami ya..
 
Berkenalan dengan dia sewaktu universiti, bertembung di Masjid Shah Alam, dia diluar pagar waktu terawih. dan saya seperti kenal terus menegur, " Kenapa tak masuk?" jawapan dia "Maaf ya, saya bukan Islam tapi hati saya sangat sejuk dan tenang dengan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran". Semakin rapat hanya kerana beliau ingin mendalami Islam dan memeluk Islam pada Januari 2006 dengan nama Abdul Ra'uf Calgary Abdullah (bangsa Iban).
 
Kami berkahwin pada 20/08/2008, mendapat tentangan hebat dari keluarganya kerana mereka menyalahkan saya, dia memeluk Islam dan perkahwinan kami menyebabkan ibunya terus membuangnya sebagai anak. Saya hamil setahun kemudian tetapi gugur pada 15 minggu dan hamil anak kedua (Adam Darwisy) pada tahun 2010.
 
Adam dilahirkan pada 03 Disember 2010 pada minggu 34 dengan berat 1.58kg. Adam warded NICU untuk 29 hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan sepanjnag di hospital, keluarga mertua langsung tidak mengjenguk kami atau mengambil tahu tentang kami, seolah- olah kami tidak wujud. Suami amat menggalakkan breastfeeding walaupun saya memang tak mahu, tapi suami berkeras kerana baginya kasih sayang ibu tergambar dalam setiap titisan air susu ibu (seperti ibunya yang menyusukannya selama 3 tahun).
 
Hidup kami sangat bahagia sampai 1 hari, Allah telah mengambil dia disebabkan kemalangan pada 7 Jun 2010. Sampai ke hari ini, saya masih tidak percaya arwah telah pergi meninggalkan saya dan Adam. Saya terus berhenti kerja notis 24jam bawa Adam ke kampung saya di Taiping, Perak. Saya akui saya sangat lemah, tanggungjawab saya pada Adam saya abaikan, saya jadi tidak terurus lepas arwah pergi. Namun, satu- satunya perkara yang tetap saya buat ialah MENYUSUKAN Adam. Saya ingat pesan arwah "Abi nak anak abi cantik, pandai dan beriman kerana minum susu ibu".
 
Rupanya pesanan arwah itu banyak manfaatnya pada saya. Memang saya akui lepas arwah meninggal, saya banyak berkurung dan menangis. Tapi setiap kali menyusukan Adam, macam ada KEKUATAN yang disalurkan dari Adam pada saya. Terasa dekat di hati menusuk dan saya rasa kuat untuk terus tabah dan hadapi hidup ini. Even parents saya pun terkejut dengan perubahan saya bila saya cakap saya nak kerja semula.
 
Saya sendiri tak tahu nak menyusun kata- kata atau nak mengungkap bahasa yang indah- indah tapi itulah kurniaan Allah melalui air susu ibu. Saya  berharap agar cerita saya dapat memberi galakan dan semangat pada ibu- ibu lain kerana hikmah dan anugerah Allah berikan ini bukan sekadar mengenyangkan,  membesarkan malahan LEBIH dari apa yang kita jangkaukan..
 
SubhanAllah..
 
Dipetik daripada "Buku Inspirasi Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya" 
 
 
Salam Sayang,
ibum2m

Jumaat, 20 Jun 2014

Kisah Inspirasi Buat Ibu- ibu Menyusu

Salam bahagia semua..

Alhamdulillah syukur ibum2m panjatkan kepada Allah SWT kerana masih mampu bernafas di bumiNya. Insya Allah malam ni, ibum2m sekeluarga bersama mertua akan pulang ke Kedah untuk melawat saudara mara di sana sempena menyambut Ramadhan yang kurang dari 8 hari lagi ni..
 
Hari ni terbaca kisah perjalanan penyusuan seorang ibu muda yang sangat cekal di FB Puan Suraya Ali iaitu pemilik Lunatots Malaysia yang sememangnya sangat- sangat memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Tersentuh hati dan tidak sedar yang airmata menitik laju semaunya..


 Salam kak sue, sy merupakan salah seorang student bfeeding class kak sue. 2 kali sy attend class kak sue n byk membantu. Sy nk ucapkan terima kasih pd kak sue dan jgn berhenti buat class bfeeding sbb... sy byk suh kwn2 sy utk attend class kak sue for their preparation into motherhood. Btw, anak sy skrg da nk masuk 7 bulan dan susu sy masih byk alhamdulillah. Dr die lahir sampai skrg, sy pam tiap 3 jam n hasilnya 10 oz. walaubgmana pn, sy merupakan insan terpilih untuk melahirkan anak sy yg istimewa. Anak sy telah disahkan menghidap 'chromosome disorder'. Oleh itu, dia tidak mampu direct bfeed dan juga hisap puting botol. Sampai skrg pakai ryles tube masuk kt hidung and direct to perut. Anak sy juga mengalami masalah jantung berlubang, masalah pernafasan , masalah penglihatan dan sbgainya. Tp alhamdulillah, hasil dr ilmu yg kak sue kongsi, walaupun 2 3 kali anak sy masuk hospital, masuk icu sampai kene gune life support, die gebu. Hasil dr susu badan saya. Sy terkenal kt hospital sbb doctor and nurse tnye sy tips susu byk. Tp bak kata kak sue, sumer ni psikologi dlm otak kan. lg skali kak sue, time kasih. Ok nak pam susu.😊 assalamualaikum.
by Shiro Aina 





Diharap kisah ini akan memberi inspirasi kepada kita dan bakal ibu di luar sana. Sesungguhnya titisan emas anda amat bermakna buat si kecil dan janganlah cuba menafikan HAK tersebut. Percukupkanlah ilmu di dada dan insya Allah Dia akan mempermudahkan segalanya. Marilah kita sama- sama berjuang habis- habisan untuk anak kita.
 
'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'
 
 
Salam Sayang,
ibum2m


Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...