Memaparkan catatan dengan label Set Kesuburan Suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Kesuburan Suami. Papar semua catatan

Selasa, 26 September 2017

Hamil Anak Pertama Selepas Dua Bulan Mengamalkan Supplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Zuriat permata hati kedua ibu ayah. Saat menanti kehadiranmu, sememangnya sangat menguji iman dan emosi keduanya.

Bermacam usaha dilakukan, segala ikhtiar dilalui hanya untuk mendapatkan kabar gembira buat pengikat kasih dua sejoli.

Perkongsian dari Puan Shima Zainal buat kalian yang inginkan kehadiran si kecil di dalam hidup kalian..




Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin..
Kami bernikah pada Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.Ini cerita kami..
Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu. .
Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge. Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada masalah lain masa tu. .Doctor kata, discharge adalah masalah biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12 minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage. Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC). .
Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih, memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, GLA Complex..
Bila hati tidak yakin, bila hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain..
Apabila usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius. Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk saya. .
Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan sperma dapat disenyawakan..
Maka kami pun bertambah yakin dan tekad. Kami consistent amalkan supplement Shaklee, tidak seperti sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini (ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex). .
Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi. .
Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28 Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami. Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal. .
Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami. Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99 kg, juga secara normal..
Kami bersyukur dengan nikmat Allah berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah, Allah berikan yang terbaik untuk kita..
Sahabat-sahabat semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini, nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti.

Nikmatilah kegembiraan bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa anda..
Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah, rezeki itu milik anda..
Inilah #ShakleeEffect kami.


Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi cahaya buat pasangan di luar sana.

Salam sayang,
ibum3m

Khamis, 18 Mei 2017

Berjaya Hamil Setelah Enam Tahun Menanti Dengan Supplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Gembira rasanya hati jika dapat membantu sahabat yang belum dikurniai cahayamata, dan ternyata ianya berhasil. Apalagi empunya diri bukan? 

Setelah berusaha selama 6 tahun, akhirnya Puan Sulhana Shuhaimi bersyukur mendapat khabar gembira mengenai kehamilan anak pertama beliau. 

Mari kita baca perkongsian beliau.


[PENANTIAN 6 TAHUN UNTUK ZURIAT PERTAMA BERAKHIR DENGAN BANTUAN SUPLEMEN SHAKLEE]

.

Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.



.

Saya mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.
.

Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa.Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.
.


Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. 

Sekian.

Allahuakbar. Dia Maha Mendengar akan dia hambaNya. 

Sekiranya kalian ingin mendapatkan Set Kesuburan buat Suami yang terdiri daripada Vitamin E, Vitamin C dan Multivitamin. Set Kesuburan Isteri iaitu Vitamin B, GLA dan Alfalfa. 

Hubungi saja Mas 013.634.1955.

Tapi sekiranya kalian menghadapi kesukaran untuk menelan banyak supplemen berbentuk pil atau kapsul, boleh sahaja mencuba VIVIX Shaklee. 

Boleh rujuk perkongsian testimoni Vivix oleh Encik Daud Mohamad dimana penantian selama SEPULUH TAHUN untuk mendapatkan zuriat ke dua akhirnya berhasil setelah mengamalkan Vivix selama satu bulan lebih. Klik sahaja di SINI.

Untuk informasi ingin hamil, boleh juga baca informasi mengenai supplemen yang diperlukan untuk hamil di sini .

Inshaa Allah. 

Semoga bermanfaat.

Selasa, 2 Jun 2015

Cara Mudah Mendapatkan Rawatan Kesuburan Di Hospital Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim..



Zuriat sememangnya adalah impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Anak kurniaan yang terindah dan sangat bernilai yang mampu mencorakkan kebahagiaan rumahtangga. Anak juga sedikit sebanyak dapat mengajar kita untuk lebih matang dan lebih menghargai hidup ini.




Pengalaman ini dikongsikan oleh rakan ibum2m yang sememangnya telah mendirikan rumahtangga hampir 5 tahun dan belum dikurniai cahayamata. Pelbagai usaha telah mereka cuba dan sampai pada saat ibum2m menulis ni, rakan ni masih lagi mencuba untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Entri kali ni sekadar ingin berkongsi pengalaman beliau dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata dan supaya pembaca boleh membuat perbandingan diantara pelbagai jenis rawatan yang disediakan melalui hospital kerajaan dan juga swasta.

Pada mulanya, beliau mendapatkan rawatan kesuburan di salah sebuah hospital swasta di ibukota. Dan semestinya sudah ribuan ringgit harus disediakan bagi menjalani setiap rawatan yang dicadangkan oleh pakar di sana. Paling kurang, pasangan perlu menyediakan RM15 ribu hingga RM20 ribu untuk menjalani rawatan tersebut. Malangnya, tiada rezeki bagi mereka di sini. Rawatan tersebut tidak berjaya.

Comel sungguh kan? ;-)

Kali kedua, beliau mencuba mendapatkan rawatan di LPPKN. Untuk mendapatkan rawatan IUI, kos yang perlu disediakan adalah RM1000 untuk setiap rawatan. IUI pertama yang dibuat tidak berjaya dan rakan ibum2m mulai merasai sedikit tekanan, kesan daripada hasil rawatan tersebut. Lagi 'stress' kerana beliau terpaksa menabung lagi untuk mendapatkan rawatan yang sama untuk kali kedua.

Sehinggalah pada suatu hari, rakan kepada saudara beliau menyarankan supaya dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan yang berdekatan terlebih dahulu. Selepas itu, beliau dan pasangan pergi ke klinik kesihatan tersebut dan diberikan surat 'referral' untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sampai di HKL, beliau berasa begitu terharu dan teruja dengan layanan yang sangat bagus, mesra dan professional oleh jururawat di situ. Penerangan yang diberikan sangat terperinci dan mendalam. Suami beliau pun mengiyakan dan mengatakan ini memang servis yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan layanan di hospital swasta.



Walaupun beliau diberikan tempoh 4 bulan temujanji sebelum berjumpa doktor pakar, namun terdapat beberapa prosedur yang mereka jalani sebelum tarikh temujanji sebenar.Tapi apa yang menggembirakan ialah beliau tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali RM5 sahaja. Lagi, rawatan IUI itu akan dibuat selama 3 kali berturut- turut untuk 3 kitaran haid (1 bulan sekali untuk 1 kitaran haid) dan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan pun.

Seringkali kita skeptikal akan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan. Servis yang lambat, tempoh masa menunggu yang sangat lama dan sesak sering kita jadikan alasan supaya tidak ke hospital kerajaan. Sebenarnya, ibum2m pun berfikir macam ni jugak huhu.

Realitinya, bayangkan HKL menerima hampir 24,000 orang setiap hari dengan kakitangan hanya 11,000 sememangnya tidak mencukupi untuk memuaskan hati semua pelanggan mereka.

Jadi, ibum2m menyarankan agar pasangan yang belum mempunyai rezeki cahayamata, boleh la mengikut prosedur yang seperti diceritakan di atas. Mudah saja..
# 1. Dapatkan surat rujukan di klinik kesihatan yang berdekatan. Jangan lupa bawa pasangan anda dan surat nikah ya..
# 2. Boleh juga datang walk- in di HKL. Boleh hubungi HKL Infertility Department 03-2615 5555 Ext 6797.

Dan In shaa Allah, anda dijanjikan servis yang mantap dan layanan yang mesra oleh para kakitangan di sana.
Segala usaha dan ikhtiar sememangnya memerlukan kesabaran ydan kekuatan yang tinggi bagi setiap pasangan. Di sini ibum2m selitkan artikel dari Dr. Zubaidi mengenai rawatan kesuburan dan kehamilan.

Selain mendapatkan rawatan sedia ada, amat penting juga kita sebagai empunya diri untuk memperlengkapkan diri supaya lebih bersedia untuk mendapatkan zuriat.

Seperti saranan oleh Dr Hamid Arshat di atas, jaga berat badan yang ideal, exersize 30 minit setiap hari dan juga amalkan supplemen yang sesuai.

Di antara supplemen yang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan ialah:

1. Vitalea @ Multivitamin

Pelengkap nutrisi yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Zat besi dalam vitalea amat penting bagi membantu pembentukan sel- sel darah merah dan untuk mencegah anemia.


2. Vitamin C

Membantu menyalurkan vitamin C secara berterusan melalui kaedah pelepasan masa. Kekurangan vitamin C dan antioksida boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Jika suami seorang perokok, keperluan antioksidanya adalah lebih tinggi.


3. Asid Folik

Vitamin B Kompleks yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B dan asid folik. Asid folik yang terdapat dalam vitamin B Shaklee merupakan asid folik semulajadi yang pertama dicipta di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Asid folik ini sangat penting untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%.


4. Vitamin E

Amat penting bagi bakal ayah. Pengambilan vitamin E Shaklee yang lengkap dengan Selenium boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motiliti sperma tersebut.


5. GLA 

GLA Shaklee berfungsi untuk mengawalselia hormon kesuburan iaitu estrogen untuk wanita dan testosteron untuk lelaki. Keistimewaan GLA Shaklee ialah ianya diekstrak dari borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO, dimana lebih berkesan sebanyak 3 kali ganda berbanding EPO.



6. Vivix

Minuman botanikal yang kaya dengan polifenol, fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan anti-penuaan semulajadi. Mampu bertindak dengan memulihkan sel- sel dalam badan.


Mari kita lihat beberapa testimoni dari pasangan yang berjaya hamil dengan pengambilan supplemen Shaklee melalui Set Kesuburan secara konsisten.

#Testimoni 1



#Testimoni 2




#Testimoni 3





#Testimoni 4





#Testimoni 5





Kita ikhtiar, segalanya dengan izinNya jua. Untuk tips mudah hamil, boleh baca sini ya. 

Untuk pesanan segera, boleh klik di sini SET PREMIUM KESUBURAN

Sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh saja hubungi Kak Mas@ ibum2m, 013.634.1955. Inshaa Allah, konsultasi terbaik untuk kalian.




Ibum2m doakan semoga setiap pasangan yang berkahwin, akan dikurniai cahayamata yang comel dan soleh solehah..Aamiin..



Salam sayang,

-ibum2m-

013-6341955
Rakan Shaklee Putrajaya/ Cheras/ Hulu Langat/ Tawau

Rabu, 11 Jun 2014

Tips Mudah Hamil Secara Semulajadi

Salam sayang.

Sesungguhnya setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga memang mengimpikan kehadiran si kecil bagi menguatkan lagi kasih sayang di antara keduanya. Takdir Allah tidak ada siapa yang tahu, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, tawakal dan ikhtiar semampunya.



TIGA perkara yang PALING PENTING untuk diketahui oleh setiap pasangan dalam usaha untuk hamil ialah: 

1. Waktu subur iaitu di mana bakal ibu akan mengeluarkan benih iaitu ovum supaya dapat disenyawakan dengan benih suami yang dikenali sebagai sperma.


2. Suami perlu mempunyai sperma yang sihat dan berkualiti.

3. Saluran tiub fallopio bakal ibu mestilah tidak tersumbat dan dapat berfungsi dengan baik agar menemukan sperma dan ovum.


Bagi memenuhi TIGA kriteria penting di atas, di sini ibum2m akan menyediakan beberapa persoalan supaya ianya lebih mudah untuk difahami.

1. Waktu Subur : Bagaimana cara mengetahuinya?

CARA 1 - Pengiraan Hari Subur


Wanita normal kebiasaannya mempunyai kitaran selama 28 hari, dan waktu subur bagi wanita normal memang senang di agak iaitu dalam lingkungan hari ke 10-15.

Jika wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, tandakan HARI PERTAMA HAID pada setiap bulan pada kalendar sekurang- kurangnya selama 8 -12 bulan. Pastu, boleh buat pengiraan macam yang di bawah:

Pilih kitaran yang paling panjang, pastu tolak 18 hari = X

Pilih kitaran yang paling pendek, pastu tolak 11 hari = Y

Jadi, waktu subur anda ialah dari hari ke- X hingga ke Y.

CARA 2 - Perubahan suhu basal badan (BBT)

Suhu badan diukur pada waktu awal pagi dengan menggunakan alat jangka suhu digital. Kebiasaannya semasa ovulasi, suhu badan akan melonjak sehingga 36.7C (atau lebih daripada itu). Tapi kadang- kadang bacaan ni tidak tepat kalau kita demam, tidak cukup tidur atau ada penyakit- penyakit lain.

CARA 3 - Pemeriksaan bendalir pangkal rahim

Waktu subur, bendalir akan menyerupai putih telur mentah, terhasil dalam jumlah banyak dan jernih (tiada warna). Selepas ovulasi, bendalir akan jadi lebih pekat, kental, berwarna keputihan dan sedikit.

Boleh klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mengetahui waktu subur anda.

2. Sperma Sihat Dan Berkualiti : Bagaimana memilikinya?



Sperma Sihat VS Sperma Tidak Sihat


Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital berdekatan anda. Tapi kalaupun malu, ibum2m menyarankan agar suami mencuba SET KESUBURAN SUAMI SHAKLEE yang terdiri daripada Vitamin E dan Zink.
Vitamin E
Fungsi : Membantu mepertingkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan kiraan sperma, kualiti air mani dan motiliti sperma.
(120 biji hanya RM149)
Klik SINI untuk info lanjut Vitamin E


Zink
Fungsi : Membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma.
(120 biji hanya RM33.75)

Harga SET KESUBURAN SUAMI hanya RM182.75 tahan untuk penggunaan 2-4 bulan.


 3.  Saluran tiub fallopio bakal ibu berfungi dengan baik 

Pemeriksaan lebih lanjut boleh dilaksanakan dengan berjumpa doktor berdekatan. Hal ini kebiasaannya hanya boleh dikesan dan diperbetulkan dengan kaedah pembedahan kecil iaitu laparoscopy yang menyerupai teropong kecil bagi mengetahui lokasi tersumbat terbabit. Boleh klik SINI untuk info lanjut berkaitan masalah ini.

Saranan ibum2m untuk bakal ibu, bolehlah mencuba untuk memiliki SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE yang terdiri daripada GLA dan ALFALFA.


GLA
Fungsi : Membantu mengawalselia hormon estrogen wanita dan sekaligus mempertingkatkan tahap kesuburan wanita
(60 biji hanya RM91.25)


Alfalfa
Fungsi : Bertindak sebagai 'Kacip Fatimah', mengawal keputihan, mengelakkan senggugut dan PMS.
(330 biji hanya RM 53.75, 700 biji hanya RM97.50)

Harga SET KESUBURAN WANITA hanya RM145 atau RM188.75 tahan untuk penggunaan 2-4 bulan


Mari tengok testimoni..









Harga SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI?

Hanya RM327.75 SAHAJA

(Tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM10 untuk Semenanjung Malaysia atau RM20 untuk Sabah/ Sarawak.)


Demikian perkongsian ibum2m bagi setiap pasangan yang belum memiliki cahayamata atau yang tengah merancang untuk menambah sahabat bagi si kecil anda..Sesungguhnya kita hanya berikhtiar, supplemen sebagai alat tetapi hanya dengan izin Allah SWT, insya Allah impian memiliki si comel anda akan tercapai..;-)

Untuk sumber rujukan yang lain, anda bolehla klik di SINI untuk mengetahui tips- tips merancang kehamilan anda.




Untuk mendapatkan SET KESUBURAN SUAMI dan SET KESUBURAN WANITA, anda boleh klik sahaja di bawah ini.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e98cb037f376fa53b314c166766ef55e


Bagi mendapatkan konsultasi PERCUMA dari ibum2m, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat).


Semoga bermanfaat!


COD Area : Putrajaya


Love,
ibum2m






Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...