Memaparkan catatan dengan label Dishwash Concentrated. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dishwash Concentrated. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2016

Cecair Serbaguna Basic H Mudahkan Kerja Di Rumah

Assalamualaikum semua..:-)

Hujung minggu, tugas ibu akan bertambah rumit. Terpaksa jadi tangan sotong untuk siapkan 1001 to-do-list. Dari kerja membasuh kain, sampailah iron baju, mop lantai, cuci kipas yang berat betul nak gerak tu..haha. Tapi Alhamdulilah sebab ada Multipurpose Basic H ni, semua kerja jadi senang dan mudah.

Tapi, Cerita dengan Basic H ni memang kadang- kadang buat ibu jadi trauma.


Sejak Maisha dan Mikail kecil, memang slalu dorang mandi dengan Basic H ni. Suka betul dorang sebab banyak 'bubble' katanya. Lagipun Maisha kulitnya sangat sensitif dengan sabun mandi biasa, asyik tergaru sana sini sampai merah- merah badannya kalau pas mandi. Tu yang malas mo belikan dia shower bath yang barbie tu. Jadi ibu guna ja la Basic H sebagai shower gel dorang. 😜

Mo dijadikan crita, satu hari tu, ibu biarkan dorang mandi sendiri. Tup-tup habis satu botol Basic H yang tinggal 3/4 botol tu dibuatnya, Maisha berus lantai, Mikail cuci spender dia..Alahai la anak! Pingsan ibu! Nasibla Basic H ni murah nakk! Lepas dari kejadian tu, memang simpan ni Basic H di tempat yang tinggi. Trauma betul!😁

Apa yang bestnya lagi pasal Basic H ni, kegunaannya sangatlah banyak. Ibu guna untuk mop lantai, lap kabinet, cuci tingkap, lap meja, lap kipas dan banyak lagi la. Biasanya, ibu akan letak Basic H ni campur air dalam botol spray. Jadi senang la sikit klu ada makanan tumpah, spray dan lap ja. Lagi ibu suka, semut pun malu- malu mo datang ya 😁! Ai loikee sangat..

Lagi, disebabkan baunya yang wangi tu, ibu suka cuci tong sampah dengan Basic H. Incik asben pulak biasanya rendam jubah dan baju keja sampailah cuci motor dengan Basic H ni. Lebihan air atau bilasannya pulak boleh siram tanaman. Klu sapa ada kucing tu, kucing pun bole mandikan sama 😜

Segala kelengkapan penyusuan, kadang- kadang ibu rendam dengan Basic H juga, selain guna Dishwash Shaklee. Kulat- kulat susu yang melekat di puting botol susu pun boleh hilang. Apalagi botol air yang guna straw, susah kan mo basuh. Rendam ja dengan Basic H satu malam, kompom hilang esoknya tanpa disental!

Selain tu, sayuran pun bole direndam guna Basic H ni, kembali segar nanti. Pokoknya, memang Basic H ni ada 1001 kegunaan la..memang pemudah keja kita di rumah.

MURAH! JIMAT! SERBAGUNA! SELAMAT! BERKESAN! TAHAN LAMA!

RM46 sahaja tau!

Sangat recommended buat ibu- ibu yang superbuzy bee like me uols..hehe

Salam sayang, 
Ibum3m 013-6341955
Pengguna tegar Shaklee dari 2012
Pengedar Shaklee #shahalam dan pengeposan seluruh Malaysia

Ahad, 28 September 2014

Dishwash Concentrated Shaklee: Hebat Menanggalkan Minyak Dan Sesuai Untuk Basuh Kelengkapan Bayi

Dishwash Concentrated Shaklee memang hebat. Dishwash Concentrated ini merupakan pencuci pinggan mangkuk yang  mampu menghilangkan minyak dengan mudah dan cepat. Selain itu, ianya amat sesuai untuk mencuci segala kelengkapan bayi seperti botol susu, pam susu, pinggan mangkuk kanak- kanak dan sebagainya. 


Dishwash Concentrated Shaklee
Jom basuh pinggan bersama anak dengan menggunakan Dishwash Concentrated Shaklee


Paling best Dishwash Concentrated Shaklee ni sesuai untuk membasuh segala jenis kelengkapan. Jadi, tidak payah lagi kita mau asingkan ni pencuci pinggan mangkuk, ni pencuci kuali dan ini pencuci botol anak- anak kita. Semuanya ALL IN ONE!

Dishwash Concentrated Shaklee ni didatangkan dengan jenis yang concentrated, maksudnya memang pekat. Kita hanya guna setitik dua ja, larut dalam air, pastu guna untuk membasuh. Kebiasaannya, ibum2m akan sediakan baldi kecil, letak setitik dua Dishwash, pastu penuhkan baldi kecil tu dengan air. Rendam segala jenis kelengkapan pam susu, botol susu dan storage bottle untuk Mikail. Memang senang, tidak payah sental lama- lama..:-)


Menurut pengalaman kawan ibum2m, dia telah cuba basuh straw minuman anaknya yang ada lekuk- lekuk tu..Maisha dan Mikail pun ada jugak straw macam tu, payah sangat kita bersihkan bukan? Menurutnya, dia hanya rendam dan kocak- kocak straw tu dalam Dishwash, Alhamdulillah, tidak payah nak cungkil- cungkil lagi, trus hilang segala jenis kotoran dalam straw tadi.

Tahukah Kita?

Dishwash Concentrated Shaklee selamat untuk semua


Sebenarnya, sesetengah pencuci pinggan mangkuk ni mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzenesulfonate. Kedua kandungan ni boleh menyebabkan rengsa pada kulit dan mata. Itulah sebabnya kenapa kadang- kadang, selepas basuh pinggan, kulit tangan akan rasa merah dan panas.

Dishwash Concentrated terbukti tidak mengandungi bahan- bahan tersebut mahupun bahan- bahan berbahaya yang lain. Lagipun kandungan Dishwash Concentrated ni cuma daripada kombinasi jagung dan kelapa, sangat semulajadi giteww!!

Uniknya Dishwash Concentrated Shaklee!!!

Dishwash Concentrated Shaklee


SELAMAT
Tidak bertoksik, hipoalergik, tanpa klorin, lembut pada tangan, pH seimbang dan tanpa bahan kimia yang berbahaya.

BERKESAN
Amat berkesan menanggalkan kesan minyak, formula kepekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak.
Buih sabun yang lebih tahan lama.

MESRA ALAM
Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
Biorosot
Tanpa fosfat, tanpa bahan pewarna
Botol boleh dikitar semula
Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Jom ORDER SEKARANG dengan harga RM28 sahaja!



Sebarang konsultasi, boleh hubungi ibum2m di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat!

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...