Memaparkan catatan dengan label Basic H. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Basic H. Papar semua catatan

Rabu, 8 Februari 2017

Muhammad Masuk Wad Untuk Pertama Kali Disebabkan Demam Panas

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni episod kami bermula dengan Muhammad masuk wad. Sebenarnya ini kali kedua Muhammad demam sejak lahir.

Tapi demam kali ni sangat menguji ibu. Asalnya dia demam bermula hari Sabtu 7 Januari 2017. Kebetulan pula, minggu ni merupakan kali pertama Muhammad di hantar ke rumah pengasuh.



Sebelum ini, memang Mak Tok yang jaga di rumah. Tapi disebabkan kakaknya, Maisha dah start sekolah, maka Maisha tinggal dengan Mak Tok. Mikail dan Muhammad ikut ibu ke ofis sebab pengasuh tinggal berdekatan ofis ibu.

Dipendekkan cerita, Muhammad demam Sabtu tu, ibu bagi tidak bagi lagi apa- apa ubat. Hanya jerlum badannya, pakaikan pampers saja dan bagi direct feed sekerap yang boleh. Mandikan dia 3 kali dengan Basic H, sapu pelipat- pelipat dengan Herbal Blend dan jerlum guna air zam zam.

Esoknya ibu kena keja sebab bertugas di Education Fair KLCC. Jadi terpaksa tinggalkan Muhammad dalam jagaan suami dan mertua. Tapi sebelum pegi, masukkan dulu supp PCM.



Pesan dekat asben, bagi ja ubat PCM secara orally kalau suhu badan tidak turun. Balik ja dari education fair, mertua tengah peluk Muhammad dengan keadaan tidak berbaju, hanya memakai pampers. Badannya sangat panas.

Bagi PCM orally, terus jerlum lagi dan direct feeding. Satu malam ibu berjaga, takut ada apa- apa. Isnin ibu cuti, jaga Muhammad. Bagi ubat juga, tapi demam on off. Kejap ja suhu turun, nanti naik semula.

Selasa terus ajak asben pegi klinik. Jumpa ja doktor, terus doktor cakap ini mesti admit ni, sebab bibir dah kering. Badan dah lembik dan suara pun macam ada takda. 'Baik terus pegi hospital, admit, amik darah dan terus masuk drip air. Nampak sangat lemah ni. Lebih- lebih lagi baby, dorang lagi cepat dehydrated dari kita yang dewasa ni'.

Aduh, menyirap darah ibu. Balik terus kemas baju, bergegas ke DEMC. Muhammad kena tahan di wad selama 4 hari sehingga petang Jumaat.



Alhamdulillah keadaannya beransur pulih selepas 1 botol drip dah masuk dalam badan. Ehm. Ini peringatan untuk diri sendiri dan ibu- ibu di sekalian.



Kena perhatikan keadaan anak lebih lebih lagi yang berumur setahun ke bawah ni. 2 hari demam, kena bawak dah ke klinik. Jangan tangguh. Suhu lebih 38 C terus bawa ke klinik. Sentiasa perhatikan keadaan bayi, bibir kering, hilang selera makan dan tidak aktif, segera juga ke klinik. Mudahan dengan tindakan awal kita boleh menyelamatkan anak- anak kita.



Sharing is caring!

Salam sayang,

ibum3m

Khamis, 29 September 2016

Cecair Serbaguna Basic H Mudahkan Kerja Di Rumah

Assalamualaikum semua..:-)

Hujung minggu, tugas ibu akan bertambah rumit. Terpaksa jadi tangan sotong untuk siapkan 1001 to-do-list. Dari kerja membasuh kain, sampailah iron baju, mop lantai, cuci kipas yang berat betul nak gerak tu..haha. Tapi Alhamdulilah sebab ada Multipurpose Basic H ni, semua kerja jadi senang dan mudah.

Tapi, Cerita dengan Basic H ni memang kadang- kadang buat ibu jadi trauma.


Sejak Maisha dan Mikail kecil, memang slalu dorang mandi dengan Basic H ni. Suka betul dorang sebab banyak 'bubble' katanya. Lagipun Maisha kulitnya sangat sensitif dengan sabun mandi biasa, asyik tergaru sana sini sampai merah- merah badannya kalau pas mandi. Tu yang malas mo belikan dia shower bath yang barbie tu. Jadi ibu guna ja la Basic H sebagai shower gel dorang. 😜

Mo dijadikan crita, satu hari tu, ibu biarkan dorang mandi sendiri. Tup-tup habis satu botol Basic H yang tinggal 3/4 botol tu dibuatnya, Maisha berus lantai, Mikail cuci spender dia..Alahai la anak! Pingsan ibu! Nasibla Basic H ni murah nakk! Lepas dari kejadian tu, memang simpan ni Basic H di tempat yang tinggi. Trauma betul!😁

Apa yang bestnya lagi pasal Basic H ni, kegunaannya sangatlah banyak. Ibu guna untuk mop lantai, lap kabinet, cuci tingkap, lap meja, lap kipas dan banyak lagi la. Biasanya, ibu akan letak Basic H ni campur air dalam botol spray. Jadi senang la sikit klu ada makanan tumpah, spray dan lap ja. Lagi ibu suka, semut pun malu- malu mo datang ya 😁! Ai loikee sangat..

Lagi, disebabkan baunya yang wangi tu, ibu suka cuci tong sampah dengan Basic H. Incik asben pulak biasanya rendam jubah dan baju keja sampailah cuci motor dengan Basic H ni. Lebihan air atau bilasannya pulak boleh siram tanaman. Klu sapa ada kucing tu, kucing pun bole mandikan sama 😜

Segala kelengkapan penyusuan, kadang- kadang ibu rendam dengan Basic H juga, selain guna Dishwash Shaklee. Kulat- kulat susu yang melekat di puting botol susu pun boleh hilang. Apalagi botol air yang guna straw, susah kan mo basuh. Rendam ja dengan Basic H satu malam, kompom hilang esoknya tanpa disental!

Selain tu, sayuran pun bole direndam guna Basic H ni, kembali segar nanti. Pokoknya, memang Basic H ni ada 1001 kegunaan la..memang pemudah keja kita di rumah.

MURAH! JIMAT! SERBAGUNA! SELAMAT! BERKESAN! TAHAN LAMA!

RM46 sahaja tau!

Sangat recommended buat ibu- ibu yang superbuzy bee like me uols..hehe

Salam sayang, 
Ibum3m 013-6341955
Pengguna tegar Shaklee dari 2012
Pengedar Shaklee #shahalam dan pengeposan seluruh Malaysia

Rabu, 22 Oktober 2014

IbuM2M Bertemu Heliza Helmi


Assalamualaikum dan salam ceria..
Selamat bercuti semua..Plan apa hari ni? Mesti ada yang plan bawa anak jalan- jalan, plan kemas rumah ka, plan berehat di rumah sambil mencuba resepi baru ka.. Apapun plan ibu- ibu sekalian, ibum2m harap semoga urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Aamiin..

Happy Diwali buat rakan- rakan India yang meraikannya. Plan ibum2m hari ni, kemas rumah, dan mau sapu dan mop lantai dengan Basic H Shaklee. Mentang- mentanglah sudah seminggu tidak mop lantai, bukan main semut- semutan 'berkawad kaki' sambil ber'cheerleading' lagi ya. Geram jugak tengok tapi sebab memandangkan berkejar masa, tiadalah dayaku untuk mengemas rumah. Alhamdulillah dengan Basic H ni, bolehlah bertahan 3 sampai 4 hari untuk semut tu datang..huhu

Plan di waktu petang, memang mau bertandang ke rumah ofismate di Kajang, Puan Ainul Malik. Usai bertemu, teruslah bawa m2m ke Jusco Cheras Selatan sebab sudah janji untuk belikan 'playdoh' untuk Maisha. Sorilah Maisha, ibu tak sempat sudah buatkan 'playdoh' homemade kita macam sebelum ni.

Time makan di Orchid Bistro, excited nih sebab ternampak kelibat seorang gadis kecil molek berjubah hitam, bertudung litup. Dalam hati, eish macam kenal ja ni, pastu perasan yang kelibat tu memang adik Heliza Helmi. Ibum2m memang minat betul dengan lagu Jom Zikir Lailahaillallah, nih memang lagu favourite ibu bersama Maisha dan Mikail.

Dengan tanpa segan, minta lah izin untuk amik gambar, kesian Heliza, terganggu kejap makan malamnya. Dan inilah hasilnya..



Thanks ya adik Heliza, ramah comel kenit dan ayu gitew..Ibum2m senyum sampai tak nampak telinga..hehe



Maisha pun hairan ibunya ter'over' excited. Alhamdulillah sejuk mata memandang. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai olehNya.. Aamiin..:-)

Jom dengar lagu Heliza ni, boleh lah jadi lagu favourite para ibu dan anak- anak kita lepas ni..insya Allah..

Jom Zikir by Heliza Helmi

Semoga bermanfaat! 


Isnin, 11 Ogos 2014

Basic H : Pencuci Tingkap Paling Berkesan, Jimat Dan Cepat Hilangkan Kesan Degil

Basic H Shaklee sememangnya pencuci tingkap paling berkesan, jimat dan cepat hilangkan kesan- kesan degil.

Alkisah ceritanya, semalam Ahad, ibum2m termakan pil "RAJIN" dan hampir seluruh tingkap mo dibersihkan..haha.. tapi tidak kesampaian,  cuma 2 tingkap dan 2 sliding door ja yang termampu dibersihkan ;-p

Caranya, penuhkan air paip di dalam bekas penyembur dan tambahkan saja 2-3 titik Basic H. Sembur- sembur ja ke tingkap dan terus lap guna kain basah. Tapi disebabkan ibum2m terlalu 'tinggi' orangnya, makan gunalah alat pencuci kipas yang dibeli di Cosway.

Hakikatnya, memang kerja membersih sangat senang, cepat dan kesan- kesan degil termasuklah segala harta karun Sang Cicak hilang dengan sekali harung ja..Huh senang kerja daku!

Jimat pun jimat sebab guna beberapa titik ja. Untuk pengetahuan, Basic H ni memang didatangkan secara pekat ya, guna beberapa titik, 1-3 titik dalam 16 oz air. Ada kawan cakap, boleh tahan sampai setahun untuk satu botol !

Kelebihan lain Basic H Organic Super Cleaning Concentrate ni ialah:

1. Selamat  : digunakan sebab ianya tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa pewangi, tanpa bahan kimia berbahaya, lembut pada tangan, pH yang seimbang dan bebas klorin.

2. Berkesan : Untuk menanggalkan kotoran berminyak dan mempunyai kepekatan berganda- 16 auns dicairkan dengan 48 gelen air.

3. Mesra Alam : Ramuan semulajadinya diekstrak daripada jagung dan kelapa, tanpa fosfat, tanpa bahan pewarna, botolnya boleh dikitar semula dan amat selamat untuk penggunaan system septik dan pembentungan.

Tidak payah risau mo pakai sarung tangan ka, sebab memang Basic H ni lembut pada tangan dan tidak mengandungi sebarang toksik yang boleh meresap ke dalam badan iaitu melalui kulit atau sistem pernafasan.
 
Jangan tidak percaya, Basic H ni pun boleh digunakan untuk penghalau semut juga.

Jom beli Basic H Shaklee dengan hanya RM46 sebotol sahaja.
 
Mari mencuci dengan jayanya!!! hehe ..:-)

Rabu, 23 Julai 2014

Basic H: Penghalau Semut Paling Berkesan Dan Tahan Lama

Basic H Shaklee sememangnya penghalau semut yang paling mujarab dan berkesan. Umum mengetahui yang Basic H adalah pencuci serbaguna yang sangat memudahkan tugas membersih bagi ibu-ibu di rumah.

Pengalaman sendiri menggunakan Basic H, ibum2m kongsikan di sini ya..

Jatuh Cinta pandang pertama dengan Basic H, kenapa?

1. Jimat kerana kita hanya menggunakan beberapa titik sahaja untuk membersihkan tempat yg ingin dibersihkan. Ada kawan cakap, 6 bulan penggunaan pun belum jugak habis..

2. Serbaguna! Tugas membersih dan mencuci semua boleh guna Basic H sahaja. Cakaplah mo cuci tandas, mop lantai, lap tingkap, bersihkan dapur..semua BOLEH!

3. Cepat! Kenapa cepat? Tugas membersih dengan cepat sebab kita tidak perlu menyental lama- lama untuk hilangkan kotoran degil. Contohnya macam ibum2m, mop lantai kena lagi tekan kuat- kuat kepala mop tu dan tenyeh- tenyeh lg guna kaki tapi sekarang, tidak lagi! Mop sekali harung ja terus berkilat..;-))

4. Penghalau semut paling berkesan. Walaupun ada juga serpihan- serpihan makanan di lantai, maklumlah ada anak kecil, memang semut langsung tiada untuk tempoh 5 hari selepas mop..;-)

5. Bau satu rumah selepas menggunakan Basic H memang wangi dan sangat menyegarkan!

6. Selamat kerana kandungannya yang semulajadi dan sangat membantu dalam menyelamatkan bumi kita. Yeah! Cintailah Bumi Kita!;-)

Bah, Jom ramai- ramai order Basic H yang cuma berharga RM46 sebotol, memang super cleaning yang multipurpose dan tahan lama!

Untuk pesanan, pm segera ibum2m di 013-6341955 ya..

Salam Ramadhan Ke 27!



Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...