Memaparkan catatan dengan label Set Pencerahan Kulit Nutriwhite. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Pencerahan Kulit Nutriwhite. Papar semua catatan

Khamis, 20 April 2017

Tips Mengecilkan Liang Pori Muka Agar Lebih Flawless

Assalamualaikum wbt.

Kalau dilihat artis- artis Korea, geram betul daku menengoknya. Sudah lah putih melepak, kulit dorang sangat bersih, tegang dan anjal. Toink toink gitew.


Kalau mau dibandingkan dengan wajah ku ini. Aduh. Geram tengok kawasan hidung dan pipi yang liang pori nya terbuka. Semacam mangkuk cawan sudah.

Oleh kerana mengidamkan kulit wajah yang peloles, marilah kita tengok tips bagaimana untuk mengecilkan liang pori muka ni. Manalah tahu esok esok boleh bertukar menjadi retis.

1. Skrub, Mencuci dan Melembap

Liang roma kita ini akan lebih kelihatan jika ianya berminyak. Jadi untuk elakkan ianya berminyak dan mengeluarkan sebum, kenalah perbaiki struktur kulit kita dengan menjaganya dengan baik. Skrub sekali seminggu untuk menanggalkan kulit mati, cuci 2 hingga 3 kali sehari dan jangan lupa pakai pelembap.

2. Jus lemon, timun dan air mawar

Campurkan 1 sudu teh jus lemon, satu cawan air mawar dan setengah cawan jus timun. Satukan kesemuanya. Sapu ke kulit wajah. Ini boleh membersihkan, mencerahkan kulit dan mengecilkan liang pori tersebut.

3. Cuka Epal

Cuka epal ni sangat bagus untuk menjadikannya sebagai toner semulajadi. Berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran minyak, blackheads, whiteheads, kembali mengetatkan liang pori dan menyeimbangkan pH kulit wajah. Ianya punya antibakteria dan anti radang juga untuk merawat jerawat. Caranya, campurkan amaun yang sama cuka epal dan air. Rendam kapas dan ratakan ke kulit wajah. Basuh dengan air. Buatlah setiap malam selepas mencuci muka ya.

4. Putih telur

Asingkan putih telur. Pukul dan sapu ke atas kulit wajah. Biarkan hingga beberapa minit sehingga kering. Bilas dengan air. Dulu masa bujang, memang selalu buat gini setiap minggu. Boleh juga buat sebagai masker, cuma letak tisu di muka dan sapu putih telur atas tisu. Lepas kering, boleh lah tarik saja tisu tersebut.

5. Tomato

Lenyekkan tomato. Campurkan dengan jus lemon 3 hingga 4 titik. Sapu di bahagian liang pori yang besar. Biar selama 15 minit. Bilas.

6. Soda bikarbonat

Campurkan 2 sudu makan soda bikarbonat dan air suam. Ratakan ke kulit wajah, urut secara membulat. Bilas. Guna pelembap.

7. Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Ini paling senang. Payah pulak kau mau carik bendalah 6 tips yang di atas, wassap saja Kak Mas untuk set ini ya.


8. Shaklee Collagen Powder


Kolagen ini memang terbaik untuk menghilangkan jeragat, jerawat, mengecilkan liang pori yang besar itu. Confim muka akan lebih flawless dan berseri. Sudah ada ujian klinikal lagi, bukan nya baru dapat kelulusan KKM. Sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa.


Cantik bukan?

Sebenarnya untuk cantik flawless ni. Kita mestilah rajin rajinkan diri untuk menjaga kulit kita. Paling asas setiap hari kenalah ada pencuci, toner dan pelembap yang sesuai dengan kulit wajah. Sesekali hujung minggu, boleh lah skrub untuk menanggalkan kulit mati. Jangan lupa untuk guna krim UV apabila berada di luar.


Peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. Ahaks. Marilah kira menambah kerajinan supaya lebih CANTIK! Semoga lebih gojes lepas ni ya.

Salam sayang,
ibu anak tiga
Pengedar Shaklee Shah Alam
013.634.1955




Ahad, 16 April 2017

Langkah Demi Langkah: 7 Cara Penggunaan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Assalamualaikum. Salam hujung minggu.

Sarapan apa pagi ni? Alhamdulillah pagi ni teringat nak masak pancake la buat famili. Pancake dengan disirami sirap mable, madu dan cairan coklat, perghh sedap bukan? Pasti boleh menggugat iman. Keh keh. Gugel resepi pankek liteww!


Rutin di pagi minggu ni semestinya hari paling tenang. Pada hari inilah, si ibu akan menyediakan segala persiapan buat hari bekerja esok. Bermula dari persiapan sarapan, mendobi, melipat kain yang berbakul- bakul, iron baju dan sebagainya. Kerja rumah memang tidak akan habis.

Apapun, masa untuk diri sendiri jangan dilupa ya. Amat penting juga kita sebagai ibu- ibu mengambil sedikit masa untuk memanjakan diri. Bolehlah minta tolong incik asben untuk tengok- tengokkan anak sementara kita berfacial sendiri di rumah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.

Jom baca langkah demi langkah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ini.

#Langkah 1: 
MEMBERSIH dengan Gentle Action Make Up Remover. 

Tujuannya untuk membersihkan segala kulit mati. Caranya ialah dengan membasahkan muka terlebih dahulu. Lepas tu, urut lah dengan lembut secara membulat pada seluruh wajah dan leher kalian.

#Langkah 2: 
MEMBERSIH dengan Gentle Deep Cleaser.

Picit kira- kira satu inci cecair ini di hujung jari, mulakan dengan gerakan membulat ke seluruh wajah. Pada leher, urutkan secara menegak menghala ke atas. Berfungsi untuk membersihkan kulit wajah, membuka liang pori supaya dapat dibersihkan sepenuhnya. Selepas ini, pasti kulit kalian akan terasa lebih lembut, tegang dan segar.


#Langkah 3: 
MEMPERBAHARUI dengan Soothing Radiance Whitening Softener.

Ini adalah toner bagi set Nutriwhite. Ambil kapas, tuangkan sedikit toner pada kapas tersebut. Lalu, tekapkan secara lembut ke seluruh bahagian muka dan leher kalian. Ini bertujuan untuk menutup liang pori dan menyegarkan wajah.


#Langkah 4: 
MENCERAHKAN dengan Daily Defence Whitening Essence

Letakkan secara minimal ke bahagian dahi, kedua belah pipi, hidung, dagu dan leher. Ratakan essence tersebut dengan cara menepuk- nepuk lembut bahagian seluruh wajah dan leher kalian. 

#Langkah 5: 
MERAWAT dengan Spot Whitening Treatment


Sapukan sedikit pada kulit yang gelap dengan lembut. Gunakan sekali atau dua kali setiap hari. Elakkan daripada terkena pada cahaya matahari selepas menggunakannya. Sebaiknya gunakan pada waktu malam.


#Langkah 6: 
MENCEGAH dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15.

Untuk perlindungan pada waktu siang, ratakan secara lembut pada bahagian muka dan leher. Elakkan terkena pada bahagian mata. Bertindak melindungi kalian daripada kesan pancaran cahaya matahari.

#Langkah 7: 
MEMULIHKAN dengan Overnight Renewal Whitening Cream.

Khusus untuk malam sahaja. Sapukan dengan lembut pada seluruh muka dan leher. Berfungsi melembapkan kulit, mengurangkan tompok- tompok hitam, mengurangkan jeragat dan mengembalikan keserian wajah.

Begitulah 7 langkah mudah untuk menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite dari Shaklee ini. Mudah bukan?

Kalian akan berasa gembira dengan hasilnya nanti yang bakal membawa perubahan kepada kulit wajah kalian. Kulit akan lebih cerah berseri, membantu mengurangkan warna kulit yang tidak sekata. Dengan penggunaan yang berterusan, kulit wajah kalian akan kelihatan lebih sempurna.

Insha Allah.

Pembelian set lengkap Set Penjagaan Wajah Nutriwhite Shaklee akan memberikan kalian kelebihan sebagai KEAHLIAN PERCUMA, caj pos percuma dan BONUS cash rebate. Hanya untuk semua.

Konsultasi terbaik buat kalian. 
Wassap saja, MAS 013.634,1955
Semoga lebih gojes uolss. Ahaks!

Salam sayang,
ibum3m aka KakMas
Pengedar Shaklee Shah Alam

Sabtu, 15 April 2017

Set Penjagaan Wajah Semulajadi, Selamat Dan Berkesan Tanpa Bahan Beracun

Bismillahirrahmanirrahim.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Setiap wanita suka dipuji terutamanya dari segi kecantikan.


'Cantik awak hari ini.' Maka mood nya akan ceria di sepanjang hari tersebut. Hidung kembang kuncup mengalahkan penutup periuk. Keh Keh.

Setiap wanita mementingkan kecantikan terutamanya dari segi penjagaan wajah. Dek kerana mahu cantik, ada yang sanggup menggadai nyawa dengan menggunakan produk kecantikan tiruan yang tumbuh bak cendawan memenuhi pasaran.

Terpedaya dengan iklan palsu dan model cantik, padahal produk tersebut berselindung bahan- bahan yang merbahaya. Bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit, malah mengundang kanser sehinggakan boleh menyebabkan kecatatan kepada bayi yang dikandung. Nauzubillah.




Justeru, amat penting bagi kita untuk memilih produk kecantikan wajah yang benar- benar diyakini selamat. Bukan sekadar mendapat kelulusan KKM. Kadang tu, sudah dapat kelulusan KKM pun boleh pulak ditarik balik. Ngeri sungguh.

Penting untuk kita pastikan bahawa produk tersebut di hasilkan oleh syarikat yang diyakini. Bersyukur sangat sebab daku telah menemui Set Penjagaan Wajah oleh Shaklee. Syarikat yang sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa. Terkenal dengan banyak kajian klinikal terutamanya landmark study Shaklee.

Untuk pengetahuan, terdapat dua jenis set penjagaan wajah Shaklee iaitu Set Enfuselle dan Nutriwhite. Kebiasaannya, Set Enfuselle adalah untuk kulit yang bermasalah dan berjerawat. Set Nutriwhite khusus untuk pencerahan kulit wajah.

Daku guna Nutriwhite. Justeru, kita cerita mengenai Nutriwhite dulu ya. Hehe.



Apa yang hebat mengenai Set Penjagaan Wajah Nutriwhite ini, ianya diformulasikan khusus buat kulit wanita Asia. Diperbuat dari 16 bahan herba semulajadi.


Alhamdulillah, kulit daku memang agak sensitif. Jerawat pasir tumbuh di dahi. Jeragat bermaharajalela selepas bersalin Muhammad yang ketiga. Liang pori terbuka terutamanya di bahagian hidung dan pipi.

Selepas menggunakan Nutriwhite, terasa kulit wajah lebih lembut, jerawat pasir di dahi berkurangan. Jerawat malu mahu tumbuh dan kulit lebih cerah. Yeah.

Jom tengok testimoni sahabat yang lain.






Langkah pertama, kalian boleh mencuba 3 produk asas iaitu , toner dan krim UV. Langkah kedua, boleh lah memilih krim malam dan juga essence yang bertindak seperti serum. In shaa Allah entri seterusnya akan berkongsi mengenai langkah demi langkah menggunakan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite.



Justeru, sangat penting untuk kita membuat keputusan yang bijak untuk memilih Set Penjagaan Wajah yang sesuai dan selamat buat kita. Ini kerana wajah ini hanya ada satu sahaja. Dan ianya akan melambangkan diri kita untuk sepanjang hidup kita. Fuhh.




Semoga bermanfaat buat kalian. Selamat menjadi 'CHANTEK' luar dan dalam. In shaa Allah. Ahaks!


Berminat untuk mendapatkan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite, konsultasi terbaik hanya untuk sahabat sekalian. Wassap saja MAS 013.634.1955 ya. In shaa Allah sedia memberikan hanya yang terbaik.

Salam Sayang,

ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 12 Ogos 2016

Set Penjagaan Kulit NUTRIWHITE

Bismillahirrahmanirrahim ...

Wanita dan kecantikan, berpisah tiada. Tapi dalam memilih produk skincare yang sesuai, saya memang sangat memilih sebab punya kulit yang sensitif. Alhamdulillah Nutriwhite Shaklee adalah jawapannya!

Selamatkah? Memang nda risau sebab ini barang bagus punya! Pakar dari US dan Jepun yang hasilkan selepas 3 tahun dikaji secara klinikal. Saintis dorang keluarkan beratus- ratus jurnal lagi ya untuk setiap produk yang dihasilkan.

Semestinya, SEMULAJADI sebab dibuat dari 16 ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi dari 16 negara yang berlainan tanpa bahan kimia yang bahaya. Lagi, Nutriwhite ni memang dicipta khusus untuk orang Asia.



Berkesankah? Lepas cuci muka dengan GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER memang rasa segar dan halus ja, jerawat pasir pun hilang dan jeragat sudah mula pudar. Jerawat pun malu- malu mo tumbuh. Lagi berkesan, guna sekali dengan toner (SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER) dan moisturiser (ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPF).


Kebiasaannya, satu tiub Gentle Deep Foaming Cleanser ni (seperti dalam gambar) saya kongsi guna dengan incik asben dan tahan sampai 1 tahun ya..Jimat kan?


Masih mencari produk skincare yang sesuai? Manalah tau JAWAPAN kita sama..

Pengguna tegar Shaklee dari 2012

MAS@ LYA 013-6341955

Pengedar Shaklee #shahalam dan pengeposan seluruh Malaysia

Ahad, 13 Julai 2014

Inovasi Terbaru Set Penjagaan Kulit Nutriwhite Untuk Kulit Lebih Cerah, Berseri Dan Sempurna

Hari ni ibum2m memperkenalkan kepada anda, tidak kira kaum Hawa mahupun Adam, rahsia kecantikan wajah yang terbukti berkesan untuk menjadikan kulit anda lebih cerah dan berseri secara semulajadi.
 
Set Penjagaan Kulit Nutriwhite  yang terhasil daripada 16 nutrien hebat yang terbukti berkesan berfungsi untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan kesan- kesan gelap pada wajah. Hasilnya, kulit anda akan tampak lebih cerah, warna kulit yang rata dan seimbang serta cantik berseri.
 



Kombinasi 16 nutrien herba botani yang tulen yang dikenali sebagai WhiteN-16 ini terdiri daripada bearberry, kacang soya, scullap, pokok bic, mulberi, strawberi begonia, peony, rosemary, aloe vera, mountain arnica, cat's claw, kudzu, linden, marshmallow, rumpai laut dan alga hijau. WhiteN-16 yang kini menanti paten bertindak dengan LIMA Cara iaitu Mencegah, Mengurangkan, Menyekat, Mencerahkan dan Memperbaharui sel- sel kulit wajah anda!



 
Dengan hanya beberapa langkah, anda akan memiliki kulit wajah yang lebih cerah dan berseri dengan Nutriwhite.

# Membersihkan :
 Gentle Action Makeup Remover, Gentle Deep Foaming Cleanser
 
# Memperbaharui :
Soothing Radiance Whitening Softener
 
# Mencerahkan :
Daily Defense Whitening Essence
 
# Merawat :
Spot Whitening Treatment
 
# Mencegah :
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
 
# Memulihkan :
Overnight Renewal Whitening Cream

Hasilnya, kulit anda akan lebih cerah dan berseri, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata, dan dijamin dengan penggunaan yang berterusan, kulit wajah anda akan kelihatan lebih sempurna.

Jom mulakannya dengan 3 Langkah Asas iaitu:


Langkah seterusnya, anda boleh menambah mana- mana produk di bawah yang memberikan perlindungan selama 24 jam mengikut fokus penggunaan anda!


1. Gentle Action Makeup Remover
 
Fungsi : Menghilangkan sel- sel kulit mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan. Menegangkan, menyegarkan dan melembutkan kulit wajah. Lembut, tidak berminyak dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri.
 
2. Daily Defense Whitening Essence
 
Fungsi : Mencerahkan dan menegangkan kulit. Mengimbangkan pigmen, mengurangkan tompok- tompok hitam dan Vitamin C yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit dan mengembalikan seri wajah. Sangat lembut dan mudah diserap oleh kulit.
 
3. Spot Whitening Treatment
 
Fungsi : Memperbaiki kesan- kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat. Membantu mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit di samping membantu menegangkan kulit wajah. Sangat berkesan.
 
4. Overnight Renewal Whitening Cream
 
Fungsi : Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. membantu melembapkan, mencerahkan dan menghilangkan radang kulit. Mengurangkan tompok- tompok hitam dan mengembalikan seri wajah. Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang cantik dengan kelembutan, kehalusan dan kecerahan yang baru.
 
 
Mudah bukan?

 
Mari kita lihat keberkesanan Nutriwhite ..











JOM MILIKI DAN RASAI PERUBAHAN POSITIF KULIT WAJAH ANDA SEKARANG!

Perlu diingat!!!Produk- produk penjagaan kulit yang lain lazimnya tidak merawat kulit daripada pelbagai dimensi. Hanya Nutriwhite yang boleh mencerahkan, menyihatkan serta memanjakan kulit anda dengan kombinasi eksklusif nutrien WhiteN-16.

Klik di bawah ini untuk pesanan segera..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=82a008560ab8fa4bd01994e2ff52bb6a
 
 
Untuk sebarang konsultasi, boleh menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat). Sedia membantu anda!
 
 
Kerana Dirimu Begitu Berharga!!!
 
 
Salam sayang,
ibum2m
 

 

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...