Memaparkan catatan dengan label Tips Mencuci Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Mencuci Rumah. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2016

Cecair Serbaguna Basic H Mudahkan Kerja Di Rumah

Assalamualaikum semua..:-)

Hujung minggu, tugas ibu akan bertambah rumit. Terpaksa jadi tangan sotong untuk siapkan 1001 to-do-list. Dari kerja membasuh kain, sampailah iron baju, mop lantai, cuci kipas yang berat betul nak gerak tu..haha. Tapi Alhamdulilah sebab ada Multipurpose Basic H ni, semua kerja jadi senang dan mudah.

Tapi, Cerita dengan Basic H ni memang kadang- kadang buat ibu jadi trauma.


Sejak Maisha dan Mikail kecil, memang slalu dorang mandi dengan Basic H ni. Suka betul dorang sebab banyak 'bubble' katanya. Lagipun Maisha kulitnya sangat sensitif dengan sabun mandi biasa, asyik tergaru sana sini sampai merah- merah badannya kalau pas mandi. Tu yang malas mo belikan dia shower bath yang barbie tu. Jadi ibu guna ja la Basic H sebagai shower gel dorang. 😜

Mo dijadikan crita, satu hari tu, ibu biarkan dorang mandi sendiri. Tup-tup habis satu botol Basic H yang tinggal 3/4 botol tu dibuatnya, Maisha berus lantai, Mikail cuci spender dia..Alahai la anak! Pingsan ibu! Nasibla Basic H ni murah nakk! Lepas dari kejadian tu, memang simpan ni Basic H di tempat yang tinggi. Trauma betul!😁

Apa yang bestnya lagi pasal Basic H ni, kegunaannya sangatlah banyak. Ibu guna untuk mop lantai, lap kabinet, cuci tingkap, lap meja, lap kipas dan banyak lagi la. Biasanya, ibu akan letak Basic H ni campur air dalam botol spray. Jadi senang la sikit klu ada makanan tumpah, spray dan lap ja. Lagi ibu suka, semut pun malu- malu mo datang ya 😁! Ai loikee sangat..

Lagi, disebabkan baunya yang wangi tu, ibu suka cuci tong sampah dengan Basic H. Incik asben pulak biasanya rendam jubah dan baju keja sampailah cuci motor dengan Basic H ni. Lebihan air atau bilasannya pulak boleh siram tanaman. Klu sapa ada kucing tu, kucing pun bole mandikan sama 😜

Segala kelengkapan penyusuan, kadang- kadang ibu rendam dengan Basic H juga, selain guna Dishwash Shaklee. Kulat- kulat susu yang melekat di puting botol susu pun boleh hilang. Apalagi botol air yang guna straw, susah kan mo basuh. Rendam ja dengan Basic H satu malam, kompom hilang esoknya tanpa disental!

Selain tu, sayuran pun bole direndam guna Basic H ni, kembali segar nanti. Pokoknya, memang Basic H ni ada 1001 kegunaan la..memang pemudah keja kita di rumah.

MURAH! JIMAT! SERBAGUNA! SELAMAT! BERKESAN! TAHAN LAMA!

RM46 sahaja tau!

Sangat recommended buat ibu- ibu yang superbuzy bee like me uols..hehe

Salam sayang, 
Ibum3m 013-6341955
Pengguna tegar Shaklee dari 2012
Pengedar Shaklee #shahalam dan pengeposan seluruh Malaysia

Rabu, 23 Julai 2014

Basic H: Penghalau Semut Paling Berkesan Dan Tahan Lama

Basic H Shaklee sememangnya penghalau semut yang paling mujarab dan berkesan. Umum mengetahui yang Basic H adalah pencuci serbaguna yang sangat memudahkan tugas membersih bagi ibu-ibu di rumah.

Pengalaman sendiri menggunakan Basic H, ibum2m kongsikan di sini ya..

Jatuh Cinta pandang pertama dengan Basic H, kenapa?

1. Jimat kerana kita hanya menggunakan beberapa titik sahaja untuk membersihkan tempat yg ingin dibersihkan. Ada kawan cakap, 6 bulan penggunaan pun belum jugak habis..

2. Serbaguna! Tugas membersih dan mencuci semua boleh guna Basic H sahaja. Cakaplah mo cuci tandas, mop lantai, lap tingkap, bersihkan dapur..semua BOLEH!

3. Cepat! Kenapa cepat? Tugas membersih dengan cepat sebab kita tidak perlu menyental lama- lama untuk hilangkan kotoran degil. Contohnya macam ibum2m, mop lantai kena lagi tekan kuat- kuat kepala mop tu dan tenyeh- tenyeh lg guna kaki tapi sekarang, tidak lagi! Mop sekali harung ja terus berkilat..;-))

4. Penghalau semut paling berkesan. Walaupun ada juga serpihan- serpihan makanan di lantai, maklumlah ada anak kecil, memang semut langsung tiada untuk tempoh 5 hari selepas mop..;-)

5. Bau satu rumah selepas menggunakan Basic H memang wangi dan sangat menyegarkan!

6. Selamat kerana kandungannya yang semulajadi dan sangat membantu dalam menyelamatkan bumi kita. Yeah! Cintailah Bumi Kita!;-)

Bah, Jom ramai- ramai order Basic H yang cuma berharga RM46 sebotol, memang super cleaning yang multipurpose dan tahan lama!

Untuk pesanan, pm segera ibum2m di 013-6341955 ya..

Salam Ramadhan Ke 27!



Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...