Memaparkan catatan dengan label Tips Ibubapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Ibubapa. Papar semua catatan

Selasa, 3 April 2018

Set Shaklee Baby Bebas Paraben Sesuai Untuk Bayi Seawal Usia Sehari

Assalamualaikum

Menginjak ke usia kehamilan 32 minggu, terasa tidak sabar untuk memegang dan mengucup tangan si comel ku.


Persediaan tidaklah terlalu banyak sebab barangan bayi dari kakak dan abangnya masih ada lagi yang boleh digunakan.

Yang paling tertarik untuk mencuba ialah produk terbaru dari Shaklee ini iaitu Shaklee Baby Set.


Terdiri dari 3 produk iaitu Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil.



Lagi mengujakan apabila mendengar testimoni yang best mengenai Set Shaklee Baby ini.


Bulan ini sangat indah sebab Set Shaklee Baby ini mengadakan promosi beli 3 Set@2.


Bermakna, sekiranya kalian membeli 3 Set Shaklee Baby ini, kalian hanya membayar untuk harga 2 Set sahaja! Jimat bukan?

Jom kumpul order dengan rakan ibu yang lain untuk pesanan segera.

Jangan lupa wassap Mas ya, 013.634.1955.

Salam sayang,
bakalibuanakEmpat

Selasa, 6 Jun 2017

Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam ramadhan ke Sebelas. Sudah dua hari kami bersahur di hujung waktu. Jam sudah menginjak  ke lima suku. Apa lagi, melompat lah dari katil. Alhamdulillah. Sempat jugak bersahur. Jika tidak, lembiklah ibu menyusu ini.




Semalam cerita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Sebenarnya, diri ini memang gemar membaca majalah Pa&Ma. Subuh tadi, terdetik mahu membuka majalah itu lagi.

Daripada beberapa banyak naskhah yang ada, tiba- tiba terpilih edisi Jun 2016 yang memang khusus buat Ramadhan tahun lepas. 

Belek- belek, terjumpa artikel mengenai seorang ibu baran yang berusia 34 tahun. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Cepat sangat baran, cepat mengherdik dan memarahi anak walaupun dalam isu- isu yang remeh. Paling sedih, kuat juga memukul.

Satu kejadian kecil berlaku. Si ibu tersentak. Seakan terhenti lakonan jahat yang dimainkan. Segalanya berubah apabila dia ditegur oleh anak kecil berusia 4 tahun. 

Kata anak kecil itu. 

"Dulu, ibu bukan begini."

"Ibu sudah tidak sayangkan adik lagi?"

Allahuakbar. Runtun hati si ibu. 

Terkadang sebenarnya bukan salah mereka. Kita marah kepada orang lain tapi kita melepaskan kepada anak kecil ini. Astaghfirullah hal aziiim. Syaitan apa yang merasuk si ibu.




Merujuk kepada kaunselor tersebut, pengaruh gaya asuhan dan sejarah silam sememangnya akan mempengaruhi pola kehidupan dan personaliti yang kita miliki. 

Menurut Erik Erikson, seorang pakar di dalam perkembangan personaliti, tahun asas pembentukan personaliti individu dibentuk seawal 0 hingga 18 tahun. 

Ini bermakna sepanjang tahun asas ini, anak- anak akan mencerap dengan baik segala pengalaman dan pemerhatian yang dilalui oleh mereka. Umpama 'span' yang menyerap sebanyak air yang boleh diserap.

Justeru, kita sebagai ibu perlu belajar menerima kelemahan diri. Banyakkan berdoa dengan penuh kerendahan hati.

Dua tips untuk menjadi ibu bapa yang hebat ialah :

1. Belajar bersabar


Adalah sesuatu yang normal untuk mengulangi arahan yang sama kepada anak beberapa kali atau menunggu anak untuk respon terhadap arahan yang diberi. Belajar untuk tidak menjadi perfectionist pada anak agar kita dapat menyediakan ruang untuk dia berkembang dan belajar.

2. Belajar untuk menghargai


Gunakan tempoh pembesaran anak sebagai ruang untuk berseronok dan mengembara bersamanya. Hargai dan nikmati setiap apa yang anak kongsikan dengan anda untuk membantu membina keyakinan dirinya.




SubhanAllah. semoga kita akan terus diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik anak- anak kita kelak. Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Rasa dari hati,
ibu 3M


Rabu, 24 Ogos 2016

Cara Bebaskan Diri dari Hutang Dengan Cepat

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Tertarik dengan coretan ini. Beliau berkongsi cerita bagaimana mo langsaikan hutang dengan cepat..Ayok baca, manalah tau sangat berguna buat kita kan..
 
Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
 
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
 
4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
 
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
 
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
 
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
 
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
 
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
 
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
 
Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
 
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
 
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.
 
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
 
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
 
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
 
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
 
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
 
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
 
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
 
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
 
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
 
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
 
Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi
 
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
 
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
 
Wallahu a’lam.
 
Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai

Jumaat, 17 April 2015

Ibu, Jangan Makan! Itu Allah Punya!

Di suatu petang..



Kebiasaannya, pulang saja dari ofis. Masuk rumah, angkat barang dan angkat m2m masuk rumah. Tidak sempat duduk, terus ke dapur untuk masak nasi dan keluarkan ikan dari fridge untuk dimasak sebagai menu makan malam..
 
Maisha seperti biasa datang jenguk ibu di dapur..
 
Maisha : Ibu, buka kan dulu playdoh aicha ni.. Aicha nak main la..
 
Maka, ibu dengan selamba membuka playdoh dan hulur kan pada Maisha.
 
Maisha: Tengkiu ibu..(terus lari keluar dari dapur)..
 
Tengah ibu cuci beras untuk masak, datang lagi dia..
 
Maisha : Ni Aicha buatkan ibu karipap, marilah makan ibu..
 
Ibu : Ok ok, jap ibu masak nasi dulu. nanti ibu kluar ya..
 
Selesai 'on' periuk nasi, terus keluar pigi tempat Maisha bermain.
 
Dengan selamba, ibu pun mengambil karipap playdoh yang terletak cantik dalam pinggan pink Maisha.
 
Maisha : Ibu, Jangan Makan...Itu Allah Punya! (Dengan nada jeritannya)
 
Tersentak diriku, konon - konon berlakon mo makan, terus cancel..
 
Ibu : Oh..sori maisha. Ooo itu Allah punya ya..Tapi kan Maisha, Allah tidak makan, tidak minum n tidak tidur tau.. Allah itu cukup Sempurna!
 
Maisha : Allah sempurna ya Ibu..
 
Ibu : Ya sayang, kita jak yang makan.. ayah makan, ibu makan, Maisha makan, adik Mikail makan..
 
Maisha leka jak bermain dengan playdoh nya..
 

Begitulah anak- anak kita kan? Di ajar sekali, terus melekat dalam pemikiran dorang. In shaa Allah selepas ini, ibu akan usaha untuk mengajar m2m mengenal Allah SWT dengan lebih terang dan jelas.

Untuk para ibu, ibum2m sarankan membeli buku 'Ibu, Ku Ingin Tahu' hasil tulisan Puan Nur Khairunnisa Iskandar.

Para ibu boleh dapatkan buku ini di MPH atau mana- mana kedai buku..:-)

 Pendekatan yang diberikan amatlah mudah dan senang untuk kita faham, lebih- lebih lagi kita sebagai ibu, pasti banyak pertanyaan dari si kecil yang kadang- kadang susah untuk kita terangkan pada anak kita. Jadi buku ni memang bagus dijadikan sebagai panduan kita untuk mengajar anak mengenal Allah SWT.
 
Semoga kita sentiasa ISTIQAMAH dalam memberi pendidikan agama terhadap anak- anak kita..Aamiin..
 
Salam sayang,
ibum2m
 

Ahad, 24 Ogos 2014

Tips Menangani Anak Tantrum

Tantrum si anak sememangnya agak menjadi- menjadi apabila umur anak kita menginjak umur setahun hingga dua tahun. Tantrum ni lebih dikenali sebagai perubahan emosi yang berlaku pada anak- anak kita.

Huh, memang kadang- kadang situasi ni sangat menguji kesabaran kita sebagai Ibu Bapa kan? Aduhh, ibum2m pun tidak terlepas dari semua ni.. Tantrum Maisha memang bertambah lagi- lagi ada adiknya, Mikail. Asal bangun tidur, memang menangis la jawapnya..



Di sini ibum2m berkongsi beberapa info penting yang kita sebagai Ibu WAJIB tahu pasal emosi si anak ni..

1. Tantrum adalah salah satu tanda perkembangan anak kita untuk berdikari dan belajar pada usia satu hingga dua tahun.

2. Jika dia mula menunjukkan perubahan emosi yang tidak baik, cuba abaikan atau buat- buat tidak nampak sekurang- kurangnya selama dua minit. Lama- kelamaan amuknya akan terbantut dan hilang.

3. Elakkan daripada perkara- perkara yang membuatkan dia mengamuk.

4. Ibu ayah, cubalah BERTENANG!

5. Jauhkan objek tajam atau berbahaya apabila kita mengagak yang dia akan mengamuk.

6. Pantau dan jangan tinggalkan dia seorang diri ketika sedang tantrum.

7. Adakalanya luahan kemarahan oleh si manja disebabkan dia ingin perhatian daripada kita.

8. Jangan melabel dengan panggilan ' si budak teruk' atau 'budak manja terlebih' ekoran dari perbuatannya.

9. Jangan memukul atau membalas perbuatannya. Jadi Ibu ayah yang rasional. Dia hanya 'sehelai kain putih' yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupannya.

10. Dengarlah pendapat si manja. Pastikan dia tidak kelaparan dan mengantuk. Tidak cukup tidur dan lapar adalah punca emosi mereka merundum.

Di antara tips menangani anak tantrum..

# Elakkan dari menjerit atau memarahi kepadanya semula.

# Cuba gunakan lawak jenaka atau kata- kata lucu dalam meredakan mood tidak baik yang di alaminya ketika itu.

# Tunjukkan kasih sayang dalam apa jua keadaan sekali pun. Jangan hanya menyayanginya semasa dia membuat sesuatu yang baik.

# Bantu dia meluahkan emosi marahnya dengan memperakui perasaannya itu.

# Tunjukkan cara bagaimana untuk mengawal kemarahan menerusi amalan yang dilakukan olehnya sendiri.

Sumber: Pa&Ma

Semoga bermanfaat!


Khamis, 21 Ogos 2014

Seleksi Puri Buat Si Comel

Assalamualaikum dan selamat pagi..
 
Perkongsian ibum2m hari ni ialah beberapa seleksi puri buat si comel anda! Ibum2m dulu sememangnya teruja untuk memberi makan pada Maisha dan Mikail apabila m2m menginjak ke umur 6 bulan. Si ibu pulak yang tidak sabar- sabar kan? hehe..
 
puri bayi
Puri buah- buahan
 
 
Perbezaan keduanya, Maisha suka kepada makanan yang masam- masam, Mikail pulak suka makanan yang manis- manis. Kegemaran Maisha dulu ialah puri brokoli, Mikail pula sangat suka puri labu. Padahal, masa mengandungkan Maisha, ibum2m suka kepada benda- benda manis tapi mengandungkan Mikail, suka benda yang masam- masam..Terbalik pulak kan?
 
Ibum2m lagi suka membuat puri ni sendiri di rumah. Setiap hari, ibum2m bangun pukul 5.30pagi untuk siapkan dan masakkan puri ni sebelum bertolak ke tempat kerja.
 


Mikail tengah makan..:-)
 
Ok, lazimnya ada 3 jenis puri iaitu puri nasi, puri sayur- sayuran dan puri buah- buahan.
 
Jom tengok 5 resepi mudah buat si manja anda!
 
# Puri Nasi
- Segenggam beras di cuci bersih. ( Lagi sedap kalau beras wangi..tapi kalau tiada, beras apa- apa pun boleh juga)
- Masak sehingga ianya mendidih dan kembang.
- Siap untuk di blender.
- Bubur nasi ni boleh dijadikan bahan asas untuk dihidang bersama puri sayuran. Kebiasaannya, puri ni bagus dan sesuai diperkenalkan kepada si manja untuk minggu pertama dan minggu kedua sebagai permulaan memperkenalkan makanan mereka.
 
# Puri Sayuran
- Ambil 5 kuntum kecil brokoli.
- Rebus atau kukus sampai lembut.
- 'Blender' hingga hancur dan halus.
 
# Puri Lobak Merah
- Ambil sebatang lobak merah yang bersaiz kecil ( lagi sedap kalau guna 'baby carrot'). Buangkan kulitnya.
- Potong dadu dan rebus sampai lembut.
- Sudah lembut, kisar sampai halus. Boleh tambah sedikit air semasa mengisar tu.
 
# Puri Epal
- Buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit.
- Rebus dengan menggunakan air sedikit.
- Masak sampai lembut.
- Kemudian kisar sehingga halus.
 
# Puri Pisang
- Ambil sebiji pisang, buangkan kulitnya.
- Kisar pisang dengan sedikit air sehingga halus.
 
 
INFO PENTING : Jika anak makan sikit tidak mengapa ya duhai ibu. Ini kerana jumlah itu sudah CUKUP untuk anak kita sebab perut mereka masih kecil. Jadi, jangan paksa si manja anda untuk habiskan makanan mereka ya!
 
Si kakak, Maisha tengah menyuap Mikail makan


Sedapnya..nyum nyum ;-)

 
 
Semoga bermanfaat!
 
Sumber : Pa&Ma

Rabu, 20 Ogos 2014

Amaran! Jangan Bagi Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan

Ini sememangnya perkara a BIG 'NO' untuk para ibu yang mempunyai bayi berumur 6 bulan ke bawah.
 
bayi kembar
Comel sungguh bayi kembar ni..:-)
 
Bayi berumur 6 bulan ke bawah tidak boleh diberikan air masak kerana ianya boleh mengundang BAHAYA kepada bayi tersebut.
 
Perbuatan tersebut sebenarnya mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko kesihatan malahan boleh mengancam nyawa si kecil. Perlu diingat bahawa susu ibu sendiri mengandungi 88 peratus air! Jadi, bayi tidak memerlukan air tambahan.
 
Bahkan saiz buah pinggang bayi yang masih belum cukup matang akan membuatkan tubuhnya mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan. Akibat kehilangan garam, ia boleh mempengaruhi aktiviti otak bayi.
 
Antara masalah yang boleh timbul akibat perbuatan memberi bayi yang berusia enam bulan minum air kosong adalah seperti berikut:
  1. Mengancam nyawa
Air kosong yang diberi kemungkinan mengandungi kuman. Air yang dicemari kuman diperoleh daripada sumber yang tidak bersih. Oleh itu bayi terdedah kepada masalah cirit-birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.
  1. Menghakis pelindung penyakit
Air kosong akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan minum air kosong berlebihan.
  1. Sawan tarik
Bayi di bawah usia lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.
  1. Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang diperlukan. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi.
  1. Menjejaskan akal
Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis. Pemberian air kosong hanya akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.
 
Bayi boleh mula diberikan air kosong selepas berusia enam bulan ke atas tetapi dalam kadar yang perlu sahaja. Pemberian air kosong berlebihan hanya membuatkan si manja kembung perut dan tidak selera untuk makan.
 
Sumber : Pa&Ma
 
Semoga bermanfaat!

Jumaat, 20 Jun 2014

5 Doa Wajib Buat Keluarga Islam

 

 
 
Doa Keluarga Bahagia
 
" Dan juga mereka yang diredhai Allah iaitu orang- orang yang berdoa dengan berkata: "Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami isteri- isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami) dan jadikanlah kami orang- orang yang bertakwa."
(Surah Al-Furqan, ayat 74)

Doa Ibu Menyusukan Anak
 
"(Dialah Allah SWT) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku", "dan Dialah Tuhan yang memberiku makan dan minum","dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku".
(Surah Asyu'ara, ayat 78-80)

Doa Mencukupkan Keperluan Diri Keluarga
 
"Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar."
(Surah At- Taubah, ayat 129)
 
Doa Ketika Ditimpa Musibah
 
"Wahai TUhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua- dua ibubapaku serta bagi orang- orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."
 
Doa Memohon Dikurniakan Anak
 
"Ya Allah, berikanlah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau adalah Pendengar permohonan."
(Surah Al- Imran, ayat 38)

Rabu, 18 Jun 2014

Tips Ajak Anak Tolong Ibu Ayah Buat Kerja Rumah

Mari jadikan aktiviti keluarga ini sebagai rutin yang dibuat bersama supaya ianya lebih menyeronokkan..

 
 
1. Masukkan pakaian kotor ke dalam bakul.

 
2. Kemudian, pakaian kotor itu dimasukkan ke dalam mesin basuh.



 
3. Menyapu sampah di ruang tamu dan di luar rumah.

 
4. Menyediakan hidangan makan bersama.


 
5. Jadikan aktiviti mengemas dan berkebun sebagai pertandingan atau permainan di antara adik- beradik.



 
6. Ibubapa jangan membebel atau marah- marah apabila meminta tolong.
 
7. Pastikan anak- anak seronok membantu ibu di dapur.
 
8. Biarkan sedikit bersepah, asal anak belajar dari pengalaman.
 
9. Beri ganjaran seperti makanan sihat kegemaran anak.
 
10. Puji perbuatan mereka setiap kali anak membantu kerja rumah.
 
Sumber : Majalah Pa&Ma
 
Semoga bermanfaat ya duhai ibu ayah!
 

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...