Memaparkan catatan dengan label Tips Penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Penyusuan. Papar semua catatan

Jumaat, 20 April 2018

Cara Menghadapi Masalah Bayi Tidak Mahu Direct Feed Disebabkan Susu Ibu Terlalu Meriah Dan Laju

Assalamualaikum

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang menyusukan ketiga- tiga anak. Alhamdulillah kesemuanya dapat disusukan sepenuhnya selama lebih setahun.


Mungkin pengalaman ini berbeza dengan ibu yang lain. Bahkan, setiap anak itu berbeza cara penyusuan dan si ibu hendaklah bijak bereksperimentasi bagi menghadapi setiap masalah yang timbul.

Apa yang penting, si ibu perlu bertenang dan berikhtiar sedaya upaya untuk menanganinya dengan bantuan dan sokongan dari pihak luar terutamanya suami, ahli keluarga, rakan rakan dan jugak rujukan dari pakar laktasi.

Alhamdulillah saya dikurniai susu yang meriah buat ketiga- tiga anak saya semasa berpantang.


Akan tetapi, ianya menjadi satu masalah pula bagi saya kerana bayi mula menolak untuk menyusu secara langsung dari payudara. Pada awalnya memang agak buntu, saya masih berfikiran positif mengatakan yang mungkin bayi saya baru dalam fasa belajar untuk 'latch' dengan betul.

Tapi setelah beberapa sesi penyusuan, bayi kerap meragam sehinggalah sampai terbatuk dan mula macam tersedak susu. Takut saya.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum memberi direct feed kepada si bayi.


Apabila sudah kelihatan tanda- tanda bayi ingin menyusu, saya terus mencapai pam Medela Freestyle saya dan mengepam untuk 5-8 minit sehinggalah isyarat Let- Down Reflex itu tidak ada.

Selepas itu, barulah saya teruskan dengan direct feeding kepada bayi. Pada mulanya, ianya agak memenatkan dan panik sebab bayi mula menangis mahukan susu.


Tidak sabar untuk menyusu. Tapi lama- kelamaan, saya berjaya menghadapi masalah tersebut dengan lebih tenang sambil bercakap- cakap dengan bayi saya.

Dalam proses ini, saya telah mengepam susu awal yang dipanggil sebagai foremilk untuk di buat stok. Manakala, bayi mendapat lebih hindmilk secara penyusuan direct.

Paling menggembirakan, bayi cepat naik berat badan, gebu dan nampak lebih tembam. Ini kerana hindmilk adalah bahagian susu yang berlemak dan kelihatan lebih pekat dari foremilk.


Orang sekeliling geram melihatnya, berbunga- bunga di hati apabila anak dipuji sihat dan tembam, tapi si ibu maintain kurus.

Alhamdulillah, cara ini berkesan buat saya. Mungkin ibu sekalian punya cara yang lain tapi bagi saya, inilah cara yang terbaik buat saya dan bayi sendiri.

Semoga dengan perkongsian ini, memberi manfaat buat para ibu yang berjuang untuk penyusuan si comel kalian.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh saja menghubungi saya di talian 013-6341955.


In shaa Allah saya sedia berkongsi pengalaman dan pandangan berkenaan dengan penyusuan.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Rabu, 18 April 2018

Dilema Ibu Menyusu Tak Kurus- Kurus. Ini Tips Pemilihan Supplemen Buatnya.

Assalamualaikum

Semalam dapat satu wassap, dari student lama masa mengajar di sebuah kolej di Kota Kinabalu, Sabah.

'Madam, saya ni ibu anak 2. Sejak dari anak pertama, berat badan naik dari 42kg sehingga 60 kg. Tidak pandai turun ni madam, walaupun saya menyusu anak.'

Ya, aku memang ingat student ni. Saiznya memang macam diriku juga, tinggi pun lebih kurang saja, mungkin dalam 154 cm begitu.

'Madam boleh tolong cadangkan apa supplemen yang selamat untuk kurus sambil menyusukan anak?'

Tambahnya lagi.

Memang menurut kajian, penyusuan boleh membakar lebih kalori dan boleh membuatkan si ibu kembali kepada saiz badan yang normal, atau dalam erti kata lain.


Mungkin juga si ibu tidak mengira kalori dalam pemakanan seharian. Sebab diet ibu menyusu hanya akan mengalami pertambahan sebanyak 500-600 kalori sehari dari wanita normal.

Oleh yang demikian, aku pun mencadangkan untuknya Set Bajet Kurus Menyusu buatnya.

Di samping fokus untuk menambahkan bekalan susu, lemak si ibu boleh juga dipecahkan dan disingkirkan dengan supplemen Shaklee yang memang selamat dan semulajadi.


Konsep 3 B wajar di patuhi iaitu Bakar, Buang dan Bina.

Untuk membakar lemak, alfalfa sangat sesuai kerana ianya mampu untuk membakar lemak dengan cepat.

Buang iaitu menyingkirkan lemak adalah tugas Lecithin. Ianya membantu untuk melancarkan pengeluaran susu juga.

Bina iaitu membina otot yang telah hilang akibat penyingkiran lemak oleh susu non GMO soya perisa vanila. ESP bagus untuk menambahkan 'hindmilk' pada susu ibu menjadikan ianya lebih berlemak dan bayi cepat kenyang.


Lengkap lah Set Bajet Kurus Menyusu buat ibu- ibu menyusu yang mengalami dilema berat badan tidak turun selepas bayi sudah berumur 6 bulan.

Kebiasaannya, fokus untuk kurus akan saya cadangkan buat ibu yang bayinya sudah pun mencecah 6 bulan. Tapi dengan set ini, ibu tidak perlu risau kerana ianya akan menggalakkan lagi penghasilan dan pengeluaran susu yang meriah buat si ibu.

BE POSITIVE, SUPPORT BREASTFEEDING

Hubungi saja Mas untuk pesanan sekarang ye 0136341955. Konsultasi percuma buat kalian.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Khamis, 29 Mac 2018

Cara Menambahkan Stok Susu Buat Si Comel Pipi Merah Ibu

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah kandungan ke empat sudah menginjak ke Minggu ke 30. Tidak sabar rasanya mahu menyusukan si Comel Pipi Merah ku ini. Cemburu si ibu pabila melihat IG Dato Seri Siti Nurhaliza yang setiap hari upload gambar si comel pipi merahnya.



Ya ampunn..comel sungguh Siti Aafiyah. Siap senyum senyum lagi.


Ofismate kata, anak artis siap senyum senyum comel lagi seawal lahir. Anak aku pulak penuh dengan wayar semasa lahir. Kami pun tergelak sama. Sebab anaknya lahir tidak cukup berat, itu yang terpaksa dimasukkan dalam NICU dan penuh dengan wayar katanya.

Apapun kisah si ibu dan bayi yang baru dilahirkan, semoga keduanya senantiasa dalam keadaan sihat wal- aafiyah. Aamiin.

Selepas pertarungan di bilik bersalin, bermula pula dengan episod baru si ibu iaitu perjuangan penyusuan selama 2 tahun yang bakal ditempuh.

Perjuangan penyusuan sangat banyak mengajar aku untuk lebih matang dan bijak menyelesaikan segala masalah penyusuan yang dihadapi. Perlu lebih mencari ilmu melalui pembacaan majalah, di web rasmi susuibu.com dan berkongsi pengalaman bersama rakan- rakan yang lain.

Syukur ku rasa kerana anak pertama, kedua dan ketiga dapat ku susukan sepenuhnya sehingga usia mereka lebih setahun. Untuk anak ketiga, Muhammad telah aku berhentikan penyusuannya kerana badan yang sudah tidak larat untuk mengepam dan terasa sakit ketika menyusukan. Alhamdulillah Muhammad berjaya menyusu sepenuhnya dengan susu ibu selama setahun 8 bulan.

Sokongan dan dorongan dari suami, menjadi push factor buat diri ini untuk menyusukan anak secara eksklusif. Walaupun pada mulanya, beliau agak 'blur' juga, tapi tetap menyokong dan memahami kehendak , niat dan azam diri ku untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan titisan emas ini.

Selain itu, ku rasa yang paling banyak membantu adalah Set Penyusuan dari Shaklee. Hasilnya sungguh memberangsangkan. Anak jadi gebu dan susu senantiasa ada. Walaupun terkadang susu yang ada ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..tapi senantiasa CUKUP.

Di antara yang ada dalam Set Penyusuan Shaklee ini ialah Vitalea (Multivitamin), vitamin C, Vitamin B, Ostematriks, ESP dan Alfalfa.

Yang paling mengujakan ialah ESP, Alfalfa dan Ostematriks. Ketiga- tiga suplemen ini umpama nadi buat ibu menyusu. Ku kira semua ibu menyusu WAJIB ada ketiga- tiga supplemen ini.

ESP ini seawal sebelum bersalin dan sejurus selepas bersalin aku minum. Memang bekal siap- siap dalam bekas kecik masuk dalam beg untuk ke hospital. Banyak membantu untuk menghasilkan kolustrum dengan cepat dan menghasilkan susu matang dengan cepat seawal hari ketiga kelahiran bayi.

ESP ini juga bantu untuk memekatkan lagi susu ibu. Sebab itulah bayi cepat naik berat badan dan jadi cepat sado pabila minum susu ESP ni. Anak pun kurang menyusu pada waktu malam dek kerana kekenyangan dengan susu ibu yang penuh dengan 'hindmilk' yang berlemak.

Alfalfa pula sangat membantu untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu selepas menyusu direct atau selepas mengepam. Terasa menyucuk- nyucuk pada payudara dek tanda susu ibu di top up dengan lebih cepat dan berjaya. Aku pun mula- mula terkejut dengan penangan alfalfa ini.

Ostematriks lagi satu. Penyelamat ketika berpantang. Sembelitku hilang dan hilang segala trauma semasa mengalami masalah sembelit pada waktu berpantang Maisha dulu. Masa itu tidak kenal lagi Shaklee. Memang menangis dalam tandas ketika hendak membuang.

Syukurlah semasa berpantang Mikail anak kedua, masalah sembelit tiada lagi selepas makan Ostematriks. Sakit belakang dan lenguh- lenguh badan ketika menyusu pun berkurang dan aku dapat tidur lebih nyenyak dan berkualiti. Yalah, sebab dapat rehat yang cukup walaupun hanya tidur 2-3 jam sehari. Tapi Alhamdulillah tidur memang BERKUALITI dengan Ostematriks.

Pada setiap ibu, aku nasihatkan supaya rajin membaca dan menggali ilmu sepenuhnya tentang penyusuan. Pilihlah supplemen yang selamat dan berkesan seperti Shaklee ini. Sebab ianya sudah lebih 100 tahun dipasaran antarabangsa dan kualiti nya sememangnya tiada tandingannya.

Sekiranya ibu- ibu punya sebarang masalah penyusuan, Mas sedia membantu dan memberi konsultasi PERCUMA buat kalian. Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga dan akan lebih BERERTI sekiranya manfaatnya di kongsikan BERSAMA kalian.

In shaa Allah.

Salam sayang,
Bakal Ibu Anak Empat @ MAS
0136341955

Isnin, 31 Oktober 2016

Tips Dapatkan Susu Ibu Yang Berkualiti Tinggi

Salam sayang.

Satu hari tengah mengepam di surau dalam jam 10 pagi. Datang sorang ibu comel. Senyum dan terus duduk di sebelahku sambil mengeluarkan pam. Baru ku perasan. Eh dia ni yang aritu sama- sama pregnant.



Sambil mengepam sambil cerita. Dia ibu muda yang baru bersalin anak satu. Baby baru 2 bulan. Ya, cuti untuk ibu bekerja swasta hanya 2 bulan saja. Sangat tidak cukup jika dibandingkan dengan ibu- ibu bekerja di Maldives yang dapat cuti sampai 6 bulan. Dapat info dari sorang pelajarku yang merupakan seorang Muslim dari Maldives.

Dia tanya, 'Kak ada amik supplemen apa- apa ka untuk susu?'. Untuk tambah susu ka? tanyaku. "Bukan, Alhamdulillah susu ok. Tapi macam risau sebab takut baby tidak dapat cukup semua nutrisi". Wah, bagus kan? Memang dulu pun Kak Mas gitu jugak.

Apa yang kita makan, semua akan tersalur dalam susu ibu. Jadi, kesihatan bayi memang sangat bergantung kepada kualiti susu ibu yang kita berikan untuk bayi kita.

Jadi macam mana untuk hasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi? Kak Mas kongsikan sedikit tips nya di sini.

1. Kekal terhidrat

Ibu mesti sentiasa kekal terhidrat ya. Maksudnya sentiasa cukup bekalan air dalam badan. Umum mengetahuinya , 55%- 60 % kandungan badan kita adalah air. Jadi untuk menghasilkan susu ibu yang meriah, ibu kena minum 2 kali ganda jumlah air yang biasa diminum setiap hari. Contohnya 4 liter sehari untuk meningkatkan lagi produksi susu ibu. Elakkan minuman yang bersifat diuretik yang boleh menyebabkan susu menjadi 'kering' seperti teh, kopi, coklat, dan gula.

2. Tingkatkan Jumlah Kalori Seharian

Menyusu anak meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 500 hingga 600 kalori sehari untuk si ibu. Jadi ibu mesti pastikan makan makanan yang mencukupi untuk menghasilkan susu secukupnya untuk bayi. Ini semua supaya perkembangan bayi kita normal dan berat badannya bertambah mengikut graf normal. Perbanyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti kekacang, roti bijirin, telur macam fritata. Teringat pulak dorang hidang Fritata time dalam flight balik Tawau hari tu. Elakkan makanan yang berkalori tinggi yang tidak berkhasiat seperti makanan segera, potato chips dan coklat.

3. Perbanyakkan Makan Makanan Berprotein Tinggi

Untuk memperlengkapkan susu ibu dengan pelbagai nutrisi, bayi kena mendapatkan asid amino untuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Ibu pulak perlukan protein untuk memperbaharui sel- sel dan tisu- tisu yang rosak akibat proses bersalin. Keperluan protein untuk ibu menyusu adalah lebih tinggi berbanding ibu hamil. Secara puratanya, 1.4 gram protein diperlukan untuk setiap 1 kg berat badan. Sumber protein yang baik ialah ikan, daging, ayam, kekacang, telur dan bahan tenusu.

4. Makan 'Lemak' Yang Sihat

Lemak sihat disini lebih dikenali sebagai omega 3, DHA (docosahexaenoic acid) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ianya perlu di ambil dari sumber ikan dan juga supplemen. Sangat penting bagi bayi sehingga umur 3 tahun untuk mendapatkan DHA bagi membantu perkembangan otak yang sihat. Amalkan supplemen minyak ikan untuk mendapatkan susu 'hindmilk' yang kaya dengan DHA.

5. Makan Makanan Tinggi Kalsium

Diet si ibu menggambarkan kandungan vitamin yang ada dalam susu ibu. Keperluan kalsium amatlah penting untuk menyokong pertumbuhan bayi terutamanya dalam pertumbuhan otot, tulang dan sistem otak. Sehari ibu menyusu perlukan 1500 mg kalsium. Contoh makanan tinggi kalsium ialah seaweed, produk tenusu, kekacang, salmon, sardin dan sebagainya.

Untuk info lanjut mengenai keperluan nutrisi ibu menyusu, boleh baca di SINI.

Selain menjaga diet dan pemakanan, para ibu boleh juga mengamalkan Set Postnatal Shaklee yang khusus buat ibu selepas bersalin yang menyusukan anak. In shaa Allah segala nutrisi yang diperlukan amat lengkap dalam Set Postnatal Shaklee ni.

Set Postnatal Shaklee ada 6 produk iaitu Alfalfa, Vitamin C, Vitalea, ESP, Omega Guard dan Ostematriks. Boleh tambah 1 lagi produk iaitu Vitamin B.



Setiap satu produk mempunyai fungsi yang berbeza dan saling membantu di antara satu sama lain dalam memenuhi keperluan iby menyusu.

Vitamin B : Anti- stress, membantu ibu menghasilkan hormon gembira iaitu oksitosin dan serotonin supaya hasil susu lebih meriah. RM 53.75 (120 biji).

Vitamin C : Meningkatkan imun sistem dan melembapkan kulit. RM 92.50 untuk 180 biji.

Vitalea : Pelengkap nutrisi dan memberi tenaga. RM88.75 untuk 120 biji.

ESP : Minuman berasaskan non-GMO soya yang mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Membantu menjadikan susu lebih pekat, bayi akan cepat kenyang dan kurang meragam pada waktu malam. Selesailah masalah asyik 'mengempeng' dengan ibu.Hehe. RM159 untuk 850 gram.

Omega Guard : Minyak ikan yang lengkap dengan DHA, EPA dan AA. Membantu mengawal hormon leptin dalam badan yang berfungsi dalam pengawalan nafsu makan. Menyokong perkembangan otak dan minda yang sihat. RM 136 untuk 90 kapsul.

Ostematriks : Sumber kalsium yang membantu meningkatkan produksi susu ibu. Membantu ibu- ibu yang insomnia, dapat tidur yang berkualiti dan membantu mengelakkan sembelit. RM 61 untuk 120 biji.

Alfalfa : Merupakan 'galagtogogeus'  iaitu penggalak susu. Mempercepatkan kadar penghasilan susu dan bantu menyingkirkan toksin dalam badan. RM 53.75 untuk 330 biji, RM97.50 untuk 700 biji.

Nak dapatkan Set Postnatal Shaklee, boleh hubungi Kak Mas 013.634.1955. Konsultasi terbaik untuk kalian.

Inshaa Allah Kak Mas kongsikan tips dan pengalaman sepanjang menyusukan 3 anak sehinggalah sekarang.

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Ikhlas dari hati,
Kak Mas aka ibum3m
013.6341955


Selasa, 27 September 2016

Bakal Ibu Wajib Belajar Tentang Ilmu Penyusuan

Bismillahirrahmanirrahim..

Perjuangan penyusuan sememangnya bukan mudah. Ianya perlu dilalui dengan jalan yang penuh liku sama seperti kehidupan kita.

Alhamdulillah aku bersyukur sebab dikelilingi oleh rakan- rakan sekerja yang sangat bersemangat dalam berkongsi tentang ilmu penyusuan kepadaku. Masa tahun 2010, ramai rakan sekerja ku begitu bersemangat mengusung beg pam ke sana sini. Di ofis, dalam bilik kecil di Department General Studies, dorang bergilir- gilir mengepam susu.


Port lain pulak adalah di dalam bilik kecil, bilik yang penuh dengan fail dan agak sesak sikit sebab aircond tiada dalam bilik ni. Dengan hanya memuatkan satu kerusi, dorang mengepam dalam tu dan muka akan menghadap cermin pintu tu. jadi setiap kali orang masuk pantri, dorang akan tahu ada orang dalam tu.. hehe masihkah kau ingat Siti Aisyah, kak Iva, Dij.. ;-)?

Kadang jugak dorang mengepam di surau bagi yang Muslim. Tapi oleh kerana saiz surau yang agak kecil dan tiada privasi, di bilik kecil itulah dorang menjalankan rutin harian sebagai ibu bekerjaya.

Rakan karibku dari UiTM sehinggalah kerja pun tempat yang sama sangat banyak mendedahkan ku dengan segala ilmu penyusuan.

"Nanti kalau ko sudah ada baby Mas, ko mesti kasi susu baby mu ya. Pastu kan ko akan rasa haus yang teramat dan lapar seja memanjang. Ko tengok aku ni, pantang tengok makanan," nasihatnya setiap hari.
Tapi dalam hatiku, macam cepat seja turun berat badannya selepas bersalin walaupun makan nasi kalah Gunung Kinabalu. hehe

Pastu dia nasihatkan lagi aku, ko rajin gugel- gugel aa.. Majalah Pa&Ma ni ko mesti beli sebab banyak info dalamnya. Rajin membaca supaya banyak ko tau. Mesti bersedia dulu sebab banyak benda baru yang ko perlu tahu..

Aku angguk seja tanda setuju.

Aku masa tu memang sangat teruja walaupun hanya beberapa bulan lagi akan menikah dengan lelaki idaman Malayaku huhu.

Terima kasih ku ucapkan kepada sahabatku, Siti Noor Hj Norbeh yang banyak mengajarkan ku ilmu penyusuan.

Dalam pada itu, aku jugak sangat terinspirasi dan teruja melihat wall fb kawan sekolah rendahku, Irma Shelsiah yang begitu bersemangat dalam mengumpul stok untuk Maira, anak pertamanya. Banyak sungguh stok yang dia dapat. Memang rajin dia ikut rutin mengepamnya walaupun dia bertugas sebagai guru sekolah yang mempunyai jadual yang memang padat.

Dalam hati terus terdetik, "Kalau dia boleh kumpul gitu, aku pun mesti jadi macam dia pas dapat baby nanti". Sangat terinspirasi.

Terima kasih ma..:-)

Ternyata aku bersyukur sangat sebab dapat pendedahan awal dalam bidang penyusuan susu ibu ni. Bagi setiap wanita yang bakal bergelar ibu, aku amat menyarankan supaya penuhilah dada dan rajin- rajin lah membaca untuk persediaan menerima baby nanti.

In shaa Allah Dia akan tolong dan bagi kita semangat yang tinggi dalam perjalanan perjuangan penyusuan kita..

Love,
ibum3m

Selasa, 16 Ogos 2016

Bengkel Penyusuan Di Shaklee Home Office, Pinnacle, Bandar Sunway

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya lama suda nda jumpa dengan sahabat- sahabat bisnes daku ni. Yalah start dari mengandungkan Muhammad memang keadaan nda mengizinkan lagi- lagi time tu tengah final semester Master..memang sibuk betul untuk kasi siap final year punya research.


Alhamdulillah, Sabtu lalu, 13 Ogos pihak Shaklee buat satu bengkel iaitu 'Breastfeeding Workshop' khusus untuk SID yang beli Set Wanita sempena promo bulan Julai sampai September 2016. Aku apalagi, sudah la bab ni la yang menjadik 'passion'ku. Trus skodeng sapa- sapa yang mo letgo tiket ka, seat ka untuk pegi. Syukurlah, terima kasih banyak- banyak dengan sahabat bisnes, Zarith Sofia (www.ibuzarith.com) sebab sudi memberi seat tu kepadaku..😍





Di hari kejadian, sampai di Shaklee Home Office,Pinnacle, Bandar Sunway jam 2.40pm.. Memang start suda bengkel. Lambat sebab memang jem di depan Sunway tu kalau mau u-turn. Panasaran jugaklah dalam keta..mulut asyik berkumat kamit zikir dan doa supaya cepat sampai..😁


Sampai ja, trus daftar then dibagi beg hitam, borang soal selidik. Masuk, terus duduk di seat bahagian kanan, baris ke-3, paling tepi..
Ceramah disampaikan oleh Dr Nurzarina dari Tunku Azizah Women's and Children's Hospital. Di antara topik hangat yang dikongsi ialah faedah dan kebaikan, khasiat yang terkandung dalam susu ibu, cabaran dan masalah serta cara dan tips untuk mengatasi masalah penyusuan susu ibu dan diakhiri dengan, 'Take Home Message' beliau.

Photo credit: www.keluargasihat.com



Rupanya baru ku tau, istilah 'titisan emas' Itu bukan hanya pada istilah ja, tapi betul- betul ya. Susu ibu ni kalau kita tengok bawah mikroskop memang kita akan tengok butiran- butiran emas. Sebab itulah susu ibu ni di istilahkan sebagai titisan emas..Hebat bukan?






Di antara perkara paling penting ialah perlunya kita sebagai bakal ibu memperlengkapkan diri dengan ilmu penyusuan sebelum anak itu lahir. Carilah buku- buku yang sesuai dan pergilah mengikuti kelas- kelas atau bengkel yang membincangkan mengenai penyusuan susu ibu. Sebabnya kita akan diajar hands on akan teknik- teknik penyusuan dan lekapan yang betul untuk memudahkan penyusuan tersebut. Sokongan daripada ahli keluarga juga penting terutamanya suami untuk sama- sama membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Suami juga perlu turut serta dalam mendalami ilmu penyusuan.




Selain itu, Dr Nurzarina juga menekankan amatlah penting untuk para ibu memahami konsep DEMAND VS SUPPLY . Analoginya, penyusuan susu ibu ni juga ibaratnya macam 'toilet flush'. Semakin kerap kita mengosongkannya, semakin banyaklah susu ibu akan terhasil. Oleh itu, tiada istilah dimana susu ibu tidak CUKUP untuk bayinya.
Memahami isyarat bayi pun penting juga. 

Pokoknya, segala yang dikongsikan dalam bengkel ni semua penting..😁 Sebenarnya bayi kita sentiasa berkomunikasi dengan kita melalui gerak badan dan juga tangisan.


Menurut Dr, bayi yang lapar akan mengeluarkan bunyi 'Neh' dimana lidahnya akan diangkat ke lelangitnya sebagai tanda bayi mau susu. Bolehla gugel Dunstan Baby Language sebab ada lagi 4 tangisan yang lain dan pelajarilah untuk mengenalpasti dan respon kepada setiap satu tangisan itu.





Sesungguhnya banyak betul ilmu yang penting dan sangat- sangat berguna untuk dipraktikkan dari bengkel ni. Entri ni sebagai mukadimah seja. Nanti lya kongsi lagi untuk entri yang akan datang..Stay tune!😍



Terima kasih sungguh pada Dr sebab banyak sungguh ilmu yang dipelajari dalam bengkel ni..😊

Paling best, group Naila dapat berkumpul lagi sekali..Dapat recharge semangat dan aura lagi..Alhamdulillah



Semoga bermanfaat!


Salam sayang,

ibum3m

Selasa, 7 April 2015

5 Tips Rangsang Banyak Susu Khusus Buatmu Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Hari ini, ibum2m mau berkongsi 5 tips rangsang susu banyak dan meriah supaya bekalan mencukupi dan baby sihat sentiasa..
 

Bestnya kalau botol tu penuh dengan susu ibu bukan? ;-)
 
Cabaran ibu bekerjaya, surirumah mahupun senario WAHM (Work-At-Home-Mom) bagi ibu- ibu yang menyusu memang sangat memerlukan komitmen, tenaga dan pengorbanan yang jitu. Ibu mana yang tidak mau menghasilkan susu yang lebih meriah bukan?
 

Tips 1 # Kerapkan menyusu atau mengepam

Susukan bayi sekurang- kurangnya tiga jam sekali. Sama juga dengan mengepam (jika berpisah dengan bayi). Lakukannya tiga jam sekali. Lagi bagus DUA jam sekali, ibum2m penah buat yang ni, memang sangat berkesan! Pam setiap DUA jam sekali ;-)
 

Tips 2 # Pam pada waktu malam

Jadikan amalan mengepam pada waktu malam sebagai rutin. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Bagi ibum2m, kebiasaannya, Mikail akan bangun dalam 3 kali penyusuan malam. Jadi untuk penyusuan malam selepas dia menyusu lebih kurang jam 12 tengah malam atau 1 pagi, ibum2m akan mengepam untuk mengosongkan betul- betul miss "B".
 

Tips 3 # Jangan tunggu penuh

Elak dari tabiat ini ya para ibu. Yakinlah, payudara anda SENTIASA ADA SUSU! Apabila dikosongkan, tubuh kita akan lebih berusaha untuk menghasilkan LEBIH BANYAK susu. In shaa Allah..;-)
 

Tips 4 # Minum banyak air

Kita perlu minum AIR KOSONG sekurang- kurangnya 3 liter air setiap hari sepanjang tempoh penyusuan.
 

Tips 5 # Menyusu atau mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa menyusu atau mengepam. Biarkan bayi menyusu sepuas- puasnya sebelum kita menawarkan payudara yang lain. Semasa mememerah pula, ambillah masa di antara 15 - 20 minit bagi setiap payudara. Dalam pada itu, pastikan payudara benar- benar kosong sebelum berhenti memerah.
 
Pernah terbaca dalam buku 100 Persoalan Berkenaan Penyusuan Susu Ibu, 10 minit hanya untuk mengosongkan payudara tapi 15-20 minit boleh merangsang untuk penghasilan yang lebih banyak selepas itu. Tips lain, selepas mengepam, boleh lah guna kaedah Marmet lagi untuk 2-3 minit bagi setiap payudara. Ini lah yang sentiasa ibum2m amalkan.
 
Sebenarnya, banyak lagi tips lain yang boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini termasuklah kaedah power pumping, makan galagtogeous ataupun halba fenugreek, mengambil supplemen, tidur dan rehat yang cukup, makan makanan mengikut piramid makanan yang disyorkan dan sebagainya.
 
Rasanya kita sebagai ibu perlu try and error akan pelbagai cara sebab badan kita pun lain ragamnya. Semua itu berbalik kepada kesesuaian tubuh kita.. 


Apapun, perkara yang paling penting adalah NIAT dan AZAM yang kuat, DOA yang berterusan, KOMITMEN dan IKHTIAR.. in shaa Allah, Dia akan permudahkan segalanya..

 
YAKINLAH BAHAWA SUSU KITA SENTIASA CUKUP UNTUK ANAK KITA! TUNAIKAN HAK MEREKA DENGAN SEDAYA YANG KITA TERMAMPU!
 
 
'Be Positive, I Love Breastfeeding"
 
Salam Sayang,
ibum2m
013-6341955
Rakan Perjuangan Penyusuan Anda
 
 
 

Isnin, 6 April 2015

Panduan Membekalkan Susu Perahan Kepada Pengasuh Bayi Buat Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua ibu..

 
 
Walaupun sibuk dengan tugasan harian, kerja dan belajar, ibu- ibu jangan lupa rutin mengepam ya..Ini bagus untuk kita memastikan bekalan susu yang cukup untuk anak kita..
 
Pada mulanya, memang tidak tahu, berapa banyak sebenarnya kuantiti susu perahan ataupun stok susu yang patut kita berikan pada pengasuh mereka..
 
Menurut Pakar Laktasi, Pn Rita, kita perlu mematuhi panduan 60% segar : 40% beku. Susu ibu yang segar mengandungi kualiti pada tahap tertinggi jika ingin dibandingkan dengan susu beku.
 
Ini tidaklah bermakna susu beku tu tidak baik, cuma kadang- kadang susu ibu yang dicairkan mempunyai bau dan rasa yang sedikit berlainan. Tapi ini semua berpunca dari pecahan lemak susu ibu itu ya..bukannya susu itu basi..
 
Sebenarnya, menurutnya lagi, susu ibu Tidak akan basi tetapi hanya berubah rasa namun ianya tetap selamat untuk diminum berbanding susu formula.
 
Berbalik kepada panduan tadi, contohnya semasa bayi dalam jagaan pengasuh, dia memerlukan 5 botol susu 3 oz, maka 3 botol hendaklah susu segar manakala 2 botol lagi susu beku. Sekiranya 4 botol, 3 segar dan 1 susu beku..
 
Hehe Mudah bukan?
 
Happy Breastfeeding!! Kita ibu KUAT!
 
Semoga bermanfaat!

Jumaat, 24 Oktober 2014

ESP Bantu Atasi Masalah Susu Badan Kurang

Assalamualaikum..salam Jumaat yang barakah..

Khusus buat para ibu yang menyusu, sekiranya anda tercari- cari produk untuk menambahkan susu badan, ESP adalah jawapannya.



Ibum2m bercerita bukan kerana semata- mata sebagai seorang pengedar tapi disebabkan BERKESANnya ESP ini yang banyak membantu ibum2m menyelesaikan masalah susu badan kurang. 

Pengalaman hampir 2 tahun tidak pernah putus bekalan ESP, ianya sememangnya menjadi amalan ibum2m pada setiap pagi dan setiap malam. Sampai tika ini, Mikail sudah menginjak setahun 2 bulan, rasa bersyukur sangat sebab ESP banyak membantu dalam perjuangan penyusuan terdahulu, Maisha dan sekarang Mikail pula. Alhamdulillah Maisha dulu, ibum2m berjaya menyusukan sepenuhnya selama setahun 3 bulan dan diteruskan sehinggalah usia kandungan anak kedua, Mikail mencecah 38 minggu.

Di antara kesan yang paling ketara, sehingga di kala ini, setiap kali direct feeding Mikail, masa itu juga lah sebelah payudara akan terasa basah. Hanya ibu yang menyusu sahaja yang dapat merasai nikmat kegembiraan dan kepuasan ini walaupun anak sudah berusia SATU TAHUN! Syukur kepadaMu Ya Allah..

Selain itu, dengan mengamalkan ESP ni, perut tidaklah terasa lapar sangat di antara waktu penyusuan dan mengepam. Pengambilan makanan harian dapatlah dikawal walaupun diakui sememangnya mengalahkan nafsu makan "Dinosour", tapi Alhamdulillah ibum2m masih dapat kekalkan  berat badan sebelum kahwin iaitu 43kg. 

Perubahan yang ketara juga adalah dari segi kesihatan kulit. Kulit ibum2m sememangnya tergolong di antara kulit sensitif dan berminyak. Masalah wajah yang ditumbuhi oleh jerawat halus atau lebih dikenali sebagai jerawat pasir memang banyak di kawasan dahi. Jerawat ni memang tidak pernah lekang dari kawasan tersebut sehinggalah selepas melahirkan Mikail, Alhamdulillah jerawat pasir ni beransur hilang selepas mengamalkan ESP selama setahun. Bahkan, kulit tidak lagi terasa sensitif, kulit wajah dan badan lebih cerah dan parut jerawat semakin pudar. 

Bagi semua ibu menyusu di luar sana, ESP adalah di antara PILIHAN TERBAIK bagi memenuhi impian penyusuan selama DUA TAHUN buat si kecil anda. Walaupun polisi penyusuan EKSKLUSIF hanya disarankan selama 6 bulan pertama tapi ibum2m yakin yang setiap ibu MAMPU meneruskannya untuk tempoh DUA TAHUN sepenuhnya. 

Berkat usaha, doa dan dorongan dari semua, insya Allah segalanya PASTI BOLEH!
Jom rasai keberkesanan ESP sekarang! Hanya RM150 sahaja untuk penggunaan selama 2 bulan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c911241d00294e8bb714eee2e83fa475

Sesungguhnya kita berikhtiar, dengan izinNya jua segalanya berhasil!

"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"

Semoga bermanfaat!




Ahad, 28 September 2014

Tips Penyusuan : Petua Atasi Puting Luka

Hari ni ibum2m mau kongsi petua untuk mengatasi puting luka. Yalah, bagi ibu- ibu yang menyusukan anak ni, memang ekcited jugak mo tengok bayi kita tumbuh gigi kan? Tapi ibum2m sangat gerun tengok gigi dorang ni..huhu


Mikail tayang gigi :-)


gerun ibum2m tengok giginya tu..huhu

Maisha dulu, seminggu lagi harijadi 1 tahun, baru dia tumbuh gigi. Maisha tumbuh gigi yang bawah dulu. Berlainan pulak dengan Mikail. Alhamdulillah, Mikail setahun 10 hari baru tumbuh gigi atas dulu. Orang kata gigi arnab! :-)..

Ayokk petuanya.. senang dan mudah sahaja. Ibu hanya perlu picit puting sehingga keluar sikit air susu, pastu sapu sahaja pada bahagian puting yang luka.


Susu ibu ni memang sangat UNIK sebab ianya mengandungi sedikit vitamin E yang boleh membantu dalam proses penyembuhan. Namun, perlu di ingat ya para ibu, vitamin E yang ada dalam susu kita ni SEMULAJADI. Jadi, janganlah beli dan sapu vitamin E sintetik yang ada di pasaran sebab ianya boleh membahayakan bayi kerana ada bahan toksik dalamnya.

Jom baca artikel ini untuk maklumat selanjutnya. 

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Semoga bermanfaat!

Sabtu, 23 Ogos 2014

Tips Meningkatkan Penghasilan Susu

Assalamualaikum dan salam bersama keluarga..

Hari ni saja mo kongsi beberapa tips dengan para ibu bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu. Ini berdasarkan pengalaman ibum2m yang sedikit. Mungkin tips ni ada yang berkesan dan ada yang tidak tapi terpulang kepada diri masing- masing. Yalah, sebab fisiologi kita berbeza bukan?



Apa pun, ibum2m kongsi saja sebab tidak salah bukan kalau kita berkongsi kebaikan!;-)

# Kerapkan Mengepam 
Kalau kebiasaannya kita pam 3kali saja setiap 3jam di ofis, apakata kita pam 4 kali setiap 2 jam. Ini sebab semakin kerap kita mengosongkan payudara, Insya Allah semakin banyak susu yang akan terhasil. Ingat saja konsep 'Demand And Supply'.

# Minum Susu 
Tidak kiralah susu putih ka, susu coklat ka, yang penting susu. Ada pepatah Inggeris mengatakan ' to produce milk, u have to consume milk'. Kalau tidak suka susu, makan saja supplemen kalsium. Bagi ibu menyusu, 1000-1200mg kalsium sudah memadai untuk seharian. Ibum2m setiap malam akan mengambil Ostematriks Shaklee sebanyak 4 biji sebelum tidur.

# Elakkan minuman berais, berkafein dan berkarbonat
Sebaiknya elakkan dari minum minuman berais. Sebaliknya banyakkan minuman panas sebab ianya boleh mempercepatkan dan memudahkan pengaliran susu yang baik. Elakkan minum teh, kopi dan nescafe sebab minuman ni berunsur diuretik yang boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.

# Pam guna pam susu diikuti dengan kaedah 'Marmet'
Selepas para Ibu mengepam susu selama 10-15 minit menggunakan Pam susu, sebaiknya untuk memastikan payudara betul- betul kosong, cuba kaedah marmet untuk beberapa minit. 

# Pam pada waktu malam serentak dengan memberi direct feed
Sebaiknya apabila sebelah kita direct feed, sebelah payudara kita pam. Ini lebih menjimatkan masa dan tenaga anda untuk berehat dan tidur pada waktu malam. Kalaupun terlalu letih, para Ibu mesti jugak pam waktu malam biarpun cuma sekali saja. 

# Power Pumping
Teknik ini memang digalakkan bagi Ibu- Ibu yang mengalami susu merundum. Teknik ini menyerupai cara bayi menyusu dengan kerap. Dilakukan secara pam 10 minit dan rehat 10 minit secara berterusan sehingga tempoh masa sejam.Sebaiknya dilakukan pada hujung minggu, di antara waktu tengah malam sehinggalah pukul 6pagi.

# Makan makanan penggalak susu
Makanlah makanan penggalak susu seperti oat, lobak putih, barli, sayur cekup manis, jantung pisang, horlicks, kurma, habattussauda' dan lain- lain lagi yang dipercayai boleh meningkatkan penghasilan susu. Ibum2m juga mengambil Alfalfa Shaklee dan juga Fenugreek GNC.

# Makan coklat
Makanlah apa- apa jenis coklat sebab coklat boleh merangsang hormon kegembiraan iaitu serotonin. Apabila hormon serotonin meningkat, ianya boleh membantu untuk meningkatkan lagi penghasilan susu kita.

# Banyakkan berzikir
Banyakkan berzikir dan beristighfar. Pabila mengepam, selalulah berzikir 'Ya Matiin' supaya susu kita diperbanyakkan dan dilancarkan pengeluarannya. Jangan lupa solat Dhuha jugak ya supaya Allah memberi rezeki susu yang banyak buat anak kita.

# Yakin 'Susu Cukup'
Kita mesti yakin yang susu kita cukup untuk anak kita. Jangan mudah putus asa, sentiasalah berfikiran positif. Senyum selalu dan ucaplah 'Alhamdulillah' sentiasa walaupun susu yang kita hasilkan cuma 1 oz..Insya Allah Dia akan sentiasa memudahkan perjalanan setiap ibu-Ibu yang kuat!

Sesungguhnya perjalanan penyusuan ni umpama kehidupan. Adakala susu banyak, adakalanya sedikit. Memang kita akan sering diuji, tapi percayalah Ibu- ibu, susu Ibu adalah HAK anak! Jadi, berusahalah sedaya mampu, Insya Allah Dia senantiasa ada membantu kita!

Berjuanglah duhai Ibu, Si Pejuang Kental!

Info lanjut mengenai mitos susu badan kurang di sini.

Sayang semua,
Ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...