Memaparkan catatan dengan label Testimoni Vivix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Testimoni Vivix. Papar semua catatan

Ahad, 10 September 2017

Info Lengkap Mengenai Vivix Shaklee : Revolusi Penciptaan Anti Penuaan Masakini

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada tahun 2000, Shaklee yang merupakan syarikat supplemen makanan nombor SATU di Amerika Syarikat telah memperkenalkan Vivix.

Vivix merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun- tahun lamanya. Ianya sangat unik kerana mampu bertindak melawan penuaan pada peringkat sellular.

Selepas diperkenalkan, lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual.



Klik di SINI lihat video mengenai Vivix Shaklee.

Apakah Ramuan Vivix?


1. Anggur Muscadine 

2. Lobak ungu
3. Elderberry
4. Polygonum cuspidatum




Manfaat dan fungsi Vivix:





Mari lihat testimoni pengamal Vivix.

#Testimoni 1 :

Vivix buat Ibu Berpantang secara pembedahan


#Testimoni 2 : 
#Testimoni 3 : 


#Testimoni 4:


#Testimoni 5:


#Testimoni 7:



Cara Pengambilan Vivix



Hanya satu sudu teh bersamaan 5ml sehari sahaja untuk kesihatan menyeluruh. Satu botol Vivix (150ml) boleh bertahan selama satu setengah bulan hingga dua bulan.


Harga Vivix adalah sebanyak RM475 untuk satu botol 150ml.

Kalian boleh mendapatkan penjimatan berganda sekiranya membeli 2 botol sekaligus. Percuma keahlian Shaklee, tiada kos penghantaran dan kalian bakal mendapat cash rebate pada bulan seterusnya.

Cara membuat pesanan Vivix

Sekiranya kalian berminat untuk mencuba Vivix, kalian boleh saja menghubungi MAS, 013-6341955 untuk pesanan segera. Konsultasi akan diberikan dengan sebaiknya. 

In shaa Allah.

Salam sayang,
ibum3m

Sabtu, 9 September 2017

4 Sebab Kenapa Vivix Supplemen Wajib Buat Golongan Emas

Bismillahirrahmanirrahim

Selepas berkahwin, berhijrah jauh ke seberang laut meninggalkan orang tua dan keluarga tersayang.
.


Pabila kesihatan beliau diduga, terasa mahu 'terbang' seja di awangan untuk ada di samping beliau.
.


Disebabkan kekangan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, hanya mampu menitipkan doa yang tidak putus buat beliau.
.


Sementara itu, kami berpakat adik beradik untuk memberikan beliau supplemen Vivix. Minuman kesihatan yang didokong dengan kajian saintifik yang utuh.
.


Vivix berbentuk cecair yang amat mudah ditelan oleh pengamalnya. Ya, terlalu banyak ubat hospital yang perlu masuk di dalam sistem badannya. Di harap inilah tonik terbaik buat beliau.
.
Ada beberapa sebab kenapa saya kena pastikan bapak konsisten amalkan Vivix. 

1. Vivix beri TENAGA 

Kajian menunjukkan Vivix bertindak sehingga ke peringkat selullar. Bantu menambahkan biogenesis iaitu pembinaan mitokondria dalam sel tersebut. .


Mitokondria yang ala- ala TNB dalam badan merupakan pusat penjanaan tenaga. Apabila mitokondria ini diperbaharui, maka akan bertambahlah tenaga yang dihasilkan oleh badan tersebut. 


Itulah sebabnya kebanyakan pengamal Vivix gembira kerana merasa lebih BERTENAGA apabila mengamalkannya.



2. Vivix Bantu Pertahanan Sel

Kajian (2011) melibatkan pengguna yang mengamalkan makanan segera, 'fast food' yang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat akan memberi kesan 'biological stress' terhadap sel badan. Biological stress terhadap sel badan kita akan mengurangkan sistem pertahanan sel.

Akan tetapi, kandungan Vivix dapat membantu menghalang tindakan biological stress terhadap sel badan sebanyak 40%. 

3. Vivix Bantu Memperbaiki Sel

Kandungan Vivix dipercayai dapat membantu melindungi sel DNA manusia daripada mudah rosak dan menyokong replikasi DNA. 

4. Vivix Optimakan Kuasa Sel

Ramuan Vivix terbukti dapat menghalang penghasilan protein AGE yang boleh mengakibatkan kerosakan sel. 


Ini adalah 4 sebab kenapa saya benar percaya akan kehebatan supplemen Vivix adalah yang terbaik buat bapak. 

Buat bapak, semoga bapak kuat dan kembali dikurniakan kesihatan seperti dahulu.
.


Inshaa Allah kita bertemu bulan depan. Aamiin.

Klik di SINI untuk melihat video mengenai Vivix Shaklee.

Tulus dari,
Ibum3m

Khamis, 18 Mei 2017

Berjaya Hamil Setelah Enam Tahun Menanti Dengan Supplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Gembira rasanya hati jika dapat membantu sahabat yang belum dikurniai cahayamata, dan ternyata ianya berhasil. Apalagi empunya diri bukan? 

Setelah berusaha selama 6 tahun, akhirnya Puan Sulhana Shuhaimi bersyukur mendapat khabar gembira mengenai kehamilan anak pertama beliau. 

Mari kita baca perkongsian beliau.


[PENANTIAN 6 TAHUN UNTUK ZURIAT PERTAMA BERAKHIR DENGAN BANTUAN SUPLEMEN SHAKLEE]

.

Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.



.

Saya mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.
.

Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa.Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.
.


Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan Set Kesuburan, Set Kehamilan, Set Berpantang dan Set Menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. 

Sekian.

Allahuakbar. Dia Maha Mendengar akan dia hambaNya. 

Sekiranya kalian ingin mendapatkan Set Kesuburan buat Suami yang terdiri daripada Vitamin E, Vitamin C dan Multivitamin. Set Kesuburan Isteri iaitu Vitamin B, GLA dan Alfalfa. 

Hubungi saja Mas 013.634.1955.

Tapi sekiranya kalian menghadapi kesukaran untuk menelan banyak supplemen berbentuk pil atau kapsul, boleh sahaja mencuba VIVIX Shaklee. 

Boleh rujuk perkongsian testimoni Vivix oleh Encik Daud Mohamad dimana penantian selama SEPULUH TAHUN untuk mendapatkan zuriat ke dua akhirnya berhasil setelah mengamalkan Vivix selama satu bulan lebih. Klik sahaja di SINI.

Untuk informasi ingin hamil, boleh juga baca informasi mengenai supplemen yang diperlukan untuk hamil di sini .

Inshaa Allah. 

Semoga bermanfaat.

Sabtu, 6 Mei 2017

Vivix Hadiah Buat Ibu Dan Ayah Tersayang Demi Kesihatan Yang Berpanjangan

Assalamualaikum wbt.

Tiada yang lebih indah daripada melihat mereka gembira.

Tiada yang lebih indah dari membuat mereka bahagia.

Tiada yang lebih indah dari melihat mereka terus sihat dan bertenaga.



Seiring dengan pertambahan usia, mereka, insan yang banyak berjasa kepada kita sering ditimpa masalah kesihatan.

Sesungguhnya tiada yang lebih bernilai dari erti sebuah kesihatan. Justeru, sekiranya kalian tercari- cari supplemen terbaik buat insan tersayang, Vivix Shaklee adalah jawapannya.

Rujuk gambar di bawah yang mengandungi informasi mengenai Vivix Shaklee.




Alhamdulillah, ramai telah memperolehi perubahan yang baik setelah berikhtiar dengan Vivix.






Vivix Shaklee ini merupakan minuman botanikal dalam bentuk yang mudah diamalkan oleh golongan veteran yang rata- rata sukar untuk menelan pil atau kapsul yang banyak. Ini lebih memudahkan kerana ianya berbentuk cecair.

Amalkan satu sudu makan setiap hari sebelum tidur atau seawal pagi. Satu botol mengandungi 150ml iaitu untuk penggunaan selama satu setengah sehingga 2 bulan. Cara penyimpanan ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin.

Satu botol Vivix Shaklee berharga RM475. Sekiranya kalian membeli Twinpack Vivix, kalian akan menikmati penjimatan berganda iaitu dengan mendapat keahlian percuma seumur hidup, pengeposan percuma dan pulangan BONUS berbentuk wang tunai sebanyak RM30++ pada bulan seterusnya.

Untuk pembelian seterusnya, kalian boleh membeli Vivix Shaklee dengan harga jimat iaitu pada harga ahli. Bukan sahaja Vivix, malah semua rangkaian produk Shaklee yang terdiri daripada penjagaan kesihatan, penjagaan rumah dan penjagaan wajah. Semuanya boleh kalian miliki dengan harga jimat sebagai ahli Shaklee.

Yakinilah produk Shaklee kerana ianya sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa, mendapat kelulusan KKM dan diuji secara klinikal melalui kajian terperinci dan terulung.

Terbaru, kajian Landmark Study yang membuktikan pengamal supplemen Shaklee selama 20 hingga 30 tahun mempunyai kesihatan yang LEBIH BAIK berbanding golongan yang tidak mengamalkan sebarang supplemen dan golongan pengamal supplemen selain produk Shaklee.

Produk Shaklee sememangnya terbukti selamat, semulajadi dan berkesan buat pengamalnya.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saja Kak Mas di talian 013.634.1955. Inshaa Allah konsultasi terbaik hanya buat kalian.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibu M3M
Pengedar Shaklee Shah Alam

Ahad, 30 April 2017

Terkejut Apabila Pembedahan Mata Kiri Akibat Katarak Dibatalkan

Assalamualaikum wbt.

Di saat kita diuji. Itu tandanya Dia tahu yang kita mampu untuk menghadapinya. Dia terlalu sayang pada hambaNya. Dia ingin mendengar keluhan dan rintihan kita semula.

Perkongsian ini adalah dari Puan SABARIAH ABDUL RAHMAN. Beliau yang telah menjalani pembedahan katarak mata kanan terpaksa dijadualkan menjalani pembedahan buat mata kiri pula kini. Asbab tidak sanggup lagi menjalaninya untuk kali kedua, beliau mencuba alternatif lain dan Alhamdulillah berhasil.

Jom ikuti kisah beliau.


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017..


Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. .


Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak..


Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum..


Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee..Terima kasih.








Alhamdulillah kita berikhtiar, dengan izinNya jua. Ternyata pengambilan secara megadose Vivix dan Carotomax dapat mengelakkan mata beliau dari dibedah sekali lagi.

Syukur dipertemukan dengan Shaklee.

Semoga bermanfaat.
Salam sayang,

ibum3m

013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Khamis, 27 April 2017

Soaljawab Mengenai Menu Harian Bagi Pesakit Diabetes Mengikut Pakar Nutrisi Di Hospital Kuala Lumpur: Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Perkongsian hari ini adalah bersambung dari perkongsian Kak Mas yang lepas. Kalian boleh membacanya di sini, Soaljawab mengenai menu harian pesakit Diabetes part 1.

Akan tetapi, pemilihan menu harian pada hari ini adalah berkaitan dengan buah- buahan yang diboleh atau tidak digalakkan untuk pesakit Diabetes atau kencing manis.

Menurut Pakar Nutrisi di HKL, beliau menyarankan bahawa pengambilan buah sebaiknya perlu diamalkan ketika makan tengahari dan makan malam sahaja. Ianya perlu diambil sebelum atau selepas makan dan mesti bersama makanan. Tidak digalakkan untuk mengambilnya semasa perut kosong. Lebih afdal katanya, sebelum makan iaitu pada ketika waktu makan utama. Akan tetapi, diingatkan supaya jangan sekali- kali menggantikan buah dengan makan utama.

Sebagai contoh, pesakit sudah berasa agak kenyang dengan memakan buah, lalu mengambil keputusan untuk tidak makan malam atau makan tengahari. Ini sama sekali tidak digalakkan untuk pesakit.

Untuk pemilihan buah, kuantitinya adalah satu biji sahaja iaitu sebiji buah yang boleh dipegang oleh tangan kita. Contohnya buah epal, pear, kiwi, oren, plum dan sebagainya. Perlu di ingat, amaun yang digalakkan cuma sebiji yang boleh dipegang oleh tangan kalian.

Untuk pisang pula, sebaiknya di ukur iaitu hanya 10cm sahaja yang dibenarkan. Ini kerana pisang mengandungi kandungi potassium yang tinggi dan gula yang tinggi buat kalian.

Boleh kah makan buah rambutan?
Boleh, Hanya 2 biji sahaja untuk sehari.

Bagaimana dengan buah durian?
Boleh. Kuantiti yang dibenarkan hanya 2 ulas bersaiz sederhana setiap hari.

Bolehkah makan buah anggur dan longan?
Boleh. Anggur, longan dan laici boleh di ambil dalam amaun 8 biji sehari.

Kombinasi buah- buahan?
Boleh. Sebagai contoh, buah epal separuh beserta 4 biji anggur. Ini sudah memadai.

Bilakah masa yang terbaik untuk makan buah tersebut?
Sebelum makan malam dan makan tengahari dengan kuantiti yang dibenarkan. Tidak digalakkan untuk mengambilnya semasa minum pagi dan minum petang.

Bolehkah menjadikan hidangan buah- buahan sebagai jus?
Boleh. Tidak dibenarkan sama sekali memilih jus kotak yang terdapat di pasaran dan supermarket. Jus mestilah dibuat sendiri di rumah tanpa menambah sebarang gula atau pemanis seperti stevia dan sebagainya.

Bolehkah saya minum susu tepung yang ada di pasaran?
Boleh, dengan kadar dua cawan sehari. Perlu diingat, susu rendah lemak sahaja yang digalakkan buat kalian. Dinasihatkan agar kalian tidak memilih susu penuh krim dan 'skimmed' milk kerana ianya mengandungi kandungan gula dan krim yang tinggi.


Ini pula diet buat pesakit Diabetes yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Klik sahaja di SINI.

Nasihat Kak Mas, jangan lupa 3 komponen utama dalam pengurusan Diabetes iaitu Pemakanan, Ubatan dan Senaman. Tidak salah mencari alternatif lain, akan tetapi 3 komponen penting ini mesti dipatuhi. Perlu di ingat bahawa supplemen alternatif hanya boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah sahaja.

Andai kata kalian mencari alternatif supplemen, Vivix Shaklee lah jawapannya. Ini adalah kerana ianya terbukti melalui kajian penyelidikan yang terperinci berkesan, selamat dan membantu meningkatkan kesihatan ke arah yang lebih baik.



Tambahan pula, satu kajian Landmark Study iaitu kajian keberkesanan pengamal Shaklee yang mengamalkan supplemen Shaklee lebih 20 hingga 30 tahun menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik jika dibandungkan dengan pengamal supplemen jenama lain dan juga golongan yang tidak mengamalkan supplemen secara langsung.



Kalian perlu bijak memilih. Produk yang dipilih bukanlah sekadar testimoni, bukan sekadar mendapat kelulusan KKM yang kemudiannya ditarik balik, dan bukannya produk yang dibancuh di belakang rumah. Vivix Shaklee terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.



Semoga bermanfaat.

Pilih dengan bijak,
ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat

Rabu, 26 April 2017

Soaljawab Mengenai Menu Harian Bagi Pesakit Diabetes Mengikut Pakar Nutrisi Di Hospital Kuala Lumpur: Part 1

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, setelah dua tahun berhempas pulas, tanggal 5 November 2016 merupakan hari paling manis buat Kak Mas. Hari Konvokesyen yang di tunggu- tunggu. Sungguh tidak ku sangka, Allah permudahkan segalanya walaupun pada mulanya, di lihat ianya agak mencabar. Fuh, lega yang amat. Syukur.


Kak Mas menyambung Master di UKM dalam jurusan Sains Kesihatan iaitu Pendidikan Kesihatan. Jurusan ini sangat bagus. Ianya sebenarnya adalah kursus kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pihak UKM. Majoriti batch kami terdiri daripada pegawai kerajaan iaitu Pegawai Pendidikan Kesihatan atau Health Education Officer (HEO) yang mengikuti kursus jangka masa panjang untuk mereka disahkan jawatan.



Banyak yang telah Kak Mas pelajari. Sedikit sebanyak ianya membuka mata dan minda kita mengenai bagaimana mendidik masyarakat untuk mengubah cara hidup yang lebih sihat. Semasa dalam pembelajaran, kami telah menjalani latihan industri di beberapa hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.




Kak Mas dan enam orang sahabat lain ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur di bawah Unit Pendidikan Kesihatan. Ada pelbagai program yang dianjurkan oleh unit ini termasuklah mengadakan kelas pendidikan pesakit buat pesakit- pesakit Diabetes dan sebagainya.



Dipendekkan cerita. Di ruangan ini, Kak Mas mahu berkongsi perkara yang sangat penting buat pesakit Diabetes di luar sana. Penting untuk setiap pesakit Diabetes atau kencing manis bahawa tidak ada ubat alternatif yang mampu merawat penyakit ini. Akan tetapi, ianya mampu dikawal sekiranya kita tahu caranya.


Terdapat tiga komponen utama dalam pengurusan Diabetes atau kencing manis ini iaitu pemakanan, ubatan dan senaman. Inshaa Allah dalam ruangan ini, Kak Mas kongsikan komponen pertama dahulu iaitu pemakanan. Untuk bab pemakanan, amat penting bagi pesakit diabetes mengawal kadar gula yang diambil setiap hari.


Menurut pakar nutrisi, pesakit Diabetes perlu mengambil gula dalam satu sudu makan sahaja dalam sehari. Ulang suara, satu sudu makan ya, bukan satu cawan. Jadi sekiranya kalian minum manis, setengah sudu teh gula untuk minum pagi dan setengah sudu teh gula untuk minum petang.

1. Bilakah masa yang sesuai untuk makan?


Kebiasaannya ada tiga makanan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Diselangi dengan 2 hidangan minum pagi dan minum petang.


2. Bolehkah makan nasi lemak, mihun goreng atau nasi goreng sebagai menu sarapan pagi?

Boleh. Akan tetapi, kuantiti yang disarankan hanya 1 cawan sahaja. Contohnya, nasi lemak 50sen. Tidak boleh bertambah.



3. Bolehkah makan roti canai sebagai menu sarapan?


Boleh. Akan tetapi, sebulan hanya sekali sahaja iaitu sekeping roti canai untuk satu bulan. Ini kerana sekeping roti canai mengandungi 5 sudu besar minyak iaitu tinggi kadar kalori.



4. Bagaimana pula dengan capati, roti naan atau tosai? Bukankah ianya mengandungi kurang kalori daripada roti canai?


Boleh. Untuk tiga jenis roti ini, kalian boleh menikmatinya satu keping satu hari sahaja.



5. Antara roti putih dan roti 'wholemeal'?


Pilih roti wholemeal. Tengok kepada kadar glisemik indeks yang rendah. Kadar yang dibenarkan hanyalah satu atau dua keping sehari.

6. Mokcik teringin nak makan kuih Melayu, bolehkah?

Boleh. Akan tetapi, kena pilih kuih yang jenis goreng dan kukus sahaja. Sekali makan, 2 kuih sahaja yang dibolehkan, satu jenis goreng dan satu jenis kukus. Tidak boleh keduanya dari jenis goreng. Contoh kuih seperti, karipap, pulut panggang dan sebagainya. Kuih talam dan seumpamanya amatlah tidak digalakkan.

7. Apakah menu yang sesuai untuk minum pagi?

Kebiasaannya minum pagi digalakkan di ambil sekitar pukul 10 pagi. Cukup hanya 2 keping roti gandum atau 1 jenis kuih sahaja atau 3 keping biskut. Teh atau kopi dibenarkan tapi kuantiti gula perlu diambil kira. Ingat, 1 sudu teh gula sehari sahaja.

Justeru, jaga pemakanan, patuhi regimen ubatan yang diberikan dan bersenam mengikut kesesuaian dan keupayaan sendiri. Di samping itu, adalah tidak salah mencari alternatif lain tetapi 3 perkara penting ini harus diUTAMAkan.

Sekiranya kalian mencari supplemen alternatif untuk Diabetes, pilihlah dengan bijak. Mertua Kak Mas pun seorang pesakit Diabetes yang mengamalkan Vivix Shaklee sebagai alternatif untuk menstabilkan paras gula dalam darah beliau. Alhamdulillah kadar gula beliau agak stabil.

Mari kita lihat perkongsian pesakit Diabetes yang lain mengenai Vivix Shaklee.

#Testimoni 1:


#Testimoni 2:


#Testimoni 3:


#Testimoni 4:


#Testimoni 5:




Sekiranya berminat untuk mencuba minuman botanikal Vivix, boleh saja menghubungi Kak Mas di talian 013.634.1955.


Sebotol Vivix yang mengandungi 150ml dirumuskan khas daripada anggur Muscadine, lobak ungu, elderberry dan knotweed jepun. Penggunaan selama 1 bulan setengah sehingga 2 bulan. Harga sebotol RM475. Lebih jimat sekiranya kalian membeli Twinpacks Vivix yang menjanjikan keahlian Percuma, kos pos percuma dan cash rebate untuk bulan yang akan datang.

Konsultasi terbaik buat kalian. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat semua. In shaa Allah Kak Mas akan kongsi pula cara memilih buah buat pesakit Diabetes di entri seterusnya.

Sekian. Salam Sayang,


ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam dan Hulu Langat.

Jumaat, 14 April 2017

Bagaimana Mengurangkan Kesan Sampingan Rawatan Pesakit Tibi?

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, genap 2 bulan aku menelan ubat Tibi aka Tuberculosis. Ianya lebih dikenali sebagai penyakit batuk kering dikalangan kita

Alhamdulillah. Berakhir sudah fasa Intensif. Maka bermula pula fasa 'Maintenance'.


Ubat pun bertukar. Dua bulan lepas, Dr memberikan preskripsi Akurit-4 iaitu gabungan 4 jenis antibiotik iaitu Rifampin, Ethambutol, Isoniazid dan Pyrazinamide. Tapi semuanya diformulasikan dalam 1 pil sahaja. Alhamdulillah dengan teknologi sekarang. Akurit-4 ni dimakan sebanyak 3 biji setiap hari, sejam sebelum makan. Satu jenis lagi ialah Pyridoxine (B6) satu biji sehari, sejam sebelum makan.



Sebelum rawatan ini bermula, Dr memang sudah berpesan yang aku kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Ini kerana ubat ini mempunyai kesan sampingan yang kuat. Kebanyakan kes berulang adalah disebabkan ketidakpatuhan kepada regimen ubat tersebut.

Di antara kesan sampingan ubat Tibi ialah air kencing bertukar menjadi merah, sakit kepala, loya, mual, cepat letih, kebas, gatal seluruh badan, penglihatan menjadi kabur dan jaundis.

Pada hari pertama makan ubat ni, masa tu masih di dalam wad. Oleh kerana pil tu saiznya agak besar, memang daku tercekik sampai termuntah- muntah. Huhu. Lepas tu, serta merta urin bertukar menjadi merah sehingga ke malam. Sakit kepala bukan kepalang. Loya. Mual. Gatal. Alhamdulillah masih dalam wad. Jadi jawapannya tidur sahaja pada masa itu. Memang tidak larat.

Setelah keluar dari wad, daku terus membeli Vivix secara online. Sebelum ini, memang pernah minum Vivix tapi tidak menjadi amalan.

Itulah orang kata. Sudah terhantuk baru terngadah. Tapi, 'better late than never' bukan? Benarlah kata pepatah, Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Dan benar, selepas 3 hari mengamalkan Vivix di samping rawatan ubat Tibi, Alhamdulillah efek ubat memang berkurangan.

Walaupun masih ada, tapi tidaklah seberapa teruk dari hari pertama. Kawan sepejabat bercerita, Kak Mas kira bersyukur lah sebab ada kes kawan dia punya suami. Suami bawak Uber, dan disahkan dijangkiti Tibi.

Sepanjang mendapat rawatan Tibi, dia hanya terlantar sahaja di rumah dek kerana kesan sampingan daripada ubat tersebut. Ada juga dengar cerita, seorang pegawai kerajaan diberi cuti 6 bulan di sepanjang tempoh rawatan Tibi tersebut.

Syukur dipertemukan dengan Vivix kerana ianya banyak membantu dalam kehidupan seharian. Masih bertenaga dan bersemangat untuk pergi kerja seperti sediakala.

Nasihatku, sentiasalah berhati- hati apabila kita berada di luar. Sebabnya, pelancong dan pendatang asing pun ramai keluar masuk di negara kita. Terutama pabila tempat kerja kita ada pekerja asing.

Jangan lupa menggunakan topeng muka sekiranya sakit atau batuk. Amalkan amalan cuci tangan dengan betul. Patuhi regimen ubat yang diberi oleh Doktor.

Tidak salah mencuba rawatan alternatif, tapi pastikan ianya betul- betul selamat. Alhamdulillah Vivix sememangnya telah menjalani banyak ujian klinikal dan terhasil dari penyelidikan yang utuh. Bahan pun berasaskan bahan semulajadi dan terbukti melalui kajian saintifik dapat bertindak sehingga ke peringkat sel DNA.

Alhamdulillah, setakat ini bukan sahaja diri sendiri yang merasai perubahannya, malah ada rakan lain juga sudah beransur pulih dengan ikhtiar Vivix.

#Testimoni 1: Selera makan dan berat makin bertambah.




#Testimoni 2 : Batuk berdarah sudah tiada.


Apapun, kita berikhtiar, Allah SWT juga yang menentukan. Semuanya atas izinNya jua.

Kalian boleh membaca artikel mengenai penyakit Tibi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di SINI.

Semoga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat


Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...