Memaparkan catatan dengan label B Kompleks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B Kompleks. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2014

Harga Set Menyusu Shaklee Khas Untuk Ibu, Si Pejuang Kental?

Salam bahagia..

Titisan emas iaitu susu ibu adalah anugerah paling berharga buat si manja anda. Bagi menjayakan proses ini, memang banyak liku, cabaran dan halangan yang mungkin para ibu perlu tempuh di sepanjang usaha menyusukan bayi. Tapi, ibum2m pasti yang semua ibu- ibu memang akan berjuang dan berusaha sehabis gigih untuk menjayakan program ini.

Sebagai salah satu ikhtiar untuk menjayakan penyusuan adalah melalui pengambilan supplemen. Secara umumnya, setiap supplemen mempunyai fungsi yang berbeza. Di sini ibum2m kongsikan fungsi setiap satunya.

Vitalea :
Multivitamin yang lengkap dengan pelbagai nutrisi.

Vitamin B :
Agen penenang semulajadi, memberi mood yang baik dan mengurangkan tekanan kepada si ibu.

Vitamin C :
Membantu menguatkan sistem imun ibu dan anak.

Alfalfa :
'Penggalak susu' bertindak untuk mempercepatkan memperbanyakkan penghasilan susu ibu.

Ostematriks :
Memenuhi keperluan kalsium harian bagi menguatkan tulang, gigi dan gusi.

ESP :
Sumber protein yang menjadikan susu ibu lebih pekat dan berlemak supaya bayi tidak mudah meragam dan cepat kenyang.


SET A : Set Menyusu Bajet 

1. Alfalfa
2. ESP

Harga : RM 203.75 kegunaan 2 bulan

SET B : Set Menyusu Asas

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa

Harga : RM 288.75 kegunaan 3- 4 bulan



SET C

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Ostematriks

Harga : RM 296 kegunaan 3- 4 bulan.


SET D 

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks

Harga : RM 349.75 kegunaan 3- 4 bulan.




SET E: Set Menyusu 3M

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks
6. ESP

Harga : RM 499.75 kegunaan 3- 4 bulan.


Set- set ini diperkenalkan untuk menyempurnakan perjuangan penyusuan ibu berlandaskan keperluan dan bajet masing- masing. Tapi perlu di ingat ya ibu- ibu sekalian, supplemen sahaja tidak membantu 100% dalam penghasilan susu ibu ya.
Apa yang penting adalah ibu-ibu mesti memegang prinsip "DEMAND AND SUPPLY", jika permintaan tinggi maka bekalan pun akan turut tinggi. Jadi, ibu mesti kerap menyusukan bayi secara direct mahupun pam setiap 3 jam untuk memastikan permintaan sentiasa ada. Jangan culas ya! Kalau boleh, bawalah beg pam tu kemana- mana sahaja ibu pergi sekiranya bayi tiada di sisi ibu. Lagi tips, pastikan minum 3.2 liter air sehari ya..
Untuk sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau ibu boleh add saya melalui FB: Masliani Hj Abdul.
"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"
Semoga bermanfaat!
Love,
ibum2m 

Jumaat, 25 April 2014

Rambut Gugur Selepas Bersalin?



Semenjak dah beranak dua ni, memang tersangatlah sibuk menguruskan rumahtangga. Walaupun hari cuti hujung minggu, mesti ada saja kerja rumah yang mesti dilaksanakan, bak kata orang memang kerja rumah ni tidak ada titik nokhtahnya. Dari memasak sampailah mengemas rumah, apa lagi time menyapu, aduss memang geram tengok rerambut yang gugur punyalah banyak. Rasanya inilah dilema ibu beranak kecil, banyak sangat rambut gugur kan..
Sampai lah Mikail suda 6 bulan, terus mintak izin dengan incik suami, " Dear, mo gunting rambutlah, banyak gugur ni. Payah jugak pagi2 mo pegi keja, urus anak, urus rambut lagi..haiihhh memang nda cukup tangan." Alhamdulillah permintaanku dipenuhi..Yeay, maka pergilah kami anak beranak ke Bangi, kedai Hair Profile sebab ni memang salon kegemaran incik suami. Kedai ni pun di urus oleh suami isteri chinese yang memang sangat peramah. Di dalam kedai, ada pulak jual tudung..huhu
Dalam bilik khas, mengeluhlah daku dengan isteri pemilik salon ni, rambut banyak gugur la..Apa yg dia cakap, 'Lor baguslah, banyak rambut baru mau tumbuh maa..".. oh gitu rupanya..;-)
Sebenarnya,memang dilema setiap ibu selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur. Berkemungkinan kita boleh hilang 50-100 urat rambut setiap hari. Huishh banyak tuh!

Setiap Ibu MESTI tahu!!

# Keguguran rambut selepas Bersalin adalah NORMAL.
# Anggaran rambut wanita adalah 100,000 helai dan purata 100 helai gugur setiap hari.
# Pertambahan hormon progesteron dan estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan banyak. Kebiasaannya, rambut akan lebih tebal dan lebih sihat pada ketika ini.
# Selepas bersalin, paras hormon kembali NORMAL.
# Dua hingga tiga bulan ibu akan mengalami keguguran rambut agak teruk kerana banyak folikel rambut masuk fasa 'berehat'.
# Masalah keguguran rambut TIDAK dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
# Selepas setahun, pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali normal kepada keadaan sebelum ibu hamil.

Apa yang PERLU Ibu lakukan?

1- Jaga pemakanan yang berkhasiat yang kaya dengan protein dan zat besi. Contohnya telur, daging ayam, sayuran hijau, tauge, makanan gandum, buah-buahan, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.



2- Jangan buat rawatan rambut seperti mengeriting, warnakan atau luruskan.
3- Potong rambut jika panjang untuk elakkan rambut gugur dengan banyak dan memudahkan dalam menguruskan si kecil.



4- Guna syampu yang kaya dengan vitamin B atau yang berasaskan organik.



Set Penjagaan Rambut PROSANTE SHAKLEE
5- Elakkan sikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
6- Minum air yang cukup sekurang- kurangnya 8 gelas sehari.
7- Mengambil supplemen tambahan seperti multivitamin dan mineral, zink dan protein.



Supplemen B Kompleks, ESP, Vitalea dan Zink untuk rambut gugur
8- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup serta kurangkan tekanan.




Syioknya tengok baby tidur..;-)
  
Tapi berhati-hati jugak sebab kalau rambut masih gugur dengan banyak, mungkin ada petanda lain iaitu postpartum thyroiditis. Jadi, untuk ibu- ibu, bagus segera berjumpa doktor untuk menerima rawatan selanjutnya ya, takut menjadi serius pulak. Wallahu'alam..
Untuk sebarang pesanan, boleh hubungi ibum2m di talian 013-6341955..
Salam Sayang semua..:-)

Isnin, 31 Mac 2014

Set Berpantang/ Bersalin Shaklee

Tahniah kerana pada detik ini, anda adalah ibu kepada si comel anda. Sesungguhnya saat ini adalah momen yang paling bermakna dalam hidup seorang ibu.

Untuk pengetahuan, set ini boleh diambil oleh ibu- ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan seawal sejurus selepas kelahiran bayi anda.


Set Berpantang/ Bersalin Asas:

Vitalea
Diperkaya dengan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting, mengandungi zat besi yang amat penting untuk proses pembentukan sel darah merah.
 (RM 88.75 untuk 120 tablets)
Vitamin B Kompleks
Mampu memberikan tenaga tambahan, bertindak sebagai agen penenang semulajadi dan membantu melancarkan peredaran darah.
(RM53.75 untuk 120 tablets)
Vitamin C
Antioksidan semulajadi, menolong meningkatkan imun sistem dan menjadikan tekstur kulit lebih sihat dan cantik.
(RM 92.50 untuk 180 tablets)
Zink
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
(RM 33.75 untuk 120 tablets)
Harga Full Pack hanya RM 268.75 sahaja!


Tambahan: 

Ostematriks
Menghilangkan sakit belakang dan lenguh- lenguh badan, membantu untuk tidur lena dan berkualiti.
(RM61 untuk 120biji)
Energizing Soy Protein (ESP) 
Membantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang dan tidak mudah meragam. Bonus: dapat mencerahkan, melembapkan kulit ibu dan bayi.
(RM 150 untuk satu canister)
Lecithin
Agen pemecah lemak dan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu sekaligus boleh mengelakkan ibu mengalami bengkak susu.
(RM52.50 untuk 180 tablets)
Alfalfa
Detoks semulajadi, membantu untuk proses penghadaman, melegakan rasa kebas dan sakit sendi, mengawal keputihan dan bertindak sebagai 'milk booster'.
(RM 53.75 untuk 330 tablets, RM 97.50 untuk 700 tablets)

Add on untuk ibu menyusu

Mari lihat testimoni ibu- ibu yang lain..



Pilihan di tangan anda. Apa yang penting bagi saya, pilihan saya MESTILAH selamat, berkesan dan semulajadi kerana hanya yang TERBAIK akan saya berikan buat si manja saya..
'Be positive, I Love Breastfeeding'

Untuk keterangan lanjut dan pesanan, bolehlah menghubungi
ibuM2M di 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau boleh terus klik di bawah untuk pesanan segera SET BERSALIN SHAKLEE!


SET BERPANTANG/ BERSALIN SHAKLEE


Salam Sayang,
ibuM2M

**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.

Sabtu, 15 Februari 2014

Kenali Keperluan Asid Folik Untuk Anda

Tahukah anda bahawa hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat SINTETIK dan TIDAK MUDAH DISERAP oleh tubuh kita?
 
Untuk pengetahuan, ASID FOLIK amat PENTING terutama kepada ibu- ibu mengandung untuk memelihara kesihatan fetus dalam kandungan mereka. Bagi ibu- ibu menyusu, ianya dapat merangsang pengeluaran susu badan.
 
MANFAAT LAIN...
 
# Memelihara kesihatan sel darah merah
# Mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks
# Membantu mencegah anemia
# Membantu mengelakkan osteoporosis
# Menolong mencegah ulser mulut
# Membantu memelihara kesihatan kulit
 
Berikut adalah jadual keperluan asid folik dalam tubuh kita :
 
 
 
 
 
Saranan :
 
Normal : 1 biji Vitamin B, 1 biji Vitalea sehari (400mcg)
 
Ibu Mengandung : 2 biji Vitamin B, 1 biji Vitalea sehari (600mcg)
 
 
Ini kerana setiap satu tablet Vitamin B Kompleks dan Vitalea masing- masing mengandungi  asid folik sebanyak 200mcg.
 
 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com

Rabu, 12 Februari 2014

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Terhadap Ibu dan Bayi

 
 
Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu MAMPU menyusui sendiri anaknya.

Susu ibu merupakan makanan TERBAIK bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat.

Susu ibu juga mempunyai DAYA TAHAN yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis KANSER seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu- ibu yang menyusui bayinya.

Penyusuan secara EKSLUSIF disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun lebih.
 

Diet yang seimbang amat PENTING bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya :

1) MULTIVITAMIN (VITALEA)


Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) PROTEIN (Energizing Soy Protein @ ESP)


Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel- sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang- kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

3) VITAMIN C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil Vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara EKSLUSIF dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4) VITAMIN B KOMPLEKS


Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel- sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.

5) KALSIUM (OSTEMATRIKS)


40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak
1300mg kalsium setiap hari.

6) ASID LEMAK OMEGA 3 (OMEGA GUARD)


Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak- kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

7) ALFALFA


Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan- bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
 
 
Sumber: Shaklee Today 2012

 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com.my
 
 



SHAKLEE : I'M IN LOVE

Cerita Shaklee saya bermula di pertengahan tahun 2012 apabila diperkenalkan oleh rakan sekerja. Masa itu, permohonan perpindahan saya dari Kota Kinabalu ke Semenanjung baru di terima setelah tiga kali ditolak oleh company. Alhamdulillah rezeki anak pertama, Maisha yang genap berumur 3 bulan akhirnya dapat bersama dengan ayahnya.
 
Sebelum kelahiran anak sulung, saya memang bertekad untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya dan mencabar diri untuk bertahan sampailah Maisha berumur 2 tahun. Berkat semangat, pengalaman dan ilmu- ilmu yang dikongsi oleh rakan- rakan sekerja di Kota Kinabalu, saya begitu teruja sekali untuk menyusukan bayi saya secara sepenuhnya.
 
Bermula dengan hanya pek percubaan untuk ibu menyusu yang mengandungi Vitalea, B Kompleks, Vitamin C dan Alfalfa, sudah cukup membuatkan hati ini jatuh cinta dengan Shaklee. Ini kerana, sebelum ini, saya memang sentiasa rasa tidak bertenaga, sakit kepala, sakit belakang dan lenguh- lenguh badan setiap bangun daripada tidur. Semuanya disebabkan oleh rutin harian sebagai ibu, bangun malam untuk menyusu dan mengepam bagi memastikan bekalan susu mencukupi untuk Maisha. Segala 'sakit- sakit' yang dialami semuanya saya 'tahan' semata- mata bagi memberikan hanya yang TERBAIK untuk Maisha.
 
Alhamdulillah setelah 3 hari consume Shaklee, ianya memang memberi KESAN dan PERUBAHAN yang ketara pada diri saya. Alhamdulillah, saya sentiasa berasa lebih bertenaga, tiada lagi sakit kepala dan rasa lenguh badan semakin berkurangan. Malahan, yang paling menggembirakan saya ialah penghasilan susu semakin meningkat. Kebiasaannya, sehari 3 kali pam boleh dapat 11-13oz, tapi alhamdulillah meningkat sampai 17-20 oz sehari.. 
 
Terus terang saya katakan, bukan kerana saya seorang pengedar Shaklee, itulah sebab saya mempromosikannya. Tetapi, Shaklee betul- betul telah mengubah hidup saya ke arah kesihatan yang lebih baik dan banyak membantu merealisasikan cita- cita dan impian saya untuk menyusukan Maisha selama mungkin.
 

Bagi ibu- ibu dan bakal ibu di luar sana, saya sangat sarankan anda merasai KEPUASAN dan KEGEMBIRAAN yang saya alami ini. Saya harap agar perkongsian ini amat bermakna untuk semua. Nasihat saya, semua ibu MAMPU untuk menyusui anaknya sendiri. Berbekalkan AZAM dan NIAT yang betul, ILMU dan PENGETAHUAN yang dicari beserta USAHA yang berterusan.. Insya Allah Dia akan tunjukkan jalan.. ;-)



 
 
'Be Positive, I Love Breastfeeding'
 
 
Untuk sebarang pertanyaan tips dan perkongsian, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com






Isnin, 10 Februari 2014

Tenaga 'Tambahan' dari Vitamin B Kompleks Shaklee

Kebanyakan ibu- ibu zaman sekarang boleh dikatakan 80% berkerjaya termasuklah saya sendiri. Memang sangat mencabar untuk bahagi- bahagikan masa antara suami, anak- anak, keluarga dan kerjaya lagi..

Saya baru mempunyai anak 2, tidak dapat bayangkan sekiranya lebih lagi (husband nak 6 anak, so 4 more to go..insya Allah) heee terbayang macam manala orang2 zaman dolu- dolu yang anak ramai termasuklah adik beradik saya yang keSEBELASan utama ni..fuhh ramai kan?

Seperti diri sendiri, sememangnya tidak terlepas dari tanggungjawab yang sama. Kadang- kadang masa 24 jam sehari tu macam cepat sangat berlalu..
Jadi, untuk memastikan saya sentiasa bertenaga dan jadi 'superMom', maka Vitamin B Kompleks Shaklee menjadi perkara WAJIB bagi saya. Setiap hari lepas breakfast, 1 biji B-Complex sudah menjadi rutin harian. Selain untuk bagi tenaga tambahan, Vitamin B Kompleks juga boleh membantu mengurangkan 'stress', kemurungan dan insomnia.

KHASIAT LAIN :
i) Membantu tumbesaran yang sihat dan normal - B for 'Beauty', membantu bina DNA dan sel- sel baru.
ii) Membantu mengekalkan kesihatan rambut
Amat sesuai untuk masalah rambut beruban dan masalah keguguran rambut
iii) Bagus untuk kesihatan mata - menolong mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, memperkasakan memori dan daya pemerhatian
iv) Membantu mencegah anemia
v) Membantu meredakan senggugut
vi)Mempermudahkan proses detoksifikasi dan menolong meredakan alahan
v) Membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala



Cadangan Pengambilan
Untuk kesihatan berpanjangan :
1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia dan kesakitan :
2-3 biji sehari, 1 biji sekali (selepas makan)

RM 53.75 untuk 120 tablets (tidak termasuk caj penghantaran)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com



Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...