DIARI HATI

Syukur Alhamdulillah telah dikurniai bayi ke-2, baby boy seberat 3.2kg pada 25 Ogos 2013. Sepanjang tempoh 7 hari, memang jenuh mencari nama yang sesuai untuk bayi kami, siap 'gaduh- gaduh manja' lagi dengan suami..hehe. Sehari sebelum hari ke- 6 tu barulah kami 'decide' untuk memilih nama Muhammad Nuh Mikail untuknya..

Berbanding anak sulung, Maisha Nuwairah hanya berat 2.5kg saja, yang kedua ni memang TERBAIK boboiboy. Mungkin sebab masa mengandungkan Maisha dulu, saya mengalami alahan yang teruk dari mula hamil sampailah time mau bersalin tu, still muntah- muntah lagi..boleh dikatakan selama 9 bulan mengandung, 9 bulan jugaklah kena 'morning sickness'.. Masa tu, belum ada jodoh berjumpa lagi dengan Shaklee.

Jika di imbau kembali pengalaman mengandungkan Maisha dan Mikail memang sangat- sangat berbeza. Di sini saya senaraikan perbezaan nya, saja mau berkongsi pengalaman mengandung baby boy and girl.. :-)

Maisha :

- Alahan yang teruk sampai hari mau bersalin, kurang selera makan..berat terakhir sampai 50kg ja.. nurse KKIA memang setiap bulan komplen..berat naik 0.5kg- 1kg ja sebulan..huhu
- Tidak boleh masak langsung..tidak boleh hidu bau minyak masak, bau nasi yang sudah masak
- Suka minum Coke, air laici, air sirap ros SunValley dan susu coklat Desa Cattle
- Suka makanan yang manis- manis terutamanya buah rambutan, mangga Filipine (setiap hari singgah di jalan UMS tu untuk beli mangga)
- Tidak boleh makan ayam (tengok ja ayam mentah di pasar, memang meremang bulu roma)
- Suka duduk di rumah saja, tidak suka keluar pegi shopping complex
- Tidak suka bermekap (kawan ramai tegur yang memang muka nampak pucat)




Mikail :

- Alahan sampai bulan ke 4 sahaja, so berat terakhir preggie 52kg..tambah 2 kg la dari Maisha dulu..
- Boleh masak (hakikatnya, lagi suka masak..)
- Masih suka minum air bergas tapi bukan Coke la..(padahal, sama ja konsepnya)..
- Sangat suka mangga yang masam (siap pesan dengan macik berniaga buah tu, tolong carikan mempelam), tapi tidak suka makan asam or jeruk.
- Sangat suka makanan kampung, makanan pedas- pedas dan fries McD
- Suka bermekap dan cantik- cantik hehe..ramai orang tegur muka memang glowing dan berseri.


 

Nah, nampaknya itu la senarai perbezaan preggie baby girl dan baby boy yang saya alami. Mesti ibu- ibu di luar sana pun ada kisah- kisah anda yang tersendiri kan?

Jom kongsi ..:-)

Love,
ibuM2M



Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...