Memaparkan catatan dengan label vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin C. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

Lecithin Membantu Atasi Masalah Bengkak Susu

Sering mengalami masalah bengkak susu atau mastitis? Lecithin Shaklee boleh membantu untuk mengatasi masalah bengkak susu. Kebiasaannya bengkak susu ni memang akan diselangi dengan demam dan rasa sakit, merah, bengkak dan keras di sekitar kawasan payudara.
 
Pengambilan 2 biji Lecithin setiap hari boleh membantu untuk melancarkan pengeluaran susu dan berupaya untuk memecahkan saluran- saluran susu yang tersumbat.
 
Disini, ibum2m berkongsi beberapa langkah yang patut diambil sekiranya mengalami bengkak susu..
 
#Langkah 1 :
Tuam kawasan payudara yang bermasalah dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air suam. Sekiranya mo cepat, boleh sahaja isikan air suam dalam botol storage dan lalukan saja disekitar payudara dengan gerakan dari atas ke bawah menghala ke arah puting susu. 
 
#Langkah 2 :
Sekiranya langkah di atas tidak berjaya, para ibu boleh juga menggunakan sayur kobis dengan cara menekapkannya ke atas payudara selama 1 hingga 3 minit sahaja. Selain itu, para ibu juga boleh mengurut dengan menggunakan sikat rambut ke arah areola/ puting susu.
 
#Langkah 3 :
Minum air suam beserta 2 biji Lecithin dan 2 biji Vitamin C untuk mengatasi masalah saluran susu yang tersumbat.
 
#Langkah 4 :
Boleh terus direct feed payudara yang telah dituam tadi kepada bayi anda. Ataupun, para ibu boleh terus mengepam payudara tersebut.
 
 
Jom order Lecithin dan Vitamin C untuk atasi masalah bengkak susu sekarang!
 
Harga Lecithin cuma RM 52.50 untuk 180 biji dan Vitamin C Plus hanya RM92.50 untuk 180 biji. Penggunaan sehingga 2 bulan dan lebih.
 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2afdb805c17991d2cdeb3b51b1d77857
 
Semoga bermanfaat!
 
 
Dari ibum2m 013-6341955...

Selasa, 27 Mei 2014

Harga Set Menyusu Shaklee Khas Untuk Ibu, Si Pejuang Kental?

Salam bahagia..

Titisan emas iaitu susu ibu adalah anugerah paling berharga buat si manja anda. Bagi menjayakan proses ini, memang banyak liku, cabaran dan halangan yang mungkin para ibu perlu tempuh di sepanjang usaha menyusukan bayi. Tapi, ibum2m pasti yang semua ibu- ibu memang akan berjuang dan berusaha sehabis gigih untuk menjayakan program ini.

Sebagai salah satu ikhtiar untuk menjayakan penyusuan adalah melalui pengambilan supplemen. Secara umumnya, setiap supplemen mempunyai fungsi yang berbeza. Di sini ibum2m kongsikan fungsi setiap satunya.

Vitalea :
Multivitamin yang lengkap dengan pelbagai nutrisi.

Vitamin B :
Agen penenang semulajadi, memberi mood yang baik dan mengurangkan tekanan kepada si ibu.

Vitamin C :
Membantu menguatkan sistem imun ibu dan anak.

Alfalfa :
'Penggalak susu' bertindak untuk mempercepatkan memperbanyakkan penghasilan susu ibu.

Ostematriks :
Memenuhi keperluan kalsium harian bagi menguatkan tulang, gigi dan gusi.

ESP :
Sumber protein yang menjadikan susu ibu lebih pekat dan berlemak supaya bayi tidak mudah meragam dan cepat kenyang.


SET A : Set Menyusu Bajet 

1. Alfalfa
2. ESP

Harga : RM 203.75 kegunaan 2 bulan

SET B : Set Menyusu Asas

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa

Harga : RM 288.75 kegunaan 3- 4 bulan



SET C

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Ostematriks

Harga : RM 296 kegunaan 3- 4 bulan.


SET D 

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks

Harga : RM 349.75 kegunaan 3- 4 bulan.




SET E: Set Menyusu 3M

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks
6. ESP

Harga : RM 499.75 kegunaan 3- 4 bulan.


Set- set ini diperkenalkan untuk menyempurnakan perjuangan penyusuan ibu berlandaskan keperluan dan bajet masing- masing. Tapi perlu di ingat ya ibu- ibu sekalian, supplemen sahaja tidak membantu 100% dalam penghasilan susu ibu ya.
Apa yang penting adalah ibu-ibu mesti memegang prinsip "DEMAND AND SUPPLY", jika permintaan tinggi maka bekalan pun akan turut tinggi. Jadi, ibu mesti kerap menyusukan bayi secara direct mahupun pam setiap 3 jam untuk memastikan permintaan sentiasa ada. Jangan culas ya! Kalau boleh, bawalah beg pam tu kemana- mana sahaja ibu pergi sekiranya bayi tiada di sisi ibu. Lagi tips, pastikan minum 3.2 liter air sehari ya..
Untuk sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau ibu boleh add saya melalui FB: Masliani Hj Abdul.
"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"
Semoga bermanfaat!
Love,
ibum2m 

Isnin, 31 Mac 2014

Set Berpantang/ Bersalin Shaklee

Tahniah kerana pada detik ini, anda adalah ibu kepada si comel anda. Sesungguhnya saat ini adalah momen yang paling bermakna dalam hidup seorang ibu.

Untuk pengetahuan, set ini boleh diambil oleh ibu- ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan seawal sejurus selepas kelahiran bayi anda.


Set Berpantang/ Bersalin Asas:

Vitalea
Diperkaya dengan 12 jenis vitamin dan 7 mineral penting, mengandungi zat besi yang amat penting untuk proses pembentukan sel darah merah.
 (RM 88.75 untuk 120 tablets)
Vitamin B Kompleks
Mampu memberikan tenaga tambahan, bertindak sebagai agen penenang semulajadi dan membantu melancarkan peredaran darah.
(RM53.75 untuk 120 tablets)
Vitamin C
Antioksidan semulajadi, menolong meningkatkan imun sistem dan menjadikan tekstur kulit lebih sihat dan cantik.
(RM 92.50 untuk 180 tablets)
Zink
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
(RM 33.75 untuk 120 tablets)
Harga Full Pack hanya RM 268.75 sahaja!


Tambahan: 

Ostematriks
Menghilangkan sakit belakang dan lenguh- lenguh badan, membantu untuk tidur lena dan berkualiti.
(RM61 untuk 120biji)
Energizing Soy Protein (ESP) 
Membantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang dan tidak mudah meragam. Bonus: dapat mencerahkan, melembapkan kulit ibu dan bayi.
(RM 150 untuk satu canister)
Lecithin
Agen pemecah lemak dan membantu melancarkan pengeluaran susu ibu sekaligus boleh mengelakkan ibu mengalami bengkak susu.
(RM52.50 untuk 180 tablets)
Alfalfa
Detoks semulajadi, membantu untuk proses penghadaman, melegakan rasa kebas dan sakit sendi, mengawal keputihan dan bertindak sebagai 'milk booster'.
(RM 53.75 untuk 330 tablets, RM 97.50 untuk 700 tablets)

Add on untuk ibu menyusu

Mari lihat testimoni ibu- ibu yang lain..



Pilihan di tangan anda. Apa yang penting bagi saya, pilihan saya MESTILAH selamat, berkesan dan semulajadi kerana hanya yang TERBAIK akan saya berikan buat si manja saya..
'Be positive, I Love Breastfeeding'

Untuk keterangan lanjut dan pesanan, bolehlah menghubungi
ibuM2M di 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau boleh terus klik di bawah untuk pesanan segera SET BERSALIN SHAKLEE!


SET BERPANTANG/ BERSALIN SHAKLEE


Salam Sayang,
ibuM2M

**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.

Rabu, 12 Februari 2014

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Terhadap Ibu dan Bayi

 
 
Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu MAMPU menyusui sendiri anaknya.

Susu ibu merupakan makanan TERBAIK bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat.

Susu ibu juga mempunyai DAYA TAHAN yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis KANSER seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu- ibu yang menyusui bayinya.

Penyusuan secara EKSLUSIF disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun lebih.
 

Diet yang seimbang amat PENTING bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya :

1) MULTIVITAMIN (VITALEA)


Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) PROTEIN (Energizing Soy Protein @ ESP)


Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel- sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang- kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

3) VITAMIN C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil Vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara EKSLUSIF dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4) VITAMIN B KOMPLEKS


Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel- sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.

5) KALSIUM (OSTEMATRIKS)


40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak
1300mg kalsium setiap hari.

6) ASID LEMAK OMEGA 3 (OMEGA GUARD)


Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak- kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

7) ALFALFA


Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan- bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
 
 
Sumber: Shaklee Today 2012

 
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com.my
 
 



SHAKLEE : I'M IN LOVE

Cerita Shaklee saya bermula di pertengahan tahun 2012 apabila diperkenalkan oleh rakan sekerja. Masa itu, permohonan perpindahan saya dari Kota Kinabalu ke Semenanjung baru di terima setelah tiga kali ditolak oleh company. Alhamdulillah rezeki anak pertama, Maisha yang genap berumur 3 bulan akhirnya dapat bersama dengan ayahnya.
 
Sebelum kelahiran anak sulung, saya memang bertekad untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya dan mencabar diri untuk bertahan sampailah Maisha berumur 2 tahun. Berkat semangat, pengalaman dan ilmu- ilmu yang dikongsi oleh rakan- rakan sekerja di Kota Kinabalu, saya begitu teruja sekali untuk menyusukan bayi saya secara sepenuhnya.
 
Bermula dengan hanya pek percubaan untuk ibu menyusu yang mengandungi Vitalea, B Kompleks, Vitamin C dan Alfalfa, sudah cukup membuatkan hati ini jatuh cinta dengan Shaklee. Ini kerana, sebelum ini, saya memang sentiasa rasa tidak bertenaga, sakit kepala, sakit belakang dan lenguh- lenguh badan setiap bangun daripada tidur. Semuanya disebabkan oleh rutin harian sebagai ibu, bangun malam untuk menyusu dan mengepam bagi memastikan bekalan susu mencukupi untuk Maisha. Segala 'sakit- sakit' yang dialami semuanya saya 'tahan' semata- mata bagi memberikan hanya yang TERBAIK untuk Maisha.
 
Alhamdulillah setelah 3 hari consume Shaklee, ianya memang memberi KESAN dan PERUBAHAN yang ketara pada diri saya. Alhamdulillah, saya sentiasa berasa lebih bertenaga, tiada lagi sakit kepala dan rasa lenguh badan semakin berkurangan. Malahan, yang paling menggembirakan saya ialah penghasilan susu semakin meningkat. Kebiasaannya, sehari 3 kali pam boleh dapat 11-13oz, tapi alhamdulillah meningkat sampai 17-20 oz sehari.. 
 
Terus terang saya katakan, bukan kerana saya seorang pengedar Shaklee, itulah sebab saya mempromosikannya. Tetapi, Shaklee betul- betul telah mengubah hidup saya ke arah kesihatan yang lebih baik dan banyak membantu merealisasikan cita- cita dan impian saya untuk menyusukan Maisha selama mungkin.
 

Bagi ibu- ibu dan bakal ibu di luar sana, saya sangat sarankan anda merasai KEPUASAN dan KEGEMBIRAAN yang saya alami ini. Saya harap agar perkongsian ini amat bermakna untuk semua. Nasihat saya, semua ibu MAMPU untuk menyusui anaknya sendiri. Berbekalkan AZAM dan NIAT yang betul, ILMU dan PENGETAHUAN yang dicari beserta USAHA yang berterusan.. Insya Allah Dia akan tunjukkan jalan.. ;-)



 
 
'Be Positive, I Love Breastfeeding'
 
 
Untuk sebarang pertanyaan tips dan perkongsian, hubungi saya,
MAS 013-6341955 atau maslianiabdul@gmail.com






Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...