Memaparkan catatan dengan label Petua Tempoh Berantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Tempoh Berantang. Papar semua catatan

Rabu, 9 Ogos 2017

Penyusuan Eksklusif Lebih Enam Bulan Berjaya Dengan Set Menyusu Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Bulan ni, genap setahun empat bulan Muhammad berjaya ku susukan sepenuhnya dengan titisan emas dari tubuh ini. Rasa syukur, gembira, tenang, puas. Aku berjaya tunaikan haknya.






Ya, seperti mana hak yang tertunai untuk kakak dan abangnya sebelum ini. Alhamdulillah, Maisha anak pertama dapat ku susukan sepenuhnya selama setahun tiga bulan. Seterusnya sehingga Mikail, yang kedua genap 2 tahun penuh. Aku bersyukur seadanya.


Benarlah kata orang. Setiap titis air susu ibu, tersimpan segala penat jerih, kekuatan, air mata dan harapan buat si anak.

Bermula dengan azam dan niat yang jitu, keberjayaan ini adalah hasil dari supplemen yang di amalkan iaitu Set Penyusuan Shaklee.





Segalanya bermula dengan Alfalfa yang berasal dari perkataan Arab bermaksud 'father of all food' disebabkan oleh tingginya kandungan nutrisinya. Sejujurnya, jatuh cinta pandang pertama dengan milkbooster ini yang asalnya dari Medicago Sativa. Belum sempat dua jam sesi penyusuan, sudah terasa macam jarum menyucuk nyucuk pada Miss *B seakan tangki dipenuhi dengan muatannya semula selepas dikosongkan. Benarlah kata kawan sekerja Ainul yang memperkenalkan Alfalfa ni, katanya ini untuk mempercepatkan penghasilan susu.



Selepas sudah rasai sendiri perubahan positif ni, aku mencuba lagi dengan minuman soya Non GMO perisa vanila yang sedap seakan aiskrim. ESP namanya. Fuh, ini lagi hebat. Kebiasaannya ku perhatikan, susu yang ku perah agak cair sedikit.








Selepas rajin amalkan ESP dua kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur, susu bertukar menjadi pekat. Lemak susu berkumpul di atas botol perahan. Perubahan ketara, anakku kurang menyusu malam. Masa menyusu jadi singkat, biasanya 30 minit setiap sesi menjadi 10 hingga 15 minit saja. Aku perasan juga, kalau sesi perahan di ofis, dalam setiap sesi, dua tiga kali terasa LET DOWN REFLEX. Ya, yang susu memancut tak sabar sabar mau keluar tu. Gembira betul rasa.







Sudah rasa dua produk ni, terus teruja untuk rasa satu set lengkap penyusuan. Paling tidak dapat ditinggalkan, Ostematrix. Pil kalsium inilah penyelamat untuk masalah sembelitku semasa berpantang.






Masa berpantang anak pertama, aku sampai menangis nangis dalam tandas. Trauma membuang pada masa berpantang tu memang mengerikan. Mujurlah masa berpantang Mikail, lepas ja bersalin, terus ambil 2 biji dan ke tandas dengan gembira. Tiada masalah sembelit dah. Kurang juga sakit belakang dan lenguh- lenguh badan sebab menyusu badan dek kerana amalkan Ostematrix empat biji sebelum tidur.


Tiga sekawan iaitu vitamin B, C dan Vitalea bertambah rajin ku amalkan. Untuk ibu menyusu macam diri ini, penting untuk jaga emosi. Jangan cepat stress sebab ini boleh mengurangkan produksi susu. Amalkan vitamin B supaya boleh elakkan hormon kurang enak ini.





Vitamin C sangat membantu untuk tingkatkan imuniti ibu dan si anak. Kalau ibu sakit, payah jugak kan. Anak sakit pun susah. Kesian bayi yang umurnya belum setahun sudah menelan ubat. Jadi, tu yang ibu amalkan vitamin C supaya kuat melawan musuh dalam badan.




Vitalea ni sejenis multivitamin yang ibu kena amik setiap hari. Almaklumlah, aku ada masalah Hb rendah. Jadi perlu untuk amik vitalea sebab ada zat besi yang membantu bina sel darah merah yang sihat. Tidaklah ibu asyik pening dek kerana tekanan darah yang rendah. Pipi nampak merah la, nampak lagi berseri, tidoklah sokmo rupa macam Mak Limah. KehKehKeh.



Satu lagi pelengkap Set Penyusuan ni semestinya OmegaGuard. Yang ini, sangat terkesan di hati. Mikail masa kecil dulu pabila malam, kerap nafas dia berbunyi. Aku perhatikan saja dia tidur untuk beberapa malam. Dalam hati, sebab badannya bambam sangat ka ya? Terus terdetik, amalkan omega satu dua biji sebelum tidur. Alhamdulillah, lepas tiga hari gitu, nafasnya tidak sudah bunyi. Lega hati si ibu. Takut ja dia ada asma. Tapi pegi check doktor, Alhamdulillah doktor cakap tiada. Mungkin kesan pengambilan OmegaGuard dan doa dari ibu juga.



Bagiku, ada banyak cara dan ikhtiar, tapi semuanya berbalik kepada diri kita. Tetapkan niat, semangat mesti kuat. Kena faham betul- betul konsep 'Demand Vs Supply'. Minta sokongan dari suami dan ahli keluarga, beritahu mereka niat dan azam kalian. 

Ada masalah penyusuan, cepat- cepat cari penyelesaian. Jangan dipendamkan terlalu lama. Cuba dan cuba lagi. Doa dan zikir banyak- banyak. Setelah semuanya berpadu, terima kekurangan diri. Kalaupun tidak berjaya, anggap ini semua ujian. Tapi masih perlu BANGKIT. 


Sebelum menutup entri ni, di sini mau kongsi satu tips untuk tambahkan sudu yang sangat berkesan juga buatku. Kalian boleh cuba petua ni ya.


Semoga anak kita membesar jadi insan soleh solehah. Aamiin.




Salam sayang,
IbuM3M

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tips Penjagaan Badan Ibu Semasa Berpantang Secara Tradisional

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Hari ini ibum2m ingin berkongsi tips bagaimana menjaga badan ibu semasa tempoh berpantang. Penjagaan kesihatan khususnya penjagaan badan amatlah penting bagi si ibu selepas melahirkan anak. 

Ibu sihat, anak ceria


Kenapa perlu kita menjaga kesihatan badan selepas melahirkan? Ini kerana badan ibu telah mengalami satu perubahan yang besar bermula dari peringkat kehamilan sehinggalah di saat kita melahirkan anak.

Ketika melahirkan, proses meneran itu sahaja sudah memakan  masa berjam- jam dan tenaga yang lebih banyak menyebabkan tubuh si ibu letih dan lesu. Berapa banyak darah yang keluar, banyak jugaklah urat- urat yang putus semasa proses kelahiran. 

Pengalaman semasa melahirkan Maisha, ibum2m menahan sakit bermula dari pukul12 tengah malam sehinggalah pukul 12.27 tengahari, barulah Maisha dilahirkan. Bayangkan lebih kurang 12 jam menahan sakit untuk anak yang pertama. Kebiasaannya, anak pertama memerlukan 10 hingga 12 jam untuk proses kelahiran sebab orang tua- tua kata, dia baru hendak mencari dan membuka jalan. Alhamdulillah untuk anak kedua, Mikail, sakit tu berkurangan iaitu selama 6 jam sebelum Mikail dilahirkan tepat pukul 11.15 pagi.

Besarnya pengorbanan ibu kita bukan? Justeru, disebabkan keletihan, kelesuan dan segala jerit perih yang teramat inilah yang menyebabkan kita kehilangan seri wajah dan juga kekuatan fizikal kita.

Jom lihat apakah tips yang diperlukan oleh si ibu untuk mengembalikan kesegaran dan kekuatan semasa dalam tempoh berpantang.

1. Amalkan pengambilan sumber protein, kalsium dan serat untuk proses pemulihan badan yang cepat.

Sesungguhnya air sangat penting khususnya bagi ibu- ibu yang mahu menyusu badan. Kebiasaannya, alasan yang susu tidak cukup adalah dek kerana pengambilan air yang kurang oleh si ibu. Penting untuk kita mendapatkan air yang secukupnya untuk menggantikan air yang keluar melalui darah nifas dan penyusuan. Air ni penting jugak untuk mengelakkan sembelit semasa berpantang. Ada juga orang tua- tua kata, jangan minum banyak air, nanti perut akan jadi 'kembang'. Pelbagai alasan diberikan tapi kita mesti elakkan daripada dehidrasi tubuh. Sebenarnya, tiada kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak akan buatkan rahim kita lebih kembang.

3. Meminum air rebusan serai, halia dan kulit kayu manis.
Sediakan air rebusan serai yang dititik, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi, para ibu akan merasa badan kembali ringan dan tambah bertenaga.

4. Ikan Haruan
Makan ikan yang segar dan yang tidak gatal seperti ikan haruan dan ikan sardin (bukan daripada tin). Ikan haruan dipercayai dapat memulihkan luka luaran dan dalaman dengan lebih cepat. Elakkan juga makan ikan yang berbisa dan tajam seperti ikan cencaru, ikan tongkol, kembung, bawal hitam, terubuk dan ikan parang. Kesannya boleh menyebabkan kegatalan, alergi dan bisa atau bentan pada pintu rahim.

5. Kunyit
Air kunyit boleh diminum pada setiap hari kerana dapat mengecutkan pintu rahim dam memcuci darah ibu selepas bersalin. Ada juga yang memakan kunyit bersama nasi panas selama tempoh berpantang untuk mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman.

6. Sayuran penambah susu seperti lobak putih dan sayuran hijau
Tiada makanan khusus bagi meningkatkan penghasilan susu. Tetapi ibu boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang dipercayai mampu meningkatkan penghasilan susu di SINI. Bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, bekalan air yang diminum mestilah mencukupi, diet yang betul dan berkhasiat serta rehat yang sempurna adalah kunci utama penyusuan susu ibu  untuk berjaya.

Untuk info lanjut berkaitan nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu ada di SINI.

Apapun amalan yang diberikan, mahupun secara tradisional atau moden, cubalah disiplinkan diri untuk mematuhi peraturan dan pantang larang semasa berpantang. Ini adalah untuk kebaikan diri sendiri. Kelak, kita takut nanti si ibu akan berdepan dengan kesan negatif yang berpanjangan. 

Jadi, disiplinkan diri untuk tempoh 44 hari ini dan jangan lupa pakai stokin ya! :-)

Semoga bermanfaat.

Sayang Semua,
ibum2m

Sumber : Pa&Ma

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...