Memaparkan catatan dengan label Dairi Ibum2m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dairi Ibum2m. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Januari 2018

Ruang Bisnes Shaklee Yang Memudahkan Wanita Bekerjaya Untuk Menjana Pendapatan Sampingan

Bismillahirrahmanirrahim

Oleh kerana bisnes yang dijalankan ini secara online, jadi semuanya hanya melibatkan telefon pintar dan talian internet. Terkadang menggunakan komputer peribadi sendiri. Lebih kepada keperluan gajet yang sedia ada.

Kedua, produk antarabangsa yang ulung. Sejujurnya, syukur ku rasa sebab produk yang diamalkan dan dibisneskan adalah produk antarabangsa dan merupakan supplemen terulung yang berusia lebih 100 tahun di pasaran. Malahan, produk Shaklee disokong oleh kajian klinikal yang memang tip top dijalankan oleh barisan saintis terkemuka.

Sesuai dengan tagline ' SEMULAJADI. SELAMAT.BERKESAN'. Alhamdulillah, rata- rata hampir 70% produk sudah aku amalkan sendiri dan sudah rasa perubahan yang lebih baik buat diri sendiri dan famili.

Untuk aspek pemasaran, sememangnya menggunakan media sosial sepenuhnya, contohnya fesbuk, insta, blog dan juga ada secara offline melalui kawan- kawan ofis dan famili. Konsultasi mestilah terbaik.

Untuk konsultasi, perlu ilmu mengenai supplemen dan juga fisiologi badan manusia. Ilmu boleh diperolehi melalui kelas nutrisi atau yang Shaklee anjurkan, berbincang dengan pakar Nutrisi Shaklee, melalui pembacaan buku ilmiah dan jurnal oleh Saintis Shaklee dan perkongsian dari rakan bisnes sendiri yang banyak terdiri dari golongan professional termasuklah doktor, bekas jururawat, pegawai farmasi, educator dan sebagainya.

Tapi untuk penyakit, kebiasaannya daku akan suruh pelanggan rujuk dengan pihak hospital dan dapatkan nasihat yang sewajarnya dulu. Sebab Shaklee bukan ubat, hanya supplemen aka makanan tambahan.

Apabila sudah berbincang dengan rakan dan pelanggan itu sendiri, segalanya diserahkan kepadaNya. Berbalik kepada amalan rohani yang menjadi MASTER CHECKLIST yang diajar oleh otai- otai Shaklee yang berjaya.

Klu closed deal, terus klik klik ja di website shaklee untuk order dan pihak Shaklee akan hantar order melalui Gdex atau Citylink dalam 2- 3 hari waktu bekerja.

Klu tiada closed deal, tidak mengapa. In shaa Allah ada rezeki di lain hari. Sepertimana ikan di lautan, semua kita makan ikan. Tapi ikan tidak akan pernah habis.

Begitu jugaklah rezeki kita. In shaa Allah semuanya suda Dia aturkan. Tinggal kita sahaja yang mahu menggerakkannya atau tidak.

KakaMas doakan semua kita dimurahkan rezeki pada hari yang berkah ini. Doakan iols jugak ya 😍

Khamis, 18 Januari 2018

Small Office Home Office Buat Work-At-Home-Mom

Assalamualaikum

In shaa Allah

Mengimpikan ada ruangan kecil ini untuk menguruskan bisnes dengan lebih sistematik.


Ada sistem filing yang teratur dengan resit order, buku rujukan, buku nota produk, buku akaun keluar masuk duit dan juga buku rujukan. Ada lemari khas untuk ready stok supaya boleh COD bila- bila masa.

Siap ada laptop dan printer jugak. Depan laptop mesti ada board yang tertulis misi dan visi yang ingin di capai. Gambar suami, anak- anak dan famili sebagai 'push factor' untuk sukses.

In shaa Allah tengah kemas bilik mym3m dulu. Dalam tu nanti bole la buat ruangan kecil untuk si ibu berbisnes 😉.

Sekarang ni, dimana- mana ja bisnes jalan. Di dapur, di luar sambil menjemur kain, di bilik atas katil jugak hehe. Pokoknya, merata tempat.

Tapi yang penting ada line internet dong. Kalau tiada, memang nda jalan la bisnes iols. 😄

Semua ini perancangan sebelum bakal bayi ke empat ini dilahirkan pada penghujung bulan Mei ini.

Semoga ibu masih ada tenaga dan semangat untuk bakal SOHO ku. Huhu

Salam manis,
ibum3m

Sabtu, 13 Januari 2018

Pengedar Shaklee Area Shah Alam Sedia Membantu

Saya, Puan Masliani Hj Abdul, berumur 35 tahun, kini menetap di Shah Alam Selangor.


Telah berhijrah ke bumi Semenanjung sejak tahun 2012. Asalnya orang Tawau, Sabah. Alhamdulillah usai 8 tahun perkahwinan, memiliki seorang puteri berusia 7tahun dan dua putera berusia 5 tahun dan 1 tahun 7 bulan. Inshaa Allah bakal menimang cahayamata ke- empat pada penghujung Mei 2018.

Bekerja sebagai seorang pensyarah Biologi di salah sebuah IPTS di Selangor. Menceburi bidang bisnes secara part time dalam bidang supplemen antarabangsa, Shaklee.

Orang cakap kalau kita mahu memulakan sesuatu yang baik, memang teramat payah. Begitu juga masa diri ini ingin memulakan bisnes Shaklee.

Banyak perkara yang berlegar terutamanya untuk memberikan konsultasi yang terbaik buat setiap pelanggan. Takut tersalah info dan tersilap nasihat.

Alhamdulillah segalanya itu berjalan lancar dengan memberi peluang untuk diri sendiri belajar ilmu mengenai nutrisi dan kepentingan produk itu sendiri. Pengalaman menggunakan produk itu sendiri juga banyak membantu.

Ilmu ini begitu berharga. Datangnya dari group bisnes, side line dan juga dari pihak Shaklee sendiri. Dari diri kita saja mahu hadirkan diri atau tidak.

Dan Alhamdulillah dengan adanya ilmu tersebut, barulah timbul keyakinan untuk memberikan konsultasi buat setiap pelanggan.

Ucapan terima kasih di atas ilmu yang sungguh bernilai kepada setiap 'cikgu'. U know who u are.


Inshaa Allah akan terus melangkah walaupun terkadang tersungkur. Namun, akan terus bangkit untuk tahun ini.

Sekiranya kalian sedang mencari supplemen untuk membantu dalam perjuangan penyusuan, masalah kesuburan, kewanitaan dan sebagainya, saya sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.

Jangan segan untuk hubungi saya ya,

MAS
013-6341955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Rabu, 9 Ogos 2017

Penyusuan Eksklusif Lebih Enam Bulan Berjaya Dengan Set Menyusu Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Bulan ni, genap setahun empat bulan Muhammad berjaya ku susukan sepenuhnya dengan titisan emas dari tubuh ini. Rasa syukur, gembira, tenang, puas. Aku berjaya tunaikan haknya.






Ya, seperti mana hak yang tertunai untuk kakak dan abangnya sebelum ini. Alhamdulillah, Maisha anak pertama dapat ku susukan sepenuhnya selama setahun tiga bulan. Seterusnya sehingga Mikail, yang kedua genap 2 tahun penuh. Aku bersyukur seadanya.


Benarlah kata orang. Setiap titis air susu ibu, tersimpan segala penat jerih, kekuatan, air mata dan harapan buat si anak.

Bermula dengan azam dan niat yang jitu, keberjayaan ini adalah hasil dari supplemen yang di amalkan iaitu Set Penyusuan Shaklee.





Segalanya bermula dengan Alfalfa yang berasal dari perkataan Arab bermaksud 'father of all food' disebabkan oleh tingginya kandungan nutrisinya. Sejujurnya, jatuh cinta pandang pertama dengan milkbooster ini yang asalnya dari Medicago Sativa. Belum sempat dua jam sesi penyusuan, sudah terasa macam jarum menyucuk nyucuk pada Miss *B seakan tangki dipenuhi dengan muatannya semula selepas dikosongkan. Benarlah kata kawan sekerja Ainul yang memperkenalkan Alfalfa ni, katanya ini untuk mempercepatkan penghasilan susu.



Selepas sudah rasai sendiri perubahan positif ni, aku mencuba lagi dengan minuman soya Non GMO perisa vanila yang sedap seakan aiskrim. ESP namanya. Fuh, ini lagi hebat. Kebiasaannya ku perhatikan, susu yang ku perah agak cair sedikit.








Selepas rajin amalkan ESP dua kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur, susu bertukar menjadi pekat. Lemak susu berkumpul di atas botol perahan. Perubahan ketara, anakku kurang menyusu malam. Masa menyusu jadi singkat, biasanya 30 minit setiap sesi menjadi 10 hingga 15 minit saja. Aku perasan juga, kalau sesi perahan di ofis, dalam setiap sesi, dua tiga kali terasa LET DOWN REFLEX. Ya, yang susu memancut tak sabar sabar mau keluar tu. Gembira betul rasa.







Sudah rasa dua produk ni, terus teruja untuk rasa satu set lengkap penyusuan. Paling tidak dapat ditinggalkan, Ostematrix. Pil kalsium inilah penyelamat untuk masalah sembelitku semasa berpantang.






Masa berpantang anak pertama, aku sampai menangis nangis dalam tandas. Trauma membuang pada masa berpantang tu memang mengerikan. Mujurlah masa berpantang Mikail, lepas ja bersalin, terus ambil 2 biji dan ke tandas dengan gembira. Tiada masalah sembelit dah. Kurang juga sakit belakang dan lenguh- lenguh badan sebab menyusu badan dek kerana amalkan Ostematrix empat biji sebelum tidur.


Tiga sekawan iaitu vitamin B, C dan Vitalea bertambah rajin ku amalkan. Untuk ibu menyusu macam diri ini, penting untuk jaga emosi. Jangan cepat stress sebab ini boleh mengurangkan produksi susu. Amalkan vitamin B supaya boleh elakkan hormon kurang enak ini.





Vitamin C sangat membantu untuk tingkatkan imuniti ibu dan si anak. Kalau ibu sakit, payah jugak kan. Anak sakit pun susah. Kesian bayi yang umurnya belum setahun sudah menelan ubat. Jadi, tu yang ibu amalkan vitamin C supaya kuat melawan musuh dalam badan.




Vitalea ni sejenis multivitamin yang ibu kena amik setiap hari. Almaklumlah, aku ada masalah Hb rendah. Jadi perlu untuk amik vitalea sebab ada zat besi yang membantu bina sel darah merah yang sihat. Tidaklah ibu asyik pening dek kerana tekanan darah yang rendah. Pipi nampak merah la, nampak lagi berseri, tidoklah sokmo rupa macam Mak Limah. KehKehKeh.



Satu lagi pelengkap Set Penyusuan ni semestinya OmegaGuard. Yang ini, sangat terkesan di hati. Mikail masa kecil dulu pabila malam, kerap nafas dia berbunyi. Aku perhatikan saja dia tidur untuk beberapa malam. Dalam hati, sebab badannya bambam sangat ka ya? Terus terdetik, amalkan omega satu dua biji sebelum tidur. Alhamdulillah, lepas tiga hari gitu, nafasnya tidak sudah bunyi. Lega hati si ibu. Takut ja dia ada asma. Tapi pegi check doktor, Alhamdulillah doktor cakap tiada. Mungkin kesan pengambilan OmegaGuard dan doa dari ibu juga.



Bagiku, ada banyak cara dan ikhtiar, tapi semuanya berbalik kepada diri kita. Tetapkan niat, semangat mesti kuat. Kena faham betul- betul konsep 'Demand Vs Supply'. Minta sokongan dari suami dan ahli keluarga, beritahu mereka niat dan azam kalian. 

Ada masalah penyusuan, cepat- cepat cari penyelesaian. Jangan dipendamkan terlalu lama. Cuba dan cuba lagi. Doa dan zikir banyak- banyak. Setelah semuanya berpadu, terima kekurangan diri. Kalaupun tidak berjaya, anggap ini semua ujian. Tapi masih perlu BANGKIT. 


Sebelum menutup entri ni, di sini mau kongsi satu tips untuk tambahkan sudu yang sangat berkesan juga buatku. Kalian boleh cuba petua ni ya.


Semoga anak kita membesar jadi insan soleh solehah. Aamiin.




Salam sayang,
IbuM3M

Rabu, 8 Februari 2017

Muhammad Masuk Wad Untuk Pertama Kali Disebabkan Demam Panas

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni episod kami bermula dengan Muhammad masuk wad. Sebenarnya ini kali kedua Muhammad demam sejak lahir.

Tapi demam kali ni sangat menguji ibu. Asalnya dia demam bermula hari Sabtu 7 Januari 2017. Kebetulan pula, minggu ni merupakan kali pertama Muhammad di hantar ke rumah pengasuh.



Sebelum ini, memang Mak Tok yang jaga di rumah. Tapi disebabkan kakaknya, Maisha dah start sekolah, maka Maisha tinggal dengan Mak Tok. Mikail dan Muhammad ikut ibu ke ofis sebab pengasuh tinggal berdekatan ofis ibu.

Dipendekkan cerita, Muhammad demam Sabtu tu, ibu bagi tidak bagi lagi apa- apa ubat. Hanya jerlum badannya, pakaikan pampers saja dan bagi direct feed sekerap yang boleh. Mandikan dia 3 kali dengan Basic H, sapu pelipat- pelipat dengan Herbal Blend dan jerlum guna air zam zam.

Esoknya ibu kena keja sebab bertugas di Education Fair KLCC. Jadi terpaksa tinggalkan Muhammad dalam jagaan suami dan mertua. Tapi sebelum pegi, masukkan dulu supp PCM.



Pesan dekat asben, bagi ja ubat PCM secara orally kalau suhu badan tidak turun. Balik ja dari education fair, mertua tengah peluk Muhammad dengan keadaan tidak berbaju, hanya memakai pampers. Badannya sangat panas.

Bagi PCM orally, terus jerlum lagi dan direct feeding. Satu malam ibu berjaga, takut ada apa- apa. Isnin ibu cuti, jaga Muhammad. Bagi ubat juga, tapi demam on off. Kejap ja suhu turun, nanti naik semula.

Selasa terus ajak asben pegi klinik. Jumpa ja doktor, terus doktor cakap ini mesti admit ni, sebab bibir dah kering. Badan dah lembik dan suara pun macam ada takda. 'Baik terus pegi hospital, admit, amik darah dan terus masuk drip air. Nampak sangat lemah ni. Lebih- lebih lagi baby, dorang lagi cepat dehydrated dari kita yang dewasa ni'.

Aduh, menyirap darah ibu. Balik terus kemas baju, bergegas ke DEMC. Muhammad kena tahan di wad selama 4 hari sehingga petang Jumaat.



Alhamdulillah keadaannya beransur pulih selepas 1 botol drip dah masuk dalam badan. Ehm. Ini peringatan untuk diri sendiri dan ibu- ibu di sekalian.



Kena perhatikan keadaan anak lebih lebih lagi yang berumur setahun ke bawah ni. 2 hari demam, kena bawak dah ke klinik. Jangan tangguh. Suhu lebih 38 C terus bawa ke klinik. Sentiasa perhatikan keadaan bayi, bibir kering, hilang selera makan dan tidak aktif, segera juga ke klinik. Mudahan dengan tindakan awal kita boleh menyelamatkan anak- anak kita.



Sharing is caring!

Salam sayang,

ibum3m

Khamis, 13 Oktober 2016

Tips Elak Ibu Jadi 'Monster' Supaya Anak Lebih Sayang

Assalamualaikum..

Hidup ini satu pilihan. Perasaan kita ni banyak bergantung pada cara dan bagaimana kita mo lalui hari- hari kita dalam hidup. Kita boleh ja memilih sama ada mo gembira, ceria, tenang atau sebaliknya.


Biasanya, kita tidak sedar pun. Tapi orang sekeliling akan rasa perubahan diri kita dari segi emosi. Apa lagi jika punya anak- anak yang kecil. Kesian dorang, kadang- kadang kita lepaskan rasa penat dan letih kita tu pada dorang yang memang tidak tahu apa- apa. Insaf betul si ibu ..ehm..
Satu petang, lepas habis kerja. Ibu macam biasa tengah menyusukan Muhammad yang baru menginjak usia 5bulan. Maisha datang dan cium Muhammad.
Terus ibu marah, "Janganlah kacau, adik tengah susu ba." Pastu, Maisha cakap ibu kalau marah, mesti ada monster ..👽👻

Dengan nada bersahaja, ibu tanya dia..

Ibu: Macam mana mo kasik ilang monster tu?

Maisha : Ibu kena makan vitamin la.. Vitamin Shaklee tu. Tapi satu bijik ja ya, tak boleh banyak banyak tau ..


Hahaha. Terburai ketawak si ibu 😅. Alahai bijaknya anakku ni!


Kadang kalau rasa mo marah, terus ingat balik. Berapa sangatlah masa yang kita luangkan dengan dorang dalam masa sehari. Yalah, awal pagi sudah angkat dorang ke kreta untuk hantar pegi rumah pengasuh. Balik rumah dah petang dalam pukul 7.

Dari pukul 5 petang. Jam 10 malam suda tertidur. Maknanya lebih kurang 5-6 jam seja dalam sehari dorang ada sama kita. Disebabkan mau perhatian, time tu la dorang merengek minta di manja dan dibelai. Di saat itu jugaklah, kita cepat naik angin dan lepaskan dengan dorang.

Allahuakbar. Sedih. Pilu. Rasa dalam hati, Kenapalah ibu sekejam ini? Ehm, lantas si ibu berdoa, 'Berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik mereka. Berikanlah limpahan kasih sayangMu dalam perjuangan ini."

Itulah setiap kali mo tidur, mesti cakap atau bisik di telinga dorang. 'Ibu sayang Maisha. Ibu sayang Mikail. Ibu sayang Muhammad. I love u ' dan terus kiss dahi dan ubun- ubun dorang. 😭


Jadi, secara ringkasnya. Ini untuk ingatan ibu. Tips untuk elak jadi 'monster' di hadapan anak- anakku duhai my m3m.

1. Tarik nafas dalam dalam, hembus..

2. Sebut ' Astaghfirullahalaziim', istighfar banyak- banyak.

3. Senyum yang paling manis.

4. Makan B Kompleks 2 bijik. Vitamin B ni memang bagus untuk elak stress. Time berpantang, memang makan terus 3 bijik. Alhamdulillah sangat membantu dalam menstabilkan emosi mak mak tang ni .😍

5. Makan OmegaGuard 2 bijik. Menurut kajian, omega ni bagus untuk mengelakkan sindrom postpartum aka meroyan di kalangan ibu pas bersalin. Omega sebab ada DHA yang mampu untuk meningkatkan perkembangan otak dan minda yang sihat. Bagus jugak ni bagi anak- anak kita supaya dorang lebih bijak, pintar dan fokus dalam pelajaran. 😊

Jom jadi ibu ayah yang penyayang dan ceria! Hidup inshaa Allah lebih bahagia..

Aamiin 😍

Rasa dari hati,
ibuM3M



Selasa, 16 Ogos 2016

Bengkel Penyusuan Di Shaklee Home Office, Pinnacle, Bandar Sunway

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya lama suda nda jumpa dengan sahabat- sahabat bisnes daku ni. Yalah start dari mengandungkan Muhammad memang keadaan nda mengizinkan lagi- lagi time tu tengah final semester Master..memang sibuk betul untuk kasi siap final year punya research.


Alhamdulillah, Sabtu lalu, 13 Ogos pihak Shaklee buat satu bengkel iaitu 'Breastfeeding Workshop' khusus untuk SID yang beli Set Wanita sempena promo bulan Julai sampai September 2016. Aku apalagi, sudah la bab ni la yang menjadik 'passion'ku. Trus skodeng sapa- sapa yang mo letgo tiket ka, seat ka untuk pegi. Syukurlah, terima kasih banyak- banyak dengan sahabat bisnes, Zarith Sofia (www.ibuzarith.com) sebab sudi memberi seat tu kepadaku..😍





Di hari kejadian, sampai di Shaklee Home Office,Pinnacle, Bandar Sunway jam 2.40pm.. Memang start suda bengkel. Lambat sebab memang jem di depan Sunway tu kalau mau u-turn. Panasaran jugaklah dalam keta..mulut asyik berkumat kamit zikir dan doa supaya cepat sampai..😁


Sampai ja, trus daftar then dibagi beg hitam, borang soal selidik. Masuk, terus duduk di seat bahagian kanan, baris ke-3, paling tepi..
Ceramah disampaikan oleh Dr Nurzarina dari Tunku Azizah Women's and Children's Hospital. Di antara topik hangat yang dikongsi ialah faedah dan kebaikan, khasiat yang terkandung dalam susu ibu, cabaran dan masalah serta cara dan tips untuk mengatasi masalah penyusuan susu ibu dan diakhiri dengan, 'Take Home Message' beliau.

Photo credit: www.keluargasihat.com



Rupanya baru ku tau, istilah 'titisan emas' Itu bukan hanya pada istilah ja, tapi betul- betul ya. Susu ibu ni kalau kita tengok bawah mikroskop memang kita akan tengok butiran- butiran emas. Sebab itulah susu ibu ni di istilahkan sebagai titisan emas..Hebat bukan?






Di antara perkara paling penting ialah perlunya kita sebagai bakal ibu memperlengkapkan diri dengan ilmu penyusuan sebelum anak itu lahir. Carilah buku- buku yang sesuai dan pergilah mengikuti kelas- kelas atau bengkel yang membincangkan mengenai penyusuan susu ibu. Sebabnya kita akan diajar hands on akan teknik- teknik penyusuan dan lekapan yang betul untuk memudahkan penyusuan tersebut. Sokongan daripada ahli keluarga juga penting terutamanya suami untuk sama- sama membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Suami juga perlu turut serta dalam mendalami ilmu penyusuan.




Selain itu, Dr Nurzarina juga menekankan amatlah penting untuk para ibu memahami konsep DEMAND VS SUPPLY . Analoginya, penyusuan susu ibu ni juga ibaratnya macam 'toilet flush'. Semakin kerap kita mengosongkannya, semakin banyaklah susu ibu akan terhasil. Oleh itu, tiada istilah dimana susu ibu tidak CUKUP untuk bayinya.
Memahami isyarat bayi pun penting juga. 

Pokoknya, segala yang dikongsikan dalam bengkel ni semua penting..😁 Sebenarnya bayi kita sentiasa berkomunikasi dengan kita melalui gerak badan dan juga tangisan.


Menurut Dr, bayi yang lapar akan mengeluarkan bunyi 'Neh' dimana lidahnya akan diangkat ke lelangitnya sebagai tanda bayi mau susu. Bolehla gugel Dunstan Baby Language sebab ada lagi 4 tangisan yang lain dan pelajarilah untuk mengenalpasti dan respon kepada setiap satu tangisan itu.





Sesungguhnya banyak betul ilmu yang penting dan sangat- sangat berguna untuk dipraktikkan dari bengkel ni. Entri ni sebagai mukadimah seja. Nanti lya kongsi lagi untuk entri yang akan datang..Stay tune!😍



Terima kasih sungguh pada Dr sebab banyak sungguh ilmu yang dipelajari dalam bengkel ni..😊

Paling best, group Naila dapat berkumpul lagi sekali..Dapat recharge semangat dan aura lagi..Alhamdulillah



Semoga bermanfaat!


Salam sayang,

ibum3m

Isnin, 25 Ogos 2014

Selamat Ulangtahun Buat Puteraku, Muhammad Nuh Mikail

Alhamdulillah, hari ni hari yang paling istimewa buat ibum2m. Muhammad Nuh Mikail sudah setahun.
 
Ibum2m dan Muhammad Nuh Mikail
 
Hari ni jugak ibum2m berjaya mendapat 'Degree of Breastfeeding'....Alhamdulillah syukur Ya Allah..Insya Allah setahun lagi perjuangan ni..
 

Mikail berusia 4 hari 

Terasa cepat ja masa berlalu. Macam rasa baru ja semalam mengandungkan Mikail..hari ni setahun sudah dia..Betapa bertuahnya ibu mendapatkan anak secomel dan sihat sepertimu..
 
Harapan ibu, agar Muhammad Nuh Mikail Bin Mohamad Nazim menjadi anak yang sihat selalu, pintar, cergas dan taat kepada Allah, ibu dan ayah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi olehNya sentiasa. Mudahan beroleh barakah di sepanjang hidupmu anakku, ibu sangat menyayangimu..
 
Saat engkau tertidur
Ku pandangi wajahmu
Masih ingin ku mendekapmu
Masih inginku menciummu
 
Tak pernah ku sadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
Kini engkaulah harapanku
 
Tumbuh..tumbuhlah anakku
Raihlah cita- citamu
Jangan pernah engkau ragu
Sayang..
 
Doaku selalu bersamamu
Membuat aman di hidupmu
Selamanya... 
 


Mikail berusia 20 hari


Mikail 3 bulan


Mikail 6 bulan


Mikail 8 bulan

Selamat Ulangtahun yang Pertama My Mikail..
 Ibu Sayang Mikail!!!
 

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...