Memaparkan catatan dengan label Diari Ibum2m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari Ibum2m. Papar semua catatan

Rabu, 18 April 2018

Tips Supaya Ikan Goreng Lebih Crunchy, Rangup dan Sedap

Assalamualaikum

Semasa pulang ke Tawau untuk majlis perkahwinan adik kembar bulan Mac baru- baru ni, dapatlah satu tips ni.


Tips ni dikongsikan oleh macik sebelah ibu. Dia memang pandai masak dan adik beradiknya memang terer memasak. Buat katering dan ada kantin juga.

Ok, terus saja ke tipsnya ya.

Mula- mula..Perisakan saja ikan dengan garam, sedikit asam dan kunyit. Lepas tu tambahkan tepung gandum sedikit.

Bukan tepung jagung.

Tapi cuma tepung gandum biasa saja.
Asalkan semua ikan disalut dengan 3 bahan tadi.

dan goreng.

Hasilnya, ya ampun.. ikan goreng rasa lebih sedap. Lebih rangup dan lebih crunchy gitew.

Cuba lah.

In shaa Allah ikan goreng kalian akan lebih sedap walaupun ianya hanya sekadar ikan goreng.

Semoga bermanfaat.

Khamis, 29 Mac 2018

Majlis Raikan Cinta Buat Pasangan Kembar aka Adik Bongsuku

Assalamualaikum

Usai seminggu sudah majlis perkahwinan adik bongsuku yang kembar itu di rumah sendiri di Tawau, Sabah.


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun masih bersedih di atas pemergian bapak tersayang pada 3 Februari yang lalu, cukup 40 hari arwah tiada. Sedih pilu dan segala perasaan bercampur baur.

Apapun, ini adalah permintaan terakhir bapak dan Alhamdulillah sudah tertunai. Tenang dan damailah bapak di sana.

Sabtu, 20 Januari 2018

Bapak Idola Tiada Duanya

Bismillahirrahmanirrahim

Beliau seorang perantau dari seberang. Datangnya ke Tanah Malaya untuk mencari rezeki buat keluarga.


Bertemu jodoh di negeri di bawah bayu, Alhamdulillah dikurniai sebelas cahayamata.

Seorang yang sentiasa ceria, kelakar tapi dalam masa yang sama tetap tegas. Suka bermain gitar di masa lapangnya dan menghiburkan kami semua.

Dalam pencariannya mencari rezeki buat keluarga, beliau membeli sebidang tanah untuk diusahakan di samping kerja hakiki yang sedia ada.

Berbudi kepada tanah, sumber rezeki juga buat kami sekeluarga. Anak- anak di ajar bagaimana susahnya mencari duit untuk belanja sekolah dan tidak semena- mena permintaan anak- anak itu dipenuhi.

Seingat aku, aku dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, aku menginginkan basikal sendiri.

Beliau diam. Sambungnya lagi, 'Bantu bapa korek koko banyak- banyak, baru boleh dapat duit untuk sekolahmu ya nak. Sekolah lagi penting, adik- adikmu ramai lagi'.

Sejak itu aku tidak pernah lagi minta apa- apa pun. Cukuplah sekadar berkongsi basikal dengan abang dan jiran yang lain.

Ya, begitulah didikan beliau buat kami. Selalu diingatkan supaya ingat adik- beradik yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.

Beliau seorang kuat. Kuat dari segala segi. Kuat usaha, kuat kerja, kuat buat lawak dan kuat pendiriannya.

Tapi satu jenis kuat yang aku rasa sangat tidak suka pada dirinya, kuat melawan sakitnya walaupun sudah di tahap yang kritikal. Disembunyikannya sampai ke tahap tertinggi.

Beliau bapak kami. Sungguh aku mengagumi dan menyanjunginya. Tiada kata yang bisa ku luahkan untuk menyatakan betapa tinggi dan luhur hatinya buat keluarga
.
Pengorbanan yang tidak pernah padam. Sayang bapak. 

Mudahan beliau diberi kesembuhan secara total dan kembali ceria seperti dulu.

O Allah, Jagakan dia Untuk Kami ❤️

Rasa dari hati,
ibum3m

Isnin, 15 Januari 2018

Petua Mengurangkan Hidung Tersumbat Dan Batuk Disebabkan Flu Selesema

Assalamualaikum..

Hari ni tekak rasa semacam ja. Perit dan sukar untuk menelan.

Hidung pun asyik sok sek sok sek tanda tersumbat. Pabila malam menjelang, rasa tidak boleh bernafas melalui hidung. Terpaksa dari mulut.

Alahai ini memang simptom flu, selesema dan demam.
Maka, setelah ketiga-tiga anak tidur, aku pun buat tiga perkara ini supaya selesema itu berkurangan.

Pertama, buat minyak bawang putih. Ku ambil 5 ulas bawang putih tidak buang kulit. Cucuk dengan lidi dan bakar satu persatu di atas api.

Ketuk dengan lesung sikit. Masukkan dalam bekas kaca kecil. Tambah minyak zaitun dan minyak telon supaya lebih wangi.
Ini ku sapu di atas dada, di belakang dan tapak kaki sebelum tidur.


Kedua, ku ambil bawang merah sederhana besar. Buang kulitnya dan hiris nipis- nipis.


Ini pula akan diletakkan berdekatan dengan kawasan tempat tidur. Semacam ionizer gitu untuk membersihkan udara dalam bilik.


Ketiga, disebabkan khasiat bawang putih ini terlalu banyak. Bak kata Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi fb beliau, bawang putih ini sangat mujarab untuk mengurangkan selesema dan flu.


Beliau menyarankan ibu- ibu yang menyusu yang punya anak bawah setahun apabila diserang flu atau selesema, makan saja satu atau dua ulas bawang putih sehari. Secara mentah. Tidak payah untuk memberi ubat kepada bayi tersebut.

Tapi untuk menelan bawang putih itu mentah- mentah, amatlah payah walaupun aku pernah ikhtiar begini. Terasa sungguh di tekak.

Syukur juga la, Shaklee ada produk Garlic Complex dalam bentuk pil/ tablet yang senang untuk di telan.
Maka, aku pun menelan la Garlic ni 3 biji.


Bismillahi tawakkaltu.. mudahan dengan ikhtiar ini dapatlah mengurangkan flu dan hidung tersumbat yang di alami.

Dengan izinNya jua.

Salam sayang,
Ibu Mas
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/Hulu Langat

Isnin, 7 Ogos 2017

Minuman Kesihatan Menyeluruh Buat Ayah Tersayang Yang Mudah Tanpa Menelan Banyak Pil

Bismillahirrahmanirrahim..


Pabila berat badannya menyusut secara mendadak. Hati ini diruntun pilu. 



Teringat segala pengorbanan dan titik peluh keringatnya membesarkan kami sekeluarga.


"Kasihani dia sepertimana dia mengasihaniku ketika masa kecilku "




'Ini doktor bilang supaya ada selera makan'  sambil tunjukkan aku pil kecil berwarna kuning oren. 
'Ya pak, itu vitamin B. Memang bagus untuk kasi tambah selera makan' ujarku mengiyakan.

Dalam hati, ingin saja ku berikan dia vitamin yang sedia ku amalkan. Di samping mengajarkan dengannya perbezaan di antara vitamin yang dibekalkan oleh doktor dan vitamin yang ku makan.

Ya, vitamin itu adalah vitamin sintetik. Dihasilkan dalam tabung uji makmal yang sumbernya dari bahan kimia semata. Untuk jangka masa panjang, sedikit sebanyak ada kesan sampingannya.

Bukan menidakkan sains sebab aku pun tergolong dalam bidang ini. Tapi sebab kita punya pilihan. Pilihan itu ada yang lebih baik. Timbang tara.

"Ikut nasihat doktor ya pak. Aku doakan bapak supaya sihat- sihat, senang mau solat. Terima kasih sebab besarkan kami. Kami berjaya ni pun semuanya sebab bapak ibu dan atas izinNya."

Ku cium tangannya. Dalam hati berdoa moga Allah panjangkan umur kami supaya dapat berkumpul lagi selengkapnya.

Mudahan dengan ikhtiar doktor dan Vivix, dia kembali sihat bertenaga seperti sebelumnya. 


Minuman botanikal untuk kesihatan menyeluruh. Sesuai dihadiahkan buat orang tersayang.



Ku yakin Allah SWT akan menyembuhkan dia. Kerna ku pegang kata- kataNya,


Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI.




Isnin, 5 Jun 2017

Sabar Kunci Untuk Mendidik Anak Anak

Assalamualaikum wrt wbt.

Apa kabar kalian? Sedar tidak sedar sudah 10 ramadhan berlalu. Semoga kita akan lebih istiqamah dan diberi kekuatan olehNya untuk beribadah.

Nampaknya, ibu masih lagi tumbang di asak nafsu. Nafsu amarah terhadap anak- anak masih begitu. Istighfar banyak kali. Insaf. Ya, memang payah. Dengan anak yang berderet, 6 tahun, 4 tahun dan setahun. Rasa sangat hopeless. Down sebab tidak dapat menjadi ibu yang penyayang.

Diri ini tahu. Ramai lagi pasangan di luar sana yang inginkan permata hati sepertiku. Sungguh aku malu pada kalian. Betapa sering terlepas amarahku kepada anak- anak yang tidak bersalah ini.

Ibuku sering berpesan. Jangan dimarahi anak kecilmu itu. Biar seribu kali kau pesan dan nasihat mereka. Walaupun kelihatan semacam air dituang ke dalam cawan yang pecah, tapi In shaa Allah, lama- kelamaan mereka akan faham.

Kau yang kena bersabar. Inshaa Allah satu hari, segala pesanan mu akan masuk dalam minda separa sedar mereka.

Dan kau juga. Sebagai ibu, jangan terlalu menekan diri sendiri. Hanya inginkan segalanya berubah menjadi terlalu sempurna. Sehinggakan dirimu lelah. Rapuh. 

Biarkan segalanya berjalan dengan sendirinya. Cuba sedaya yang termampu. Nikmati setiap saat kerana ianya tidak akan datang semula kepadamu. Kita belajar dan anak- anak juga belajar dari kita. Tentang erti sesuatu kehidupan.

Penuhinya dengan kasih sayang. Lembut. Belas ihsan. Bahagia itu jangan dicari terlalu jauh. Kerana dirimu yang akan menentukan makna kebahagian. Dan sebenarnya, sekiranya kau sedar, bahagia itu ada dalam dirimu sendiri.

Dalam HATIMU.

Allahuakbar. Itu pesanan ibu padaku. Ibu yang melahirkan dan membesarkan SEBELAS adik beradik kami. Semoga aku bisa menjadi seperti ibu. Sabar. Tenang. Tegas. Penyayang.

Rasa dari hati,
ibu 3M
10 Ramadhan

Ahad, 21 Mei 2017

Community Health Event Anjuran Shaklee 2017 Yang Best

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah tadi berakhirnya Community Health Event dari Shaklee di Sunway Geo Tower.



Sempatlah Mas dan suami menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang terdiri daripada BMI check, Bone Check, Skin Analysis dan Breast Health Check.


Seronok juga dapat main game, masuk tornedo chamber, dapat pill box. Hee, yang penting dapat free gift. 😍

Di samping itu, Mikail dan Maisha berulang kali makan popcorn, mango collagen smooties, tuna sandwich Nutriferon dan Salad Alfalfa dan Peppermint Ginger.

Penat bermain sebab ada permainan juga disediakan untuk kanak- kanak.
Dalam pukul 4.30 petang kami beransur pulang.

Terima kasih Shaklee. Untung dapat pegi, entah berapalah kos pemeriksaan tersebut, mesti beribu ni. Semuanya PERCUMA sahaja di Shaklee.

Ingin dapatkan konsultasi kesihatan percuma, hubungi saja Mas ya 013.634.1955.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI



Salam Sayang,

Ibum3m






Sabtu, 29 April 2017

8 Cara Bagaimana Suami Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum.


Sungguh banyak khasiat susu ibu buat si manja. Sepertimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa bayi yang lahir perlulah diberikan . Tugas sebagai ibu memang berat. Oleh yang demikian, tugas untuk menjayakan penyusuan susu secara eksklusif ini bukan sahaja terletak pada ibu ya, malah suami pun turut memainkan peranan yang penting.





Apakah peranan suami? Perkongsian ini bolehlah memberi sediki tips bagaimana caranya untuk suami menyatakan sokongan dan sekaligus membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.



1. Sentiasa aktif dalam sokongan anda. Kadang- kadang tu, si isteri pun inginkan pendapat suami. Maka suami perlulah turut memperlengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Bacalah buku tentang penyusuan dan hadir ke kelas bersama isteri. Mesti si isteri lebih bersemangat.



2. Belajar memberi sokongan yang betul. Terkadang tu, tengok si isteri penat dan stress, suami menawarkan pula susu formula buat bayi. Ini a BIG NO! Sokonglah isteri dari segi membantu dia mengambil air, mengurut belakang isteri atau menjaga anak lain selain bayi yang menyusu. Alhamdulillah suami banyak membantu menjaga Maisha dan Mikail ketika Muhammad disusukan.



3. 'Sayang ni hebatlah. Abang bangga ada isteri macam sayang.'



Beritahu isteri yang anda sebagai seorang ayah sangat menghargai pengorbanan mereka. Penyusuan memerlukan kerja keras dan boleh menyebabkan keletihan mental. Puji dan beritahu isteri yang dia seorang yang hebat dan anda berbangga dengannya.



4. Bangun dengan bayi pada waktu malam. Walaupun bukan anda yang menyusukannya. Mungkin suami boleh menukar lampin dan menidurkan bayi. Bantulah isteri dengan pelbagai cara untuk memudahkan mereka.



5. Tolong isteri dengan menguruskan hal bayi yang lain seperti mandikan bayi, bercakap dengan bayi dan macam macam lagi. Ini juga boleh mengeratkan hubungan anda dengan bayi anda.



6. Mengambilalih tanggungjawab di rumah. Bantu membersihkan rumah, menyiapkan makan malam, membayar bil dan sebagainya. Ini penting kerana isteri perlu membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk mula menyusu bayi yang baru lahir.


7. Jangan membeli susu formula buat bayi. Sekiranya diberi hadiah atau sampel percuma, dermakan sahaja pada rumah anak- anak yatim. Ini supaya kalian tidak menggunakan susu tersebut pada saat genting.


8. Sokongan diberikan untuk isteri berupa hadiah supplemen sememangnya amat membantu untuk para isteri berjuang dalam penyusuan. Supplemen ini berupaya untuk memperlengkapkan si isteri dari segi fizikal dan mental supaya susu yang dihasilkan cukup ber khasiat dan mencukupi buat si manja.

Di antara faedah Set Postnatal Shaklee kepada ibu dan bayi ialah membantu mengurangkan rasa letih si ibu, si ibu akan lebih bertenaga, tidak mudah lapar, meningkatkan penghasilan susu, mengelakkan bengkak susu, mengurangkan sakit belakang dan mengelakkan sembelit.

Berminat untuk mendapatkan Set Postnatal Shaklee yang cukup lengkap buat isteri berpantang dan menyusu, bolehlah menghubungi Kak Mas 013.634.1955. Inshaa Allah konsultasi terbaik buat kalian.

Semoga kalian senantiasa di rahmati olehNya.

Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 28 April 2017

Sunburn Tiada Dan Liang Pori Mengecil Dengan Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Assalamualaikum wbt.

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik, bersih, mulus, cerah dan berseri. Wanita dan kecantikan sememangnya berpisah tiada. Akan tetapi, terkadang akibat kekangan masa dan keadaan, kulit wajah tidak dapat dijaga dengan sebaiknya. Belum lagi dengar kisah sahabat yang tersalah memilih produk. Allahuakbar. Seharusnya produk penjagaan wajah ini bersifat melindungi.

Jom kita ikuti perkongsian IRDAYATI ABDUL AIR mengenai pemilihan set penjagaan wajah beliau.

KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL.
.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa..Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok..Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur..Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream..Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!.Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

Wah, teruja betul dengan perkongsian beliau. Berminat nak dapatkan Set Penjagaan Nutriwhite yang selamat semulajadi dan berkesan? Hubungi saja Kak Mas 013.634.1955.

Konsultasi terbaik buat kalian.

Salam sayang, 
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Rabu, 8 Februari 2017

Muhammad Masuk Wad Untuk Pertama Kali Disebabkan Demam Panas

Assalamualaikum

Tahun 2017 ni episod kami bermula dengan Muhammad masuk wad. Sebenarnya ini kali kedua Muhammad demam sejak lahir.

Tapi demam kali ni sangat menguji ibu. Asalnya dia demam bermula hari Sabtu 7 Januari 2017. Kebetulan pula, minggu ni merupakan kali pertama Muhammad di hantar ke rumah pengasuh.



Sebelum ini, memang Mak Tok yang jaga di rumah. Tapi disebabkan kakaknya, Maisha dah start sekolah, maka Maisha tinggal dengan Mak Tok. Mikail dan Muhammad ikut ibu ke ofis sebab pengasuh tinggal berdekatan ofis ibu.

Dipendekkan cerita, Muhammad demam Sabtu tu, ibu bagi tidak bagi lagi apa- apa ubat. Hanya jerlum badannya, pakaikan pampers saja dan bagi direct feed sekerap yang boleh. Mandikan dia 3 kali dengan Basic H, sapu pelipat- pelipat dengan Herbal Blend dan jerlum guna air zam zam.

Esoknya ibu kena keja sebab bertugas di Education Fair KLCC. Jadi terpaksa tinggalkan Muhammad dalam jagaan suami dan mertua. Tapi sebelum pegi, masukkan dulu supp PCM.



Pesan dekat asben, bagi ja ubat PCM secara orally kalau suhu badan tidak turun. Balik ja dari education fair, mertua tengah peluk Muhammad dengan keadaan tidak berbaju, hanya memakai pampers. Badannya sangat panas.

Bagi PCM orally, terus jerlum lagi dan direct feeding. Satu malam ibu berjaga, takut ada apa- apa. Isnin ibu cuti, jaga Muhammad. Bagi ubat juga, tapi demam on off. Kejap ja suhu turun, nanti naik semula.

Selasa terus ajak asben pegi klinik. Jumpa ja doktor, terus doktor cakap ini mesti admit ni, sebab bibir dah kering. Badan dah lembik dan suara pun macam ada takda. 'Baik terus pegi hospital, admit, amik darah dan terus masuk drip air. Nampak sangat lemah ni. Lebih- lebih lagi baby, dorang lagi cepat dehydrated dari kita yang dewasa ni'.

Aduh, menyirap darah ibu. Balik terus kemas baju, bergegas ke DEMC. Muhammad kena tahan di wad selama 4 hari sehingga petang Jumaat.



Alhamdulillah keadaannya beransur pulih selepas 1 botol drip dah masuk dalam badan. Ehm. Ini peringatan untuk diri sendiri dan ibu- ibu di sekalian.



Kena perhatikan keadaan anak lebih lebih lagi yang berumur setahun ke bawah ni. 2 hari demam, kena bawak dah ke klinik. Jangan tangguh. Suhu lebih 38 C terus bawa ke klinik. Sentiasa perhatikan keadaan bayi, bibir kering, hilang selera makan dan tidak aktif, segera juga ke klinik. Mudahan dengan tindakan awal kita boleh menyelamatkan anak- anak kita.



Sharing is caring!

Salam sayang,

ibum3m

Rabu, 14 Disember 2016

Mendaki Bukit Atau Gunung Kepuasan Ibu M3M

Assalamualaikum.

Sihat? Saja mau kongsi mengenai hobi setelah bergelar ibu ni.

Jika dulu masih single, masa lapang banyak di habiskan dengan adik beradik dan kawan- kawan. Pegi karoks la, window shopping la, tengok wayang dan banyak lagi.


Sekarang suda jadi ibu, sememangnya banyak masa di habiskan dengan famili kecilku. Hobi sekarang kebanyakannya melibatkan anak- anak.
Masak bersama Maisha. Maisha memang jenis yang asyik nak tolong ja klu ibu di dapur. Tapi tolong nya memang jenis acah- acah dan sekejap ja. Sudahnya ibu yang buat sampai habis. Penah masak minum petang, buat kek, buat play doh sama- sama dengan dia.



Main lego dengan Mikail. Ini memang ibu failed. Pening kepala ibu tengok lego yang kicik banget saiznya. Ini hobinya bersama ayah. Mikail suka tolong ibu jemur kain. Asal jak ibu keluar, mesti cakap sini Mikail tolong ya ibu.😍

Tapi di antara yang paling digemari ialah mendaki bukit atau gunung. Klu di ajak pigi berjogging atau ikut lumba lari, memang iols failed. Alhamdulillah setelah sekian lama, baru start aktif lagi untuk mendaki.

Pencapaian yang paling best ialah daki Gunung Kinabalu. Ni time form 4 dulu tahun 1999. Dapat sijil warna sebab sampai puncak walaupun agak lambat iaitu jam 6.20 pagi. Nda sempat tengok matahari terbit. Untuk pengetahuan, sapa yang tidak sampai puncak, sijil hitam putih la jawabnya. 


Pengalaman yang sangat mengujakan sebab dapat lihat pemandangan ciptaanNya yang begitu cantik. Ku simpan impian untuk daki sekali lagi sebab kawan- kawan cakap trail yang baru ni agak mencabar jugaklah. Yalah, dorang buka trail baru disebabkan peristiwa runtuhan sebelum ni. Al fatihah dan RIP buat yang terkorban.


Baru- baru ni, Alhamdulillah dapat jugak melepas gian untuk daki Bukit Broga bersama team KKM. Lagi best, bawa student iols sekali. Terasa puas hati dapat sampai ke puncak Broga. Hehe.



Pada sahabat yang suka daki bukit or gunung, jangan lupa ajak iols sekali ya. Teringin mo daki Gunung dan Bukit yang lain pulak di Malaysia ni.

Gunung obersea, eh why not kan! Best jugak tuh. Kabarkan gue ya. 😊

Salam sayang,
ibum3m

Selasa, 13 Disember 2016

Khasiat Bayam Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum.

Ibum3m sebenarnya bukanlah peminat tegar sayur. Tapi kalau tiada sayur, macam rasa tidak lengkap untuk makan. Orang kami cakap, 'gantung' bah makan klu tiada sayur.



Semua jenis sayur dimakan kecuali ulam. Mungkin sebab asal dari Sabah, jarang betul kami makan ulam- ulaman. Tapi dari dulu ibu mesti masak, 1 sayur 1 lauk beserta nasi.

Di antara sayur yang paling feveret ialah bayam. Teringat plak kartun Popeye kan? Kalau tengok kartun tu, lepas makan bayam terus dia jadi bertenaga seperti halilintar. Hehe.



Betullah tu. Sayur bayam ni memang pembekal tenaga yang baik sebab kandungan potassium dan magnesium yang tinggi. Klu dibandingkan 1 cawan bayam dengan 1 cawan pisang, kadar potassium bayam lagi tinggi ya! Kan biasa klu orang mau daki bukit atau Gunung, dibekalkan pisang untuk tenaga. Nah sekarang, tukar eh. Bagi makan bayam pulak. 😜

Magnesium pulak bagus untuk tingkatkan kadar metabolisma badan, denyutan jantung yang baik, imun sistem dan menstabilkan tekanan darah dalam badan. Khasiat magnesium boleh jugak di dapati dalam supplemen Ostematriks.

Apa khasiat bayam yang sebenar?


'One cup of raw spinach contains 27 calories, 0.86 grams of protein, 30 milligrams of calcium, 0.81 grams of iron, 24 milligrams of magnesium, 167 milligrams of potassium, 2813 IUs of Vitamin A and 58 micrograms of folate.'

(Sumber Medical News Today)


Kebiasaannya, ibu- ibu berpantang ni sangat digalakkan makan bayam untuk menambah tenaga dan menggalakkan pembentukan sel darah merah semula. 

Ni disebabkan kandungan zat besi yang ada dalam bayam. Pastu, amik lagi supplemen Vitalea aka multivitamin 100 tahun di pasaran dan yang terawal dicipta di duniya ini. Vitalea 2 biji, dapat lagi 9mg darab dua zat besi dalam badan. Ibu berpantang bagus amik zat besi untuk elak anemia.

Selain itu, bayam pun ada kalsium jugak. Tapi kadar kebolehserapan bayam ni hanya 5% sahaja berbanding kalsium dari bahan tenusu iaitu 28%. Korang yang tidak suka minum susu, boleh la telan 4 biji Ostematriks untuk lengkapkan keperluan badan iaitu 1000- 1200 mg kalsium sehari.

Tapi perlu di ingat, menggantikan khasiat buah dan sayur dengan supplemen semata bukanlah langkah yang baik untuk mendapat khasiat nutrien 100%.

Walaupun uols tahu kan yang supplemen Shaklee ni vitamin semulajadi, sumbernya semuanya natural products. Sama jugak situasinya dengan 'Oh aku makan sayur ba setiap hari, cukuplah tu, tidak payah lagi makan vitamin.'

Ini pun statement was- was jugak sebab sekarang ni sayur kita bukan macam dulu.Penggunaan racun pestisid, kandungan nutrien tanah pun suda berkurang dek kerana pencemaran yang dibuat oleh manusia sendiri. Jadi, confirmlah khasiat sayur tu pun tidak 💯 suda.

Langkah bijak, ibum3m amik keduanya. Sayur dan Supplemen. Bagaikan irama dan lagu baini, tidak dapat dipisahkan giteww 😍

Jom ajak anak- anak kita makan sayur. Jadilah role model yang terbaik. Mulakan dengan diri sendiri sebagai ibu ayah kepada mereka.

Salam sayang,
ibum3m

Khamis, 8 Disember 2016

Kepentingan Smartphone Untuk Bisnes

Assalamualaikum.

Bisnes Shaklee jenis online bisnes. Segalanya di hujung jari runcing uols. Start dari konsultasi customer, info produk, up iklan di fb, insta dan tulis blog hampir 80% semuanya di buat guna henpon seja.

Order barang pun di buat secara online ja melalui www.shaklee2u.com.my.




Jadi, adalah penting untuk memiliki gajet macam smartphone yang sesuai untuk bisnes ni. Alhamdulillah, start dengan iphone 4 yang merupakan hadiah dari asben time hantaran kahwin 16 Disember 2010. Kecil kecil cili padi, memang sangat tahan banting. Masuk tahun ke-5 guna, barulah beri masalah iaitu bateri rosak dan tidak ringing. Tapi suda antar servis, Alhamdulillah ok sampai sekarang.

Terima kasih sekali lagi buat incik asben yang bagi present Iphone 6 yang diguna sekarang sempena kelahiran baby Muhammad bulan Mei lalu. Performance nya memang tiptop. Semmatt betul😁

Bateri tahan lama, laju dan sangat memudahkan. Bole download banyak apps yang membantu dalam bisnes. Buat poster, gambar cantik, semua jadi senang. Pasni kena upgrade lagi storage nya sebab banyak suda gambar. 

Satu hari, asben tanya lagi, 'Kalau saya beli ipad ok ka?'. Adeh macam best tapi terus saya balas, 'Ndakpa la, nanti dorang Maisha main pulak'.

Tapi setelah difikirkan, bagus jugak ada ipad sebab itu lebih besar skrinnya. Tidaklah susah mo menaip. Ehm, bole masuk dalam wishlist ni. 😜

Wishlist lagi, MacBook. Sebab kebanyakan mentor ada Macbook, dorang cakap senang mo bawak travel sebab sangat ringan. Inshaa Allah, menabung dulu kita ya supaya gemok bonus nya! Aamiin.

Syukur dengan apa yang ada, tapi bagus juga ada impian supaya kita lebih berjaya. Dia Yang Di Atas pun suruh kita lebih baik dari hari semalam bukan?

Gajet apa yang kalian guna sekarang? Ayok share jugak wishlist. Tulis impian supaya ianya mrnjadi kenyataan.

Aamiin 😊

Salam sayang,
ibum3m

Selasa, 29 November 2016

Memilih Supplemen Terbaik 100 Tahun Di Pasaran Dunia

Assalamualaikum

Kebiasaannya, kalau kita pigi pasar membeli ikan, kita mesti pilih ikan yang segar kan? Tengok matanya, buka insangnya.


Beli sayur pun, tengok sayur yang fresh dan tidak layu di hujung mekar. Pilih buah pun, amik yang segar, tidak bonyok, tiada lebam. Ini semua setakat dari luaran seja. Bukan kita tahu yang buahan dan sayuran yang kita pilih tu mungkin terjejas dan suda tercemar dengan racun serangga dan bahan kimia yang lain. Wallahualam.

Jadi, kalau boleh, kita mesti memilih hanya yang terbaik dan berkualiti untuk hidup kita bukan? Begitu lah juga dengan pemilihan supplemen.


Memilih untuk mengambil supplemen memang bagus. Ya lah, exercise pun tidak. Jadi sekurang- kurangnya pilihlah cara hidup yang lebih sihat. Prevention is better than cure kan? Tapi bukan sebarang supplemen ya. Supplemen pun ada juga yang tidak bagus. Overclaim.😊

Alhamdulillah jumpa dengan Mr. Shaklee yang sememangnya terbukti dengan tagline 'SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI'.

Setiap produk berasal dari bahan mentah semulajadi yang berasal dari ladang penanaman secara organik. Sumber ikan yang diambil untuk buat OmegaGuard pun guna sistem satelit untuk menangkapnya. Dapat approval lagi dari Friends of the Sea yang jaga populasi ikan sedunia.

Jadi, di samping menjaga kualiti produknya, pihak Shaklee juga menjaga bumi. Back to nature katanya. Terbaru lagi dengan adanya Landmark Study yang tiada tandingannya dengan supplemen lain.

In shaa Allah sedikit perubahan ini dilakukan untuk family kecilku dan sebarkan manfaatnya kepada rakan sekalian. Tujuannya cuma satu iaitu ke arah KESIHATAN yang lebih baik dan terjamin.

Aamiin 😍

Salam sayang,
ibum3m
Rakan Shaklee Kalian
013.634.1955

Ahad, 27 November 2016

Landmark Study Bukti Shaklee Supplemen Terbaik Di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak kecil, daku memang sudah terbiasa dengan menelan segala ubat hospital. Ibu cakap dalam family, aku lah yang paling 'fragile'.

Dari kecik, selalu sakit. Kejap demam. Kejap selesema. Kejap batuk. Jarang di bawak jalan kalau waktu malam. Kompom akan sakit.

Selain ubat hospital, segala jenis jamu dan supplemen juga sudah di rasa. Dari jamu paling pahit, Jamu Berial, paling daku ingat namanya, ke jamu yang paling sedap.😋

Tidaklah ku tau yang jenama supplemen ni ada jugak yang terbaik dan tidak. Setau iols, semua sama ja sebab dia pegang title 'supplemen' kan. Semuanya teruji secara klinikal giteww.



Rupanya ada yang membezakan mereka. Ya, satu kajian yang membuatkan jenama ini berdiri 'GAH', paling teratas di antara jenama supplemen yang lain iaitu kajian Landmark Study.

Landmark Study ini hanya dibuat oleh pihak Shaklee. Jemput pihak ketiga untuk uji keberkesanan produk mereka. Pengamal Shaklee yang sudah konsisten mengamalkannya selama lebih 20 tahun dipilih sebagai kelompok 3. Kelompok 1 orang yang tidak mengamalkan sebarang supplemen dan Kelompok 2, pengamal supplemen lain yang bukan Shaklee.

Kenapa pilih kajian Landmark Study?

1. Untuk lihat hasil keberkesanan satu- satu produk, ianya bukanlah dalam satu jangka masa pendek. Semestinya jangka masa yang panjang untuk melihat efeknya secara total.

2. Satu- satu penyakit ni amik masa paling kurang 10 hingga 20 tahun untuk berkembang.

3. Perkembangan sesuatu penyakit bukanlah tergantung kepada nutrisi semata- mata, tapi bergantung juga dengan cara hidup seseorang.


Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee sekarang. Sudah 4 tahun. Harganya berbaloi, jimat penggunaannya selama beberapa bulan. Yang penting SELAMAT. BERKESAN. SEMULAJADI.

Harapan agar dipanjangkan umur, dikurniai kesihatan yang berpanjangan supaya dapat berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Patriotik giteww 😍

Daku pilih hanya yang TERBAIK! Korang bagaimana?

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...