Memaparkan catatan dengan label Diari Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari Hamil. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2018

Cara Menguruskan Uri Selepas Bersalin Mengikut Syariah Islam

Assalamualaikum

Perkongsian hari ini berkenaan dengan cara menguruskan uri dengan betul dan mengikut syariat yang ditetapkan.


Menurut Ustaz Azhar Tuarno, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar & Inovasi Seranta (Felda), tiada hukum, nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri.

Namun, ianya perlulah diuruskan dengan baik untuk ditanam di tempat masing- masing. Ini untuk mengelakkan supaya uri tersebut tidak menjadi makanan haiwan.

Oleh yang demikian, ikuti langkah di bawah dalam pengurusan uri dengan betul.

1. Cuci uri dengan dimulakan dengan kalimah Basmallah.

2.Cuci bersih dengan menggunakan air untuk menghilangkan darah yang masih tertinggal. Jangan guna sabun atau syampu.

3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri itu bersih sepenuhnya.

4. Lumurkan dengan garam dan cuci bersih.

5. Lumurkan pula dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyir bau darah. Penting untuk menghilangkan bau hanyir darah kerana ia boleh menyebabkan binatang menggali dan memakan uri tersebut.

6. Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.

7. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang gali dan makan uri tersebut.

8. Balut uri dengan bahan yang mudah reput seperti plastik atau kotak.

9. Balut dengan kain, tidak semestinya kain putih dan baluti uri sampai menjadi bungkusan punjut. Supaya senang nak bawa ke tempat untuk di tanam.

10. Sediakan lubang dan gali sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan dan dikorek oleh binatang.

11. Baca Basmallah dan selawat semasa meletakkan uri ke dalam tanah dan menimbusnya.

12. Boleh letakkan batu di atasnya untuk mengelakkan binatang untuk menggali uri tersebut.

Sumber: Majalah Pa & Ma

Untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee boleh sahaja hubungi Mas di talian 013-6341955 ya. 

Konsultasi percuma buat kalian.


Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 24 Januari 2018

Tips Mengurangkan Sakit Urat Dan Urat Timbul Ketika Hamil

Assalamualaikum

Menginjak kandungan ke usia 3 bulan, terus mengalami masalah urat timbul yang sebelum ini memang sering datang pabila hamil.



Oleh kerana badan yang normal memang bersaiz kecil, berat sebelum mengandung 42kg sahaja. Tidaklah dapat menampung berat bayi yang semakin membesar dalam rahim ini.

Terkadang ianya faktor genetik juga. Sebab sebelum ini, ibu sendiri dan dua orang kakak memang mengalami masalah yang sama ketika hamil. Tapi ianya merupakan one off penyakit saja sebab lepas sahaja bayi dilahirkan, hilang segala masalah tersebut.

Dikenali juga sebagai varicose veins, para ibu jangan memandang enteng masalah ini. Kerana akibatnya boleh menyebabkan ibu sesak nafas dan mungkin boleh membawa maut. Darah yang membawa oksigen tidak mencukupi dan sekiranya ini berlaku, boleh menyebabkan strok kecil di bahagian jantung si ibu. Ini lah yang diterangkan oleh doktor antenatal yang ku temui.

Sekiranya ibu mengalami sesak nafas, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Di samping itu, Mas ada tiga cara yang ingin dikongsi buat ibu hamil yang mengalami masalah yang sama.

1. Guna stokin yang dinamakan compression socks. Ianya banyak dijual di farmasi termasuklah guardian dan watson. Ku beli masa mengandung anak kedua, jenama Scholl yang berharga RM90. Sekarang pun ada yang dalam lingkungan RM70 dan ke atas.


Guna stokin ini ketika waktu siang. Tapi semasa tidur, jangan gunakan stokin ini.



2. Ubat sapu atau spray jenama Perskindol. Ini sangat best. Hanya spray ja di kawasan yang ada urat timbul tu, sapu dan terus pakai compression socks untuk lebih efektif.



3. Jangan sekali- kali tidak minum susu. Kalaupun rasa nak muntah, ambillah supplemen kalsium yang sesuai buat ibu. Daku amalkan Ostematriks Shaklee yang lengkap dengan Magnesium untuk penyerapan yang lebih efektif dalam badan.




Ostematriks ni berharga RM61.25 untuk 120 biji. Boleh dapatkan dengan Kak Mas ya. Wassap saja 013.634.1955.


Diharap dengan tiga tips mudah ini, dapatlah membantu untuk mengurangkan masalah urat timbul yang kalian alami.


Inshaa Allah. Wallahu'alam.

Salam sayang,
ibum3m aka KakMas
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Isnin, 22 Januari 2018

10 Tips Penyusuan Berjaya Buat Ibu Bekerjaya

Bismillahirrahmanirrahim

10 tips ini dikongsikan melalui Fb Lunatots pada 22 Januari 2013

Alhamdulillah, satu persatu ku turuti dan hasilnya memang tidak mengecewakan. Ibu perlu kuat semangat dan kental. Mohon sokongan dan nyatakan azam ibu kepada suami supaya dia bersama- sama memberi semangat kepada si ibu.

Di antara tipsnya ialah :

1. Susukan bayi dengan kerap

2. Susukan bayi pada waktu malam

3. Perah susu ibu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu

4. Jangan beri bayi menghisap puting tiruan

5. Jika ibu bekerja, beri penyusuan secara terus dari payudara sebelum ke tempat kerja dan lakukan sedemikian sebaik kembali ke rumah

6. Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam bagi memerah payudara di sebelah satu lagi untuk membuat stok bekalan susu

7. Perah susu di tempat kerja

8. Susukan bayi secara terus dari payudara pada waktu tidak bekerja

9. Ibu perlu mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi.


**Tips - jangan ponteng mengepam susu ibu semasa di tempat kerja.

Jom dengar lagu Dato Seri Ct Nurhaliza buat bayi yang bakal dilahirkan pada Mac ini. Comel sungguh lagu nya.



Ahad, 21 Januari 2018

Dua Kali Keguguran, Dua Kali Czer, Kandungan Kali Ini Bakal Menjalani Pembedahan Berisiko Tinggi

Assalamualaikum

Baru- baru ini aku melawat seorang rakan yang merupakan ex- ofismateku. Beliau sekarang tengah menyambung pelajarannya ke PhD di UKM.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku tidak tahu yang beliau telah mengalami keguguran baru- baru ini dan masih dalam
pantang 2 minggu.


Terkejut aku. Sebabnya usia kandungan kami memang sama. Kami sama- sama mengalami morning sickness yang teruk.

Punca sebenar adalah bayi dalam kandungannya tidak membesar seperti bayi normal. Pertumbuhan bayinya seakan terhenti pada 3 minggu sebelumnya. Pada masa itu, kandungannya sudah mencecah 20 minggu.

Pemeriksaan antenatal dilakukan seperti biasa akan tetapi, doktor mengesahkan masalah ini.

Oleh itu, doktor mencadangkan agar kandungan ini di 'induce' memandangkan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda keguguran.

Masalahnya, beliau sebelum ini sudah bersalin secara czer sebanyak 2 kali melalui dua anak yang sedia ada. Dan pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali juga.

Doktor kata, induce hanya boleh dilakukan sebanyak 5 kali dan jika kandungan ini tidak juga keluar, maka beliau harus menjalani pembedahan berisiko tinggi bagi mengeluarkan janin tersebut.

Maka, beliau ditahan di wad HUKM sejurus selepas itu. Induce kali pertama. Beliau tidak mengalami apa- apa tanda. Risau sungguh hatinya.

Induce kali kedua. Alhamdulillah kandungannya keluar sempurna lengkap dalam kantung. Beliau bersyukur kerana dapat elakkan daripada menjalani pembedahan berisiko tinggi yang mungkin boleh mengancam nyawa si ibu.

Sebak dan sedih rasa apabila beliau menceritakan semuanya. Berkaca- kaca matanya menahan pilu di dada. Aku pun terasa sebak sangat.

Menurut doktor, masalah kandungan tidak membesar dengan normal adalah mungkin disebabkan faktor tekanan yang ibu alami semasa dalam proses kehamilan.

Mungkin ibu tidak menyedarinya, akan tetapi bayi dalam kandungan boleh merasa dan menerima efek yang buruk terhadap tekanan tersebut.

Tambahan pula, disebabkan oleh sejarah kandungan ibu yang sebelum ini sememangnya agak fragile, menjadi kemungkinan punca masalah tersebut.

Oleh yang demikian, para ibu yang sememangnya faham akan tubuh badan sendiri, seharusnya ambil serius dan peka akan perkara ini.

Amalkanlah supplemen untuk penguat rahim dan dapatkanlah nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang supplemen tertentu.

KakMas sarankan pengambilan makanan seimbang, jangan makan makanan yang agak tajam seperti air kelapa dan nenas. Jaga emosi ketika di awal kehamilan. Jangan kerja dan angkat benda- benda yang berat. Mohon pertolongan suami.

Selain itu, amalkan vitamin yang diberikan oleh doktor. Di samping, supplemen sebagai nutrisi tambahan contohnya ESP.

ESP Shaklee boleh membantu untuk menguatkan rahim si ibu kerana terdiri daripada asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ianya perlu diambil sebagai makanan tambahan bagi membina struktur sel dinding yang kukuh pada rahim si ibu.

Sekiranya ibu preggie mahu mendapatkan ESP Shaklee ini, boleh sahaja menghubungi Kak Mas di talian 013-6341955 ya.

Konsultasi percuma akan diberikan buat kalian.

Salam sayang,
ibum3m 
013-6341955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat


Khamis, 18 Januari 2018

Small Office Home Office Buat Work-At-Home-Mom

Assalamualaikum

In shaa Allah

Mengimpikan ada ruangan kecil ini untuk menguruskan bisnes dengan lebih sistematik.


Ada sistem filing yang teratur dengan resit order, buku rujukan, buku nota produk, buku akaun keluar masuk duit dan juga buku rujukan. Ada lemari khas untuk ready stok supaya boleh COD bila- bila masa.

Siap ada laptop dan printer jugak. Depan laptop mesti ada board yang tertulis misi dan visi yang ingin di capai. Gambar suami, anak- anak dan famili sebagai 'push factor' untuk sukses.

In shaa Allah tengah kemas bilik mym3m dulu. Dalam tu nanti bole la buat ruangan kecil untuk si ibu berbisnes 😉.

Sekarang ni, dimana- mana ja bisnes jalan. Di dapur, di luar sambil menjemur kain, di bilik atas katil jugak hehe. Pokoknya, merata tempat.

Tapi yang penting ada line internet dong. Kalau tiada, memang nda jalan la bisnes iols. 😄

Semua ini perancangan sebelum bakal bayi ke empat ini dilahirkan pada penghujung bulan Mei ini.

Semoga ibu masih ada tenaga dan semangat untuk bakal SOHO ku. Huhu

Salam manis,
ibum3m

Rabu, 20 Disember 2017

8 Tanda Hamil Anak Perempuan Menurut Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum kalian..

Setelah dikurniai seorang puteri dan dua putera, kali ini aku disahkan mengandung anak ke empat. Due 27 Mei 2018 dan detik ini, kandunganku sudah menginjak masuk minggu ke 14. Alhamdulillah.

Maisha Nuwairah bt Mohamad Nazim, puteri sulung yang kini sudah berusia 6 tahun


Seperti masalah kehamilan sebelum ini, aku memang trauma untuk mengandung lagi. Ahaks, mesti korang cakap, trauma trauma pun, anak sudah masuk 4 kott!!

Begitulah WANITA.

Walaupun berat dan mengalami kesukaran semasa hamil, tapi apabila melihat anak itu terlahir dari rahim sendiri, Masya Allah SubhanAllah... kiriman dari syurga buat di dunia. 

Tidak tergambar oleh kata- kata kan?

Trauma kenapa pulak? 
Masalah 'morning sickness' yang teruk, bukan setakat morning, malah sepanjang hari. Kadang sehari 4 hingga 6 kali muntah. Badan letih dan sangat kurang bermaya. Kurang darah, bacaan Hb rendah.

Aku tanya dengan ibu. Bagaimana keadaan ibu dulu semasa hamil kami yang keSEBELASan utama ni? 

Percaya atau tidak, ibu lagi teruk dari aku. Katanya, satu makanan pun tidak boleh masuk ke dalam tekaknya kecuali air kelapa. Perghhh, memang sakitnya tuh di sini!

Jadi, aku rasa, setiap kita wanita yang mengandung ni akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan ibu sendiri semasa hamil dulu. Kann? Lebih kurang gitu lah.

Dan perkara pertama yang terlintas di fikiran, jantina bayi bukan?

Dari pengalaman sendiri, naluriku kuat mengatakan yang sekarang ini aku tengah mengandung anak perempuan. Kalaulah diizinkan Allah, akan adalah kawan Maisha lepas ni.

Kenapa naluriku rasa sedemikian? Sebab simptom- simptom mengandung Maisha dulu sedang aku rasakan sekarang ini.

Disini aku senaraikan kenapa ya..

1. Tidak boleh makan ayam dan daging. Makan seafood saja.

2. Tidak boleh bau masakan yang kuat.

3. Tidak boleh makan pedas.

4. Mahu makan benda yang manis saja. Jus buah, coklat, gula- gula dan mangga manis. Nyummy.

5. Wajah kurang berseri. Timbul jerawat dan seakan- akan ruam gitu penuh di muka. Betullah kata orang tua, bayi itu akan mengambil 'kecantikan' dari ibunya. 

6. Cenderung baring ke arah kanan.

7. Emosi sangat tidak stabil. Suka marah saja. Maisha selalu cakap, "Ibu ni asyik marah ja, macam 'monster' ..." Bukan salah ibu mengandung, salah hormon hehe.

8. Perut kelihatan lebih bulat berbanding mengandung anak lelaki, lebih bujur.

Untuk lebih tepat lagi, in shaa Allah akan pegi scan jantina bermula minggu ke 20. Berdebar jugak ni.

Mungkinkah ramalanku benar belaka? 

Hanya Dia yang tahu. Wallaua'lam.

Salam sayang,
ibum3m



Khamis, 10 Ogos 2017

Stress Penyebab Wanita Jadi Cepat Dan Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim

"According to a 2006 survey by the American Psychological Association, women are more affected by stress than men and report engaging in unhealthy behaviors such as comfort eating, poor diet choices, smoking, and inactivity to help deal with stress. The same survey showed women report feeling the effects of stress on their physical health more than men."

"Stress contributes to poor sleep habits which in turn can contribute to emotional issues, job issues and weight gain."

Link info boleh baca kat SINI ya.


Kata lain, wanita lebih cenderung mengalami tekanan dari pihak lelaki. Lagi menyeramkan, kesan daripada tekanan tersebut boleh mengurangkan tahap kesihatan wanita dari segi fizikalnya malah ianya salah satu faktor penyumbang kepada BERAT BADAN MENINGKAT! Oh NO!

Bahaya tekanan aka 'stress' ni adalah dari segi tindakbalasnya. Dikaitkan dengan tindak balas "fight or flight" response. Semacam kau dikejar anjing gila dua puluh ekor. 

Kau perlukan LEBIH tenaga, kelajuan dan konsentrasi yang penuh untuk melepaskan diri dari digigit anjing gilak itu.

Kesan lepas dikejar anjing, kecut perut, denyutan jantung meningkat, tekanan darah naik, sakit kaki otot dan lapar pun ada bukan? 

Sebabnya: Segala sistem badan kau akan bertindak seGIGIH dan seKUATnya, lebih dari kemampuan badan itu sendiri.

Lama- kelamaan, efeknya akan menyebabkan imun sistem badan jadi lemah dan kau SERING JATUH SAKIT. Kalau sakit, macam mana mau jadi SuperMom dengan kerja yang 24/7 tidak pandai abis itu?

Jadi, tindakan kita mestilah BIJAK menangani tekanan katanya.

1. Kenali punca yang boleh menyebabkan stress. Belajar untuk menjauhi punca tersebut atau menanganinya dengan cara yang betul.

2. Pilih satu masa antara 10 hingga 30 minit sehari sebagai 'down-time' untuk tidak membuat apa- apa kerja. Hanya duduk dan bernafas sedalam-dalamnya. Rileks.

3. Makan makanan berkhasiat.

4. Tidur secukupnya. Elakkan minuman berkafein, air gas sebelum tidur. Wujudkan suasana tidur yang lebih baik, gelap, sejuk dan cadar yang wangi pun best jugak kan.

5. Bersenam setiap hari walaupun 10- 20 minit sehari.

6. Amalkan SUPPLEMEN yang boleh membekalkan 21 nutrisi yang diperlukan oleh badan termasuklah multivitamin, vitamin B, vitamin antioksida (A,C,E), omega-3, kalsium, magnesium dan sebagainya.

Paling penting, jaga DIRI SENDIRI dulu untuk jaga orang di sekeliling. Usah jadi lilin yang membakar dan akhirnya makan diri sendiri.

Utamakan yang utama, bahagikan kerja/ tanggungjawab dengan pasangan, makan sihat, kekal aktif dan amalkan supplemen. 

Jangan lupa SENYUM selalu ya!

**Hugs untuk semua SUPERMOM seperti kalian. 😍


Salam sayang,
SuperMOM anak TIGA !

Rabu, 7 Jun 2017

Kenali Chemical Pregnancy Buat Wanita

Assalamualaikum

Wanita dan kesuburan, banyak isunya bukan? Terbaru kawan KakMas wassap. Telah dikurniakan dua putera. Sekarang, berimpian untuk mengandung lagi kerana yang bongsu sudah menginjak ke umur 4 tahun.

Kepingin beliau untuk mendapat puteri pulak kali ni. Setelah beberapa hari, katanya periodnya sudah lewat seminggu daripada kitaran yang biasa.

Tidak sabar, beliau terus check UPT. Alhamdulillah menunjukkan 2 line. Satu line itu sangat samar tapi memang ada.

Ku katakan padanya. In shaa Allah menjadi tu.

Tapi, setelah seminggu. Ada palitan coklat dan hari seterusnya, beliau period. Dan seperti ada ketulan darah.

Daku menjangkakan, kemungkinan ini gugur. Tapi, tidak sanggup rasanya untuk memberitahunya.

Secara kebetulan. Dr Zubaidi Hj Ahmad yang merupakan doktor feveretku memuat naik status mengenai 'Chemical Pregnancy'.





Ehm. Kemungkinan inilah yang di alami oleh sahabatku ini.

 Allahuakbar. Mudahan ada rezeki buatnya nanti. Aamiin.

Salam sayang,
ibum3m

Ahad, 14 Mei 2017

Supplemen Semulajadi Yang Menyokong Kesihatan Sendi Dan Membantu Mengurangkan Sakit Lutut

Assalamualaikum.

Seringkali kita dengar, golongan yang berusia emas mengadu mereka sering mengalami sakit lutut dan sendi. Ini termasuklah mertua kak Mas sendiri dan mertua kakak ipar.
Kadangkala ini disebabkan oleh kehilangan pelincir iaitu yang dinamakan sebagai synovial fluid di sendi tersebut yang menyebabkan kedua- dua tulang ini bergesel di antara satu sama lain. Faktor lain ialah terhakisnya 'cushion' yang ber ada di atas tulang menyebabkan pergeseran di antara sendi tersebut seiring dengan pertambahan usia.

Oleh itu, di antara supplemen Shaklee yang Kak Mas sarankan ialah:

1. Vivix

Minuman botanikal yang berharga RM475 150ml mempunyai khasiat yang tinggi buat pengamalnya. Dengan mengamalkan satu sudu teh sehari, ianya memberikan kesihatan yang menyeluruh. Penggunaan 150 ml ini selama satu setengah hingga dua bulan.


2. Shaklee Collagen Powder

3. Omega Guard

4. Ostematriks


Jom lihat perubahan mereka yang sudah mengamalkan empat supplemen di atas untuk meredakan sakit lutut yang dialami.




Berminat untuk mendapatkan Set Lutut atau Set Sendi Premium, hubungi saja Kak Mas 013.634.1955 ya. Konsultasi terbaik buat kalian.



Salam sayang,
ibu M3M
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 5 Mei 2017

Masalah Buasir Dan Bayi Kuning Hilang Dengan Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman bersalin anak pertama semestinya amat dikenang oleh para ibu. Si manja lahir ke dunia membawa seribu satu kebahagiaan. Ibu bapa menjalankan tanggungjawab yang cukup besar untuk mendidik anak- anak.



Bagi si ibu, perjuangan ini tidak terhenti di sini. Malah diteruskan dengan penyusuan dan proses pemulihan badan ibu sendiri. Semua ini tidak boleh dipandang remeh. Sangat penting bagi si ibu menjaga kesihatannya dengan sebaiknya semasa dalam proses berpantang.

Pelbagai masalah timbul. Justeru pemilihan Set Bersalin atau Set Berpantang sangat penting bagi membantu ibu- ibu kembali sihat dan bertenaga dari segi mental, spiritual dan fizikal.

Perkongsian ini adalah berkisar dengan masalah yang dihadapi oleh Puan FARAH QURRATUN AINI. Beliau mengalami masalah buasir ketika hamil dan bayi kuning selepas dilahirkan. Mari kita selami perkongsian beliau.

.


Assalamualaikum.


Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.


Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit..
Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2.

Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 


Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang.

Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL.

Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras. 


Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice.


Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh.  

Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada.

Nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8 minggu berat saya 55 Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63 Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 


Alhamdulilah. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!


Wah teruja dengan pengalaman beliau berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah masalah buasir dan bayi kuning hilang dengan mengamalkan set tersebut.

Masih tercari- cari Set Berpantang? Meh hubungi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini.

Semoga bermanfaat!

Salam sayang,

ibuanaktiga
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 21 April 2017

Bagaimana Memilih Produk Yang Selamat Tanpa Bahan Berbahaya Untuk Kesihatan Ibu Dan Bayi?

Assalamualaikum wbt.

Indah nya saat hamil. Kadang tengok rakan seofis yang hamil, diri sendiri pun teringin la pulak. Hik hik. Padahal Muhammad belum pun menginjak umur setahun. Paling best, bau bayi. Wangian dari syurga kan? Sangat menenangkan.

Apapun, saat berbadan dua, kita sebagai ibu perlu menitikberatkan soal kesihatan dan bayi yang dikandung. Oleh itu, si ibu perlu berhati- hati dalam memilih produk yang digunakan sebab ianya akan memberi kesan kepada kandungan. Termasuklah penggunaan krim kilo yang menjadi viral sekarang ini.

Justeru, ini senarai yang perlu diberi perhatian oleh ibu dalam memilih apa- apa produk yang ingin digunakan.

1. Retinoids

Dikenali juga sebagai isotretinoin, tretinoin, acitretin, etretinate, adapalene, tazarotene. Ianya didapati dalam produk mengubati akne, psoriasis dan kanser.

Kesan : Pengambilannya boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan semasa lahir.

2. Phthalate

Dikenali juga sebagai dibutyl phthalate (DBP), diethylhexyl phthalate (DEHP). Boleh didapati di dalam produk rawatan kuku, gincu, produk anti penuaan dan minyak wangi.

Kesan : Boleh memberikan kecacatan pada fetus.

3. Paraben

Dikenali juga sebagai methylparaben, sodium methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben. Didapati dalam pelembap kulit, syampu, perapi, produk anti penuaan, pelindung cahaya matahari dan alat solek.

Kesan : Boleh mempengaruhi sistem hormon tubuh.

4. Pewangi

Terdiri daripada kolon, pewangi, pati mingak wangi dan jenis semburan. Didapati dalam pelembap kulit, pewangi, gincu dan deodoran.

Kesan : Berisiko menimbulkan masalah terhadap kesihatan si ibu.

5. Toluene

Dikenali juga sebagai metylbenzene. Banyak dalam produk merias kuku.

Kesan : Berperanan sebagai bahan pelarut yang dikatakan boleh mengganggu sistem pembiakan. Jika dihidu dalam amaun yang banyak, boleh mengakibatkan kerosakan otak dan sel.

6. Formaldehyde

Didapati dari produk merias kuku, pewarna dan peluntur rambut serta krim penggayaan rambut.

Kesan : Pihak Cosmetic Ingredient Review Council mencadangkan had kepada produk ini kerana ianya berkaitan dengan kanser dan merupakan toksik kepada sistem pembiakan.

7. P-phenylevediamine

Dikenali sebagai PPD, PPDA yang banyak didapati di dalam pewarna, peluntur, dan semburan rambut serta syampu dan perapi.

Kesan : Ibu yang mewarnakan rambut ketika hamil akan mendedahkan dirinya dan bayi kepada bahaya kesan abnormal dalam sistem pembiakan, kanser dan kesan neurotoxic.

8. Oxybenzone

Dikenali juga sebagai benzophenone. Banyak dalam krim pelindung matahari.

Kesan : Kajian menunjukkan pendedahan dalam jumlah besar boleh menyebabkan kesan toksik dan ketidakseimbangan hormon.

Sebagai peringatan, pastikan produk yang hendak dibeli, ibu kena baca label terlebih dahulu. Bahan label merah iaitu lead acetate, methylisothiazolinone (MIT) dan selenium perlu dielakkan kerana ianya adalah bahan berbahaya.


Periksa label terlebih dahulu.Uji produk terlebih dahulu untuk mengetahui kesannya kepada kulit.Paling penting, bacalah label terlebih dahulu.Pilih dengan BIJAK!


Mahu cerita juga ni, produk Shaklee ni bukan hanya terdiri daripada supplemen semata. Ada juga Set Penjagaan Wajah, Set Penjagaan Rambut dan Set Penjagaan Rumah.



Usah di ragui akan kemurnian produknya kerana ianya memang selamat, semulajadi dan berkesan. Tanpa bahan kimia yang meragukan dan boleh membahayakan kesihatan. Ini SERIUS.





'Change Your Brand, Change Your Life'

Salam sayang,
ibu anak tiga
Pengedar Shaklee Shah Alam
013.634.1955

Selasa, 18 April 2017

Batu Hempedu Ketika Hamil? Apa Tindakan Ibu Hamil Ini?

Assalamualaikum.

Saat dikhabarkan tentang berita tersebut. Daku rasa ianya pengalaman yang paling manis buat setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Sujud syukur dan sangat tidak percaya yang dia, zuriatku bakal menghuni rahim ini selama 9 bulan.



Namun, apabila diuji dengan ujian tersebut. Aku bungkam. Tidak tahu hendak bagaimana..

Mari kita selami perkongsian ibu anak dua ini, Puan Zeti Hafiza Zakaria apabila menghadapi masalah batu hempedu ketika mengandung anak ke tiga.

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.


Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.


Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari.


Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.


Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan.


Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.


Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin.


Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.


Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.


Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin.


Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2 mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut.


Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja 'sludge' yang normal.


Alhamdulillah... Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali.


Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya.

Terima Kasih.


Tabahnya Puan Zeti. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan beliau mencuba produk Shaklee, ianya memberi perubahan yang manis buat beliau.

Sesungguhnya kita ikhtiar, Allah SWT jua yang menentukannya. Segalanya perlu diteliti dengan bijak dan berhemah, supaya ianya membuahkan hasil seperti yang diingini. In shaa Allah.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...