Memaparkan catatan dengan label Petua Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Rumahtangga. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2016

Nukilan Sang Suami

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Syukur jumpa dengan seorang lelaki yang minta nasihat mengenai isterinya..
 
Saya buat ziarah beberapa rumah. Rumah pertama, takper takper saya sibuk....
 
Rumah seterusnya, isterinya jerit, abang ni ha entah orang mana sibuk nak ziarah orang , tak tahu orang penat. Saya kata takper puan, kirim salam suami yer bagitau kami ziarah silaturrahim dari surau jer..
 
Rumah ketiga buka pintu dan jemput masuk. Dia pandang saya, Ustaz Ebit Lew yer. Syukur pada Allah. Saya ada email dan call pejabat nak jumpa ustaz. Allah makbulkan doa saya. Allahuakbar. Ya Allah.... Jom masuk ustaz. Rahmat disebalik susah.
 

Dia mula cerita masalahnya. Isterinya tiada di rumah ketika itu. Katanya dulu mereka bercinta lama. Terlalu sayang isterinya. Tapi satu yang buat dia terlalu sedih isterinya tidak solat langsung dan tidak pakai tudung. Dia pernah nasihat tapi isterinya siap menjerit dan macam histeria bila kena nasihat. Kadang-kadang mengelak kata sakit perut dan lain-lain. Sedih ustaz.. Kadang-kadang dia jumpa kawan-kawan perempuan dan lelaki. Dia menangis cerita.
 
Dulu saya ada ikut dakwah macam ni. Tapi dah lama tinggal. Rasa bersalah dan berdosa ustaz. Macam mana saya nak buat yer? Saya dah buat macam-macam tapi dia tak dengar langsung..saya siap bawa air penerang hati dan lain-lain.
 
Jawab saya, saat abang mula fikir agama dalam diri ahli keluarga Itu tanda cahaya kebaikan mula datang dalam hidup abang dan isteri. Sebenarnya wanita ini lembut abang. Dia suka dipimpin oleh suami. Bila kita menangi hati mereka insyaAllah seluruhnya akan berubah. Sehingga sanggup buat apa sahaja..Orang yang hatinya keras pun boleh berubah. Segalanya hidayah Allah. Keinginannya dan usaha orang sekaliling.
 
Abang belikan hadiah buat dia. Abang pernah beli bunga besar tak buat isteri? Buat 'surprise'..wanita suka kejutan. Bagi masa yang dia tak sangka. Buat sesuatu yang dia tidak jangka. Setiap hari macam kita nak mengorat semula. Buat dia betul-betul cair. Kalau dia kerja pejabat hantar Bunga besar masa meeting atau ceramah perdana. Biar semua orang nampak. Kalau suri rumah masa di rumah mertua atau masa dia di pasar...

 


Saya pernah buat dulu pada isteri saya. Dulu isteri saya pernah kata. Abang nak berjuang. Pergilah. Tapi saya doa jerlah .Saya tak nak ikut. Tak nak tutup-tutup yer.
 
Tapi lepas dapat bunga besar dan cantik di pejabat dia kata, abang nak pergi mana saya nak ikut. Biar sama-sama syahid dan masuk syurga....Bila hatinya terima kita, mereka akan menerima semuanya sampai akhirnya mereka hanya ingin Redha Allah.
 
Kedua hidupkan bacaan hadis dalam rumah setiap hari setengah jam paling kurang pada waktu tetap dan tempat tetap. Ia memberi kesan dalam hati insyaAllah. Perlahan-lahan ajak dia..
 
Ketiga bawa dia belajar iman dan Islam. Keluar jalan Allah.
 
Dia pun mula amalkan. Baru tadi dia sms saya. Ustaz tak sangka dalam masa 3 bulan saya amalkan semua itu, saya lihat isteri saya mula solat..Dia kejut saya solat subuh di masjid. Dia gosokkan baju saya pergi solat. Dia picit-picit saya waktu Subuh. Dia goda saya dan berjaya pujuk saya bangun tahajud. Saya pergi Masjid setiap hari. Dia pun rajin baca Al-Quran. Tak tahu nak gambarkan macam mana.
 
Hari raya baru ini dia mula bertudung. Katanya" cantik tak bidadari syurga abang" terima kasih abang sabar dan berjaya pujuk saya yang keras ini. Air mata sahaja saksi dan buktinya. Betapa hati saya terlalu gembira..Syukur pada Allah..Jazakallah khair.Benarlah bahagia dalam amalan Islam.
Wanita ini lembut dan inginkan kebaikan. Kita selalu memenangi seseorang kerana cinta dan suka padanya. Apalah kiranya kita gunakan segala usaha, kasih sayang, kelembutan, kebaikan, ilmu kita dan kita pimpin isteri dan anak-anak.
 
Terbayang indahnya dalam syurga nantikan, kita terbang dalam syurga bersama ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga kita. Isteri kita jadi permaisuri. Lebih cantik dari semua bidadari yang cantik. Mereka paling cantik, paling sexy, paling manis, paling menawan, paling manja, paling lemah lembut, tiada ada perkataan bosan lagi. Hanya nikmat dan bahagia yang tidak ada langsung duka...
 
Jom kita lelaki dan wanita jangan malas. Sama-sama kita teruskan perjuangan Ramadhan lalu. Syaitan dilepaskan tapi tetap kalah dan tewas kerana hati yang hidup.
 
Coretan dari,
Ustadz Ebit Lew
4 Ogos 2014
www.keluargasunnah.com

Sabtu, 4 Jun 2016

Pesanan Dr Hamid Arshat

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Satu perkongsian yang benar-benar membuka mata ibum3m oleh Dr Hamid Arshat dikongsikan melalui post FB beliau.
 
UNTUK BAHAGIA DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN.
 
1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.
 
2. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempurnakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain
 
3. Sarapan seperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telur rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang boleh dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.
 
4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuluh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.
 
4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.
 
5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pilih berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendi, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) boleh mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.
 
6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Boleh dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini boleh baiki aliran darah dan kekuatan jantung.
 
7. Amalkan catit dalam buku jurnal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang boleh dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermanfaat. Saya lihat orang2 Jepun dan Korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.
 
8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.
 
9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
 
10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan televisyen atau bermain video games.
 
11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.
 
12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.
 
13. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.
 
14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.
 
15. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
 
16. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serius. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.
 
17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.
 
18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.
 
19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.
 
20. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.
 
21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.
 
22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
 
23. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.
 
24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
 
25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.
 
26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.
 
27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.
 
28. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
 
29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
 
30. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
 
31. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umur 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.
 
32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.
 
RUMUSAN

Untuk capai kejayaan dan kebahagian hidup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.
 
Kredit : FB Dr Hamid Arshat

Ahad, 20 Julai 2014

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga : Pesanan Buatmu Duhai Suamiku

Sentuhan dari Prof. Dr. Muhaya khas buat sang suami..


 
 
1. Sebagai suami bersyukurlah kalau kita mendapat isteri yang baik dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya. Jika isteri hendak membuat kebaikan dan mengajak kita suaminya membuat kebaikan, ikut sahaja, kerana bukan mudah sebenarnya untuk membentuk isteri menjadi baik dan mendidiknya menjadi wanita solehah, apatah lagi buat isteri yang terpelajar dan berpangkat tinggi.
 
2. Jangan bersaing dengan isteri sebaliknya berikan kerjasama. Anggaplah kejayaan isteri sebagai kejayaan suami juga, perasaan itu membolehkan suami berasa ikhlas hati untuk membantu isteri menjaga keluarga tatkala isteri berjuang mempertingkatkan diri dalam menacapi cita- citanya.
 
3. Sebagai ketua keluarga, suami perlu ada arah tuju kemana hendak dibawa atau dibentuk keluarganya. Sering bertegas dan berwawasan jauh dalam hal ini, dan suami adalah pengkritik yang paling jujur kepada isteri. Tegurlah mana kekurangan isteri dengan baik dan tunjukkan serta nasihatkan cara yang bagaimana yang seharusnya dilakukan oleh seorang isteri bagi menjamin kebahagiaan bersama.
 
4. Suami mesti menjadi pendengar yang baik, tempat isteri mengadu dan memohon jalan penyelesaian dan demikian jugalah sebaliknya, buat isteri pula.
 
5. Jaga keegoan. Suami janglah terlalu menjadi "bos" di rumah hingga mengharapkan semuanya dilaksanakan dan diatur oleh isteri yang juga turut bekerja mencari nafkah, sama dengannya. Bertolah ansurlah antara suami dengan isteri dari segi sikap dalam menangani masalah.
 
6. Semoga kita merenung diri dan merenung cara kita menjalani kehidupan hari ini. Niat untuk bertaubat jika berdosa, dan bersyukur atas keselamatan sampai ke rumah dan anak- anak sihat, rumah tangga bahagia dan badan sihat. Tidak terkira nikmat Allah, semoga niat kita akan lebih bermanfaat.
 
7. Bersangka baik dengan isteri. Jangan terlalu cemburu. Cemburu yang berlebihan akan mengekang isteri untuk membuat sesuatu yang disukainya yang akan membawa kejayaan kepada dirinya dan keluarga.
 
8. Sebagaimana isteri boleh menerima keluarga suami demikian jugalah suami mesti boleh menerima keluarga isteri. Jagalah amanah ibubapa isteri yang menyerahkan anak gadisnya kepada seorang lelaki yang dikasihi anaknya, dan bergelar suami setelah sah akad nikahnya. Jika suami hendak melakukan kezaliman terhadap isteri, bayangkan jika adik perempuan anda apabila bernikah.

Dipetik dari buku 'Sejernih Sinar Matamu' oleh Prof. Dr. Muhaya

Sabtu, 19 Julai 2014

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga : Pesanan Untukmu Para Isteri

Sentuhan dari Prof. Dr. Muhaya..Pesanan Untukmu Para Isteri..



1. Walau buruk macam manapun suami (dari segi fizikal dan sifat), terimalah dengan redha, jangan sesekali meminta cerai selagi dia tidak membawa kita ke jalan berpaling akidah kepada Allah. Hormati suami kerana isteri tidak akan masuk syurga jika tidak mendapat redha suaminya.
 
2. Sentiasa memberi bukan mengharapkan dapat manfaat daripada perkahwinan.
 
3. Jangan dengan sebab kita (isteri), suami menjadi anak derhaka kepada ibunya. Lebihkan kepada keluarga suami kita dalam memberi layanan, perhatian dan kebaikan. Dengan berbuat demikian, suami juga akan melayani keluarga kita seperti kita melayani keluarganya, konsep "Reset Minda' (Ada- beri- dapat) kerana tidak ada orang yang memberi yang tidak bahagia.
 
4. Suami garang dengan isterinya kerana dia ego. Untuk menurunkan keegoannya, isteri hendaklah memuji suami, memberikan penghargaan kepada suami dan mengakui keberadaan suami di samping isteri. Isteri berasa dirinya selamat dan dilindungi apabila suami bersama- sama, dan berasa dirinya bahagia kerana ada orang yang memberi perhatian kepadanya dan mengambil berat kepadanya dan menyayanginya.
 
5. Isteri mesti menjaga mata suami, dengan menjaga keterampilan diri, sentiasa berpakaian cantik di hadapan suami dan jika perlu berpakaian seksi pada waktu- waktu yang diperlukan untuk suami dengan niat untuk membahagiakan suami, laksanakanlah. Menjaga hidung suami dengan berwangi- wangian ketika di samping suami dan menjaga telinga suami dengan menjaga perkataan yang keluar dari mulut isteri, elakkan daripada berleter, merungut dan menyalahkan.
 
6. Kalau hendak marah atau bencikan suami, ingatkan kembali zaman muda  dahulu, betapa susahnya hendak mendapatkannya dan disatukan secara sah sebagai suami isteri. Kenangkan kembali zaman dan saat manis bersama- sama suami.
 
7. Bersyukurlah kerana kita bergelar isteri dan masih bergelar isteri, biarpun suami kita tidak sehebat suami orang lain. Bandingkan diri kita dengan wanita yang tidak berpeluang menjadi isteri atau sudah dibebaskan daripada menjadi isteri. Nasib kita sebenarnya masih lebih baik berbanding dengan wanita yang sedemikian kerana ladang pahala terbuka luas di hadapan kita jika kita taat dan berbuat baik kepada suami. Tetapi awaslah, jika sikap isteri terhadap suami sebaliknya, kita sebagai isteri sebenarnya sedang membuka pintu neraka untuk diri sendiri, keran isteri yang derhaka tidak mencium bau syurga.

Dipetik dari buku 'Sejernih Sinar Matamu' oleh Prof. Dr. Muhaya

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...