Memaparkan catatan dengan label Tips Hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Hamil. Papar semua catatan

Isnin, 18 Disember 2017

Tips Makan Ubat Atau Supplemen Tambah Darah Supaya Tidak Muntah Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni masuk minggu ke 17 kandungan bayi yang keempat bakal ku lahirkan.

Comel ja Dato Siti Nurhaliza hamil setelah menunggu selama 10 tahun


Masalah yang sama seperti anak sebelum ini, bacaan Hb ku rendah atau lebih dikenali sebagai bacaan darah hanya 10.9, normal reading adalah 11.

Oleh kerana itu, doktor di Klinik Kesihatan Seksyen 7 membekalkan aku pil Zincofer. Pil berwarna merah yang ku rasa amat besar jugak la mau di telan. Pesannya, ini awak MESTI makan ya! Kalau tidak boleh, bagitau kemudian.

Obimin? Sebab sebelum ini, pernah makan Obimin tapi tetap tidak boleh. Sepanjang hari jadi mual dan muntah yang sangat teruk.

Ku fikir, biarlah, mari cuba Zincofer ni pulak.

Hari pertama aku makan Zincofer ni semasa di ofis, tengah kerja. Dalam pukul 9.30 pagi begitu. Setengah jam selepas itu, aku terus rasa mual. 

Perkara yang dijangka, apa lagi. Sarapan yang ku makan pagi itu, ku muntahkan semuanya. Bersyukur pada masa itu, aku tiada kelas. Pesan dengan ofismate, kalau ada student atau sesiapa cari, aku berehat kejap di surau.

Pening betul masa itu. Berlanjutan pulak sesi memuntahkan segalanya sampailah ke petang dan malam. Sangat lemah badan. 

Esoknya. aku amik keputusan untuk teruskan sahaja makan Vitalea dari Shaklee. Zincofer aku ketepikan dan akan beritahu doktor yang aku memang tidak dapat telan Zincofer ni.

Untuk Vitalea pulak, sememangnya lepas makan Vitalea, mesti ada rasa loya dan pening sedikit.

Apa yang aku buat? 


1. Makan Vitalea selepas makan berat contohnya sarapan dan makan tengahari. Sebab sekarang ini hanya mampu makan bubur nasi kosong saja untuk malam.

2. Minum air sebanyak dan semampunya selepas makan Vitalea. setiap 15 minit 1 gelas.

3. Lepas makan Vitalea, cuba untuk tidak buat apa- apa kerja. Walaupun hanya dengan tengok handphone atau skrin komputer. Hanya rehat dan ambil masa untuk tidur sekejap.

Walaupun kesannya mungkin lambat sedikit, tetapi apabila kita konsisten, in shaa Allah bacaan Hb akan kembali kepada normal. 

Demikianlah yang berlaku pada diri sendiri iaitu semasa hamil Muhammad, anak ke tiga, bacaan Hb ku memang rendah iaitu skala 10 saja. Tapi Alhamdulillah konsisten mengambil Vitalea sepanjang hamil, bacaan Hb menjadi normal bermula minggu ke 30 dan seterusnya sehinggalah Muhammad dilahirkan.




Vitalea atau Multivitamin Shaklee ini memang lengkap untuk mengisi lompang nutrisi yang kita perlukan.

Sangat selamat sebab inilah vitamin yang pertama di cipta dari Shaklee pada tahun 1915. Bahkan perkataan vitamin yang kita sering sebut sekarang ini berasal dari perkataan "Vitalised- Mineral" dan disingkatkan menjadi VITAMIN.

Harga sebotol dalam RM90 lebih saja, ada 120 tablet. Untuk kesihatan optimum, di sarankan untuk makan 2 biji sehari.

Terkadang Mas makan sebiji ja sehari, tahan lah penggunaan selama 4 bulan. Tapi memandangkan tengah mengandung dan ada masalah Hb rendah, maksimum boleh makan sehingga 3 biji. tapi jarakkan saja waktu makan. mesti selepas makan makanan berat.

Alhamdulillah memasuki fasa trimester akhir, Hb naik ke 10.9 menghampiri normal. Berkat dari ubat Iberet dan juga ditambah dengan Vitalea Shaklee ni.

Penting untuk para ibu punya Hb normal sebab nanti dalam proses bersalin, badan kita perlukan sel darah merah yang cukup untuk berikan bekalan oksigen yang mencukupi, untuk menambah tenaga dan untuk 'cover' balik proses bersalin nanti, akan kehilangan banyak darah.

Risiko bagi ibu yang rendah Hb ini boleh menyebabkan kekurangan berat bayi, kelahiran bayi pramatang dan boleh juga membawa maut.

Boleh baca risiko bacaan Hb rendah atau anemia di SINI.


Kepada ibu- ibu yang ingin mendapatkan VITALEA SHAKLEE, boleh hubungi Mas, 013-6341955 ya.

Semoga dengan perkongsian ini mendapat manfaat buat ibu- ibu. Sentiasalah berbincang dengan doktor kalian ya. 

Semoga dikurniai kesihatan yang baik buat ibu hamil di luar sana.

Salam sayang,
Ibum3m

Sabtu, 18 April 2015

Ketahui 5 Ubat Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Bismillahhirahmanirrahim..

Khusus buat ibu hamil, ibum2m kongsikan 5 jenis ubat yang perlu dielakkan ketika hamil.


1# Aspirin
Boleh menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Maka, ianya mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2 # Litium
Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

3# Tetrasaiklin
Merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika di ambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

4# Ubat Penahan Sakit
Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

5# Antibiotik
Ada beberapa antibiotik yang tidak selamat untuk ibu hamil iaitu tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.

Para ibu boleh juga membaca link di bawah ini untuk info selanjutnya..
Sekiranya kalian ingin mendapatkan Set Pre-Natal Shaklee, boleh klik di SINI - SET PRENATAL SHAKLEE

Untuk mendapatkan konsultasi mengenai Set Pre-Natal Shaklee, bolehlah menghubungi Mas di talian 013-6341955.

Semoga bermanfaat!
Sumber : Pa&Ma
Salam sayang,
ibum2m
013-6341955

Rabu, 8 April 2015

Adakah Makanan Untuk Subur Buat Bakal Ibu dan Bakal Ayah?

Bismillahirahmanirrahim..
 
Adakah makanan untuk subur? Haa.. kalau tidak tahu, mari kita kongsi- kongsikan info ini ya..
 


 
Zuriat sememangnya idaman setiap pasangan yang telah berkahwin. Untuk itu, kita harus memastikan bahawa diri kita subur dan bersedia dalam keadaan seoptimum yang mungkin bagi membolehkan diri kita mencapat matlamat untuk memiliki zuriat sendiri. In shaa Allah..
 
1# Makan 70% bahan- bahan mentah dan segar.
 
2# Makan lebih banyak buah- buahan tempatan.
 
3# Perbanyakkan makan ulam- ulaman
 
4# Perbanyakkan makan sayuran seperti bayam, bendi, terung, keledek merah, cekur manis, daun turi, kangkung dan sebagainya.
 
5# Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula.
 
6# Lebihkan makan roti 'wholemeal' dan beras perang.

Semoga bermanfaat!

"Be Positive, I Love Breastfeeding"

Love,
ibum2m
013-6341955
 
 

Jumaat, 20 Mac 2015

5 Tanda Hendak Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ni ibum2m mau kongsi 5 tanda- tanda hendak bersalin yang ibu hamil patut tahu.
Mesti berdebar bercampur excited untuk menunggu si comel bukan? Jom baca..
 
 

#1 Bayi turun ke bawah
 
Perut kita akan menjadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran sebab kepala bayi mula turun ke dalam rangka tulang pelvis.
 
#2 Keluar lendir pekat/ berdarah
 
Lendir pekat seperti gam akan keluar daripada laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula membuka.
 
#3 Sakit belakang
 
Bayi akan beralih dan mula menekan tulang belakang kita. Untuk kurangkan rasa sakit ni, kita dinasihatkan untuk banyakkan berjalan.
 
#4 Kontraksi Rahim
 
Kalau ada kontraksi, tengok dan perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak di antaranya. Kontraksi yang sebenar akan berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu setiap lima minit. Teringat masa pregnant Mikail, memang sela masa sakit sudah 5 minit, berkejar ke hospital dan lepas Doktor check " Nah, 8cm suda ni, bole beranak sudah ya ibu"..terus ditolak ke bilik bersalin..huhu
 
#5 Pecah air ketuban
 
Haahh, yang ini memang selalu etrjadi di kalangan rakan- rakan ibum2m..huhu. Air ni biasanya keluar dengan banyak dari faraj. Warnanya jernih ja dan memang tiada bau. Ini mesti SEGERA pegi hospital ya bakal ibu..:-)
 
 
Semua kesakitan akan hilang selepas melihat wajah si comel :-)
 
Momen bersalin sememangnya momen yang tidak dapat dilupakan. Setiap detik amat indah untuk dilalui. Kita semua Ibu yang KUAT dan BERTUAH skali. Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu yang satu ini..:-)
 
 
Semoga bermanfaat!
 
Salam Sayang,
ibum2m

Khamis, 12 Jun 2014

5 Khasiat Kurma Ibu Hamil Mesti Tahu

 
 
 
 
 
1. Penuh zat besi

Sangat sesuai untuk ibu yang mengalami anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

2. Kaya khasiat
 
Mengandungi protein (1.8%- 2%), serat (2%-4%), glukosa (50%- 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.

3. Mudah kenyang
 
Kandungan gula dalam kurma mudah diserap oleh tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah, ianya membuatkan kita cepat kenyang dan secara tidak langsung, elakkan dari pemakanan yang berlebihan.

4. Tinggi potassium
 
Kandungan potassium yang tinggi penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim.

5. Mudahkan proses bersalin
 
Kurma boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses bersalin.
 
Sumber : Pa & Ma 2013

Rabu, 11 Jun 2014

Tips Mudah Hamil Secara Semulajadi

Salam sayang.

Sesungguhnya setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga memang mengimpikan kehadiran si kecil bagi menguatkan lagi kasih sayang di antara keduanya. Takdir Allah tidak ada siapa yang tahu, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, tawakal dan ikhtiar semampunya.



TIGA perkara yang PALING PENTING untuk diketahui oleh setiap pasangan dalam usaha untuk hamil ialah: 

1. Waktu subur iaitu di mana bakal ibu akan mengeluarkan benih iaitu ovum supaya dapat disenyawakan dengan benih suami yang dikenali sebagai sperma.


2. Suami perlu mempunyai sperma yang sihat dan berkualiti.

3. Saluran tiub fallopio bakal ibu mestilah tidak tersumbat dan dapat berfungsi dengan baik agar menemukan sperma dan ovum.


Bagi memenuhi TIGA kriteria penting di atas, di sini ibum2m akan menyediakan beberapa persoalan supaya ianya lebih mudah untuk difahami.

1. Waktu Subur : Bagaimana cara mengetahuinya?

CARA 1 - Pengiraan Hari Subur


Wanita normal kebiasaannya mempunyai kitaran selama 28 hari, dan waktu subur bagi wanita normal memang senang di agak iaitu dalam lingkungan hari ke 10-15.

Jika wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, tandakan HARI PERTAMA HAID pada setiap bulan pada kalendar sekurang- kurangnya selama 8 -12 bulan. Pastu, boleh buat pengiraan macam yang di bawah:

Pilih kitaran yang paling panjang, pastu tolak 18 hari = X

Pilih kitaran yang paling pendek, pastu tolak 11 hari = Y

Jadi, waktu subur anda ialah dari hari ke- X hingga ke Y.

CARA 2 - Perubahan suhu basal badan (BBT)

Suhu badan diukur pada waktu awal pagi dengan menggunakan alat jangka suhu digital. Kebiasaannya semasa ovulasi, suhu badan akan melonjak sehingga 36.7C (atau lebih daripada itu). Tapi kadang- kadang bacaan ni tidak tepat kalau kita demam, tidak cukup tidur atau ada penyakit- penyakit lain.

CARA 3 - Pemeriksaan bendalir pangkal rahim

Waktu subur, bendalir akan menyerupai putih telur mentah, terhasil dalam jumlah banyak dan jernih (tiada warna). Selepas ovulasi, bendalir akan jadi lebih pekat, kental, berwarna keputihan dan sedikit.

Boleh klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mengetahui waktu subur anda.

2. Sperma Sihat Dan Berkualiti : Bagaimana memilikinya?



Sperma Sihat VS Sperma Tidak Sihat


Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital berdekatan anda. Tapi kalaupun malu, ibum2m menyarankan agar suami mencuba SET KESUBURAN SUAMI SHAKLEE yang terdiri daripada Vitamin E dan Zink.
Vitamin E
Fungsi : Membantu mepertingkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan kiraan sperma, kualiti air mani dan motiliti sperma.
(120 biji hanya RM149)
Klik SINI untuk info lanjut Vitamin E


Zink
Fungsi : Membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma.
(120 biji hanya RM33.75)

Harga SET KESUBURAN SUAMI hanya RM182.75 tahan untuk penggunaan 2-4 bulan.


 3.  Saluran tiub fallopio bakal ibu berfungi dengan baik 

Pemeriksaan lebih lanjut boleh dilaksanakan dengan berjumpa doktor berdekatan. Hal ini kebiasaannya hanya boleh dikesan dan diperbetulkan dengan kaedah pembedahan kecil iaitu laparoscopy yang menyerupai teropong kecil bagi mengetahui lokasi tersumbat terbabit. Boleh klik SINI untuk info lanjut berkaitan masalah ini.

Saranan ibum2m untuk bakal ibu, bolehlah mencuba untuk memiliki SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE yang terdiri daripada GLA dan ALFALFA.


GLA
Fungsi : Membantu mengawalselia hormon estrogen wanita dan sekaligus mempertingkatkan tahap kesuburan wanita
(60 biji hanya RM91.25)


Alfalfa
Fungsi : Bertindak sebagai 'Kacip Fatimah', mengawal keputihan, mengelakkan senggugut dan PMS.
(330 biji hanya RM 53.75, 700 biji hanya RM97.50)

Harga SET KESUBURAN WANITA hanya RM145 atau RM188.75 tahan untuk penggunaan 2-4 bulan


Mari tengok testimoni..









Harga SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI?

Hanya RM327.75 SAHAJA

(Tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM10 untuk Semenanjung Malaysia atau RM20 untuk Sabah/ Sarawak.)


Demikian perkongsian ibum2m bagi setiap pasangan yang belum memiliki cahayamata atau yang tengah merancang untuk menambah sahabat bagi si kecil anda..Sesungguhnya kita hanya berikhtiar, supplemen sebagai alat tetapi hanya dengan izin Allah SWT, insya Allah impian memiliki si comel anda akan tercapai..;-)

Untuk sumber rujukan yang lain, anda bolehla klik di SINI untuk mengetahui tips- tips merancang kehamilan anda.




Untuk mendapatkan SET KESUBURAN SUAMI dan SET KESUBURAN WANITA, anda boleh klik sahaja di bawah ini.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e98cb037f376fa53b314c166766ef55e


Bagi mendapatkan konsultasi PERCUMA dari ibum2m, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat).


Semoga bermanfaat!


COD Area : Putrajaya


Love,
ibum2m






Rabu, 28 Mei 2014

6 Cara Mendapatkan Anak Lelaki Atau Perempuan

Salam ceria..


Apa khabar sahabat ibum2m hari ni? Diharap semuanya dikurniai kesihatan dan kebahagiaan dalam menjalani hidup kita seharian.  

Teringat lagi masa di awal perkahwinan dulu, ibum2m sangat teruja dengan berita kehamilan. Yalah, siapalah yang tidak teruja dengan berita gembira. 

Dan sungguh tanpa diduga dan agak terkejut juga sebab memang ibum2m time tu 'bunting pelamin'. Bulan Disember kahwin, bulan September 2011 terus dianugerahi cahaya mata pertama, Maisha Nuwairah.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat bukan? 

Usai perkhabaran gembira tersebar, mulalah terfikir dalam hati, apalah jantina si baby, bagaimana rupanya nanti? Hidungnya seperti akukah atau ayahnya? Memang banyak sangat persoalan yang mengujakan. 

Apapun, entri kali ni adalah merupakan topic hangat ala- ala Hot fm style la. Agak 18SX ya tapi info ini bagus untuk manfaat  bersama.



Bagaimana hendak mendapatkan baby Superman atau Princess Elsa? hehehe, saja ja buat entri gempaq. Ada beberapa kaedah semulajadi yang boleh  dipraktikkan untuk bakal ibu dan bakal ayah di luar sana. 


CARA MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN



1. Makanan

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu makan lebih banyak makan makanan beralkali, manakala ibu kena lebih kepada makanan berasid. 

Jika mahu baby Superman, suami makan lebih berasid manakala ibu makan lebih beralkali.

Contoh makanan beralkali ialah sayur- sayuran, buah- buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Manakala makanan berasid termasuk daging, makanan laut dan lain- lain.

Boleh rujuk di SINI untuk makanan beralkali atau berasid.

2. Masa

Jika kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid, ini akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan baby Princess Elsa manakala jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke 11 hingga ke-16, mungkin berupaya untuk mendapat baby Superman.

3. Kedalaman

Incik asben tidak perlu memasukkan Mr 'Z' terlalu dalam ke vagina jika mahukan baby Princess Elsa. Tapi, kalau baby Superman, buatlah perkara sebaliknya. 

Kromosom X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y pula sebaliknya. 

Jadi atas sebab inilah, asben perlu memasukkan Mr 'Z' lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapat baby Superman.

4. Kemuncak

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Ini kerana apabila isteri mencapai klimaks, isteri mengeluarkan cecair beralkali. Jika sebaliknya, suami klimaks selepas isteri, mungkin anda boleh mendapat baby Superman.

5. Persediaan isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, boleh cuba alternatif sendiri dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika mahu baby Princess. 

Tapi jika mahu baby Superman, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya miss 'V' lebih beralkali.

6. Kedudukan

Untuk baby Princess Elsa, keadaan suami perlu berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim.

 Manakala kedudukan isteri di bawah, suami di atas membolehkan mendapat baby Superman.



Selesai perkongsian ibum2m untuk hari ini yang dipetik dari sumber Koleksi Pa&Ma, Penjagaan Ibu dan Bayi. Harap info ini sangat berguna untuk semua ya. Tapi apapun jantina si anak, Princess Elsa mahupun Superman, kedua- duanya adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita semua. Jadi, bersyukurlah kepadaNya.. 

Ingin mendapatkan Set Kesuburan Suami Isteri, boleh menghubungi Mas 013.634.1955, Konsultasi terbaik hanya untuk kalian.

Kalian boleh juga rujuk di sini mengenai artikel cara mendapatkan bayi lelaki oleh Dr Zubaidi.

Semoga bermanfaat!

Sayang,
ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...