Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Sihat. Papar semua catatan

Isnin, 17 Oktober 2016

3 Cara Tingkatkan Sistem Imuniti Badan Secara Semulajadi Supaya Tidak Mudah Sakit

Assalamualaikum..

Minggu lalu Alhamdulillah dapat pegi Health and Wellness Talk yang di anjurkan oleh Shaklee. Setiap bulan ada ja topik yang best dikongsi untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan seiring dengan set promosi untuk bulan tersebut.


Talk baru- baru ni memang sangat best sebab berkongsi mengenai Sistem Pertahanan Badan kita, aka 'askar- askar' kenit dalam sistem tubuh kita.

Terdapat 3 lapisan sistem imuniti kita ni. Yang pertama iaitu kulit, silia, asid perut, membran mukus dan lapisan epithelia.

Lapisan ini boleh dilindungi dengan mengambil supplemen jenis Omega 3, protein dan vitamin serta mineral. Untuk produk Shaklee, digalakkan mengambil ESP, OmegaGuard dan Vitalea.



Lapisan kedua pulak ada makrofaj, sel darah putih, sel pembunuh semulajadi dan nutriferon. Untuk mengaktifkannya, lapisan ni perlu supplemen seperti bawang putih, carotenoids, plantago seeds, japanese honeysuckle, saff flower dan pumpkin seeds. Wah, apakah benda semua ni? Hehe. Jangan risau, semuanya ada dalam Shaklee. Huhu.

Amat digalakkan mengamalkan Nutriferon, Garlic Complex, Carotomax dan Sustained Release Vitamin C.




Lapisan ketiga pulak, adanya antibodi yang lebih dikenali sebagai immunoglobulin. Lapisan ketiga ni amat memerlukan RESVERATROL dimana berfungsi untuk meningkatkan aktiviti sel pembunuh (Natural Killer- NK).

NK yang dihasilkan mampu membunuh sel- sel tumor atau kanser. RESVERATROL pun mampu jugak untuk membaiki dan melindungi DNA sel kita. RESVERATROL ni sangat tidak asing lagi sebab merupakan antioksidan yang kuat yang ada dalam Vivix Shaklee.



Di samping melindungi dan mengaktifkan ketiga- tiga lapisan di atas ni, jangan lupa pulak kawal penyebab yang boleh merangsang untuk sistem pertahanan kita bertindak. Kebiasaannya ialah persekitaran kita.

Semestinya untuk melahirkan generasi sihat kita mau persekitaran yang sihat bukan? Jadi bolehlah mulakan dengan amalkan Set Basic Clean Home Care. Objektifnya disini simple ja, dimana kita ingin mengawal segala 'triggering agent' yang jahat yang ingin mengganggu gugat sistem pertahanan badan kita.

Set Home Care- Get Clean ada 4 produk iaitu Basic H Organic Super Cleaning Concentrate, Fresh Laundry Concentrate, Soft Fabric Concentrate dan Dishwash Concentrate. Ok, yang ni nanti Kak Mas cerita dalam entri lain ok.. 😍

Oh hampir lupa..:-)

Bagi ibu yang mempunyai bayi di bawah umur setahun, sebaiknya ibunya lah yang amalkan supplemen tersebut. Sebab insha Allah semuanya akan disalurkan kepada si bayi melalui susu ibu.

Bersama mommy biz, Puan Ainul Malik


Untuk anak yang setahun keatas, boleh lah diberikan secara oral atau terus kepada mereka. Produk untuk kanak- kanak yang khusus untuk tingkatkan imun badan mereka ialah Vitalea Chewable for Kids, Vitamin C Chewable, Mealshake dan Omega Guard.

Sharing is loving :-)

Salam Sayang,
KakMas aka ibum3m

Khamis, 15 September 2016

Saya Pengedar Sah Shaklee Area Shah Alam

Assalamualaikum salam bahagia..

Perkenalanku dengan Shaklee bermula sejak tahun 2012 dalam menuju matlamat perjuangan penyusuanku khusus untuk Maisha. Masa itu, Alhamdulillah rezeki Maisha sangat meriah. Dia membesar menjadi bayi yang sihat gebu. Tapi yang menjadi masalahnya, diriku yang selalu rasa cepat penat, tidak ada tenaga, cepat lapar dan kadang- kadang moody dan stress tidak tentu pasal.



Syukurlah lepas mencuba set menyusu Shaklee, ianya banyak membantu aku untuk lebih bertenaga walaupun tidak cukup tidur, kurang stress, lebih proaktif dan sekaligus rezeki susu untuk Maisha bertambah melimpah ruah.

Alhamdulillah Maisha berjaya aku susukan sepenuhnya selama 1 tahun 3 bulan dan meneruskannya walaupun hamil anak kedua sampailah usia kandungan 34 minggu.

Anak kedua, Muhammad Nuh Mikail berjaya daku susukan sepenuhnya selama 2 tahun 1 bulan. Alhamdulillah dapat PhD dalam penyusuan.. :-)

Sehingga kini berpantang anak ke-3, Shaklee masih lagi menjadi geng 'karasku' yang paling setia! Muhammad pun sudah menginjak 4 bulan dan masih dapat penyusuan sepenuhnya dariku.

Sekiranya sahabat- sahabat sekalian mencari vitamin untuk:

KULIT CANTIK
KURUS
IBU HAMIL/MENYUSU/BERPANTANG
SENDI/SARAF
ANAK CERGAS BIJAK
GASTRIK
PUASA
TAMBAH BERAT BADAN
RAMBUT GUGUR
RESDUNG
PEROKOK
dan banyak lagi..

COD area Shah Alam dan pengeposan seluruh Malaysia
Boleh ja hubungi Mas ya.. :-)

Pengedar Shaklee Shah Alam
Mas@Lya: 013-6341955
Pengguna tegar sejak 2012
Blog : www.ibum2m.blogspot.com
Instagram : lya_abdul

Selasa, 20 Mei 2014

Harga Milo Malaysia Vs Milo Australia

Assalamualaikum semua..

Hari ni mood ibum2m masih lagi melayang- layang di Tawau. Hari pertama selepas bercuti seminggu memang sangat tidak mengujakan sebab pagi- pagi lagi sudah menghantar m2m pigi pengasuh, memang nangis la m2m..Aduss ibu terpaksa bertabah demi family tersayang..

Mo dijadikan cerita, ibum2m memang peminat tegar MILO termasuklah Maisha. Minuman ni lah pencetus tenaga, 'pembuka selera di setiap pagi..Tapi adakah anda tahu yang MILO sekarang tidak sesedap MILO dahulu. Mertua ibum2m sendiri mengakuinya..

Sehinggalah tahun ni, ibum2m dihadiahkan MILO Australia yang memang harganya lebih mahal dari Milo Malaysia, RM60 lebih satu tin ya. Tapi apabila ibum2m membelek2 tinnya, naahhh ternyata Milo Australia ni mempunyai KELEBIHAN macam ESP SHAKLEE, tu sebablah harganya lagi mahal. Ianya mempunyai KEISTIMEWAAN iaitu Indeks Glisemik Rendah ya..sangat bagus untuk penghidap kencing manis.



Indeks Glisemik ni sebenarnya adalah ranking makanan yang berunsurkan karbohidrat dan boleh membantu mengawal paras gula dalam darah kita. Makanan yang mempunyai GI bawah 55 dikategorikan sebagai rendah, GI 55-65 sebagai sederhana dan GI 70 ke atas sebagai tinggi.

Milo Australia mempunyai GI kategori RENDAH iaitu bawah 40 yang setanding dengan ESP Shaklee yang mempunyai GI 39. Manakala, perkara menyedihkan Milo Malaysia tidak mempunyai Indeks Glisemik pun..huhu


Jadi benarlah kata pepatah 'alah membeli, menang memakai'. Kadang- kadang kita perlu juga memilih barang yang harganya lebih mahal setanding dengan kualiti yang ada pada sesuatu barang tersebut. 

Bukannya memilih sangat, tetapi bagi ibum2m, jikalau ia nya melibatkan kesihatan diri sendiri dan keluarga, sebaiknya buatlah PILIHAN YANG BIJAK!! Jangan terus reject pada barang yang harganya lebih murah atau mahal harganya, buatlah perbandingan dan penilaian yang terbaik untuk kebaikan dan manfaat semua.

Semoga bermanfaat.

Love,
Ibum2m

Isnin, 14 April 2014

Pentingkah Minum Air Kosong?

 
Lihat tanda- tanda di bawah, adakah anda mengalaminya?

Selalu keletihan
Cepat penat
Kekeringan dalam mulut
Rasa sakit ketika kencing 
Warna kencing agak kekuningan 
Sering sakit kepala
Gejala sembelit
Pertambahan berat badan
Sakit otot
Emosi tidak stabil
 
 
Jika jawapan anda YA kepada salah satunya, maka ianya tanda badan anda memang kekurangan air.
 

Jom lihat kelebihan minum air kosong!


Melancarkan proses sistem tubuh
Menyahtoksik badan secara semulajadi
Kulit akan sentiasa lembap dan awet muda
Boleh melambatkan pengecutan kulit
Badan terasa cergas dan ringan
Membantu mengurangkan berat badan
 
Klik SINI untuk mengetahui banyak lagi kelebihan meminum air kosong.
 
 

 

Berapa banyak kena minum?


Formula pengiraan bagi mengetahui jumlah air yang diperlukan adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat anda..

Contohnya :
Berat 75kg bahagi 25kg = 3 liter
Maka, jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah 3 liter.

Tapi jangan pulak habiskan minum 3 liter air dalam masa 2 jam ya kawan- kawan, nanti badan kita tidak dapat bekalan air secara berterusan. Ingat ya, konsep yang perlu dipegang adalah BEKALAN AIR MESTI BERTERUSAN, tidak boleh main catuan ya!:-)
 
Tips lain adalah minum air ketika dahaga, semestinya hanya anda yang tahu isyarat tersebut.
 
Adakah ibu menyusu memerlukan lebih air untuk diminum berbanding wanita lain?
 
Ya, tapi sekadar 4 hingga 5 gelas lebih daripada ibu yang tidak menyusu. Untuk info selanjutnya, boleh klik di SINI.
 
JOM AMALKAN MINUM AIR SETIAP SETENGAH JAM!
 
"Be Positive, I Love BF"
 
 
Salam sayang,
ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...