Memaparkan catatan dengan label Petua Mujarab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Mujarab. Papar semua catatan

Ahad, 20 Julai 2014

Petua Yang Senang, Jimat dan Mujarab Untuk Hilangkan Selesema DenganMinyak Bawang Putih

Satu hari tu macam biasa la, tengah scroll- scroll newsfeed FB, tiba- tiba terjumpa satu petua yang memang ringkas, mudah dan paling jimat untuk menghilangkan selesema. Memang sekarang, cuaca yang tidak menentu, selalunya musim panas di waktu pagi dan hujan lebat di waktu petang membuatkan M2M di jangkiti selesema daripada rumah pengasuhnya.

Pada malam tu, memang dengan ibum2m sekali terjangkit flu. Jadi, tanpa berlengah terus ke dapur dan praktikkan minyak bawang putih. Cara- caranya :

1. Bakar seulas bawang putih di atas api sehingga keluar minyak.
2. Lenyekkan dalam pinggan dengan menggunakan garfu.
3. Letakkan beberapa titik minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau apa- apa minyak yang ada.
4. Sapukan ke bahagian dada, belakang dan tapak kaki anak- anak.
5. Pakaikan stokin.



Alhamdulillah, esok pagi memang terus kering hingus. Sememangnya petua ini sangat mujarab, syukur Ya Allah...

Tapi harus ingat ya para ibu, jangan sekali- kali bakar bawang putih tu sampai 10 ulas ya, paling maksimum pun 3 ulas sahaja. Sebabnya ada kes yang sampai melecur kaki anak dibuatnya angkara Ibu terlalu ekstrem. Ini kisah benar ya!! Oleh itu, bagi ibum2m, cukup sekadar 1 ulas bawang putih utk penggunaan 3 orang. Minyak ini memang panas sebab ibum2m suda cuba sendiri. Jadi, sebaiknya apabila sapu, hanya amik minyak sahaja, jangan tepek sekali dengan bawang tersebut.

Petua di atas sememangnya untuk membantu apabila anak- anak kita dijangkiti selesema. Tapi sebagai langkah pencegahan, kebiasaannya, Maisha yang berumur 2 tahun setengah akan saya berikan 2 biji Vitamin C cheweable dan 1 biji Omega Guard setiap hari untuk meningkatkan sistem pertahanan badannya dan menggalakkan perkembangan otaknya supaya senang fokus.

Bagi Mikail, 8 bulan yang masih menyusu, sebelum tidur, ibum2m akan makan 1 biji Garlic Complex,1 biji Vitamin C Sustained Release dan 1 biji Omega Guard. Secara tidak langsung, dapatlah Mikail kebaikannya melalui susu ibu..



Ok, moga petua ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pesanan produk Shaklee, bolehlah menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya..;-)

Salam sayang,
Ibum2m

Isnin, 16 Jun 2014

Khasiat Bunga Kobis Khusus Buat Si Ibu Hamil

Bunga kobis  bagus dimakan sepanjang kehamilan kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
 


 
 
 
Antaranya seperti berikut:
 
 
Menyihatkan jantung
 
Bunga kobis membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Dengan mengamalkan pemakanan bunga kobis, darah akan dipam sekali ganda pada rahim tanpa mengganggu ketidakselesaan pada jantung.
Pembentukan plasenta
 
Bunga kobis membantu pembentukan plasenta kerana ia kaya dengan folat. Folat sendiri membekalkan khasiat kepada bayi dan perkembangannya.
Penyerapan zat besi
 
Keperluan zat besi wanita meningkat apabila dia mengandung. Kandungan zat besi di dalam bunga kobis membantu melancarkan proses bersalin dan mengurangkan risiko berat badan bayi berkurangan.
Keperluan kalsium
 
Bila badan anda kekurangan kalsium, keperluan kalsium oleh bayi akan diambil dari tulang-tulang anda. Ini sangat berbahaya. Oleh itu amalkan makan bunga kobis yang merupakan sumber kalsium terbaik.
Kaya niacin
 
Bunga kobis juga mengandungi niacin iaitu zat yang membantu mengembangkan kulit bayi, sistem saraf dan pencernaan bayi.
Mengembangkan sel-sel
 
Kandungan vitamin A dan B yang ada dalam bunga kobis membantu mengembangkan sel-sel tubuh bayi.
Kaya vitamin C
Ia juga kaya akan kandungan vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan sistem imun tubuh. Bayi akan jauh lebih aktif dan sihat apabila keperluan vitamin C mencukupi.
Vitamin K
 
Bunga kobis juga meningkatkan pembentukan sel-sel di tulang yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Pembentukan tersebut dibantu dengan adanya pengambilan vitamin K daripada bunga kobis.
Sumber mineral
 
Bunga kobis kaya akan zink, mangan, sodium dan fosfor. Sumber lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil.
 
 
Sumber : Majalah Pa&Ma

Ahad, 15 Jun 2014

7 Khasiat Daun Kari Yang Anda Perlu Tahu

 

 
 
 
1. Penawar cirit birit dan buasir

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapatmenjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

Jus daunnya boleh dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari jugak berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorrhea, menghilangkan rasa loya dan pening- pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Rambut panjang dan sihat

Campurkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk, gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak

Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Kecantikan dan kesihatan diri

Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.


Semoga bermanfaat!

Sayang,
ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...