Memaparkan catatan dengan label Vitamin C Cheweable. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin C Cheweable. Papar semua catatan

Ahad, 20 Julai 2014

Petua Yang Senang, Jimat dan Mujarab Untuk Hilangkan Selesema DenganMinyak Bawang Putih

Satu hari tu macam biasa la, tengah scroll- scroll newsfeed FB, tiba- tiba terjumpa satu petua yang memang ringkas, mudah dan paling jimat untuk menghilangkan selesema. Memang sekarang, cuaca yang tidak menentu, selalunya musim panas di waktu pagi dan hujan lebat di waktu petang membuatkan M2M di jangkiti selesema daripada rumah pengasuhnya.

Pada malam tu, memang dengan ibum2m sekali terjangkit flu. Jadi, tanpa berlengah terus ke dapur dan praktikkan minyak bawang putih. Cara- caranya :

1. Bakar seulas bawang putih di atas api sehingga keluar minyak.
2. Lenyekkan dalam pinggan dengan menggunakan garfu.
3. Letakkan beberapa titik minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau apa- apa minyak yang ada.
4. Sapukan ke bahagian dada, belakang dan tapak kaki anak- anak.
5. Pakaikan stokin.



Alhamdulillah, esok pagi memang terus kering hingus. Sememangnya petua ini sangat mujarab, syukur Ya Allah...

Tapi harus ingat ya para ibu, jangan sekali- kali bakar bawang putih tu sampai 10 ulas ya, paling maksimum pun 3 ulas sahaja. Sebabnya ada kes yang sampai melecur kaki anak dibuatnya angkara Ibu terlalu ekstrem. Ini kisah benar ya!! Oleh itu, bagi ibum2m, cukup sekadar 1 ulas bawang putih utk penggunaan 3 orang. Minyak ini memang panas sebab ibum2m suda cuba sendiri. Jadi, sebaiknya apabila sapu, hanya amik minyak sahaja, jangan tepek sekali dengan bawang tersebut.

Petua di atas sememangnya untuk membantu apabila anak- anak kita dijangkiti selesema. Tapi sebagai langkah pencegahan, kebiasaannya, Maisha yang berumur 2 tahun setengah akan saya berikan 2 biji Vitamin C cheweable dan 1 biji Omega Guard setiap hari untuk meningkatkan sistem pertahanan badannya dan menggalakkan perkembangan otaknya supaya senang fokus.

Bagi Mikail, 8 bulan yang masih menyusu, sebelum tidur, ibum2m akan makan 1 biji Garlic Complex,1 biji Vitamin C Sustained Release dan 1 biji Omega Guard. Secara tidak langsung, dapatlah Mikail kebaikannya melalui susu ibu..



Ok, moga petua ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pesanan produk Shaklee, bolehlah menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya..;-)

Salam sayang,
Ibum2m

Ahad, 6 Julai 2014

Rawat Tonsilitis Dengan Vitamin C Cheweable dan Garlic

Salam bahagia..

Hari pertama puasa ahad lalu sememangnya amat mencabar buat ibum2m. Manakan tidak, kena sakit tonsil yang sampai bernanah. Menelan memang seksa dan cuma makan bubur ja, tu yang sebelum puasa dah turun 2kg..huhu nampaknya misi menambahkan berat badan ibum2m tertunda lagi..





Pegi klinik Lita Alis, jumpa Dr Murni, doktor bertudung labuh yang lembut dan mesra..Perkara pertama yang muncul dari mulutnya, "Aduhh, ni mesti sakit kan? Awak dah tengok ker? Ni dah bernanah ni, yang warna putih- putih tu nanah la tu."..Seram mendengarnya dan hanya ibum2m yang tahu bagaimana peritnya menelan.

Tanda- tanda mengalami tonsilitis ni..

Sakit tekak
Demam
Sakit apabila menelan
Bengkak kelenjar di leher
Tonsil menjadi bengkak dan merah
Tonsil mempunyai bintik- bintik putih
Sakit di bahagian telinga dan leher

Nasihat lain dari doktor..

Dapatkan rehat secukupnya
Banyakkan minum air suam
Makan makanan yang lembut contohnya aiskrim atau bubur
Gunakan air- humidifier dalam bilik
Kumur- kumur dengan ubat gargle
Hisap ubat tekak (lozenges)

Klik SINI untuk mengetahui info lanjut mengenai tonsilitis..

Kebiasaannya doktor akan bagi antibiotik,ubat demam, ubat tekak untuk hisap (lozenges) dan ubat kumur (gargle). Tapi tetap jugak gatal tu tekak, jadi ibum2m buat lah air lemon suam campur madu untuk legakan sikit tekak yang sakit dan gatal tu.. Alhamdulillah mujarab. Klik SINI untuk mengetahui cara- cara merawat tonsilitis mengikut pandangan Dr Azwan.

Di samping ubat doktor, ibum2m juga mengamalkan minum Performance Drink, minuman isotonik semulajadi Shaklee supaya tidak mengalami dehidrasi, Garlic Complex  untuk menghentikan pertumbuhan bakteria dan Vitamin C cheweable 100mg untuk dikunyah. Alhamdulillah, nak cepat sembuh kan, tu yang ambil ubat doktor dan jugak Shaklee..

Jangan lupa sekarang ni musim El Nino, cuaca panas dan bulan berpuasa lagi, memang kena banyak minum air. 

Haa, kalau mo order, jangan segan untuk hubungi ibum2m ya 013-6341955 atau klik saja di bawah untuk pesanan segera!



Performance Drink RM82.50

Garlic Complex RM47.50 untuk 60 biji



Vitamin C Cheweable 100mg RM 37.50 untuk 90 biji 


Sekian, semoga bermanfaat!

Salam sayang,
ibum2m




Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...