Memaparkan catatan dengan label Masalah Jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah Jerawat. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

DIY 5 Masker Terbaik Buatan Sendiri Untuk Kulit Bebas Jerawat, Halus Dan Berseri

Mood berhujung minggu sudah tiba. Jom buat masker sendiri di rumah. Senang saja, guna bahan- bahan yang ada.. Jimat bukan?
 
DIY Masker
 
# Garam
 

Masker garam
 
- Tidak kiralah mau guna garam bukitka, garam masakan, garam laut ka semuanya boleh asalkan garam! hehe..
- Campurkan sedikit garam bersama air. Biarkan selama 20 minit. Sapukan masker ni ke atas jerawat dan biarkan selama 10 hingga 20 minit. Selepas tu, basuh muka.
- Masker garam ni memang sangat efektif untuk merawat jerawat. Ianya dikenali juga sebagai pencuci semulajadi yang bagus untuk kulit berminyak kerana ianya mampu mengurangkan sebum ke atas kulit wajah.
 
 
 
# Putih telur
 


Masker putih telur
 
- Basuh muka terlebih dahulu dengan air. Asingkan putih telur dan kuning telur. Sapu putih telur ke seluruh kawasan muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.
- Masker ni sangat mudah tetapi kena berhati- hati ya, sebab kadang- kadang ada juga jenis kulit yang sensitif kepada telur.

# Baking Soda
 

Masker baking soda
 
- Basuh muka terlebih dahulu dengan pencuci muka yang sesuai. Ratakan baking soda yang dicampur dengan air selama 10 hingga 20 minit ke atas kulit wajah.
- Masker ni bagus untuk menyegarkan kulit muka dan menghindarkan daripada jerawat sekiranya diamalkan selalu.
 
# Yogurt
 

Masker yogurt
 
- Campurkan 1 sudu teh madu bersama yogurt sehingga menjadi pes. Sapu ke kulit wajah selama 10 hingga 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Kulit wajah akan terasa segar dan tona kulit pun akan segera berubah.
 
# Oat
 

Masker oat
 
- Campurkan oat bersama sedikit air sehingga menjadi pes. Ratakan ke kulit wajah selama 10 hingga 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Kulit wajah akan terasa lembut dan halus.
 
Campuran Masker?
 
Boleh kah sekiranya kita buat campuran masker? huhu boleh saja..
 
Masker Campuran : Putih telur + Oat + Madu
 
Dikatakan putih telur dan madu sangat bagus untuk mengecilkan pori- pori muka dan boleh menghaluskan kulit wajah.
 
Bahan :
1 biji telur ( guna putih telur sahaja), 1 sudu teh oat, 1 sudu teh madu
 
Caranya :
1. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih.
2. Campurkan oat dan madu.
3. Sapu ke kulit wajah dan leher.
4. Biarkan selama 20 minit.
5. Bilas dengan air suam.
 
Jom lihat video di bawah cara membuat masker campuran ni..
 
 
 
Semoga bermanfaat!

Sabtu, 14 Jun 2014

Set Nyah Jerawat, Jangan Kembali Lagi!

Jerawat sememangnya boleh mencacatkan penampilan seseorang. Berdepan dengan orang lain seakan dia hanya fokus pada jerawat kita tu.. Aduss sungguh stress kan? Malu pun ada..huhu


Tapi jangan risau, ibum2m ada penyelesaiannya iaitu dengan pengambilan SET NYAH JERAWAT yang terdiri daripada ALFALFA, ZINK dan VITAMIN E.

ALFALFA
Penting untuk detoks dan membantu mengeluarkan segala toksik dalam badan

Zink
Untuk memberhentikan pertumbuhan jerawat sekaligus mematikan dan menghapuskan jerawat daripada kembali lagi.

Vitamin E
Membantu merawat dan menghilangkan parut dan kesan jerawat.

Harga untuk ketiga-tiga produk ini hanya RM236.50. Sangat berbaloi dan jimat kerana penggunaannya boleh sehingga 3-4 bulan dan anda akan dapat bukan 1, malah 3 produk terbaik semulajadi ini.

Jom nyahkan jerawat! Katakan GOODBYE pada kulit bermasalah..

DATANGLAH padaku kulit yang sihat, halus dan berseri sepanjang masa..Aamiin..

Untuk sebarang pesanan, roger- roger saja ibum2m di talian 013-6341955 ya..SMS/whatsapp/wechat atau klik sahaja di bawah ni..



 Set Nyah Jerawat


Love,
ibum2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...