Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2016

Bolehkah Cabut Gigi Ketika Hamil?

Bismillahirrahmanirrahim..
Entri kali ni memang seram sikit. Sakit gigi masa mengandung 8 bulan..pregnant anak ketiga..adoyai..memang tak tertanggung rasa. Lain lagi perut yang sudah membesar, bikin susah tidur, inikan pula ditambah lagi dengan sakit gigi..memang sandiikkk urang Sabah cakap.
Sebetulnya masa trimester kedua memang rasa sudah gigi geraham paling hujung sebelah atas kanan ada lubang sikit..rasanya ni kira gigi bongsu la. Tapi masih ragu- ragu bolehkah kalau ibu mengandung pigi cabut gigi? dan persoalan tu dibiarkan seja sebab ingat nanti lah pas bersalin baru pi check gigi. Mo gugel pun malas..
Sampailah minggu ke 32, terasa memang sudah ada sikit- sikit berdenyut tapi masih dibiarkan lagi, pigi antenatal check up pun, ndak mau kestau Dr. Terus sampailah minggu ke 33 ni, aduss memang sakitnya ndak tertanggung lagi..sakit betul apa lagi kalu lepas makan. Sisa makanan masuk dalam tu memang sakitnya Allah sahaja yang tau..konon ambil langkah berhati- hati memang setiap kali pas makan, p berus gigi dan kumur listerine. Tapi benda mo jadi, jadi jugak la..
Time 33 minggu baru la gugel di internet, boleh kah wanita hamil cabut gigi? Banyak jugak la yang dijumpa, ni di antaranya..
Cerita plak dengan kakak di ofis ni, minta pandangan dia, nak cabut katanya? Jangan lah sayang lah gigi tu.. Adoi, kalau sudah sakit, biarlah gigi ni hilang kak..lagipun, gigi bongsu rasanya bukannya guna sangat pun kan? Ni untuk kasik tenang hati sendiri baini..hehe. Terus akak tu ajak gi klinik pergigian dekat dengan ofis.
Timbul lagi perasaan skeptikal dengan klinik kerajaan. Dalam hati, pigi private ja la, lagi senang, bayar RM60 terus boleh cabut. Kalau klinik kerajaan ni, mesti lama tunggu, sakit lebih la...bagi ubat dulu then datang lain hari untuk appointment..Ofismate cakap, bagus lagi klinik gigi kerajaan, lagi jimat..
Tapi ramalanku memang sungguh TIDAK BENAR sama sekali ya. Semalam, pagi-pagi tu amik time slip, pegi jam 8pagi untuk ambil nombor giliran. Pastu bayar yuran pendaftaran RM1 seja yaa. Tunggu punya tunggu sampai jam10 pagi baru tiba giliran, xpa la 2 jam ja..ok lagi ni.
Jumpa Dr alahai punyalah lembut, doktor tu rasanya muda lagi dari aku, perempuan, comel seja..:-) Pastu dia cakap, kebiasaannya untuk trimester kedua sahaja dorang boleh buat rawatan gigi, itu pun boleh tampal, kalau cabut tidak boleh. Aik, lain pulak yang aku baca di gugel. Dia check gigiku, ehmm ni paling hujung, biasanya susah jugak nak tampal ni katanya. Pastu aku yakinkan jak Dr tu yang aku ni Alhamdulillah tiada masalah apa- apa sepanjang pregnancy dan aku nekad mau cabut jugak gigi ni.
Terus dia bincang dengan doktor sorang lagi tu, then bagi keputusan, " Ok lah kak, saya cabut lah gigi ni. Bagi saya bius sikit dulu ya, sakit sikit tau"..Aku pun angguk- angguk ja sebab mulut sudah ternganga besar..hehe
Pastu dia suruh keluar untuk biarkan ubat tu kasi kebas di bahagian yang mo dicabut. Pas dalam 45minit, pipi kanan memang ndak boleh senyum sudah. Giliran pun sampai. Aku kira- kira, ndak sampai pun 10- 15 minit, tercabut sudah gigi tu. Alhamdulillah. Aku memang salute la dengan tahap profesional doktor ni, memang lembut dan takdalah rasa macam mo tercabut tudung time dia buat prosedur tu. Bersih seja..fuhh lega rasanya.
Sempat lagi dia puji, cantiklah jubah, beli siap ker jahit? Oo, ini beli kain then jahit ja. Beli kain kat jakel ker? tanyanya lagi. "eh, takdalah, beli di Jalan TAR ja.." balasku..Cantik lah, puji lagi huhu..Terus dia bagitahu kawannya, nanti kita gi beli kain jugak la, nak buat jubah..aku senyum ja..:-)
Haa.. inilah kenangan sakit gigi semasa mengandung yang memang tidak boleh dilupa. Jadi untuk preggie mom di luar sana, pigi jak jumpa Doktor gigi walaupun dengar desas- desus yang ibu mengandung tidak boleh terima rawatan gigi. Satu lagi, pigilah klinik pergigian kerajaan, jimat lagi. Tau ka berapa bayaran untuk cabut gigi sebatang? RM1 ja yaa..rawatan root canal pun RM4 seja..Naa, sangat jimat berbanding private yang harga rawatan root canal sampai beratus- ratus itewww..huhu
Syukur Alhamdulillah derita sakit gigi sudah berakhir. Sungguh tidak dapat aku bayangkan, di kala sakit mau bersalin datang, di saat itu jugakla datang sakit gigi...Wallahu'alam, minta dijauhkan.
Pasni selalu lah beringat, setiap 6 atau setahun kena pigi jugak jumpa doktor gigi..huhu..
Sharing is loving!
Ikhlas dari,
ibum2m

Rabu, 7 Mei 2014

5 Sebab Kenapa Ibum2m Suka Gilak Dengan Shaklee?

Raya 2012

Assalamualaikum semua dan salam bahagia..

Hari ni ibum2m mo kongsi kenapalah ibum2m suka betul (sangat) dengan Shaklee ni? Apalah ada pada produk ni yang membuatkan ibum2m jatuh chenta at the first sight katanya..huhu

1. Dekat di Hati

Ibum2m start diperkenalkan produk shaklee ni oleh officemate merangkap Group Leader dalam bisnes Shaklee, group Naila kami iaitu Puan Ainul. Masa tu, baru ja pindah ofis dari Kota Kinabalu ke Cheras dan sedang menyusu Maisha, anak pertama. Pada masa itu, azam memang kuat untuk menyusukan Maisha sepenuhnya selama 2 tahun. Tapi badan selalu rasa letih, selera makan macam dinasour tapi kurang bertenaga. Sejujurnya, mo maintain pengeluaran susu yang meriah setiap hari memang sangat mencabar bagi ibu yang bekerjaya.
 
Tapi alhamdulillah, diperkenalkan starter pack untuk ibu menyusu lengkap Vitamin B, Vitamin C, Vitalea (Multivitamin) dan supplemen ajaib, penggalak susu iaitu Alfalfa. Sangat jatuh chenta dengan Alfalfa sampaikan sehari amik paling maksimum 8 biji dan walla....susu sangat- sangat meriah dan Maisha time tu memang sangat- sangat bam bam. Ibu manala yang tidak semangat kalau anaknya Bam Bam kan..siap digelar Baby Michelin lagi..huhu..Alhamdulillah syukurla nakkk!
 


Maisha Nuwairah, 5 bulan
 

2. Sangat Berkesan

Sejujurnya, bagi ibum2m, produk ni sangat- sangat berkesan. Makan jam segini, tidak sampai sejam suda terasa kesannya.
 
Contohnya Alfalfa. Setiap hari di tempat kerja, ibum2m akan pam susu 3 kali sehari dan setiap 3 jam, sesi 1 : 8/9 pagi, sesi 2: Jam 11.30pagi /12tengahari dan sesi 3 : Jam 3.00/3.30 petang. Ibum2m memang follow tips ekslusif untuk ibu menyusu, setiap abis pam, makan 2 biji Alfalfa. Dan Alhamdulillah, untuk setiap sesi memang akan dapat lebih dari 4oz.Kebiasaannya, sesi 1 dapat 10-11 oz, sesi 2 dapat 4-5 oz dan sesi 3 dapat 5-6 oz. Jadi purata sehari dapat 20 oz. Maisha hanya menyusu 16 oz selama di tempat pengasuh, so ada balance 4 oz tu boleh buat stok deep freezer untuk 6 bulan.
 
Contoh lagi, Ostematriks. Ini lagi ajaib, kenapa? Oleh kerana Maisha baby yg Bam Bam, ibum2m selalu sakit belakang time dukung dia. Jadi, apabila rasa sakit ja, trus telan 2 biji Ostematriks (macam painkiller pulak) dan wallaweiii...tidak sampai sejam, sakit belakang tarakk!! Alhamdulillah syukur  ... ;-)
 
3. Harga Lebih Murah dan Jimat
 
Untuk pengetahuan, harga supplemen Shaklee memang agak murah berbanding produk lain. Contohnya Alfalfa : Hanya RM53.75 untuk 330 biji. Hanya 16 sen untuk satu biji. 330 biji bahagi 8 biji = Penggunaan selama 41 hari ya..so lebih la satu bulan.
 
Contoh lain Vitalea RM88.75 untuk 120 biji. Setiap hari kita hanya makan 1 biji, jadi penggunaan boleh sampai 4 bulan. Hanya 74 sen satu biji. Murah dan sangat jimat bukan?
 
 
4. Penggunaan Lebih Satu Bulan
 
Untuk penggunaan setiap produknya memang lebih dari sebulan, malah boleh tahan hingga berbulan- bulan. Boleh rujuk pengiraan di atas ya..
 
5. Satu Produk, Pelbagai Fungsi
  
Setiap produk tidak terhad kepada golongan tertentu dan mempunyai pelbagai fungsi lain.
Contohnya Alfalfa. Fungsi bukan hanya sebagai penggalak susu bagi ibu- ibu menyusu tapi boleh jugak untuk kaum lelaki sebagai agen detoks, memudahkan sistem pelawasan dan dapat meringankan badan. Bonus untuk wanita, alfalfa jugak bertindak sebagai Kacip Fatimah yang boleh mengecutkan rahim, menegangkan payudara dan mengurangkan keputihan.
 
Lagi fungsi Ostematriks, bukan sahaja untuk menghilangkan rasa lenguh- lenguh badan, sakit belakang, sakit otot malahan boleh mengelakkan sembelit, merangsang pengeluaran susu bagi ibu menyusu dan membolehkan kita tidur dengan lena dan berkualiti.
 
 
Ayah, ibu dan Maisha bambam
 
Haa..sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa ibum2m jatuh chenta dengan Shaklee ni. Tapi buat masa ni, cukuplah ibum2m senaraikan 5 saja ya..Insya Allah, lain kali kita add lagi senarai ni..:-)
 
Semoga bermanfaat untuk semua..
 
Salam Sayang,
ibum2m

Jumaat, 7 Mac 2014

Bolehkah Ibu Mengandung Menaiki Pesawat?

Salam sayang semua..

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman perjalanan menaiki pesawat sebelum melahirkan anak pertama, Maisha pada 16 September 2011 dan anak kedua, Mikail pada 25 Ogos 2013. Kedua- dua anak saya menjadi anak kelahiran Tawau walaupun time Maisha dulu, saya masih bekerja di Kota Kinabalu manakala time Mikail, saya sudah berpindah ke Semenanjung.
Saya merancang untuk bersalin di tempat kelahiran saya supaya sepanjang tempoh berpantang, saya boleh dijaga oleh ibu sendiri yang merupakan seorang surirumah manakala mertua saya, kedua- duanya masih bekerja.
Semuanya memerlukan perancangan yang teliti memandangkan saya akan 'travel' menaiki kapal terbang untuk ke Tawau. Untuk pengetahuan, sepanjang mengandungkan Maisha, boleh dikatakan setiap bulan saya akan berulang alik menaiki kapal terbang ke Semenanjung memandangkan suami saya bekerja di sana manakala saya di Kota Kinabalu.
Dengar pun dah penat kan, apalagi saya pada masa itu yang mengalami alahan teruk memang sangat meletihkan, apapun saya gagahkan juga untuk berjumpa dengan 'chenta' hati saya..;-)
Ada TIGA perkara penting yang selalu saya praktikkan apabila hendak menaiki pesawat semasa mengandung.
# PERTAMA adalah dengan  mengambil langkah berjaga- jaga setiap kali kapal terbang berlepas dan mendarat, saya akan angkat sedikit punggung supaya mengelak daripada hentakan berlaku.
# KEDUA, saya akan minum air kosong seteguk dua setiap setengah jam untuk mengelakkan dehidrasi. Perlu di ingat, sekiranya anda membawa air kosong dalam Tupperware, jangan lupa untuk membuka tutup botol sebaiknya 2 kali sepanjang berada di udara. Ini kerana tekanan yang tinggi akan menyebabkan botol tersebut 'meletup' atau terbuka sendiri dan tanpa anda sedari, air minuman anda mungkin akan membanjiri 'handbag' anda..huhu ni pengalaman saya sendiri..;-) 
# KETIGA, gerakkan kaki setiap setengah jam bagi mengelakkan berlakunya kejang otot. Semasa mengandungkan Mikail, saya memang sentiasa memakai stokin khas bagi mengelak kekejangan sebab mulai minggu ke 30, saya mengalami urat timbul atau dikenali sebagai varicose vein di kaki kiri saya. Menurut orang tua2, baby lelaki memang akan berat pada sebelah kiri dan baby girl sebaliknya.. Wallahualam..;-)
Untuk pengetahuan, sekiranya anda ingin memilih Air Asia, minggu ke 34 adalah minggu yang terakhir yang dibenarkan. Sila rujuk syarat menaiki pesawat Air Asia untuk ibu mengandung di SINI.  

Bagi pesawat MAS, minggu ke 36 adalah minggu terakhir untuk travel bagi ibu mengandung dan boleh rujuk di SINI untuk terma dan syarat MAS. Perlu diingat yang anda MESTI mempunyai surat kebenaran daripada doktor yang menyatakan anda mengandung untuk minggu ke berapa pada tarikh nak travel dan samaada anda "Fit to travel" atau tidak pada masa tersebut.
Selain itu, anda boleh merujuk panduan bagi ibu mengandung untuk menaiki pesawat yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di sini.

Dipendekkan cerita, saya mula merancang saya mesti berada di Tawau selewat-lewatnya minggu ke 34. Jadi, segala persiapan seperti tiket kapal terbang memang sudah dibeli seawal mungkin dan pastikan permohonan cuti sebulan sebelum tarikh bersalin telah dihantar secepatnya. Dan bakal ibu- ibu yang manis, selesaikan semua urusan kerja anda sebelum mula bercuti panjang ya..:-)


'Be Positive, I Love BF'
Love,
ibu m2m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...