Khamis, 29 September 2016

Cecair Serbaguna Basic H Mudahkan Kerja Di Rumah

Assalamualaikum semua..:-)

Hujung minggu, tugas ibu akan bertambah rumit. Terpaksa jadi tangan sotong untuk siapkan 1001 to-do-list. Dari kerja membasuh kain, sampailah iron baju, mop lantai, cuci kipas yang berat betul nak gerak tu..haha. Tapi Alhamdulilah sebab ada Multipurpose Basic H ni, semua kerja jadi senang dan mudah.

Tapi, Cerita dengan Basic H ni memang kadang- kadang buat ibu jadi trauma.


Sejak Maisha dan Mikail kecil, memang slalu dorang mandi dengan Basic H ni. Suka betul dorang sebab banyak 'bubble' katanya. Lagipun Maisha kulitnya sangat sensitif dengan sabun mandi biasa, asyik tergaru sana sini sampai merah- merah badannya kalau pas mandi. Tu yang malas mo belikan dia shower bath yang barbie tu. Jadi ibu guna ja la Basic H sebagai shower gel dorang. 😜

Mo dijadikan crita, satu hari tu, ibu biarkan dorang mandi sendiri. Tup-tup habis satu botol Basic H yang tinggal 3/4 botol tu dibuatnya, Maisha berus lantai, Mikail cuci spender dia..Alahai la anak! Pingsan ibu! Nasibla Basic H ni murah nakk! Lepas dari kejadian tu, memang simpan ni Basic H di tempat yang tinggi. Trauma betul!😁

Apa yang bestnya lagi pasal Basic H ni, kegunaannya sangatlah banyak. Ibu guna untuk mop lantai, lap kabinet, cuci tingkap, lap meja, lap kipas dan banyak lagi la. Biasanya, ibu akan letak Basic H ni campur air dalam botol spray. Jadi senang la sikit klu ada makanan tumpah, spray dan lap ja. Lagi ibu suka, semut pun malu- malu mo datang ya 😁! Ai loikee sangat..

Lagi, disebabkan baunya yang wangi tu, ibu suka cuci tong sampah dengan Basic H. Incik asben pulak biasanya rendam jubah dan baju keja sampailah cuci motor dengan Basic H ni. Lebihan air atau bilasannya pulak boleh siram tanaman. Klu sapa ada kucing tu, kucing pun bole mandikan sama 😜

Segala kelengkapan penyusuan, kadang- kadang ibu rendam dengan Basic H juga, selain guna Dishwash Shaklee. Kulat- kulat susu yang melekat di puting botol susu pun boleh hilang. Apalagi botol air yang guna straw, susah kan mo basuh. Rendam ja dengan Basic H satu malam, kompom hilang esoknya tanpa disental!

Selain tu, sayuran pun bole direndam guna Basic H ni, kembali segar nanti. Pokoknya, memang Basic H ni ada 1001 kegunaan la..memang pemudah keja kita di rumah.

MURAH! JIMAT! SERBAGUNA! SELAMAT! BERKESAN! TAHAN LAMA!

RM46 sahaja tau!

Sangat recommended buat ibu- ibu yang superbuzy bee like me uols..hehe

Salam sayang, 
Ibum3m 013-6341955
Pengguna tegar Shaklee dari 2012
Pengedar Shaklee #shahalam dan pengeposan seluruh Malaysia

Selasa, 27 September 2016

Bakal Ibu Wajib Belajar Tentang Ilmu Penyusuan

Bismillahirrahmanirrahim..

Perjuangan penyusuan sememangnya bukan mudah. Ianya perlu dilalui dengan jalan yang penuh liku sama seperti kehidupan kita.

Alhamdulillah aku bersyukur sebab dikelilingi oleh rakan- rakan sekerja yang sangat bersemangat dalam berkongsi tentang ilmu penyusuan kepadaku. Masa tahun 2010, ramai rakan sekerja ku begitu bersemangat mengusung beg pam ke sana sini. Di ofis, dalam bilik kecil di Department General Studies, dorang bergilir- gilir mengepam susu.


Port lain pulak adalah di dalam bilik kecil, bilik yang penuh dengan fail dan agak sesak sikit sebab aircond tiada dalam bilik ni. Dengan hanya memuatkan satu kerusi, dorang mengepam dalam tu dan muka akan menghadap cermin pintu tu. jadi setiap kali orang masuk pantri, dorang akan tahu ada orang dalam tu.. hehe masihkah kau ingat Siti Aisyah, kak Iva, Dij.. ;-)?

Kadang jugak dorang mengepam di surau bagi yang Muslim. Tapi oleh kerana saiz surau yang agak kecil dan tiada privasi, di bilik kecil itulah dorang menjalankan rutin harian sebagai ibu bekerjaya.

Rakan karibku dari UiTM sehinggalah kerja pun tempat yang sama sangat banyak mendedahkan ku dengan segala ilmu penyusuan.

"Nanti kalau ko sudah ada baby Mas, ko mesti kasi susu baby mu ya. Pastu kan ko akan rasa haus yang teramat dan lapar seja memanjang. Ko tengok aku ni, pantang tengok makanan," nasihatnya setiap hari.
Tapi dalam hatiku, macam cepat seja turun berat badannya selepas bersalin walaupun makan nasi kalah Gunung Kinabalu. hehe

Pastu dia nasihatkan lagi aku, ko rajin gugel- gugel aa.. Majalah Pa&Ma ni ko mesti beli sebab banyak info dalamnya. Rajin membaca supaya banyak ko tau. Mesti bersedia dulu sebab banyak benda baru yang ko perlu tahu..

Aku angguk seja tanda setuju.

Aku masa tu memang sangat teruja walaupun hanya beberapa bulan lagi akan menikah dengan lelaki idaman Malayaku huhu.

Terima kasih ku ucapkan kepada sahabatku, Siti Noor Hj Norbeh yang banyak mengajarkan ku ilmu penyusuan.

Dalam pada itu, aku jugak sangat terinspirasi dan teruja melihat wall fb kawan sekolah rendahku, Irma Shelsiah yang begitu bersemangat dalam mengumpul stok untuk Maira, anak pertamanya. Banyak sungguh stok yang dia dapat. Memang rajin dia ikut rutin mengepamnya walaupun dia bertugas sebagai guru sekolah yang mempunyai jadual yang memang padat.

Dalam hati terus terdetik, "Kalau dia boleh kumpul gitu, aku pun mesti jadi macam dia pas dapat baby nanti". Sangat terinspirasi.

Terima kasih ma..:-)

Ternyata aku bersyukur sangat sebab dapat pendedahan awal dalam bidang penyusuan susu ibu ni. Bagi setiap wanita yang bakal bergelar ibu, aku amat menyarankan supaya penuhilah dada dan rajin- rajin lah membaca untuk persediaan menerima baby nanti.

In shaa Allah Dia akan tolong dan bagi kita semangat yang tinggi dalam perjalanan perjuangan penyusuan kita..

Love,
ibum3m

Selasa, 20 September 2016

Sarapan Berkhasiat, Cepat dan Mudah Dengan ESP

Salam sejahtera ..

Setiap pagi, rutin harian memang kena minum ESP dulu. Klu nda minum, rasa macam tidak sempurna hariku hehe..


🌸 Istimewa ESP ni sebab kandungannya ada 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Pastu ditambah lagi dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

🌸 Sumbernya memang dari protein soya yang asli yang tidak diubah genetiknya (non GMO). Lagi best, untuk pastikan kacang soyanya bebas dari pendedahan perubahan genetik ni, Shaklee guna proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program( IPP) dimana dorang jaga betul- betul soya ni start dari benih sampailah proses pengeluarannya.

🌸 Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis sebab kandungan Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39.

🌸 Satu canister (850 gram) ada 30kg kacang soya. Satu hidangan plak sama dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol dan sangat senang diserap dalam badan.



Asal minum untuk tambah tenaga dan pekatkan susu, nda sangka pulak berat badan maintain dari sebelum kahwin dulu sampai anak 3. Si baby pulak memang putih, gebu dan bambam kalah anak Che Ta.. Ehhh 😂

Lagi, kulit ibu pun jadi cerah. Kurang masalah jerawat, jeragat jadi pudar dan kulit jadi kurang sensitif suda berbanding dulu.



Pokoknya, bestlah minum ESP ni!Pelengkap kehidupan sehari- hariku.. :-)

Ayok orderan, nda da rugi ni kalau cuba ESP, kenyang bergaya setiap morning!

MAS 013.634.1955
Rakan Shaklee Kalian
ibum3m

Sabtu, 17 September 2016

Cara Mudah Untuk Buat Order Produk Shaklee

Salam ceria di hari cuti

Apa kabar? Ada yang mau order produk kesihatan aka vitamin aka supplemen Shaklee dari ibum3m?



Bole wassap ja Kak MAS di no 013.634.1955, in shaa Allah akan berikan konsultasi PERCUMA buat sahabat semua.

Kebiasaannya, barang yang dipesan akan di'order' online saja melalui shaklee2u.com. Biasa jugak kalau ada sahabat pengedar dalam group bisnes yang pigi branch, minta tolong ja dorang orderkan barang pastu company poskan. Untuk rakan satu ofis, biasanya time gaji, terus tanya kalau-kalau dorang mo order barang, teruslah saya order skali harung dengan order sendiri, jadi bole jimat duit pos . Lepas order, pihak company akan antar pigi alamat tu guna Gdex atau Citylink dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

Oleh kerana baru ja pindah di Shah Alam ni, jadi survey la tempat yang dekat boleh COD barang klu ada dalam simpanan. COD yang terdekat sama ada di sekitar Shah Alam atau bole jumpa di stesen Petronas Seksyen 7 yang ada restoran A&W tu, dekat dengan Jakel. Jadi pastu boleh la gi cuci- cuci mata jalan di butik- butik femes tu..

Tapi disebabkan jarang simpan stok, jadi kalau betul- betul kes emergency customer mau cepat, pass ja dengan rakan pengedar yang lain yang dekat dengan pelanggan tu. Xdala istilah, rezeki aku rezeki aku, rezeki kau rezeki kau..kira kami sesama pengedar pun, mesra ja bole pass baton..sebab kami tau in shaa Allah ada ja rezeki yang Allah akan bagi kemudian!

Sharing is caring plus loving!

Kak Mas@Lya 013-6341955
Sahabat Shaklee Anda area #shahalam
www.ibum2m.blogspot.com

Khamis, 15 September 2016

Saya Pengedar Sah Shaklee Area Shah Alam

Assalamualaikum salam bahagia..

Perkenalanku dengan Shaklee bermula sejak tahun 2012 dalam menuju matlamat perjuangan penyusuanku khusus untuk Maisha. Masa itu, Alhamdulillah rezeki Maisha sangat meriah. Dia membesar menjadi bayi yang sihat gebu. Tapi yang menjadi masalahnya, diriku yang selalu rasa cepat penat, tidak ada tenaga, cepat lapar dan kadang- kadang moody dan stress tidak tentu pasal.



Syukurlah lepas mencuba set menyusu Shaklee, ianya banyak membantu aku untuk lebih bertenaga walaupun tidak cukup tidur, kurang stress, lebih proaktif dan sekaligus rezeki susu untuk Maisha bertambah melimpah ruah.

Alhamdulillah Maisha berjaya aku susukan sepenuhnya selama 1 tahun 3 bulan dan meneruskannya walaupun hamil anak kedua sampailah usia kandungan 34 minggu.

Anak kedua, Muhammad Nuh Mikail berjaya daku susukan sepenuhnya selama 2 tahun 1 bulan. Alhamdulillah dapat PhD dalam penyusuan.. :-)

Sehingga kini berpantang anak ke-3, Shaklee masih lagi menjadi geng 'karasku' yang paling setia! Muhammad pun sudah menginjak 4 bulan dan masih dapat penyusuan sepenuhnya dariku.

Sekiranya sahabat- sahabat sekalian mencari vitamin untuk:

KULIT CANTIK
KURUS
IBU HAMIL/MENYUSU/BERPANTANG
SENDI/SARAF
ANAK CERGAS BIJAK
GASTRIK
PUASA
TAMBAH BERAT BADAN
RAMBUT GUGUR
RESDUNG
PEROKOK
dan banyak lagi..

COD area Shah Alam dan pengeposan seluruh Malaysia
Boleh ja hubungi Mas ya.. :-)

Pengedar Shaklee Shah Alam
Mas@Lya: 013-6341955
Pengguna tegar sejak 2012
Blog : www.ibum2m.blogspot.com
Instagram : lya_abdul

Khamis, 8 September 2016

ESP Bantu Bersalin Tanpa Luka Episiotomi

Assalamualaikum sahabat kalian..

Apa kabar? Lama tidak mencoret di ruangan ini. Hari ni mo berkongsi lagi satu tips buat ibu- ibu preggie yang comel-comel di luar sana.


Umum tahu yang proses bersalin memang proses yang sangat memenatkan. Full of drama orang bilang di dalam tu. Ada masanya cepat, ada masanya penuh dengan kejutan, ada masanya ianya mudah sangat.

Dan daku rasa, pengalaman 'gunting dan jahit' adalah satu pengalaman yang agak mengerikan buat para ibu semua. Yang ni kita namakan luka episiotomi. Pada masa tu, memang kita tak hirau, asalkan bayi kita selamat dilahirkan.

Tapi yang sengsara nanti, time proses berpantang la..Huhu berdenyut- denyut sampai terasa di kepala ni.
Sahabat memang tau yang daku amik ESP ni sebagai 'milkbooster' dan mengurangkan rasa lapar tahap monsterku ini selepas mengepam.
.
Tapi, apa yang membuatkan daku berkali- kali gedeboookk jatuh chenta dengan ESP ni masa dekat- dekat mo bersalin Muhamad sempena 'Hari Guru 2016' baru- baru ni.



.
Tengahari Ahad, keluar tanda. 'Dear, klu tidak malam ni bersalin, mesti esok pagi ni', bilangku dengan incik asben, Nazim Ibnshakir. Dia dengan muka terkejut, 'Wah awal ni!'. Ya sebab dua anak sebelum ni tepat 40 minggu baru keluar. Tapi yang ni, baru 38 minggu.
.
Jam 10 malam, sakit suda sikit- sikit. Periksa masa masih sejam 2 jam baru sakit. Tidur..
Jam 12 tengah malam, eh ini suda 20 minit- 20 minit ni. Bersiap mo pigi Annur.
.
Pigi dapur, mo makan apa ni ya? Terfikir 2 anak sebelum ni memang penat push, oo jadi aku perlu 'tenaga tambahan' nanti dalam labor room. Amik shaker, letak air suam, tamar koko + 3 scoop ESP. Minum 2 sudu minyak zaitun. Amik air zam zam dan bawak bekal 5 biji kurma!
.
Jam 2 pagi, sampai Annur. Masuk labor room, nurse check suda 6cm. ' Puan, kita tak guna apa- apa ubat penahan sakit ya, kita let it naturally semua, tapi kami akan monitor', bilang Dr Wan Masliza,doktor bertugas pagi tu. Memang itulah kehendakku.
.
Jam 5.30 pagi memang sakit yang sangat- sangat, bukaan baru 9cm. Nurse suruh tunggu lagi supaya 10cm baru bole push. Tangan asben ku pegang erat dengan sisi katil.
.
Tepat 6.20 pagi, push kali ke-3. Alhamdulillah baby selamat ku lahirkan. 'Bersihnya anak awak. SubhanAllah Alhamdulillah' puji Dr Wan. Sambil letakkan bayi atas dadaku. Ku lihat dia memang bersih, tiada darah pun yang kena pada mana- mana bahagian badannya.😊
.
Alhamdulillah dia dilahirkan sangat mudah, tanpa jahitan, tanpa luka episiotomi yang ku kira para ibu semua geruni.
.
Kini, Muhammad suda mau menginjak 4bulan minggu depan. Dengan berat 5.9kg bulan lalu, dia membesar dengan sihat di samping jagaan mertuaku. Terima kasih mama !



.
Alhamdulillah asbab ikhtiar dengan ESP, proses bersalin jadi lebih mudah, lebih bertenaga dan paling penting, tanpa luka episiotomi! Syukur sangat 😍
.
Sungguh tidak ku cari yang lain. ESP tatap menjadi pujaan hatiku..Yeayyy ❤️!
.
Para ibu hamil, ESP wajib jadi peneman di bilik bersalin nanti tau! Jangan lupa order sekarang dari daku, MAS 013.634.1955.


Ada offer terbaik tau bulan ni! Expired pun lama lagi, May 2018! Promo September untuk ESP ialah beli 2, dapat 5% diskaun iaitu dengan harga RM302.10. Dan kalau beli 6 canister, dapat FREE lagi 1 canister. Semua berharga RM954. Boleh simpan sebagai stok atau berkongsilah dengan sahabat yang lain.
.
Pm cepat- cepat..
.
MAS 013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam
Pengeposan seluruh Malaysia
Salam Sayang,
Dulu ibum2m, kini ibum3m

Khamis, 1 September 2016

Virus Zika Menyerang Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Terkejut dengan berita pagi tadi. Virus Zika sudah sampai di Malaysia.
 

Berikut adalah kenyataan akhbar oleh MENTERI KESIHATAN MALAYSIA.
 
KES VIRUS ZIKA PERTAMA DI MALAYSIA 1 SEPTEMBER 2016
 
Pada 29 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pengumuman agar pelawat yang telah menziarahi negara-negara yang melaporkan kes Zika dan mengalami simptom jangkitan ini untuk tampil membuat pemeriksaan lanjut. Berikutan daripada itu, KKM telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016.
 
Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.
 
Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”.
 
Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.
 
Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yang mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalah sama hari dengan anaknya mula sakit di Singapura. Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya, sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika. Bagi tempoh 21 hingga 28 Ogos iaitu sekembalinya pesakit dari Singapura, pesakit telah melawati beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Lumpur.
 
Hasil siasatan kes ini, KKM telah pun memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat-tempat yang telah di lawati oleh pesakit. Aktiviti kawalan yang dilaksanakan termasuk, menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding dan semburan kabus. Di samping itu, kontak terdekat pesakit diperiksa dan dipantau sama ada mereka mengalami demam atau simptom Zika yang lain.
 
Maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Singapura, terdapat 5 rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura juga disahkan dijangkiti virus Zika. Bagi tempoh 27 sehingga 31 Ogos 2016, telah terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura. Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalah cepat, pemantauan dan aktiviti pencegahan Aedes di teruskan serta tingkatkan di semua negeri terutama negeri Johor dan Selangor.
 

Rakyat Malaysia, perlu fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri mereka dari gigitan nyamuk Aedes dan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam dan conjunctivitis. Kes pertama Zika yang dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura.
 
KKM sekali lagi menyeru kepada mana-mana individu yang telah melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika, untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mereka mengalami simptom seperti di atas. Tindakan proaktif masyarakat dapat menghentikan sebaran virus Zika di Malaysia. Tiada Aedes: Tiada Zika, Denggi dan Chikungunya.
 
YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA
1st September 2016
 
Allahuakbar.. Takut bukan? Mudahan Kita semua di lindungi olehNya
 
Aamiin
 
Salam sayang,
ibum3m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...