Rabu, 20 Disember 2017

8 Tanda Hamil Anak Perempuan Menurut Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum kalian..

Setelah dikurniai seorang puteri dan dua putera, kali ini aku disahkan mengandung anak ke empat. Due 27 Mei 2018 dan detik ini, kandunganku sudah menginjak masuk minggu ke 14. Alhamdulillah.

Maisha Nuwairah bt Mohamad Nazim, puteri sulung yang kini sudah berusia 6 tahun


Seperti masalah kehamilan sebelum ini, aku memang trauma untuk mengandung lagi. Ahaks, mesti korang cakap, trauma trauma pun, anak sudah masuk 4 kott!!

Begitulah WANITA.

Walaupun berat dan mengalami kesukaran semasa hamil, tapi apabila melihat anak itu terlahir dari rahim sendiri, Masya Allah SubhanAllah... kiriman dari syurga buat di dunia. 

Tidak tergambar oleh kata- kata kan?

Trauma kenapa pulak? 
Masalah 'morning sickness' yang teruk, bukan setakat morning, malah sepanjang hari. Kadang sehari 4 hingga 6 kali muntah. Badan letih dan sangat kurang bermaya. Kurang darah, bacaan Hb rendah.

Aku tanya dengan ibu. Bagaimana keadaan ibu dulu semasa hamil kami yang keSEBELASan utama ni? 

Percaya atau tidak, ibu lagi teruk dari aku. Katanya, satu makanan pun tidak boleh masuk ke dalam tekaknya kecuali air kelapa. Perghhh, memang sakitnya tuh di sini!

Jadi, aku rasa, setiap kita wanita yang mengandung ni akan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan ibu sendiri semasa hamil dulu. Kann? Lebih kurang gitu lah.

Dan perkara pertama yang terlintas di fikiran, jantina bayi bukan?

Dari pengalaman sendiri, naluriku kuat mengatakan yang sekarang ini aku tengah mengandung anak perempuan. Kalaulah diizinkan Allah, akan adalah kawan Maisha lepas ni.

Kenapa naluriku rasa sedemikian? Sebab simptom- simptom mengandung Maisha dulu sedang aku rasakan sekarang ini.

Disini aku senaraikan kenapa ya..

1. Tidak boleh makan ayam dan daging. Makan seafood saja.

2. Tidak boleh bau masakan yang kuat.

3. Tidak boleh makan pedas.

4. Mahu makan benda yang manis saja. Jus buah, coklat, gula- gula dan mangga manis. Nyummy.

5. Wajah kurang berseri. Timbul jerawat dan seakan- akan ruam gitu penuh di muka. Betullah kata orang tua, bayi itu akan mengambil 'kecantikan' dari ibunya. 

6. Cenderung baring ke arah kanan.

7. Emosi sangat tidak stabil. Suka marah saja. Maisha selalu cakap, "Ibu ni asyik marah ja, macam 'monster' ..." Bukan salah ibu mengandung, salah hormon hehe.

8. Perut kelihatan lebih bulat berbanding mengandung anak lelaki, lebih bujur.

Untuk lebih tepat lagi, in shaa Allah akan pegi scan jantina bermula minggu ke 20. Berdebar jugak ni.

Mungkinkah ramalanku benar belaka? 

Hanya Dia yang tahu. Wallaua'lam.

Salam sayang,
ibum3m



Isnin, 18 Disember 2017

Tips Makan Ubat Atau Supplemen Tambah Darah Supaya Tidak Muntah Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni masuk minggu ke 17 kandungan bayi yang keempat bakal ku lahirkan.

Comel ja Dato Siti Nurhaliza hamil setelah menunggu selama 10 tahun


Masalah yang sama seperti anak sebelum ini, bacaan Hb ku rendah atau lebih dikenali sebagai bacaan darah hanya 10.9, normal reading adalah 11.

Oleh kerana itu, doktor di Klinik Kesihatan Seksyen 7 membekalkan aku pil Zincofer. Pil berwarna merah yang ku rasa amat besar jugak la mau di telan. Pesannya, ini awak MESTI makan ya! Kalau tidak boleh, bagitau kemudian.

Obimin? Sebab sebelum ini, pernah makan Obimin tapi tetap tidak boleh. Sepanjang hari jadi mual dan muntah yang sangat teruk.

Ku fikir, biarlah, mari cuba Zincofer ni pulak.

Hari pertama aku makan Zincofer ni semasa di ofis, tengah kerja. Dalam pukul 9.30 pagi begitu. Setengah jam selepas itu, aku terus rasa mual. 

Perkara yang dijangka, apa lagi. Sarapan yang ku makan pagi itu, ku muntahkan semuanya. Bersyukur pada masa itu, aku tiada kelas. Pesan dengan ofismate, kalau ada student atau sesiapa cari, aku berehat kejap di surau.

Pening betul masa itu. Berlanjutan pulak sesi memuntahkan segalanya sampailah ke petang dan malam. Sangat lemah badan. 

Esoknya. aku amik keputusan untuk teruskan sahaja makan Vitalea dari Shaklee. Zincofer aku ketepikan dan akan beritahu doktor yang aku memang tidak dapat telan Zincofer ni.

Untuk Vitalea pulak, sememangnya lepas makan Vitalea, mesti ada rasa loya dan pening sedikit.

Apa yang aku buat? 


1. Makan Vitalea selepas makan berat contohnya sarapan dan makan tengahari. Sebab sekarang ini hanya mampu makan bubur nasi kosong saja untuk malam.

2. Minum air sebanyak dan semampunya selepas makan Vitalea. setiap 15 minit 1 gelas.

3. Lepas makan Vitalea, cuba untuk tidak buat apa- apa kerja. Walaupun hanya dengan tengok handphone atau skrin komputer. Hanya rehat dan ambil masa untuk tidur sekejap.

Walaupun kesannya mungkin lambat sedikit, tetapi apabila kita konsisten, in shaa Allah bacaan Hb akan kembali kepada normal. 

Demikianlah yang berlaku pada diri sendiri iaitu semasa hamil Muhammad, anak ke tiga, bacaan Hb ku memang rendah iaitu skala 10 saja. Tapi Alhamdulillah konsisten mengambil Vitalea sepanjang hamil, bacaan Hb menjadi normal bermula minggu ke 30 dan seterusnya sehinggalah Muhammad dilahirkan.




Vitalea atau Multivitamin Shaklee ini memang lengkap untuk mengisi lompang nutrisi yang kita perlukan.

Sangat selamat sebab inilah vitamin yang pertama di cipta dari Shaklee pada tahun 1915. Bahkan perkataan vitamin yang kita sering sebut sekarang ini berasal dari perkataan "Vitalised- Mineral" dan disingkatkan menjadi VITAMIN.

Harga sebotol dalam RM90 lebih saja, ada 120 tablet. Untuk kesihatan optimum, di sarankan untuk makan 2 biji sehari.

Terkadang Mas makan sebiji ja sehari, tahan lah penggunaan selama 4 bulan. Tapi memandangkan tengah mengandung dan ada masalah Hb rendah, maksimum boleh makan sehingga 3 biji. tapi jarakkan saja waktu makan. mesti selepas makan makanan berat.

Alhamdulillah memasuki fasa trimester akhir, Hb naik ke 10.9 menghampiri normal. Berkat dari ubat Iberet dan juga ditambah dengan Vitalea Shaklee ni.

Penting untuk para ibu punya Hb normal sebab nanti dalam proses bersalin, badan kita perlukan sel darah merah yang cukup untuk berikan bekalan oksigen yang mencukupi, untuk menambah tenaga dan untuk 'cover' balik proses bersalin nanti, akan kehilangan banyak darah.

Risiko bagi ibu yang rendah Hb ini boleh menyebabkan kekurangan berat bayi, kelahiran bayi pramatang dan boleh juga membawa maut.

Boleh baca risiko bacaan Hb rendah atau anemia di SINI.


Kepada ibu- ibu yang ingin mendapatkan VITALEA SHAKLEE, boleh hubungi Mas, 013-6341955 ya.

Semoga dengan perkongsian ini mendapat manfaat buat ibu- ibu. Sentiasalah berbincang dengan doktor kalian ya. 

Semoga dikurniai kesihatan yang baik buat ibu hamil di luar sana.

Salam sayang,
Ibum3m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...