Ahad, 26 Ogos 2018

Masalah Kurang Susu Buat Ibu Berpantang

Assalamualaikum

Setiap ibu yang selamat melahirkan anak akan memulakan skin-to-skin contact seawal bayi dilahirkan.


Ini adalah satu terapi untuk menenangkan bayi dan juga sebagai latihan buat bayi bagi sesi penyusuan yang pertama.

Untuk 3 hari yang terawal, ibu akan menghasilkan kolustrum, iaitu susu yang berwarna kuning pekat yang penuh dengan antibodi. Antibodi ini merupakan pelindung awal si kecil untuk melawan sebarang penyakit.

Dan kebiasaannya juga, para ibu akan mengalami masalah bengkak susu akibat saluran susu yang tersumbat, posisi penyusuan yang salah dan terkadang, keadaan bayi yang masih belajar untuk melekap dengan sempurna.

Untuk itu, Mas sangat menyarankan kepada para ibu untuk mendapatkan khidmat urutan payudara seawal yang mungkin untuk melancarkan proses penghasilan dan pengeluaran air susu kalian.

Selain itu, ada beberapa supplemen yang boleh membantu para ibu dalam menyelesaikan masalah penyusuan tersebut.


Diantaranya ialah:

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan susu soya nonGMO yang tulen lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Berfungsi untuk meningkatkan ‘hindmilk’ susu supaya bayi cepat kenyang dan menjadikan ibu lebih bertenaga.


2. Alfalfa
Dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan yang penuh dengan mineral dan galian. Berfungsi sebagai penggalak susu atau ‘milkbooster’ bagu mempercepatkan penghasilan susu ibu.

3. Ostematriks
'Milk booster' semulajadi yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Berfungsi untuk mengurangkan sakit dan lenguh badan si ibu. Bantu untuk elakkan sembelit.


4. Lecithin
Melancarkan pengeluaran susu dengan memecahkan lemak yang menghalang saluran susu daripada tersumbat.



Set Milkbooster atau Set Menyusu Ohsem ini boleh membantu para ibu dalam persediaan penyusuan susu ibu kepada si bayi.

Berminat? Kalian boleh saja menghubungi
Mas di talian 013.634.1955 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Konsultasi PERCUMA dan terbaik buat kalian.

Salam sayang,
ibu4M

Sabtu, 25 Ogos 2018

Sanah Helwah Muhammad Nuh Mikail Bin Mohamad Nazim Yang Ke 5 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim

Sakitnya bermula jam 4 pagi. Ku tahan sampai ke pagi. Jam 7.30 pagi, aku duduk depan tv menahan sakit yang sela masanya 10 minit. Arwah bapak cakap, cepatlah kita pigi hospital.


Jam 8 pagi sampai hospital. Selesaikan prosedur semuanya. Jam 9.30 pagi baru check bukaan, sudah 8 cm ni. Terus di suruh baring di katil yang tersedia.

Paling haru masa ni, dapat doktor lelaki, muda pulak tu. ‘Puan, saya pecahkan ketuban ya, supaya cepat. Dalam jam 11 begitu inshaa Allah keluar sudah baby ni’.

Aku angguk saja.

Usai pecah ketuban, bermulalah fasa meneran yang paling memenatkan ku rasa. Berapa kali teran, tidak juga pandai keluar si bayi.

Nafas pun sudah berada di penghujungnya.

Sampailah satu ketika, datang satu nurse, ‘Kenapa lah kau teran begitu tuh?’ katanya dengan nada marah.

Mataku berkaca- kaca.

Pantas dia naik atas tangga kecil di sebelahku.

‘Kau teran, aku tolak perutmu ya!’ perintahnya.

Aku angguk.

Sementelah itu, aku ikut saja. Alhamdulillah bayi pun keluar dengan suara yang paling nyaring ku rasa.

Lega dan syukur. Bayi lelaki.


‘Berat bayi 3.2kg ya ibu. Berapa berat bayi sebelum ni?’ tanya doktor.

‘2.5kg ja’ jawabku. Patut pun habis nafas ku teran, rupanya lebih 3 kg ya. Adeh.


Di sepanjang proses melahirkan, tidak sempat aku minum air selusuh sebab beg bayi dan beg ku semuanya ada bersama suami di luar.

Dan paling lucu lagi yang tidak boleh ku lupa, tudung yang masih SETIA melekat di kepala ku di sepanjang proses kelahiran. 😂

Begitulah. Kisah kelahiran bayi kedua kami iaitu Muhammad Nuh Mikail b Mohamad Nazim. Namanya cukup lengkap, sapu habis semua nama Nabi dan Malaikat.


Sanah helwah yang ke 5 tahun nak!

Ibu doakan Mikail bertumbuh menjadi anak yang sihat, soleh, hormat orang tua dan taat perintahNya ya. Mudahan bakal menjadi imam besar masjid satu hari nanti.

In shaa Allah Aamiin.

Masliani Hj Abdul
Sayang selalu

Jumaat, 24 Ogos 2018

Benefits of Drinking Warm Lemon Water Everyday

Assalamualaikum

Start the day out with a mug of warm water and the juice of half a lemon.

It's so simple and the benefits are just too good to ignore. Warm water with lemon:


1. Boosts your immune system

Lemons are high in Vitamin C and potassium. Vitamin C is great for fighting colds and potassium stimulates brain & nerve function and helps control blood pressure.

2. Balances pH

Lemons are an incredibly alkaline food, believe it or not. Yes, they are acidic on their own, but inside our bodies they're alkaline (the citric acid does not create acidity in the body once metabolized). As you wellness warriors know, an alkaline body is really the key to good health.

3. Helps with weight loss

Lemons are high in pectin fiber, which helps fight hunger cravings. It also has been shown that people who maintain a more alkaline diet lose weight faster. And, my experience is that when I start the day off right, it's easier to make the best choices for myself the rest of the day.

4. Aids digestion

The warm water serves to stimulate the gastrointestinal tract and peristalsis the waves of muscle contractions within the intestinal walls that keep things moving. Lemons and limes are also high in minerals and vitamins and help loosen ama, or toxins, in the digestive tract.

5. Acts as a gentle, natural diuretic

Lemon juice helps flush out unwanted materials because lemons increase the rate of urination in the body. Toxins are, therefore, released at a faster rate which helps keep your urinary tract healthy.

6. Clears skin

The vitamin C helps decrease wrinkles and blemishes. Lemon water purges toxins from the blood which helps keep skin clear as well.

Credit : www.thenaturesfarmacy.com

Khamis, 23 Ogos 2018

Salam AidilAdha Ke Dua

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Aidiladha, kami beraya di Shah Alam saja. Yalah sehari ja cuti, pastu di tengah tengah minggu memang tak dapatlah mau balik Kedah.

Jadi round KL ja.

Salam lebaran semuanya
Maaf Zahir dan Batin
dari kami sekeluarga

Lupa mahu ambil gambar satu famili haha.


Selasa, 21 Ogos 2018

Rasa Hati Dari Insan Pendosa

Assalamualaikum.

Salam Hari Arafah. Puasa kalian? Alhamdulilah hari ini masuk hari kedua berpuasa setelah bersalin anak ke empat, Musa.

Hari ini istimewa sangat sebab jika kita berpuasa hari ini, Allah SWT akan mengampunkan dosa kita setahun yang lalu dan setahun yang berikutnya.

Allahuakbar, sungguh banyak dosa ku ini. Semoga kita semua di ampunkan olehNya dan diterima segala amalan kita.

Jangan lupa juga berdoa hari ini dengan bersungguh- sungguh ya, in shaa Allah dikabulkan olehNya.

Apapun, bagi kalian yang tidak berpuasa atas sebab- sebab yang tidak mengizinkan keadaan kalian, boleh saja ambil kesempatan ini untuk banyakkan berdoa dan berzikir. 

Di sini Mas ingin berkongsi lagu Ya Maulana dari Nissa Sabyan yang semakin popular. Setiap kali mendengar lagu ini, pasti rasa sebak dan memang mengalir air mata.

Semoga kita senantiasa dikurniai hidayah dan ditetapkan hati untuk menjalani ibadah yang diperintahNya. Aamiin.

Dengan kasihmu Ya Robbi
Berkahi hidup ini
Dengan cintamu Ya Robbi
Berkahi hidup ini

Saat salah ku melangkah
Gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah
TemuiMu di syurga

Terima sembah sujudku
Terimalah doaku
Terima sembah sujudku
Izinkan ku bertaubat

Maulana Ya Maulana
Ya sami' du'a ana
Maylana Ya Maulana
Ya sami' du'a ana



Semoga bermanfaat.

Rasa dari hati,
Masliani Hj Abdul
Insan Pendosa 

Isnin, 20 Ogos 2018

Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Dan Semulajadi

Assalamualaikum.

Semua wanita menginginkan kulit wajah yang licin, putih, gebu dan tanpa jerawat bukan? Ya, wanita sememangnya suka kepada kecantikan.



Terdapat pelbagai produk di pasaran, tapi, kita perlu berhati- hati dengan segalanya yang sekadar testimoni sahaja. 

Bahan yang terkandung di dalamnya perlulah selamat dan tidak mempunyai kesan jangka masa panjang yang boleh memudaratkan kesihatan kita kelak.


Alhamdulillah sejak bertemu Shaklee, kulit wajahku dulu yang agak sensitif dan berjerawat sudah menampakkan kesan yang positif.

Sepertimana kisah kawan saya ni. Teruja apabila melihat perubahan kulit wajahnya.

Inilah testimoni beliau.

“ Membelek gambar yang backup di google. Terjumpa gambar selfie. Dasyat juga muka dulu tapi memang ignore je. Sebab dah penat mencuba.

Yang saya tahu telan je la vitamin untuk kesihatan. Alfalfa, vitamin c yang standard. Bila berangan nak flawless sikit, vivix dengan colagen. Tapi tetap tak memerhati. Tak dan nak godek2 muka sangat.

Basuh muka pun laju-laju. Tapi memang mula dengan nutriwhite dan sekarang YOUTH. tetap perangai sama pakai tak memerhati. Ni la perasan orang dah penat.

Tapi bila gatal tangan guna photogrid compare dulu dan sekarang. Masyaallah dah banyak berubah.

Dulu selfie memang tak ada dalam checklist tapi sekarang penat dah jari klik2. Ujikaji biasa pada saya la. Kemudian dua adik perempuan jadi mangsa Noratiqah Abdullah Norsyafiqah Abdullah haha. Ujikaji seterusnya kan kan. 

So far diorang pun happy guna YOUTH. Memang berbaloi.
Memang lain confidentnya kome oi.

Rasa la sendiri.”


Wah banyak beza nya kan?

✅ Kulit wajah lebih cerah
✅ Liang pori lebih mengecil
✅ Kesan jerawat semakin hilang
✅ Jeragat lebih pudar

Keseluruhan produk yang diamalkan termasuklah Alfalfa, Vitamin C, Vivix, Kolagen dan Set Penjagaan Wajah, Youth.

Alfalfa : Berfungsi untuk detoksifikasi badan dan mengurangkan alergi.


Vitamin C : Membantu mengurangkan pigmentasi iaitu jeragat, mencerah dan memudarkan parut jerawat. Memelihara kelembapan kulit.


Kolagen (Shaklee Collagen Powder) : Bertindak sebagai anti penuaan, melembap, menegangkan dan mencerahkan kulit wajah.


Set YOUTH : Mengurangkan garis halus dan kedutan, penambahbaikan tekstur kulit, mencerahkan, mencerahkan bintik hitam agar wajah lebih berseri dan kelihatan awet muda.


Inginkan konsultasi dan berminat untuk melihat perubahan positif yang bakal dirasai?

Hubungi Mas di talian 013-6341955 ya.

Salam sayang,
ibu4M

Ahad, 19 Ogos 2018

Cara Untuk Kurangkan Masalah Bengkak Susu Semasa Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim.

Teringat masa melahirkan anak keempat, Musa, aku alami bengkak susu pada hari ketiga.

Kebiasaannya, mak bidan akan terus datang pada hari ketiga di rumah. Bolehlah mula dengan sesi urutan untuk lancarkan susu.

Tapi, makcik keluarga sebelah ibuku yang merupakan mak bidan ini datang dari Kota Kinabalu. Sabtu iaitu hari berpantang ke 5 barulah dia sampai.

Sakit bengkak susu ini bukan kepalang. 

1- Aku bermula dengan tuamkan cik B. Ku masukkan air suam ke dalam botol susu storage dan lalukan ke atas cik B.

2 - Teruskan direct feeding. Buat tandem nursing semasa direct feeding, sebelah bagi susu secara langsung untuk bayi dan sebelah CikB aku pam menggunakan pam susu dalam masa yang sama.

3- Semasa mandi, aku buat urutan secara ke bawah iaitu ke arah puting, areolar. Sampailah susu itu mengalir sedikit.

4- Di samping itu juga, aku amalkan makan Lecithin Shaklee secara megadose. Ditambah juga dengan Vitamin C secara megadose.

Alhamdulillah dengan cara ni, aku tidak alami demam bengkak susu.

Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, tapi ianya cukup lega untuk menunggu kehadiran macik.

Di saat ini, urutan untuk melancarkan pengeluaran susu amat penting seawal tiga hari selepas bersalin.

Sekiranya kalian ibu berpantang mengalami masalah bengkak susu, aku sarankan untuk mencuba Lecithin dan Vitamin C.

Lecithin berfungsi untuk memecahkan, mengemulsi lemak yang terkumpul yang mengakibatkan saluran susu tersumbat.

Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan imun sistem supaya tidak mudah diserang demam akibat bengkak susu.


Boleh hubungi Mas 013-6341955 untuk order ya.

Salam sayang,

ibu4M

Sabtu, 18 Ogos 2018

Cara Untuk Kurangkan Rasa Melayang Akibat Vertigo

Assalamualaikum.

Hari ini, menerima wassap dari bekas pelajar dulu. Sudah punya anak dua dan tinggal di Puchong.

Katanya dek akibat suka mengorek telinga menggunakan cotton bud, tahi telinga menjadi keras kerana tertolak ke bahagian dalam telinga.

Pergi klinik, doktor sedut tapi ada lagi yang tertinggal.

Sekarang, telinga beliau asyik berdesing. Dan tiba- tiba rasa pening, loya dan muntah- muntah. Tutup mata pun katanya tetap rasa di awang awangan.

Maka, aku pun beri cadangan kepadanya untuk mengamalkan Vivix.

Jumaat, 17 Ogos 2018

Cara Untuk Elakkan Kulit Muka Dari Sunburn

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang barakah. Baru- baru ini Shaklee telah leancarkan produk penjagaan kulit wajah iaitu YOUTH.

Jatuh cinta dengan Youth, yang paling disukai ialah krim pelembap Ahe Defense Moisturiser yang lengkap dengan SPF50.

Jom tengok video ini.


Kepada kalian yang tercari- cari krim pelindung UV yang sesuai, bolehlah memcuba Youth ni. Produk semulajadi yang terbukti berkesan memperbaharui sel kulit dan dapat menyelesaikan masalah kulit wajah kalian dengan selamat.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
Ibu4M

Rabu, 15 Ogos 2018

Cara Untuk Luka Sembuh Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum

Perkongsian supplemen Vivix buat ayah mertuanya yang merupakan pesakit diabetes.

Mari baca.

BAPA MERTUA DAH TAK PERLU INSULIN 

===================

Kisahnya,bapa mertua ni ada penyakit kencing manis. Tahap gula yg tinggi. Tapi tak pernah nak berpantang makan dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita,satu haritu dia buat kerja2 dekat luar rumah. Kaki terpijak paku berkarat. Kaki jadi luka dan tak baik- baik.

Bernanah dan berdarah berterusan keluar. Jadi nak solat pun susah. Kesian dgn.keadaan kaki dia yg tak baik2 tu...dan takut kena potong.

Akhirnya akak perkenalkan Vivix pada abah. Mula- mula memang susah nak ambik. Rasa macam tak percaya. Semasa ada promo Vivix, dia beli dan join member.

Bila 1-2 botol minum,dia rasa badan ada panas- panas dan gatal- gatal tapi tetap teruskan. Bila dah ambik sehingga 5 botol, doktor sahkan abah dah tak perlu insulin.

Kaki pun bertambah baik dan luka semakin kering dan tak bernanah lagi. Bila abah teruskan pengambilan Vivix yang ke 6 botol, keadaan dia semakin baik dan dah boleh solat dan berjalan seperti sediakala.

Dengan pengambilan 2 kali sehari, abah dah boleh berjalan dengan baik.


Alhamdulillah.

Kita berikhtiar, dengan izinNya jua.

Sekiranya kalian berminat ingin mencuba Vivix Shaklee, boleh lah menghubungi Mas di talian 013-6341955.

Mas akan berikan konsultasi terbaik buat kalian. In shaa Allah.

Salam ukhwah,
Mas ibu 4 anak




Selasa, 14 Ogos 2018

Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Buat Yang Tersayang

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila dapat membantu seseorang dalam masalah kesihatannya, memang rasa gembira dan bersyukur sangat. 

Apatah lagi bila yang menghadapi masalah itu orang tua kita sendiri.

Terasa biarlah diri ini yang dapat penyakit tu, jangan lah mereka.

Perkongsian ini adalah berkenaan dengan supplemen Vivix Shaklee yang mempunyai 1001 khasiat dan manfaatnya.

Ramai sudah merasai perubahan positif sejak mengamalkan minuman botanikal perisa anggur ini.

Mari baca.

Perkongsian 1 :

BERAT TURUN 8KG DAN SAKIT LUTUT PULIH LEPAS AMALKAN VIVIX
.
Asalnya dulu pertama kali anie beli VIVIX adalah untuk makan sendiri. Tapi lepas tengok mak tak macam biasa, kurang bergerak macam selalu. Rupanya mak tengah sakit lutut, sampaikan mak terpaksa solat duduk, nak bergerak ke sana sini pon susah. Bayangkanlah tengok muka mak menahan sakit, bila nak ubah kedudukan dari duduk kepada berdiri, sedih sangat. Anie pun terus hadiahkan VIVIX tu untuk mak.
.
Alhamdulillah dua minggu mak konsisten minum VIVIX, mak dah rasa kurang sakit. Mak memang seorang ibu yang aktif. Jenis tak boleh duduk diam je walaupun umur dah 58 tahun. Berita yang paling best buat anie ialah mak dah boleh sembahyang seperti biasa, tak perlu duduk lagi. Boleh la pergi masjid berjemaah.
.
Sebulan mak amalkan VIVIX, masa tu Aidilfitri, mak bagitahu berat mak turun hampir 8kg. Patutlah ramai sedara mara dan kawan-kawan mak yang tegur mak nampak kurus, makin lawa. Apa rahsianya? Mak pon jawab “minum la VIVIX”.😍
.
Itulah kisah pertama anie tentang VIVIX. Bersyukur sangat mak memang tiada masalah kesihatan lain. Sehingga sekarang, mak masih lagi konsisten minum VIVIX. Tiada lagi masalah sakit lutut.

Terima kasih Allah. Terima kasih shaklee.


Perkongsian 2:

MAK SEMAKIN BERTENAGA DAN TAK SAKIT LUTUT LAGI

Mak memang seorang yg kuat bekerja. Masalahnya dia kerap mengadu sakit- sakit lutut dan susah nak solat berdiri.

Bila bangun pagi, kaki sakit sangat. Setelah akak perkenalkan Vivix pada mak, siap beli Vivix Promo 6 botol, Percuma 1 botol lagi. Dan mak konsisten ambik Vivix.

Akhirnya mak dah tak sakit- sakit lagi. Walaupun mak dah berusia 67 tahun. Tapi memang nampak semakin cergas.

Customer selalu ingatkan mak ni baru berusia 50tahun. Mak nampak semakin sihat,solat pun dah tak perlu guna kerusi.

Bebas dari sakit- sakit lutut dan awet muda.


Seronok dengar perubahan positif kedua- duanya setelah mengamalkan Vivix Shaklee.

Minuman kesihatan yang berunsurkan botanikal ini sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh.


Harga sebotol Vivix 150ml adalah RM380. Berita baik untuk bulan Ogos 2018 ini, jika kalian membeli 2 botol Vivix, akan dapat 5% diskaun.

Sekiranya ingin mendapatkan lebih Vivix, promosi Ogos, beli 6 botol Vivix, percuma 1 botol lagi.

Rebutlah peluang ini kerana ianya jarang ada untuk supplemen popular seperti Vivix.

Manfaat lain, boleh dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA. Dapat juga pulangan bonus berbentuk wang tunai untuk bulan seterusnya.


Berminat?

Terus saja hubungi MAS, 013-6341955 ya.

Semoga bermanfaat.

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...