Ahad, 24 Mac 2019

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum

Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade

Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam

Bahan A :
1/2 dada ayam (potong dadu)
1 stick lobak merah (hiris)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Bahan B :
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung Bestari (jika ada)

1. Kisar semua bahan A
2. Campurkan bahan B
3. Masukkan dan ratakan dalam loyang yang sudah disapu minyak zaitun atau mentega
4. Kukus selama 10 hingga 15 minit
5. Setelah siap, sejukkan dan keluarkan dari loyang.
6. Potong ikut saiz yang kalian suka
7. Asingkan untuk yang hendak digoreng, selainnya boleh disimpan dalam peti sejuk.

Untuk menggoreng :

1 biji telur
Sedikit serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

1. Golekkan nuget ke dalam telur dan serbuk roti
2. Goreng hingga garing selama 3 hingga 5 minit saja.







Hidangkan dan makanlah bersama yang tersayang

Selamat mencuba ๐Ÿ˜

Jumaat, 22 Mac 2019

Supplemen Yang Wajib Buat Wanita

Assalamualaikum Wrt Wbt

Buat mu Wanita,

1. 
Sering alami sakit belakang, sakit pinggang, lenguh badan, sakit lutut. Punya masalah sembelit ketika berpantang atau semasa hamil. Punya masalah insomnia iaitu sukar untuk tidur. Ibu menyusu dan ibu hamil. 

Amalkan OSTEMATRIX



2. 
Punya masalah senggugut, masalah rambut gugur selepas bersalin, ikhtiar untuk hamil. Juga membantu mengatasi masalah sindrom menopause buat wanita.

Amalkan GLA.

Boleh membantu untuk kestabilan hormon dalaman wanita.

I


3. 
Sering letih, cepat penat, kurang bertenaga. Mengalami anemia. Ibu hamil yang bacaan hemoglobin (Hb) tidak naik- naik. 

Amalkan VITALEA, 
multivitamin berusia 100 tahun di dunia. 

Lengkap dengan zat besi untuk membantu penghasilan sel darah merah yang sihat.

Masliani Hj Abdul,
Rakan Shaklee kalian 
013-6341955

Rutin 10,000 Langkah Sehari Pemula Pagi

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Jumaat 

Sekali round, dia ok
Dua kali round, ada bunyi ragaman sudah
Maklumlah matahari bersinar terang

Selama ni ibu cuma berjalan
Hari ini, ibu terpaksa berlari dalam 100 meter
Menolak stroller

Terbayang masa kecil dulu
Menolak gerobak yang dipenuhi koko masak
Turun dari bukit
Berlarian bersama adik beradik yang lain

Bawa ke pondok, menanti dibelah, dikorek dan diasingkan hampas dan biji koko
Setelah itu, dimasukkan dalam guni
Dijual ke tempat pemprosesan koko

Melihat senyuman bapak
Dikala menerima resit rezeki
Tidak kira turun naiknya harga koko 
Bapak tetap tersenyum

Oh indahnya saat itu ๐Ÿ˜ฅ

Detik pertama
Diajar bagaimana susahnya mencari rezeki
Berkongsi kurniaan sebelas beradik
Tetap bahagia bersama

Berusahalah sedaya mungkin
Umpama hidupnya seekor burung
Tetap terbang seawal pagi yang hening

Tanpa mengetahui
Adakah rezeki pada hari itu?

Bulat hatinya
Tetap yakin dan percaya
Akan ada rezeki
Untuk dibawa pulang  

Meletakkan sepenuh pergantungan kepadaNya
Sesungguhnya Dialah Pemberi Rezeki
yang Maha Agung

Al fatihah buat arwah bapak
dan semua kesayangan kita 
yang telah kembali
Semoga semuanya disatukan di syurga kelak

Aamiin ❤️



Masliani Hj Abdul
Rindu tak pernah hilang

Ahad, 10 Februari 2019

Elak Gila Meroyan Dengan Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum

Emosi orang berpantang,
jangan sesekali dipandang enteng.



Kecelaruan hormon, keletihan melampau akibat perjuangan di bilik bersalin, kehadiran si kecil yang menuntun perhatian si ibu, semuanya tak terbataskan.

Hanya perhatian dan sokongan ahli keluarga terutamanya sang suami sahaja yang diharapkan dapat meringankan beban si ibu.

Semasa berpantang, si ibu mengalami proses fasa pemulihan diri. Sesungguhnya tempoh ini amatlah penting untuk mengekalkan kesihatan diri luar dan dalam.

Untuk melalui fasa ini, si ibu perlu dibekalkan dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk membantu mengembalikan keadaan fizikal, emosi dan mental seperti sediakala.

Pemilihan Set Berpantang Premium Shaklee sangat lengkap untuk membantu para ibu berpantang dengan selesa dan tetap segar sihat dan bertenaga.



Terdiri daripada 7 produk lengkap yang setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

๐ŸŒธVitalea merupakan multivitamin pelengkap nutrisi, ada zat besi untuk membantu membina sel darah merah yang sihat.

๐ŸŒธ BKompleks bantu proses peredaran darah dan elakkan dari stress dan meroyan

๐ŸŒธ Vitamin C bantu proses penyembuhan luka dengan cepat

๐ŸŒธ Ostematrix membekalkan kalsium untuk membantu menghilangkan sakit belakang, lenguh badan dan elakkan sembelit.

๐ŸŒธ ESP untuk penghasilan susu yang berkualiti

๐ŸŒธ OmegaGuard untuk perkembangan otak bayi dan ibu

๐ŸŒธ Alfalfa untuk mempercepatkan penghasilan susu aka milkbooster dan mempercepatkan pemulihan rahim.

Set Berpantang Premium Shaklee yang lengkap ini sangat jimat dan ada di antaranya mampu bertahan sehingga 100 hari tempoh berpantang.

Berasaskan produk semulajadi yang mudah diserap dalam tubuh dengan cepat dan berkesan. Ada kelulusan KKM. Lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa dan terbukti selamat.

Ibu Sihat, Bayi Ceria dengan
Set Berpantang Premium Shaklee ❤️

Masliani Hj Abdul,
Ibu anak 4
013-6341955

Ahad, 27 Januari 2019

Bekas Pesakit Jantung Kini Berniaga Supplemen Untuk Memberi Manfaat Kesihatan Kepada Semua

Salam perkenalan.

Saya, Puan Masliani Hj Abdul, berumur 35 tahun. Asal kelahiran Tawau, Sabah yang kini menetap di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Memiliki 4 orang cahayamata, 3 putera dan seorang puteri.



Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) , UiTM Shah Alam dan Sarjana Sains Kesihatan (Pendidikan Kesihatan) dari UKM. 

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah selama 10 tahun di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Cheras. Kini, bergelar usahanita Shaklee yang bekerja dari rumah sepenuh masa. 

Sebagai seorang bekas pesakit jantung, saya mempunyai misi untuk bersama membantu memberi kesedaran dan sekaligus meningkatkan kualiti kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. 

Peningkatan kualiti kesihatan ini merangkumi pemakanan yang seimbang, cara hidup sihat, menjalankan aktiviti fizikal dan pengambilan supplemen yang betul. 

Seorang pengamal supplemen sejak berumur 6 tahun. Pengamal dan pengedar setia supplemen Shaklee sejak tahun 2012 sehingga kini.

Kebiasaannya, order diterima rata- rata melalui online. Maka, pesanan tersebut akan dihantar melalui www.shaklee2u.com.my. Pihak Shaklee akan menghantar supplemen tersebut melalui Gdex atau Citylink dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja. Kadar pos hanya RM10 saja seluruh Malaysia. 

Ada order melalui famili terdekat, rakan sekerja, rakan suami, bekas pelajar dan rakan taulan yang lain.

Ada juga yang mengenali diri ini sebagai pengedar Shaklee melalui laman facebook, instagram dan blog. 

Instagram lya_abdul dan 
laman blog iaitu www.ibum2m.blogspot.com

Buat warga seksyen 7 Shah Alam dan sekitarnya, Mas buat juga COD di stesen Petronas Seksyen 7, berdekatan area Jakel. 

Kalian bolehlah membeli supplemen sambil shopping di sini. Boleh ‘cuci mata’ kata orang, pasti mata kalian akan jadi lebih terang hendaknya.

Boleh juga COD supplemen di Hospital Shah Alam dan juga Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam. 

Sambil melawat atau pun sambil bersenam beriadah, boleh ja kita jumpa untuk mendapatkan supplemen yang sesuai dengan kalian.

Dapatkan konsultasi percuma dari saya, 
Masliani Hj Abdul, rakan Shaklee kalian.

Untuk info lanjut, boleh saja menghubungi Mas untuk mendapatkan konsultasi percuma di talian013-6341955.

Rabu, 2 Januari 2019

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019

Teruja tengok mak bapak hantar anak yang bermacam ragaman pada hari pertama persekolahan.

Salam tahun baru semua. Maaf lama tidak bersiaran. Berhabuk blog ni kesian betul.

Apapun, semoga tahun ini menjanjikan seribu satu kebangkitan, keyakinan dan semangat serta iman yang lebih utuh dan baik daripada sebelumnya.

Maisha dan Mikail seperti biasa teruja untuk ke sekolah. Termasuklah Muhammad si kenit yang baru berusia 3 tahun.

Kakak abang tengah siapkan beg sekolah, dia pun bersemangat siapkan beg lama Mikail. Terus susun depan pintu.

Masya Allah, gelagatnya buat ibu terhibur.

Ibu lambat tidur malam tadi sebab jahit lencana sekolah Maisha. Sudah jahit, senget pulak tu. Terpaksalah buka dan jahit semula.

Kita tengok hari kedua sekolah pulak ya. Meriah wall fb macam hari raya pulak gamaknya. Syiok. Haha.


Kata sahabat, seperti Maisha. Ibu ketawa seja.

Jom tidur. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Aamiin

Khamis, 1 November 2018

Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Assalamualaikum
Alhamdulillah penerbangan pertama dari MAS pukul 7.20 pagi ke Tawau Sabah.

Syukur anak- anak semuanya mood baik. Dan ditemani oleh adik, supaya dapat menjaga Muhammad yang berumur 2 tahun lebih.
Perjalanan buat 4 anak kecil. Maisha, 7 tahun, Mikail 5 tahun, Muhammad 2 tahun dan Musa 6 bulan.
Kapal terbang lengkap dengan skrin sendiri, jadi bolehlah anak- anak layan movie untuk hilangkan rasa bosan.
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 45 minit dari KLIA ke Tawau.
Ibu menyediakan beberapa bekalan seperti air minuman, roti dan skittles buat kemam untuk hilangkan rasa sakit telinga pabila kapal berlepas dan mendarat.
Tidak lupa, mainan buat setiap seorang. Beg setiap seorang kecuali Muhammad yang sudah memegang satu motor mainan pun sudah memadai.
Alhamdulillah dapat berkumpul sekali lagi dengan famili tersayang.

Isnin, 29 Oktober 2018

Takziah Buat Keluarga Penumpang JT610 Lion Air

Allahuakbar

Tiada daya selain Allah SWT

Seluruh rakyat Malaysia turut berduka

ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†....

Al Fatihah ....

ุจِุณْู…ِ  ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…

‎ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡xุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†


Ahad, 28 Oktober 2018

Krim Malam Bantu Pudarkan Jeragat Yang Degil

Assalamualaikum

Peristiwa malam..

Done packing separuh baju. Anak- anak tidak sabar sudah balik kampung. Nampaknya satu beg tidak cukup. Dengan bertambahnya bilangan anak, beginilah kan.

Alhamdulillah kelulusan cuti sekolah awal sudah diterima dari sekolah Maisha dan Mikail. Gembira betul sebab dapat bercuti sebulan lebih di Tawau.

Syukur juga Maisha sudah habis peperiksaan akhir, esok inshaa Allah ibu dan ayah akan mengambil rekod prestasi Maisha dan Mikail untuk akhir tahun.

Ibu doa yang terbaik ja buat keduanya.

Sebelum tidur, jangan lupa Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Paling penting, krim malam dari Youth. Alhamdulillah semakin pudar jeragat yang ku ternak selama bertahun- tahun ni.


Maisha pun cakap, “Bintik di muka ibu kurang sudah”.

Berbunga- bunga chenta hati ibu nak.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Gugur Lagi? Apa Yang Perlu Dilakukan?

Bismillahirrahmanirrahim

Menerima wassap 2 hari lepas. Hati ini diruntun pilu. Setelah lama mengidamkan zuriat, tapi gugur lagi buat kali kedua.

Doktor menyuruhnya untuk bed rest dan kembali semula 2 minggu akan datang.

Apa yanv perlu ibu lakukan?

Bertenang, istighfar dan sabar.

Belum pasti lagi ianya betul atau tidak.

Maka, saya pun menasihatinya supaya mengambil supplemen yang untuk menguatkan pintu rahim.

ESP ternyata sesuai untuk masalah tersebut. ESP minuman soya non GMO lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.

Mampu membantu dalam pembaharuan tisu dan sel yang rosak, tukarkannya dengan sel yang lebih sihat dan kuat. Kuat untuk menjalankan fungsinya yang tertentu.

Hanya RM161.25 untuk 850gram buat penggunaan selama 2 bulan.

Inshaa Allah.

Semoga ianya bermanfaat untuknya.

Khamis, 25 Oktober 2018

Dari Pensyarah Ke Seorang Surirumah

Assalamualaikum

Seminggu selepas bergelar ex-lecturer, merangkap work- at- home-mom, diri ini dilanda demam.

Badan terasa penat yang teramat sehinggakan waktu tidur pun macam tidur- tidur ayam saja. Tiada rehat yang cukup. Sungguh berbeza dengan situasi sebelum ini.

Setelah melihat kembali, seminggu yang berlalu. Rasanya I was trying so hard to be a PERFECT mom.

Sempurna dari segi berkemas 24jam, menyediakan makanan di atas meja, memenuhi keperluan keluarga sehinggakan terabainya diri sendiri.

Rasanya kalau terus- terusan begini, mahu jadi GILA gamaknya.

Syukur masih berfikiran waras. Terus, SWITCH mood.

Nyatakan pada diri sendiri, “Aku mesti berubah”.

Alhamdulillah minggu kedua ternyata lebih rileks, tidak terlalu mendesak diri dan lebih fleksibel.

Beberapa tips dicuba. Diantaranya:-

1. Mencari group sokongan. Meluah kepada yang benar- benar sahabat setia yang punya profession yang sama, WAHM. Minta nasihat dan pandangan.

2. Lebih fleksibel. Jangan terlalu mendesak diri. Contohnya, sekiranya tidak sempat untuk masak tengahari, beli sahaja di luar. Sekali- sekali membeli di luar tidak akan menjadikan kalian seorang ibu yang gagal atau jahat.

3. Solat di awal waktu. Ini sangat- sangat membantu. Sebab, kalau tidak, jiwa rasa tidak tenang ja, macam ada saja yang belum tercapai.

4. Mulakan hari dengan bacaan surah Yasiin. Sedekah al- Fatihah buat diri sendiri terlebih dahulu, sebelum niatkan kepada yang selainnya.

5. Minum secukupnya. Senantiasa curi masa untuk tidur sekejap atau berehat, bermalasan di katil. Tapi tidak boleh terlalu lama. Cukup 15 minit atau setengah jam sahaja.

6. Jangan skip supplemen. Terkadang disebabkan terlalu memikirkan mau buat apa lepas ini, to-do-list yang berjela membuatkan terlupa ambil supplemen.

Ianya bagus untuk menambah tenaga dan mengelakkan stress dengan rutin harian yang sama yang agak membosankan.

Alhamdulillah juga, sangat berterima kasih kepada penulis buku “ Drama Wonder Emak”, hasil tulisan Puan Salwa Mohd Saleh.

Buku ini sangat memberi inspirasi dikala terasa sangat ‘down’ dan hanyut dilanda kerja yang tidak berpenghujung.

Sentiasa katakan pada diri, “Kau sungguh beruntung, anak- anak di depan mata. Inilah pengorbanan namanya”.

Bukan tidak bersyukur, tapi sebagai insan biasa, tidak akan lari dari perasaan rindu untuk punya masa bersendiri.

Semoga diri ini dan para ibu yang lain senantiasa istiqamah dan terus dikuatkan hati untuk menghadapi hari- hari mendatang.

Be POSITIVE!

Masliani Hj Abdul
Seorang WonderIBU 

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...