Assalamualaikum
Seminggu selepas bergelar ex-lecturer, merangkap work- at- home-mom, diri ini dilanda demam.
Badan terasa penat yang teramat sehinggakan waktu tidur pun macam tidur- tidur ayam saja. Tiada rehat yang cukup. Sungguh berbeza dengan situasi sebelum ini.
Setelah melihat kembali, seminggu yang berlalu. Rasanya I was trying so hard to be a PERFECT mom.
Sempurna dari segi berkemas 24jam, menyediakan makanan di atas meja, memenuhi keperluan keluarga sehinggakan terabainya diri sendiri.
Rasanya kalau terus- terusan begini, mahu jadi GILA gamaknya.
Syukur masih berfikiran waras. Terus, SWITCH mood.
Nyatakan pada diri sendiri, “Aku mesti berubah”.
Alhamdulillah minggu kedua ternyata lebih rileks, tidak terlalu mendesak diri dan lebih fleksibel.
Beberapa tips dicuba. Diantaranya:-
1. Mencari group sokongan. Meluah kepada yang benar- benar sahabat setia yang punya profession yang sama, WAHM. Minta nasihat dan pandangan.
2. Lebih fleksibel. Jangan terlalu mendesak diri. Contohnya, sekiranya tidak sempat untuk masak tengahari, beli sahaja di luar. Sekali- sekali membeli di luar tidak akan menjadikan kalian seorang ibu yang gagal atau jahat.
3. Solat di awal waktu. Ini sangat- sangat membantu. Sebab, kalau tidak, jiwa rasa tidak tenang ja, macam ada saja yang belum tercapai.
4. Mulakan hari dengan bacaan surah Yasiin. Sedekah al- Fatihah buat diri sendiri terlebih dahulu, sebelum niatkan kepada yang selainnya.
5. Minum secukupnya. Senantiasa curi masa untuk tidur sekejap atau berehat, bermalasan di katil. Tapi tidak boleh terlalu lama. Cukup 15 minit atau setengah jam sahaja.
6. Jangan skip supplemen. Terkadang disebabkan terlalu memikirkan mau buat apa lepas ini, to-do-list yang berjela membuatkan terlupa ambil supplemen.
Ianya bagus untuk menambah tenaga dan mengelakkan stress dengan rutin harian yang sama yang agak membosankan.
Alhamdulillah juga, sangat berterima kasih kepada penulis buku “ Drama Wonder Emak”, hasil tulisan Puan Salwa Mohd Saleh.
Buku ini sangat memberi inspirasi dikala terasa sangat ‘down’ dan hanyut dilanda kerja yang tidak berpenghujung.
Sentiasa katakan pada diri, “Kau sungguh beruntung, anak- anak di depan mata. Inilah pengorbanan namanya”.
Bukan tidak bersyukur, tapi sebagai insan biasa, tidak akan lari dari perasaan rindu untuk punya masa bersendiri.
Semoga diri ini dan para ibu yang lain senantiasa istiqamah dan terus dikuatkan hati untuk menghadapi hari- hari mendatang.
Be POSITIVE!
Masliani Hj Abdul
Seorang WonderIBU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan