Salam bahagia.
Baking soda atau soda penaik adalah antara bahan yang sentiasa berada di kediaman kita, tetapi jarang sekali digunakan (tidak termasuk memasak atau membersih).
Tahukah anda soda penaik mempunyai banyak kelebihan lebih-lebih lagi dalam rutin kecantikan harian untuk wajah, rambut dan tubuh badan? Ia bukan sahaja mudah didapati, malah anda mampu menjimatkan wang anda daripada membeli produk kecantikan yang mahal tanpa mengetahui keberkesanannya.
Baking soda atau soda penaik adalah antara bahan yang sentiasa berada di kediaman kita, tetapi jarang sekali digunakan (tidak termasuk memasak atau membersih).
Tahukah anda soda penaik mempunyai banyak kelebihan lebih-lebih lagi dalam rutin kecantikan harian untuk wajah, rambut dan tubuh badan? Ia bukan sahaja mudah didapati, malah anda mampu menjimatkan wang anda daripada membeli produk kecantikan yang mahal tanpa mengetahui keberkesanannya.
HILANGKAN JERAWAT
Selain ubat gigi, soda penaik juga adalah salah satu bahan yang boleh menghilangkan jerawat dengan cepat. Campurkan sedikit soda penaik dengan air, kemudian letakkan di atas bahagian jerawat tersebut dan biarkan sehingga ia kering.
PEMUTIH GIGI
PEMUTIH GIGI
Daripada anda menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan khidmat memutihkan gigi, apa kata amalkan penggunaan soda penaik sebagai salah satu cara alternatif lain untuk gigi putih? Campurkan soda penaik, strawberi dan jus lemon bersama, kemudian hancurkannya sehingga menjadi pes untuk digunakan sebagai ubat gigi. Bagi ubat gigi tanpa florida, anda boleh campurkan soda penaik dan tiga peratus hydrogen peroxide.
SKRUB MUKA
Campurkan satu sudu soda penaik ke dalam pencuci muka harian anda atau air dan jadikan ia sebagai pes. Urutkan pada wajah anda secara perlahan-lahan bagi membantu pengelupasan dan membuat sel kulit mati. Tips ini juga boleh digunakan untuk tubuh badan anda sebagai skrab. Ia akan membuatkan kulit wajah atau badan anda menjadi lembut.
DEODORAN
Jika anda kehabisan deodoran, jangan bimbang kerana soda penaik boleh dijadikan alternatif. Campurkan sedikit soda penaik dengan air, kemudian sapukan pada ketiak anda. Ia bukan sahaja boleh menyerap kelembapan, malah turut membantu menghilangkan bau badan.
PEMBERSIH BERUS RAMBUT
Berus rambut atau sikat anda juga boleh menjadi kotor dengan minyak dan juga penggunaan produk rambut. Oleh itu bagi membersihkan berus rambut atau sikat, campurkan tiga sudu soda penaik dalam satu mangkuk air suam. Gunakan jari anda untuk membasuhnya dan bersihkan dengan air, kemudian biarkannya sehingga kering.
KECANTIKAN RAMBUT
Soda penaik juga elok digunakan dalam kecantikan rambut. Antaranya adalah campurkan sedikit soda penaik dalam syampu harian anda. Ia mampu membantu menyingkirkan kotoran, sekaligus membuatkan rambut anda ringan dan memberikan volume agar kelihatan lebat. Bagi mereka yang gemar menggunakan syampu kering, anda boleh gunakan soda penaik bagi menggantikannya. Renjiskannya pada akar rambut dan ratakannya. Kesannya sama seperti menggunakan syampu kering.
Sumber : yahoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan