Tantrum si anak sememangnya agak menjadi- menjadi apabila umur anak kita menginjak umur setahun hingga dua tahun. Tantrum ni lebih dikenali sebagai perubahan emosi yang berlaku pada anak- anak kita.
Huh, memang kadang- kadang situasi ni sangat menguji kesabaran kita sebagai Ibu Bapa kan? Aduhh, ibum2m pun tidak terlepas dari semua ni.. Tantrum Maisha memang bertambah lagi- lagi ada adiknya, Mikail. Asal bangun tidur, memang menangis la jawapnya..
Di sini ibum2m berkongsi beberapa info penting yang kita sebagai Ibu WAJIB tahu pasal emosi si anak ni..
1. Tantrum adalah salah satu tanda perkembangan anak kita untuk berdikari dan belajar pada usia satu hingga dua tahun.
2. Jika dia mula menunjukkan perubahan emosi yang tidak baik, cuba abaikan atau buat- buat tidak nampak sekurang- kurangnya selama dua minit. Lama- kelamaan amuknya akan terbantut dan hilang.
3. Elakkan daripada perkara- perkara yang membuatkan dia mengamuk.
4. Ibu ayah, cubalah BERTENANG!
5. Jauhkan objek tajam atau berbahaya apabila kita mengagak yang dia akan mengamuk.
6. Pantau dan jangan tinggalkan dia seorang diri ketika sedang tantrum.
7. Adakalanya luahan kemarahan oleh si manja disebabkan dia ingin perhatian daripada kita.
8. Jangan melabel dengan panggilan ' si budak teruk' atau 'budak manja terlebih' ekoran dari perbuatannya.
9. Jangan memukul atau membalas perbuatannya. Jadi Ibu ayah yang rasional. Dia hanya 'sehelai kain putih' yang sedang melalui fasa baru dalam kehidupannya.
10. Dengarlah pendapat si manja. Pastikan dia tidak kelaparan dan mengantuk. Tidak cukup tidur dan lapar adalah punca emosi mereka merundum.
Di antara tips menangani anak tantrum..
# Elakkan dari menjerit atau memarahi kepadanya semula.
# Cuba gunakan lawak jenaka atau kata- kata lucu dalam meredakan mood tidak baik yang di alaminya ketika itu.
# Tunjukkan kasih sayang dalam apa jua keadaan sekali pun. Jangan hanya menyayanginya semasa dia membuat sesuatu yang baik.
# Bantu dia meluahkan emosi marahnya dengan memperakui perasaannya itu.
# Tunjukkan cara bagaimana untuk mengawal kemarahan menerusi amalan yang dilakukan olehnya sendiri.
Sumber: Pa&Ma
Semoga bermanfaat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan