Hassan Al Basri merupakan
seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum
beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan
perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak kamu lakukan.
1. Bila kamu berniaga, jangan
kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan
kena matahari
Lalu Hassan Al Basri pun
meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik
semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju
dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan
Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa
perniagaan mu semakin hari semakin merosot? Jawab si adik: Saya ikut pesan
ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : Ayah berpesan,
KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya,
saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau
mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, KALAU BERNIAGA
JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya
tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi
berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat
perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut
pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan? Jawab si abang: Ayah pesan, KALAU
BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tak ada orang
berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua
bayar tunai.Kedua , ayah pesan. KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI. Jadi saya
keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai.
Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
Moral of the story
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu
perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya
lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan
mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah
keseluruhan nya. Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk
tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing
kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah. Mudah mudahan,
dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di
akhirat. Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;“Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan
bagi diri nya, akan di fahamkan padanya agama dengan sebenar benar kefahaman”.
Sumber: Tazkirah.net, oleh
Bahagian Dakwah JAKIM
Semoga bermanfaat!
-ibum2m-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan