Isnin, 31 Oktober 2016

Tips Dapatkan Susu Ibu Yang Berkualiti Tinggi

Salam sayang.

Satu hari tengah mengepam di surau dalam jam 10 pagi. Datang sorang ibu comel. Senyum dan terus duduk di sebelahku sambil mengeluarkan pam. Baru ku perasan. Eh dia ni yang aritu sama- sama pregnant.



Sambil mengepam sambil cerita. Dia ibu muda yang baru bersalin anak satu. Baby baru 2 bulan. Ya, cuti untuk ibu bekerja swasta hanya 2 bulan saja. Sangat tidak cukup jika dibandingkan dengan ibu- ibu bekerja di Maldives yang dapat cuti sampai 6 bulan. Dapat info dari sorang pelajarku yang merupakan seorang Muslim dari Maldives.

Dia tanya, 'Kak ada amik supplemen apa- apa ka untuk susu?'. Untuk tambah susu ka? tanyaku. "Bukan, Alhamdulillah susu ok. Tapi macam risau sebab takut baby tidak dapat cukup semua nutrisi". Wah, bagus kan? Memang dulu pun Kak Mas gitu jugak.

Apa yang kita makan, semua akan tersalur dalam susu ibu. Jadi, kesihatan bayi memang sangat bergantung kepada kualiti susu ibu yang kita berikan untuk bayi kita.

Jadi macam mana untuk hasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi? Kak Mas kongsikan sedikit tips nya di sini.

1. Kekal terhidrat

Ibu mesti sentiasa kekal terhidrat ya. Maksudnya sentiasa cukup bekalan air dalam badan. Umum mengetahuinya , 55%- 60 % kandungan badan kita adalah air. Jadi untuk menghasilkan susu ibu yang meriah, ibu kena minum 2 kali ganda jumlah air yang biasa diminum setiap hari. Contohnya 4 liter sehari untuk meningkatkan lagi produksi susu ibu. Elakkan minuman yang bersifat diuretik yang boleh menyebabkan susu menjadi 'kering' seperti teh, kopi, coklat, dan gula.

2. Tingkatkan Jumlah Kalori Seharian

Menyusu anak meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 500 hingga 600 kalori sehari untuk si ibu. Jadi ibu mesti pastikan makan makanan yang mencukupi untuk menghasilkan susu secukupnya untuk bayi. Ini semua supaya perkembangan bayi kita normal dan berat badannya bertambah mengikut graf normal. Perbanyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti kekacang, roti bijirin, telur macam fritata. Teringat pulak dorang hidang Fritata time dalam flight balik Tawau hari tu. Elakkan makanan yang berkalori tinggi yang tidak berkhasiat seperti makanan segera, potato chips dan coklat.

3. Perbanyakkan Makan Makanan Berprotein Tinggi

Untuk memperlengkapkan susu ibu dengan pelbagai nutrisi, bayi kena mendapatkan asid amino untuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Ibu pulak perlukan protein untuk memperbaharui sel- sel dan tisu- tisu yang rosak akibat proses bersalin. Keperluan protein untuk ibu menyusu adalah lebih tinggi berbanding ibu hamil. Secara puratanya, 1.4 gram protein diperlukan untuk setiap 1 kg berat badan. Sumber protein yang baik ialah ikan, daging, ayam, kekacang, telur dan bahan tenusu.

4. Makan 'Lemak' Yang Sihat

Lemak sihat disini lebih dikenali sebagai omega 3, DHA (docosahexaenoic acid) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ianya perlu di ambil dari sumber ikan dan juga supplemen. Sangat penting bagi bayi sehingga umur 3 tahun untuk mendapatkan DHA bagi membantu perkembangan otak yang sihat. Amalkan supplemen minyak ikan untuk mendapatkan susu 'hindmilk' yang kaya dengan DHA.

5. Makan Makanan Tinggi Kalsium

Diet si ibu menggambarkan kandungan vitamin yang ada dalam susu ibu. Keperluan kalsium amatlah penting untuk menyokong pertumbuhan bayi terutamanya dalam pertumbuhan otot, tulang dan sistem otak. Sehari ibu menyusu perlukan 1500 mg kalsium. Contoh makanan tinggi kalsium ialah seaweed, produk tenusu, kekacang, salmon, sardin dan sebagainya.

Untuk info lanjut mengenai keperluan nutrisi ibu menyusu, boleh baca di SINI.

Selain menjaga diet dan pemakanan, para ibu boleh juga mengamalkan Set Postnatal Shaklee yang khusus buat ibu selepas bersalin yang menyusukan anak. In shaa Allah segala nutrisi yang diperlukan amat lengkap dalam Set Postnatal Shaklee ni.

Set Postnatal Shaklee ada 6 produk iaitu Alfalfa, Vitamin C, Vitalea, ESP, Omega Guard dan Ostematriks. Boleh tambah 1 lagi produk iaitu Vitamin B.



Setiap satu produk mempunyai fungsi yang berbeza dan saling membantu di antara satu sama lain dalam memenuhi keperluan iby menyusu.

Vitamin B : Anti- stress, membantu ibu menghasilkan hormon gembira iaitu oksitosin dan serotonin supaya hasil susu lebih meriah. RM 53.75 (120 biji).

Vitamin C : Meningkatkan imun sistem dan melembapkan kulit. RM 92.50 untuk 180 biji.

Vitalea : Pelengkap nutrisi dan memberi tenaga. RM88.75 untuk 120 biji.

ESP : Minuman berasaskan non-GMO soya yang mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Membantu menjadikan susu lebih pekat, bayi akan cepat kenyang dan kurang meragam pada waktu malam. Selesailah masalah asyik 'mengempeng' dengan ibu.Hehe. RM159 untuk 850 gram.

Omega Guard : Minyak ikan yang lengkap dengan DHA, EPA dan AA. Membantu mengawal hormon leptin dalam badan yang berfungsi dalam pengawalan nafsu makan. Menyokong perkembangan otak dan minda yang sihat. RM 136 untuk 90 kapsul.

Ostematriks : Sumber kalsium yang membantu meningkatkan produksi susu ibu. Membantu ibu- ibu yang insomnia, dapat tidur yang berkualiti dan membantu mengelakkan sembelit. RM 61 untuk 120 biji.

Alfalfa : Merupakan 'galagtogogeus'  iaitu penggalak susu. Mempercepatkan kadar penghasilan susu dan bantu menyingkirkan toksin dalam badan. RM 53.75 untuk 330 biji, RM97.50 untuk 700 biji.

Nak dapatkan Set Postnatal Shaklee, boleh hubungi Kak Mas 013.634.1955. Konsultasi terbaik untuk kalian.

Inshaa Allah Kak Mas kongsikan tips dan pengalaman sepanjang menyusukan 3 anak sehinggalah sekarang.

'BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING'

Ikhlas dari hati,
Kak Mas aka ibum3m
013.6341955


Khamis, 27 Oktober 2016

Doktor Sarankan 'Buang' Buah Pinggang. Kita Lihat Apa Tindakannya?

Bismillahirahmanirrahim.

Kisah hari ini Kak Mas kongsikan atas dasar seorang sahabat. Sahabat Kak Mas ni, Puan Riza Afzan Asri menceritakan kisah mengenai ayah mertuanya.

Mari kita baca. 😍


"Pakcik, buah pinggang pakcik dah rosak. So kita kena operate buang. Kalau Pakcik taknak, pakcik bagitau apa yang pakcik nak buat".(Amboihhh! Kemain Dr ni. Ingat operate buah pinggang tu macam kupas kulit bawang ke?)
.
Wah! Betapa nak melompatnya saya dan Suami Hazli Nordin masa Doktor S tu bagitau macam tu dengan selepas dapatkan khidmat konsultasi dari beliau. Terus-terus nak operate orang. Kalo dari pemikiran rakyat marhaen macam kami, takde lain, nak duit lah tu! 
.
Tapi mungkin Dr tu tak sangka Encik Suami boleh query dan argue macam2. Ko ingat Suami daku selebet tu boleh di momok dan di takut-takutkan ke? Di sebabkan kami refuse (sebab selepas dengar penjelasan Doktor tu macam tak berapa meyakinkan), suami minta Abah mertua di transfer out. Mungkin agak bengang kot, doktor tu sampai sudah tak mau jumpa kami, tak buat ward visit bila En Suami ada kat situ.
.
Kami akhirnya bawa Abah mertua dapatkan 2nd opinion dari hospital kedua. Syukur juga tau. Sebabnya masalah Abah mertua tu bukan masalah buah pinggang pun! Mujur 'degil' tak ikut je apa Doktor tu cakap. Kalau tak naya je hilang buah pinggang yang tak rosak sangat pun! 
.
Pendekkan cerita abah mertua sebenarnya ada bisul berdekatan buah pinggang, bukan buah pinggang yang rosak pun. So kena keluarkan nanah dari bisul tu je. 


Dan alhamdulillah, sejak setahun lepas abah mertua konsisten Vivix setiap bulan (ce kira berapa botol dah 😁), semua tegur Abah mertua makin sihat. Takde bergantung pada ubat darah tinggi dan gout langsung lepas operation dulu.

.
Beliau pun dah seronok dengan perubahan tahap kesihatan, dah boleh bangun dan duduk, suap makan sendiri, selera makan bertambah, dan sekarang memang dalam sesi fisio untuk dapatkan kekuatan otot kaki supaya kuat untuk berjalan semula.
.
Jeles betul tau sebab Abah mertua makin sihat dengan khasiat Vivix. Mesti toksin semua keluar dengan jayanya setelah detoks dengan Vivix. Sel-sel rosak dalam badan di singkirkan, digantikan dengan sel baru yang lebih sihat.
.
Tak sabar nak tunggu Abah mertua kuat sikit. Banyak tempat kami nak bawak beliau gi jalan-jalan & makan. Doakan Abah mertua saya sembuh dan sihat lebih baik dari dulu ya. ❤️



Begitulah ceritanya. Kadang kita sebagai pesakit ataupun waris harus lebih peka dan tahu akan hak kita sebagai pesakit dan juga waris kepada pesakit. Amat penting dan bagus untuk kita diberikan penjelasan yang tepat dan mendapatkan pandangan kedua dari pakar perubatan yang lain sebelum membuat apa- apa keputusan yang melibatkan nyawa sesorang.

Syukur Alhamdulillah di atas kesedaran dan kisah ini. 

Vivix Shaklee sememangnya minuman botanikal yang sememangnya diformulasikan untuk bertindak sehingga ke peringkat selular. Gabungan polifenol dan Resveratrol bertindak sebagai antioksidan yang tinggi dan berkualiti yang telah menjalani peringkat penyelidikan yang rumit oleh para saintis Shaklee.

Ya, harganya memang mahal, RM475  satu botol (150ml) yang boleh bertahan 1 setengah sehingga 2 bulan bergantung kepada penggunaan harian. 1 sudu kecil (5 ml) sehari sudah cukup untuk melindungi kesihatan dan meningkatkan taraf kesihatan yang lebih baik untuk semua peringkat umur.





Sesungguhnya nilai sebuah kesihatan itu lebih tinggi apabila kita sendiri sudah merasa nikmat itu ditarik oleh Sang Pencipta. Waalahu'alam.


Ingin mendapatkan sebarang info kesihatan dan konsultasi mengenai produk Shaklee, boleh hubungi KakMas 013.634.1955. Sedia membantu 😊

Salam sayang,

ibum3m aka KakMas
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 21 Oktober 2016

Set Menyusu Shaklee Diyakini Berkesan, Semulajadi dan Terbaik

Assalamualaikum

Ada tak ibu menyusu yang baca entri ni? Risau susu kurang, cair, anak asyik mengempeng saja?

In sha Allah Set Menyusu Shaklee khusus buat ibu- ibu menyusu di luar sana. Lengkap dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Setia mengamalkan Set Menyusu Shaklee sejak anak pertama tahun 2011 sehinggalah anak ketiga yang berusia 5 bulan. Alhamdulillah susu meriah, tidak cepat letih, sentiasa bertenaga dan happy saja di sepanjang perjuangan penyusuan.

.
Berbekal ilmu penyusuan, azam, niat dan usaha in shaa Allah semuanya membantu. Syukurlah anak pertama, Maisha dapat menyusu sepenuhnya selama 1 tahun 3 bulan. Diteruskan dengan anak kedua, Muhammad Nuh Mikail penuh 2 tahun dan in shaa Allah diteruskan dengan baby Muhammad. Sekarang masih fully breastfeeding suda menginjak 5 bulan.


Banyak yang dapat dipelajari di sepanjang perjuangan penyusuan mereka. Ada up and down jugak. Seiring dengan kehidupan 😍


Tapi pengalaman memang banyak mengajar untuk lebih kuat, lebih berilmu dan lebih arif la sedikit tentang ilmu penyusuan.


Lain anak, lain ragamnya. Jadi, Kak Mas nasihatkan kita just try and error ja dengan anak- anak ni. Di samping berekperimentasi, ibu mesti jugak gali lagi ilmu penyusuan supaya lebih efektif dan produktif.

Ibu menyusu di luar sana macam mana? Ayok share cerita perjuangan penyusuan kalian.😍


Konsultasi terbaik hanya untuk si ibu BF 😘

.
MAS 013.634.1955
Rakan Seperjuangan Penyusuan Kalian
#pengedarshakleeshahalam

Rabu, 19 Oktober 2016

Vivix Shaklee Menggalakkan Pertumbuhan Sel Kulit Baru Seawal 2 Minggu

Assalamualaikum..

Perkongsian hari ni pasal produk Vivix Shaklee.

Fuh seram mendengarnya. Tapi Alhamdulillah, Allah SWT bagi keizinan untuk pakcik ni sembuh seperti sediakala.

Jom layann.

Pakcik ni kakinya luka kemudian terkena racun pula semasa meracun sawah. Kesannya luka merebak infection dan bernanah sehingga doktor terpaksa korek buang isi betis kakinya sedalam lebih kurang satu inci. Rujuk gambar kedua.

Pakcik pulun minum Vivix 25/3/16, 2 botol dalam masa lebih kurang dua minggu, 2 sudu pagi, 2 sudu malam.


Syukur alhamdulillah, isi kakinya elok je naik dan penuh. Rujuk gambar ketiga. Doktor tak bekalkan sebarang ubat hanya dressing. Alhamdulillah beliau sangat berpuas hati dengan Vivix.


Wow, hebat bukan Vivix ni! 

Sebarang konsultasi boleh hubungi Kak Mas 013.634.1955.😍

Salam Sayang,
ibum3m

Selasa, 18 Oktober 2016

Ikhtiar Vivix Buat Penghidap Kanser

Bismillahirrahmanirrahim

Runtun hati apabila mendengar anak sendiri disahkan penghidap kanser tahap 4.

Bingung dan tidak tahu mau bagaimana?. Mungkin perkongsian ini sedikit sebanyak dapat berikan jalan ikhtiar buat mereka.


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 18: SAADIAH ARBAIN
.


[ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX]
.


Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 
.


Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 
.


Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik. 
.


Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 
.


Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 
.


Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 
.


Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 
.


Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.
.


Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL. 
.


Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 
.


Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 
.


Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 
.


Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 
.


Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.
.


Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 
.


Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 
.


Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.
.


Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.
.


Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 
.

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.

Sumber dari #supermomshakleestory.

Kita ikhtiar, Dengan izinNya jua..

Salam sayang,
Kak Mas @ ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Ikhtiar Tekanan Darah Tinggi Dengan Supplemen Shaklee

Assalamualaikum..

Teringat sorang ofismate dulu, selepas bersalin anak ke- dua. Masa tu, baru sebulan dalam pantang dan dia pegi check up macam biasa di Klinik Kesihatan Ibu Anak. Check bayi ok, seterusnya check dia, oh tidak! Bacaan tekanan darah nya meningkat naik. Tak pasal- pasal terus naik ambulans, kena tahan di wad selama 3 hari 2 malam.

Cerita punya cerita, rupanya dia memang tidak cukup rehat dan tidur. Manakan tidak, pagi kena melayan anak pertama yang sudah menginjak 2 tahun. Malam pulak terpaksa berjaga sebab bayi baru tak tidur sampailah pukul 5 pagi. Ehm, bahaya bukan?

Ini lah di antara faktor yang boleh menyebabkan golongan ibu- ibu ni mudah dapat hypertension. Kadang- kadang ianya sejarah keluarga pun boleh jugak jadi penyebab tekanan darah tinggi kepada si ibu.

Jom kita tengok bacaan tekanan darah di bawah ni :



Bagaimana kita nak mengawal darah tinggi tersebut?

Sebenarnya tidak ada cara yang khusus melainkan mengambil ubat darah tinggi dan aspirin. Tapi ada jugak cara lain iaitu dengan pengambilam supplemen yang sesuai dapat membantu mengurangkan tekanan darah si ibu. Yalah, ini sebab apa yang kita makan tidak semua dapat diserap secara efektif oleh badan kita. Haa, di sinilah perlunya SUPPLEMEN tambahan.

Kadang kurang vitamin dan nutrisi boleh menyebabkan ibu penat dan letih sehingga mempengaruhi tekanan darah. Di antara supplemen yang disarankan ialah :-

1. Asid lemak Omega -3

Bukan semua lemak jahat tau. Ada lemak yang baik yang kita perlukan dari sumber makanan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita iaitu Omega 3 dan Omega-6. Omega 3 ni berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu melicinkan perjalanan darah. Secara tidak langsung, dapatlah menurunkan tekanan darah. Fungsi lain, Omega 3 dapat jugak mengelakkan pembentukan darah beku dan menurunkan paras kolesterol yang turut menjadi punca tekanan darah.

2. Kalsium dan Magnesium

Kalsium ni bukan saja berfungsi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, tapi magnesium ni berfungsi untuk mengawal pengecutan salur darah dan mengelakkan salur darah menjadi sempit. Dua bahan ni saling berkait untuk penyerapan yang efektif. Ianya sekaligus membantu meringankan stress dan depresi, memelihara denyutan jantung, membantu tidur lena dan sakit kepala.

3. Vitamin B Kompleks

Haa yang ni sangat penting untuk anti stress. Vitamin B memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

4. Garlic 

Petua orang dulu- dulu, bawang putih dimakan sebanyak 4 ulas setiap hari secara mentah untuk mencegah pembekuan darah. Tapi jangan risau, Garlic Shaklee ni memang dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Ditambah pulak dengan ramuan Rosemary dan Spearmint. Ada Vitamin E juga untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanannya dalam badan kita. Berfungsi untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan juga tahap kolesterol.

5. Vivix

Minuman botanikal yang dirumus daripada 4 ramuan semulajadi iaitu muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum. Berfungsi memelihara kesihatan secara total. Di antaranya melindungi dan pembaikan sel DNA, perlindungan antioksidan, menyokong kesihatan kardiovaskular dan jantung, menyokong kesihatan sendi dan juga otak.

Apapun, dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor dulu sebelum mengambil apa- apa supplemen. Mudahan supplemen yang dicadangkan dapat membantu mengembalikan bacaan darah kepada normal dan sihat pulih seperti sediakala.

Sharing is caring :-)

Rasa dari hati,
ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam




Isnin, 17 Oktober 2016

3 Cara Tingkatkan Sistem Imuniti Badan Secara Semulajadi Supaya Tidak Mudah Sakit

Assalamualaikum..

Minggu lalu Alhamdulillah dapat pegi Health and Wellness Talk yang di anjurkan oleh Shaklee. Setiap bulan ada ja topik yang best dikongsi untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan seiring dengan set promosi untuk bulan tersebut.


Talk baru- baru ni memang sangat best sebab berkongsi mengenai Sistem Pertahanan Badan kita, aka 'askar- askar' kenit dalam sistem tubuh kita.

Terdapat 3 lapisan sistem imuniti kita ni. Yang pertama iaitu kulit, silia, asid perut, membran mukus dan lapisan epithelia.

Lapisan ini boleh dilindungi dengan mengambil supplemen jenis Omega 3, protein dan vitamin serta mineral. Untuk produk Shaklee, digalakkan mengambil ESP, OmegaGuard dan Vitalea.



Lapisan kedua pulak ada makrofaj, sel darah putih, sel pembunuh semulajadi dan nutriferon. Untuk mengaktifkannya, lapisan ni perlu supplemen seperti bawang putih, carotenoids, plantago seeds, japanese honeysuckle, saff flower dan pumpkin seeds. Wah, apakah benda semua ni? Hehe. Jangan risau, semuanya ada dalam Shaklee. Huhu.

Amat digalakkan mengamalkan Nutriferon, Garlic Complex, Carotomax dan Sustained Release Vitamin C.




Lapisan ketiga pulak, adanya antibodi yang lebih dikenali sebagai immunoglobulin. Lapisan ketiga ni amat memerlukan RESVERATROL dimana berfungsi untuk meningkatkan aktiviti sel pembunuh (Natural Killer- NK).

NK yang dihasilkan mampu membunuh sel- sel tumor atau kanser. RESVERATROL pun mampu jugak untuk membaiki dan melindungi DNA sel kita. RESVERATROL ni sangat tidak asing lagi sebab merupakan antioksidan yang kuat yang ada dalam Vivix Shaklee.



Di samping melindungi dan mengaktifkan ketiga- tiga lapisan di atas ni, jangan lupa pulak kawal penyebab yang boleh merangsang untuk sistem pertahanan kita bertindak. Kebiasaannya ialah persekitaran kita.

Semestinya untuk melahirkan generasi sihat kita mau persekitaran yang sihat bukan? Jadi bolehlah mulakan dengan amalkan Set Basic Clean Home Care. Objektifnya disini simple ja, dimana kita ingin mengawal segala 'triggering agent' yang jahat yang ingin mengganggu gugat sistem pertahanan badan kita.

Set Home Care- Get Clean ada 4 produk iaitu Basic H Organic Super Cleaning Concentrate, Fresh Laundry Concentrate, Soft Fabric Concentrate dan Dishwash Concentrate. Ok, yang ni nanti Kak Mas cerita dalam entri lain ok.. 😍

Oh hampir lupa..:-)

Bagi ibu yang mempunyai bayi di bawah umur setahun, sebaiknya ibunya lah yang amalkan supplemen tersebut. Sebab insha Allah semuanya akan disalurkan kepada si bayi melalui susu ibu.

Bersama mommy biz, Puan Ainul Malik


Untuk anak yang setahun keatas, boleh lah diberikan secara oral atau terus kepada mereka. Produk untuk kanak- kanak yang khusus untuk tingkatkan imun badan mereka ialah Vitalea Chewable for Kids, Vitamin C Chewable, Mealshake dan Omega Guard.

Sharing is loving :-)

Salam Sayang,
KakMas aka ibum3m

Jumaat, 14 Oktober 2016

Berpantang Sendiri Dengan Set Postnatal Shaklee Yang Sangat Best

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat masa bersalinkan Muhammad, anak yang ke tiga ni. Perasaan sememangnya macam baru pertama kali dapat baby.
Muhammad 16 Mei 2016


Ini sebab kali pertama anak lahir di Selangor dan berpantang di sini bersama suami dan ibu mertua. Sebelum ni Maisha dan Mikail memang anak Tawau, Sabah. Jadi segala urusan selepas bersalin, mak bidan memang suda ada dan datang pegi umah. Hari pertama, segala urusan urut ibu dan bayi, mandikan si ibu dan bayi, semua di lakukan oleh mak bidan. Ibu yang akan masak sepanjang tempoh berpantang.

Kali ni memang berbeza. Time berpantang masa bulan Ramadhan pulak tu. Segan jugak sebab terpaksa susahkan ibu mertua untuk masakkan menu berpantang. Bertambah jugak sedikit kerjaan dengan menjaga Maisha dan Mikail.

Haa, Kak Mas akui memang kekadang naik angin dan stress untuk memenuhi kehendak M2M yang sangat gumbirah dengan kehadiran adik barunya. Kadang tu sampai terpaksa kunci pintu bilik sebab m2m akan naik atas katil, lompat- lompat dan buat bising sampailah tidak dapat si baby Muhammad ni tidur. Fuhh.. memang sangat mencabar.

Tapi apapun, tetap bersyukur sebab ada Set Postnatal Shaklee yang banyak membantu. Sebelum ni, Set Prenatal Shaklee pun sangat banyak membantu jugak, Muhammad lahir tanpa luka episiotomi, tanpa gunting dan jahit yang rasanya semua para ibu geruni..:-)

Set Postnatal Shaklee ni memang lengkap dengan 6 produk kesemuanya iaitu Vitamin C, Vitalea (Multivitamin), Ostematriks, Alfalfa, ESP (Energizing Soy Protein) dan Omega Guard. Tapi ada satu lagi produk yang Kak Mas tidak boleh tinggalkan iaitu Vitamin B Kompleks.



Setiap satu produk saling mempunyai fungsi yang berlainan dan tertentu bagi membantu ibu- ibu berpantang dengan lebih sihat, cergas dan bertenaga.

Vitamin C - Dengan unsur pelepasan masa, dapat meningkatkan imuniti ibu dan bayi.

Vitalea - Sebagai pelengkap nutrisi. Ada unsur zat besi yang mampu mengembalikan pertumbuhan sel- sel darah merah.

Ostematriks - Sesuai untuk elak sembelit. Mampu merehatkan otot- otot yang letih bekerja semasa proses bersalin. Bantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan sebagai 'milk booster'.

Alfalfa - Penggalak susu untuk mempercepatkan penghasilan susu.

ESP - Milk booster jugak. Memberi tenaga berpanjangan dan meningkatkan pengeluaran susu yang pekat. Membuatkan bayi lebih cepat kenyang.

Omega Guard - Penting untuk perkembangan otak dan minda yang sihat. Bagus untuk elakkan daripada simptom meroyan.

Vitamin B Kompleks - Bagus untuk anti stress. Pembekal tenaga. Bantu juga untuk elakkan simptom meroyan di kalangan ibu berpantang.

Alhamdulillah. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi sangat berkesan buat Kak Mas. Susu pun meriah, bayi kuning tak seteruk sampai kena tahan di wad. Kita pun berpantang dengan bertenaga, cergas dan cepat sembuh.

Dengan harga RM616.92, dapat 6 produk yang begitu berkesan dan jimat jugak. Sebab penggunaan yang lebih dari 2 bulan untuk kesemua produk yang ada.

Set Postnatal Shaklee ni sangat- sangat highly recommended untuk ibu- ibu yang berpantang dan bersalin.

Berminat, boleh saja hubungi Kak Mas di 013.634.1955. Kita berkongsi cerita dan Kak Mas sedia bagi konsultasi buat kalian.

Salam sayang,
Kak Mas @ ibuM3M
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Khamis, 13 Oktober 2016

Tips Elak Ibu Jadi 'Monster' Supaya Anak Lebih Sayang

Assalamualaikum..

Hidup ini satu pilihan. Perasaan kita ni banyak bergantung pada cara dan bagaimana kita mo lalui hari- hari kita dalam hidup. Kita boleh ja memilih sama ada mo gembira, ceria, tenang atau sebaliknya.


Biasanya, kita tidak sedar pun. Tapi orang sekeliling akan rasa perubahan diri kita dari segi emosi. Apa lagi jika punya anak- anak yang kecil. Kesian dorang, kadang- kadang kita lepaskan rasa penat dan letih kita tu pada dorang yang memang tidak tahu apa- apa. Insaf betul si ibu ..ehm..
Satu petang, lepas habis kerja. Ibu macam biasa tengah menyusukan Muhammad yang baru menginjak usia 5bulan. Maisha datang dan cium Muhammad.
Terus ibu marah, "Janganlah kacau, adik tengah susu ba." Pastu, Maisha cakap ibu kalau marah, mesti ada monster ..👽👻

Dengan nada bersahaja, ibu tanya dia..

Ibu: Macam mana mo kasik ilang monster tu?

Maisha : Ibu kena makan vitamin la.. Vitamin Shaklee tu. Tapi satu bijik ja ya, tak boleh banyak banyak tau ..


Hahaha. Terburai ketawak si ibu 😅. Alahai bijaknya anakku ni!


Kadang kalau rasa mo marah, terus ingat balik. Berapa sangatlah masa yang kita luangkan dengan dorang dalam masa sehari. Yalah, awal pagi sudah angkat dorang ke kreta untuk hantar pegi rumah pengasuh. Balik rumah dah petang dalam pukul 7.

Dari pukul 5 petang. Jam 10 malam suda tertidur. Maknanya lebih kurang 5-6 jam seja dalam sehari dorang ada sama kita. Disebabkan mau perhatian, time tu la dorang merengek minta di manja dan dibelai. Di saat itu jugaklah, kita cepat naik angin dan lepaskan dengan dorang.

Allahuakbar. Sedih. Pilu. Rasa dalam hati, Kenapalah ibu sekejam ini? Ehm, lantas si ibu berdoa, 'Berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik mereka. Berikanlah limpahan kasih sayangMu dalam perjuangan ini."

Itulah setiap kali mo tidur, mesti cakap atau bisik di telinga dorang. 'Ibu sayang Maisha. Ibu sayang Mikail. Ibu sayang Muhammad. I love u ' dan terus kiss dahi dan ubun- ubun dorang. 😭


Jadi, secara ringkasnya. Ini untuk ingatan ibu. Tips untuk elak jadi 'monster' di hadapan anak- anakku duhai my m3m.

1. Tarik nafas dalam dalam, hembus..

2. Sebut ' Astaghfirullahalaziim', istighfar banyak- banyak.

3. Senyum yang paling manis.

4. Makan B Kompleks 2 bijik. Vitamin B ni memang bagus untuk elak stress. Time berpantang, memang makan terus 3 bijik. Alhamdulillah sangat membantu dalam menstabilkan emosi mak mak tang ni .😍

5. Makan OmegaGuard 2 bijik. Menurut kajian, omega ni bagus untuk mengelakkan sindrom postpartum aka meroyan di kalangan ibu pas bersalin. Omega sebab ada DHA yang mampu untuk meningkatkan perkembangan otak dan minda yang sihat. Bagus jugak ni bagi anak- anak kita supaya dorang lebih bijak, pintar dan fokus dalam pelajaran. 😊

Jom jadi ibu ayah yang penyayang dan ceria! Hidup inshaa Allah lebih bahagia..

Aamiin 😍

Rasa dari hati,
ibuM3M



Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...