Assalamualaikum..
Teringat sorang ofismate dulu, selepas bersalin anak ke- dua. Masa tu, baru sebulan dalam pantang dan dia pegi check up macam biasa di Klinik Kesihatan Ibu Anak. Check bayi ok, seterusnya check dia, oh tidak! Bacaan tekanan darah nya meningkat naik. Tak pasal- pasal terus naik ambulans, kena tahan di wad selama 3 hari 2 malam.
Cerita punya cerita, rupanya dia memang tidak cukup rehat dan tidur. Manakan tidak, pagi kena melayan anak pertama yang sudah menginjak 2 tahun. Malam pulak terpaksa berjaga sebab bayi baru tak tidur sampailah pukul 5 pagi. Ehm, bahaya bukan?
Ini lah di antara faktor yang boleh menyebabkan golongan ibu- ibu ni mudah dapat hypertension. Kadang- kadang ianya sejarah keluarga pun boleh jugak jadi penyebab tekanan darah tinggi kepada si ibu.
Jom kita tengok bacaan tekanan darah di bawah ni :
Bagaimana kita nak mengawal darah tinggi tersebut?
Sebenarnya tidak ada cara yang khusus melainkan mengambil ubat darah tinggi dan aspirin. Tapi ada jugak cara lain iaitu dengan pengambilam supplemen yang sesuai dapat membantu mengurangkan tekanan darah si ibu. Yalah, ini sebab apa yang kita makan tidak semua dapat diserap secara efektif oleh badan kita. Haa, di sinilah perlunya SUPPLEMEN tambahan.
Kadang kurang vitamin dan nutrisi boleh menyebabkan ibu penat dan letih sehingga mempengaruhi tekanan darah. Di antara supplemen yang disarankan ialah :-
1. Asid lemak Omega -3
Bukan semua lemak jahat tau. Ada lemak yang baik yang kita perlukan dari sumber makanan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita iaitu Omega 3 dan Omega-6. Omega 3 ni berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu melicinkan perjalanan darah. Secara tidak langsung, dapatlah menurunkan tekanan darah. Fungsi lain, Omega 3 dapat jugak mengelakkan pembentukan darah beku dan menurunkan paras kolesterol yang turut menjadi punca tekanan darah.
2. Kalsium dan Magnesium
Kalsium ni bukan saja berfungsi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, tapi magnesium ni berfungsi untuk mengawal pengecutan salur darah dan mengelakkan salur darah menjadi sempit. Dua bahan ni saling berkait untuk penyerapan yang efektif. Ianya sekaligus membantu meringankan stress dan depresi, memelihara denyutan jantung, membantu tidur lena dan sakit kepala.
3. Vitamin B Kompleks
Haa yang ni sangat penting untuk anti stress. Vitamin B memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
4. Garlic
Petua orang dulu- dulu, bawang putih dimakan sebanyak 4 ulas setiap hari secara mentah untuk mencegah pembekuan darah. Tapi jangan risau, Garlic Shaklee ni memang dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Ditambah pulak dengan ramuan Rosemary dan Spearmint. Ada Vitamin E juga untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanannya dalam badan kita. Berfungsi untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan juga tahap kolesterol.
5. Vivix
Minuman botanikal yang dirumus daripada 4 ramuan semulajadi iaitu muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum. Berfungsi memelihara kesihatan secara total. Di antaranya melindungi dan pembaikan sel DNA, perlindungan antioksidan, menyokong kesihatan kardiovaskular dan jantung, menyokong kesihatan sendi dan juga otak.
Apapun, dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor dulu sebelum mengambil apa- apa supplemen. Mudahan supplemen yang dicadangkan dapat membantu mengembalikan bacaan darah kepada normal dan sihat pulih seperti sediakala.
Sharing is caring :-)
Rasa dari hati,
ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan