Rabu, 30 November 2016

Pendapatan Sampingan Yang Menguntungkan Buat Semua

Assalamualaikum.

Sejujurnya ada pendapatan sampingan ni best. Dari dulu lagi suka ikut MLM. Tapi cuma sampai sekerat jalan ja.



Sebabnya, masa join tu, di suruh carik prospek. Follow rapat- rapat prospek. Paksa set date untuk jumpa dan pujuk sampai JADI orang bilang. Suruh invest itu ini yang melibatkan duit yang banyak. 😌



Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee. Dengan bayaran RM65 ja tahun 2012, dapat sudah jadi ahli. Ini pun sebab mau harga murah dan jimat untuk beli supplemen penyusuan.

Pastu, share ja dengan kawan- kawan ofismate, kawan sekolah, famili dan di fb. Alhamdulillah dorang pun teruja jugak sebab masing- masing ada masalah yang sama. Biasalah, ibuk ibuk kan? Daya tarikannya memang UNIK giteww 😍

Lepas tu, eh eh dorang mo beli jugak. Dan the rest is history. Syukur masuk grup yang saling bagi galakan, bimbingan dan paling tidak ku lupa. Semua ni bergantung kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Sebab Dia yang bagi kita rezeki.

Kalau tidak mau datang kelas offline, kelas online pun ada. Sambil golek- golek, kasi tidur anak sambil dengar tips- tips dari Otai- otai Shaklee. Produk memang kompom 'barang TERBAGUS' di abad ini sebab semuanya disokong oleh landmark study. Produk yang dipatenkan, saintis buat penyelidikan bertahun- tahun sebelum produk dikeluarkan. Bahkan, astronaut pun guna Shaklee di angkasa..hebat kan?



Lagi best, kita tidak payah pun susah susah mo kumpul stok. Umpama agen dropship seja. Klik klik online ja guna jari telunjukmu yang runcing iteww!



Tapi satu ja mesti ingat, tiada jalan pintas untuk berjaya. Kita kena usaha jugak la untuk dapat pendapatan yang 'chommok' aka gemuk bak kata orang Bugis. Setiap awal bulan, sendiri punya point akan zero balik, tidak kisah la kita rank Masterji ka sampai pengedar. Siapa usaha lebih, akan dapat lebih.

Bonus Shaklee bukan seja melibatkan Cash, tapi ada dua lagi iaitu Car dan Convention. Sapa mo bagi duit bulan- bulan untuk kereta. Boleh juga buat bayar rumahka apa ka. Pastu bagi peluang travel lagi kayak 10 🌟🌟🌟🌟

Bah, fokus la duluan eh. Nanti kita cerita lagi ya. 😜

Man Jadda Wa Jadda kan!😍

Salam Sayang,

ibum3m

013.634.1955
Rakan Shaklee Kalian
Cod : Shah Alam & Hulu Langat

Selasa, 29 November 2016

Memilih Supplemen Terbaik 100 Tahun Di Pasaran Dunia

Assalamualaikum

Kebiasaannya, kalau kita pigi pasar membeli ikan, kita mesti pilih ikan yang segar kan? Tengok matanya, buka insangnya.


Beli sayur pun, tengok sayur yang fresh dan tidak layu di hujung mekar. Pilih buah pun, amik yang segar, tidak bonyok, tiada lebam. Ini semua setakat dari luaran seja. Bukan kita tahu yang buahan dan sayuran yang kita pilih tu mungkin terjejas dan suda tercemar dengan racun serangga dan bahan kimia yang lain. Wallahualam.

Jadi, kalau boleh, kita mesti memilih hanya yang terbaik dan berkualiti untuk hidup kita bukan? Begitu lah juga dengan pemilihan supplemen.


Memilih untuk mengambil supplemen memang bagus. Ya lah, exercise pun tidak. Jadi sekurang- kurangnya pilihlah cara hidup yang lebih sihat. Prevention is better than cure kan? Tapi bukan sebarang supplemen ya. Supplemen pun ada juga yang tidak bagus. Overclaim.😊

Alhamdulillah jumpa dengan Mr. Shaklee yang sememangnya terbukti dengan tagline 'SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI'.

Setiap produk berasal dari bahan mentah semulajadi yang berasal dari ladang penanaman secara organik. Sumber ikan yang diambil untuk buat OmegaGuard pun guna sistem satelit untuk menangkapnya. Dapat approval lagi dari Friends of the Sea yang jaga populasi ikan sedunia.

Jadi, di samping menjaga kualiti produknya, pihak Shaklee juga menjaga bumi. Back to nature katanya. Terbaru lagi dengan adanya Landmark Study yang tiada tandingannya dengan supplemen lain.

In shaa Allah sedikit perubahan ini dilakukan untuk family kecilku dan sebarkan manfaatnya kepada rakan sekalian. Tujuannya cuma satu iaitu ke arah KESIHATAN yang lebih baik dan terjamin.

Aamiin 😍

Salam sayang,
ibum3m
Rakan Shaklee Kalian
013.634.1955

Isnin, 28 November 2016

Kekuatan Dan Semangat Dalam Perjuangan Penyusuan

Bismillahirrahmanirrahim

Lahirnya seorang anak, mereka di datangkan dengan seribu satu tanggungjawab. Mereka bukanlah bebanan tapi amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.


Anak sulung, Maisha Nuwairah Bt Mohamad Nazim, 16 September 2011


Lahir dia, ku berazam dan berniat untuk menyusukan dia sehingga umur 2 tahun.

Ku kutip segala ilmu penyusuan dari rakan- rakan dan pembacaan.


Sepanjang tempoh berpantang, bilamasa dia menangis, ibu sendiri sentiasa menjenguk dan bertanya soalan yang sama, Cukupkah susu tu? Si ibu pelik sebab anaknya yang berpantang tidak membeli sebarang susu formula sebagai stok bila tidak ada susu.

Usaha yang dibuat, pam secara konsisten. Sentiasa kosongkan miss B untuk hasil yang lebih lumayan. Setelah itu, masuk hari bekerja. Mengendong pam kemana- mana saja. Dan pam dimana saja walaupun hanya ada 10 minit saja. Ini lah prinsip yang dipegang sehinggalah lahir anak ketiga.

Teringat lagi semasa sambung belajar Master degree di UKM. Terpaksa pam di tangga yang sunyi sebab masa tidak mencukupi untuk pegi ke surau yang jauh.

Mengendong pam naik turun komuter adalah satu kebiasaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Anak kedua, Muhammad Nuh Mikail Bin Mohamad Nazim, 25 Ogos 2013

Alhamdulillah berkat doa dan usaha, kedua- duanya berjaya eksklusif penyusuan selama 6 bulan. Dan inshaa Allah, Muhammad juga begitu dalam bulan ni.

Anak ketiga, Muhammad Bin Mohamad Nazim, 16 Mei 2016

Sesungguhnya perjuangan penyusuan bukanlah mudah. Kadang rapuh, rasa 'down' , terus mencari kisah- kisah inspirasi mereka yang seperjuangan dengan kita. In shaa Allah akan timbul rasa semangat dan kekuatan dalam diri. Minta pertolongan dariNya, dan Dia akan mempermudahkan segalanya. 😍

BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING

Salam sayang,
ibum3m
Rakan Penyusuan Kalian

Ahad, 27 November 2016

Landmark Study Bukti Shaklee Supplemen Terbaik Di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak kecil, daku memang sudah terbiasa dengan menelan segala ubat hospital. Ibu cakap dalam family, aku lah yang paling 'fragile'.

Dari kecik, selalu sakit. Kejap demam. Kejap selesema. Kejap batuk. Jarang di bawak jalan kalau waktu malam. Kompom akan sakit.

Selain ubat hospital, segala jenis jamu dan supplemen juga sudah di rasa. Dari jamu paling pahit, Jamu Berial, paling daku ingat namanya, ke jamu yang paling sedap.😋

Tidaklah ku tau yang jenama supplemen ni ada jugak yang terbaik dan tidak. Setau iols, semua sama ja sebab dia pegang title 'supplemen' kan. Semuanya teruji secara klinikal giteww.



Rupanya ada yang membezakan mereka. Ya, satu kajian yang membuatkan jenama ini berdiri 'GAH', paling teratas di antara jenama supplemen yang lain iaitu kajian Landmark Study.

Landmark Study ini hanya dibuat oleh pihak Shaklee. Jemput pihak ketiga untuk uji keberkesanan produk mereka. Pengamal Shaklee yang sudah konsisten mengamalkannya selama lebih 20 tahun dipilih sebagai kelompok 3. Kelompok 1 orang yang tidak mengamalkan sebarang supplemen dan Kelompok 2, pengamal supplemen lain yang bukan Shaklee.

Kenapa pilih kajian Landmark Study?

1. Untuk lihat hasil keberkesanan satu- satu produk, ianya bukanlah dalam satu jangka masa pendek. Semestinya jangka masa yang panjang untuk melihat efeknya secara total.

2. Satu- satu penyakit ni amik masa paling kurang 10 hingga 20 tahun untuk berkembang.

3. Perkembangan sesuatu penyakit bukanlah tergantung kepada nutrisi semata- mata, tapi bergantung juga dengan cara hidup seseorang.


Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee sekarang. Sudah 4 tahun. Harganya berbaloi, jimat penggunaannya selama beberapa bulan. Yang penting SELAMAT. BERKESAN. SEMULAJADI.

Harapan agar dipanjangkan umur, dikurniai kesihatan yang berpanjangan supaya dapat berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Patriotik giteww 😍

Daku pilih hanya yang TERBAIK! Korang bagaimana?

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955

ESP Bantu Mudahkan Proses Bersalin Buat Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Sahabat memang tau yang daku amik ESP ni sebagai 'milkbooster' dan mengurangkan rasa lapar tahap monsterku ini selepas mengepam. 😆





Tapi, apa yang membuatkan ibum3m berkali- kali gedeboookk jatuh chenta dengan ESP ni masa dekat- dekat mo bersalin Muhamad sempena 'Hari Guru 2016' baru- baru ni.
.
Tengahari Ahad, keluar tanda. 'Dear, klu tidak malam ni bersalin, mesti esok pagi ni', bilangku dengan incik asben, Nazim Ibnshakir. Dia dengan muka terkejut, 'Wah awal ni!'. Ya sebab dua anak sebelum ni tepat 40 minggu baru keluar. Tapi yang ni, baru 38 minggu.
.
Jam 10 malam, sakit suda sikit- sikit. Periksa masa masih sejam 2 jam baru sakit. Tidur..

Jam 12 tengah malam, eh ini suda 20 minit- 20 minit ni. Bersiap mo pigi Annur. 

.
Pigi dapur, mo makan apa ni ya? Terfikir 2 anak sebelum ni memang penat push, oo jadi aku perlu 'tenaga tambahan' nanti dalam labor room. Amik shaker, letak air suam, tamar koko + 3 scoop ESP. Minum 2 sudu minyak zaitun. Amik air zam zam dan bawak bekal 5 biji kurma!
.
Jam 2 pagi, sampai Annur. Masuk labor room, nurse check suda 6cm. ' Puan, kita tak guna apa- apa ubat penahan sakit ya, kita let it naturally semua, tapi kami akan monitor', bilang Dr Wan Masliza,doktor bertugas pagi tu. Memang itulah kehendakku. 
.
Jam 5.30 pagi memang sakit yang sangat- sangat, bukaan baru 9cm. Nurse suruh tunggu lagi supaya 10cm baru bole push. Tangan asben ku pegang erat dengan sisi katil. 
.
Tepat 6.20 pagi, push kali ke-3. Alhamdulillah baby selamat ku lahirkan. 'Bersihnya anak awak. SubhanAllah Alhamdulillah' puji Dr Wan. Sambil letakkan bayi atas dadaku. Ku lihat dia memang bersih, tiada darah pun yang kena pada mana- mana bahagian badannya.😊



Muhammad Bin Mohamad Nazim, 16 Mei 2016, Hospital Annur Bangi


Alhamdulillah dia dilahirkan sangat mudah, tanpa jahitan, tanpa luka episiotomi yang ku kira para ibu semua geruni. 

Kini, Muhammad suda mau menginjak 4 bulan minggu depan. Dengan berat 5.9kg bulan lalu, dia membesar dengan sihat di samping jagaan mertuaku. Terima kasih mama😘




.
Sungguh tidak ku cari yang lain. ESP tatap menjadi pujaan hatiku..Yeayyy ❤️!





.
Jom tengok testimoni ibu hamil yang lain.


#Testimoni 1




#Testimoni 2




#Testimoni 3




#Testimoni 4



Para ibu hamil, ESP wajib jadi peneman di bilik bersalin nanti tau! Boleh hubungi ibum3m aka MAS ya di talian 013.634.1955.


Hanya RM159 sahaja untuk 1 canister (850 gram). Penggunaan antara 1 setengah bulan sehingga 2 bulan. Jimat bukan?

Jom order sekarang 😍

Salam sayang,

ibum3m
Rakan Shaklee Kalian
013.635.1955

Rabu, 16 November 2016

Mampukah Aku Mengejar Pelangi Itu

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap kali memandangnya, sebak terasa sehingga menusuk di sanubari ini. Tidak terduga selesai juga perjuangan yang ku kira penuh berliku dan sangat mengujiku di saat tanggungjawab begitu menghimpit.


Tawaran diterima saat sarat mengandung anak ke-2. Terpaksa di tangguhkan kerana tarikh pendaftaran seiring dengan tarikh due bersalin. Surat tawaran ku simpan kemas di dalam fail biru.



Selepas setahun, bermula lah episod sebagai seorang pelajar, pengajar, isteri dan juga ibu kepada dua permata hati. Tanya dalam hati, 'Mampukah aku?'. Setiap permulaan, mesti ada pengakhirannya. Ku kira ini hanya ujian kecil dariNya di atas niat untuk membantu keluarga kecilku.




Sesungguhnya langkah ini bukanlah mudah kerana ianya benar- benar menguji tahap kekuatan, kesabaran dan keimanan ku. Dugaan mengejar tren di awal pagi, naik turun komuter, menggalas beg pam dan buku di mana- mana. Allahuakbar 😭😭😭





SubhanAllah. 

Ku kira tanpa sokongan, dorongan, semangat dan doa kalian, tidak mungkin dapat ku selesaikan perjuangan ini. Ingin sekali ku bertemu seorang demi seorang untuk menyatakan terima kasih di atas segalanya.



'Sesungguhnya Dia tidak mengujimu dengan ujian yang tidak sebatas dengan kemampuanmu.'

Ku sanjung penghargaan buat suamiku, ibu bapaku, mertuaku, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, para pelajarku dan semua yang mengenali diri ini.







Tidak lupa juga kepada rakan- rakan seperjuangan, Sarjana Sains Kesihatan ( Pendidikan Kesihatan) UKM batch 24 yang majoritinya terdiri dari Pegawai Promosi Kesihatan. Terima kasih segalanya. Semoga ukhwah kita tersimpul rapi dan diberkati olehNya.





KERANAMU, AKU DI SINI! 
HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS DOA KALIAN.


Aamiin 😍



Salam sayang,
Ibum3m

Rabu, 2 November 2016

Usaha Seorang Wanita Untuk Menjadi Ibu Buat Kali Ke-Dua

Assalamualaikum.

Hati begitu tersentuh dengan nukilan rakan KakMas ni. Perkongsian bagaimana dia berusaha untuk mendapatkan cahayamata kedua. Alhamdulillah Allah makbulkan doanya setelah anak pertama menginjak umur 6 tahun. 

Jom kita selami rasa dari hati seorang ibu yang dambakan kehadiran si kecil buat kali kedua.
Anak 👶👶


Setiap wanita yang dah berkahwin mesti nak mempunyai anakkan? Of courselah kan. Tak der satu pun pasangan yang berkahwin tak mahu anak.


Tapi apakan daya, tak semua orang diberikan peluang untuk dapatkan zuriat selepas berkahwin.


Majoriti mentaliti rakyat kita ni fikir buat anak ni keje manusia, buat hari ni esok boleh dapat,hrmm..Tetapi mereka terlupa dalam Al Quran pun dah diberitahu soal jodoh, kematian dan zuriat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah SWT.


Saya juga pernah diuji dengan dugaan anak. Walaupun saya dah mempunyai seorang anak, tapi biasalah sikap orang sekeliling mesti akan tanya bila lagi nak tambah seorang lagi..


6 tahun saya diuji untuk mendapatkan zuriat. Dalam tempoh tersebut saya pernah mengalami keguguran.


Siapa yang tak sedih,lagi-lagi kalau ada yang berkata-kata dibelakang kita..tapi saya selalu fikir positif,setiap kali ada yang bertanya, saya selalu mintakan mereka berdoa pada Allah sebab hanya Allah sahaja yang boleh beri jawapan terhadap persoalan mereka.


Sepanjang tempoh 6 tahun tu saya dan suami dah mencuba pelbagai cara tak kira traditional dan moden. Disebabkan suami bersifat terbuka,kami pernah jalani rawatan kesuburan disebuah hospital swasta di bangsar untuk mengetahui masalah dalaman yang kami tidak tahu selama ini.

Alhamdulillah resultnya kami tiada masalah dalam faktor kesuburan. Doktor menasihatkan kami untuk mengamalkan beberapa suplemen asas sebagai pelengkap nutrisi yang hilang dalam tubuh badan akibat faktor radikal bebas disekeliling kita yang kadang -kadang boleh effect kelancaran perjalanan tahap kesuburan kita.

Sebenarnya ada beberapa amalan yang saya amalkan yang diberikan oleh seorang ustaz (dah lupa namanya) saya mengikuti tazkirahnya dalam ikimfm. Malu sebenarnya nak bercerita secara terbuka sebab takut dikatakan riak. Selalunya bila orang bertanya baru saya akan bercerita.


Demi kebaikan semua saya kongsikan amalan yang saya lakukan selama 4 tahun lepas. Antaranya ustaz tu beritahu nak cepat Allah kabulkan doa kita dekatkan diri dengan Allah, nak doa kita dimakbulkan selalulah melakukan solat sunat seperti solat Dhuha (memang wajib buat setiap hari). Jangan ingat solat dhuha ni untuk rezeki duit je tau,banyak manfaat lain yang kita tak tahu. Cubalah buat ye. Anda akan rasa nikmatnya.


Selain itu amalkan juga solat hajat, solat taubat, solat tahajud, kalau tak boleh hari-hari sebulan sekali pun takpe.

Yang kedua, perbanyakkan sedekah tak kiralah berapa yang nak diberi, setiap kali bersedekah selalulah niat dalam hati Allah kurniakan zuriat pada kita.


Yang ketiga, bila musim ibadah qurban, buatlah qurban untuk diri sendiri setiap tahun dengan niat Allah kurniakan zuriat untuk kita.


Yang keempat setiap kali solat saya akan amalkan doa dari buku Ustaz Harun Din - Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Doa Mandul - Mohon Mendapatkan Zuriat.


Selain tu ,ingat jangan stress atau terlalu memikirkan sangat.. Bila kita sentiasa fikir apa yang kita harapkan tak akan menjadi.So jalanilah kehidupan seperti biasa. Itulah antara tips dari doktor dan dari ustaz yang saya amalkan sepanjang 4 tahun.

Alhamdulillah Allah makbul juga doa saya untuk memiliki anak lagi pada tahun lepas. Syukur pada Allah.


Jadi pada rakan- rakan fb yang belum lagi dikurniakan zuriat, jangan bersedih ye, rezeki yang Allah beri bukan dalam bentuk zuriat semata-mata tapi dalam pelbagai bentuk.

Bagi yang nak mengamalkan tips saya, buatlah dengan seikhlas hati. Allah tu Maha Mengasihi umatnya. InshaAllah suatu hari nanti pasti Allah akan mendengar rintihan kita..Amin.





Semoga bermanfaat. Sharing is loving 😍


Salam sayang,

KakMas aka ibum3m

Selasa, 1 November 2016

Kisah Aku Dan Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Lahirnya seorang anak, mereka di datangkan dengan seribu satu tanggungjawab. Mereka bukanlah bebanan tapi amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.



Lahir dia, ku berazam dan berniat untuk menyusukan dia sehingga umur 2 tahun. Ku kutip segala ilmu penyusuan dari rakan- rakan dan pembacaan.


Sepanjang tempoh berpantang, bilamasa dia menangis, ibu sendiri sentiasa menjenguk dan bertanya soalan yang sama, Cukupkah susu tu? Si ibu pelik sebab anaknya yang berpantang tidak membeli sebarang susu formula sebagai stok bila tidak ada susu.

Usaha yang dibuat, pam secara konsisten. Sentiasa kosongkan miss B untuk hasil yang lebih lumayan. Setelah itu, masuk hari bekerja. Mengendong pam kemana- mana saja. Dan pam dimana saja walaupun hanya ada 10 minit saja. Ini lah prinsip yang dipegang sehinggalah lahir anak ketiga.

Maisha Nuwairah, 4 tahun dan Muhammad Nuh Mikail, 2 tahun


Teringat lagi semasa sambung belajar Master degree di UKM. Terpaksa pam di tangga yang sunyi sebab masa tidak mencukupi untuk pegi ke surau yang jauh. Mengendong pam naik turun komuter adalah satu kebiasaan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Alhamdulillah berkat doa, sokongan dan usaha, kedua- duanya berjaya eksklusif penyusuan selama 6 bulan. Dan inshaa Allah, Muhammad juga begitu dalam bulan ni.

Muhammad 5 bulan

Sesungguhnya perjuangan penyusuan bukanlah mudah. Kadang rapuh, rasa 'down' , terus mencari kisah- kisah inspirasi mereka yang seperjuangan dengan kita. In shaa Allah akan timbul rasa semangat dan kekuatan dalam diri. Minta pertolongan dariNya, dan Dia akan mempermudahkan segalanya.

Harapanku semoga dengan usaha 'kecilku' ini, mereka dapat membesar dengan sihat. Tidak seperti ibu yang punya sakit jantung dahulu.

Aamiin 😍

Rasa dari hati,
KakMas aka ibum3m
Shah Alam

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...