Rabu, 2 November 2016

Usaha Seorang Wanita Untuk Menjadi Ibu Buat Kali Ke-Dua

Assalamualaikum.

Hati begitu tersentuh dengan nukilan rakan KakMas ni. Perkongsian bagaimana dia berusaha untuk mendapatkan cahayamata kedua. Alhamdulillah Allah makbulkan doanya setelah anak pertama menginjak umur 6 tahun. 

Jom kita selami rasa dari hati seorang ibu yang dambakan kehadiran si kecil buat kali kedua.
Anak πŸ‘ΆπŸ‘Ά


Setiap wanita yang dah berkahwin mesti nak mempunyai anakkan? Of courselah kan. Tak der satu pun pasangan yang berkahwin tak mahu anak.


Tapi apakan daya, tak semua orang diberikan peluang untuk dapatkan zuriat selepas berkahwin.


Majoriti mentaliti rakyat kita ni fikir buat anak ni keje manusia, buat hari ni esok boleh dapat,hrmm..Tetapi mereka terlupa dalam Al Quran pun dah diberitahu soal jodoh, kematian dan zuriat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah SWT.


Saya juga pernah diuji dengan dugaan anak. Walaupun saya dah mempunyai seorang anak, tapi biasalah sikap orang sekeliling mesti akan tanya bila lagi nak tambah seorang lagi..


6 tahun saya diuji untuk mendapatkan zuriat. Dalam tempoh tersebut saya pernah mengalami keguguran.


Siapa yang tak sedih,lagi-lagi kalau ada yang berkata-kata dibelakang kita..tapi saya selalu fikir positif,setiap kali ada yang bertanya, saya selalu mintakan mereka berdoa pada Allah sebab hanya Allah sahaja yang boleh beri jawapan terhadap persoalan mereka.


Sepanjang tempoh 6 tahun tu saya dan suami dah mencuba pelbagai cara tak kira traditional dan moden. Disebabkan suami bersifat terbuka,kami pernah jalani rawatan kesuburan disebuah hospital swasta di bangsar untuk mengetahui masalah dalaman yang kami tidak tahu selama ini.

Alhamdulillah resultnya kami tiada masalah dalam faktor kesuburan. Doktor menasihatkan kami untuk mengamalkan beberapa suplemen asas sebagai pelengkap nutrisi yang hilang dalam tubuh badan akibat faktor radikal bebas disekeliling kita yang kadang -kadang boleh effect kelancaran perjalanan tahap kesuburan kita.

Sebenarnya ada beberapa amalan yang saya amalkan yang diberikan oleh seorang ustaz (dah lupa namanya) saya mengikuti tazkirahnya dalam ikimfm. Malu sebenarnya nak bercerita secara terbuka sebab takut dikatakan riak. Selalunya bila orang bertanya baru saya akan bercerita.


Demi kebaikan semua saya kongsikan amalan yang saya lakukan selama 4 tahun lepas. Antaranya ustaz tu beritahu nak cepat Allah kabulkan doa kita dekatkan diri dengan Allah, nak doa kita dimakbulkan selalulah melakukan solat sunat seperti solat Dhuha (memang wajib buat setiap hari). Jangan ingat solat dhuha ni untuk rezeki duit je tau,banyak manfaat lain yang kita tak tahu. Cubalah buat ye. Anda akan rasa nikmatnya.


Selain itu amalkan juga solat hajat, solat taubat, solat tahajud, kalau tak boleh hari-hari sebulan sekali pun takpe.

Yang kedua, perbanyakkan sedekah tak kiralah berapa yang nak diberi, setiap kali bersedekah selalulah niat dalam hati Allah kurniakan zuriat pada kita.


Yang ketiga, bila musim ibadah qurban, buatlah qurban untuk diri sendiri setiap tahun dengan niat Allah kurniakan zuriat untuk kita.


Yang keempat setiap kali solat saya akan amalkan doa dari buku Ustaz Harun Din - Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. Doa Mandul - Mohon Mendapatkan Zuriat.


Selain tu ,ingat jangan stress atau terlalu memikirkan sangat.. Bila kita sentiasa fikir apa yang kita harapkan tak akan menjadi.So jalanilah kehidupan seperti biasa. Itulah antara tips dari doktor dan dari ustaz yang saya amalkan sepanjang 4 tahun.

Alhamdulillah Allah makbul juga doa saya untuk memiliki anak lagi pada tahun lepas. Syukur pada Allah.


Jadi pada rakan- rakan fb yang belum lagi dikurniakan zuriat, jangan bersedih ye, rezeki yang Allah beri bukan dalam bentuk zuriat semata-mata tapi dalam pelbagai bentuk.

Bagi yang nak mengamalkan tips saya, buatlah dengan seikhlas hati. Allah tu Maha Mengasihi umatnya. InshaAllah suatu hari nanti pasti Allah akan mendengar rintihan kita..Amin.





Semoga bermanfaat. Sharing is loving 😍


Salam sayang,

KakMas aka ibum3m

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam kak...kita sama...tapi anak baru 3tahun nie memang stress bila org asyik tanya bila nak tambah....kak saya share ye tips akak nie terima kasih

Lya Abdul berkata...

Rezeki dari Dia kan, kita tidak putus ikhtiar dan doa ya dik. Pedulikan saja apa orang nak cakap. Boleh, share je.

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...