Jumaat, 23 Disember 2016

Ostematriks Produk Feveret Ibu Menyusu

Assalamualaikum.

Boleh dikatakan kalau cuba supplemen Shaklee ni, rasa macam berhantu. Sebab kenapa? Sebab kalau sudah try, kompom rasa tidak best kalau tidak amalkan selalu.

Macam ini,Ostematrix. Paling terasa kalau sehari tidak makan. Rasa lembik satu badan.



Alhamdulillah lepas amalkan Ostematriks ni, bangun pagi terasa segar ja. Perut pun gembira sebab lancar ja 'pembersihan' di pagi yang hening iteww.πŸ˜„

Kurang sudah sakit belakang, lenguh- lenguh badan, dan paling BONUS, sebab milk booster jugak.

Buat ibu menyusu yang bekerja macam iols ni, memang sangat WAJIB.

Takut kenak Osteoporosis sebab wanita ni melalui fasa hamil, bersalin dan menyusukan anak, jadi sebilangan kalsium semua di ambil oleh anak.

Kalsium dalam badan sendiri semakin menyusut dari hari ke hari. Makanya, ibu 'top-up' dengan supplemen Ostematrix ni.

Uols makan supplemen ka? 😍 Dalam memilih produk, mesti hati- hati ya. Ibum3m pilih Shaklee sebab ada landmark study yang sudah terbukti keberkesanan produk ini untuk jangka masa panjang.

Ada jurnal tau. Boleh rujuk link di bawah:
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30/abstract

Pilih dengan bijak ya! Ostematriks tu cuma RM61 sahaja untuk 120biji. Penggunaan 1 bulan. Boleh pm atau whatsapp MAS 013.634.1955. Confirm rugi kalau tak cuba.

Meh tengok testimoni yang telah cuba Ostematriks ni.






Sharing is loving😍

Salam Sayang,
ibum3m

Khamis, 15 Disember 2016

14 Petua Tradisi Menstabilkan Tekanan Darah

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, ada seorang sahabat tetiba mesej. Tengah mengandung anak kedua, pegi check up, tekanan darahnya tinggi. Terpaksa ON medication. Jadi, mo minta pendapat dan cadangan supplemen untuk tekanan darah tinggi.


Selepas dapat konsultasi doktor, ada jugak beberapa petua yang boleh dibuat secara DIY untuk menstabilkan tekanan darah ni. Jom tengok petua ni.

1. Buat jus segar campur belimbing dan epal hijau pada waktu pagi dan malam.

2. Minum air rendaman cincau sebanyak satu liter sehari.

3. Ambil saderi sebagai ulam dan snek. Buat jus pun boleh. Kisar empat batang saderi dengan epal hijau untuk dijadikan jus dan minum.

4. Minum air kelapa dalam kuantiti sederhana iaitu satu hingga dua gelas.

5. Timun boleh dijadikan snek, ulam atau jus.

6. Jus ekstrak delima di ambil dalam kuantiti kecil.

7. Amalkan membaca Al-Quran setiap hari. Kalau tidak, dengar bacaan al- Quran guna telefon ketika bekerja atau memandu.

8. Minum madu satu atau dua sudu makan semasa perut masih kosong. Kalau ada diabetes, elakkan petua ni ya.

9. Makan empat ulas bawang putih mentah setiap hari. Tapi ibu yang berada di trimester ketiga, jangan makan berlebihan sebab boleh mencegah pembekuan darah.

10. Amalkan makan pisang satu atau dua pisang sehari. Kalau ada diabetes, elakkan.

11. Kismis dan bijirin oat boleh dimasukkan dalam menu seharian.

12. Tembikai dimakan secara snek. Boleh juga ambil dua sudu biji tembikai, keringkan dan kisar halus. Masukkan ke dalam air masak dan minum.

13. Minum air asam jawa dua kali sehari (pagi dan malam) selama seminggu. Caranya dengan mencampurkan setengah air cawan dengan sedikit pes asam jawa.

14. Ambil tiga biji buah belimbing buluh. Potong kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

Tapi, walaupun ini semua petua tradisional dan memang tidak melibatkan bahan kimia tapi mesti jugak dapatkan pandangan dari doktor ya.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibum3m

Rabu, 14 Disember 2016

Mendaki Bukit Atau Gunung Kepuasan Ibu M3M

Assalamualaikum.

Sihat? Saja mau kongsi mengenai hobi setelah bergelar ibu ni.

Jika dulu masih single, masa lapang banyak di habiskan dengan adik beradik dan kawan- kawan. Pegi karoks la, window shopping la, tengok wayang dan banyak lagi.


Sekarang suda jadi ibu, sememangnya banyak masa di habiskan dengan famili kecilku. Hobi sekarang kebanyakannya melibatkan anak- anak.
Masak bersama Maisha. Maisha memang jenis yang asyik nak tolong ja klu ibu di dapur. Tapi tolong nya memang jenis acah- acah dan sekejap ja. Sudahnya ibu yang buat sampai habis. Penah masak minum petang, buat kek, buat play doh sama- sama dengan dia.



Main lego dengan Mikail. Ini memang ibu failed. Pening kepala ibu tengok lego yang kicik banget saiznya. Ini hobinya bersama ayah. Mikail suka tolong ibu jemur kain. Asal jak ibu keluar, mesti cakap sini Mikail tolong ya ibu.😍

Tapi di antara yang paling digemari ialah mendaki bukit atau gunung. Klu di ajak pigi berjogging atau ikut lumba lari, memang iols failed. Alhamdulillah setelah sekian lama, baru start aktif lagi untuk mendaki.

Pencapaian yang paling best ialah daki Gunung Kinabalu. Ni time form 4 dulu tahun 1999. Dapat sijil warna sebab sampai puncak walaupun agak lambat iaitu jam 6.20 pagi. Nda sempat tengok matahari terbit. Untuk pengetahuan, sapa yang tidak sampai puncak, sijil hitam putih la jawabnya. 


Pengalaman yang sangat mengujakan sebab dapat lihat pemandangan ciptaanNya yang begitu cantik. Ku simpan impian untuk daki sekali lagi sebab kawan- kawan cakap trail yang baru ni agak mencabar jugaklah. Yalah, dorang buka trail baru disebabkan peristiwa runtuhan sebelum ni. Al fatihah dan RIP buat yang terkorban.


Baru- baru ni, Alhamdulillah dapat jugak melepas gian untuk daki Bukit Broga bersama team KKM. Lagi best, bawa student iols sekali. Terasa puas hati dapat sampai ke puncak Broga. Hehe.



Pada sahabat yang suka daki bukit or gunung, jangan lupa ajak iols sekali ya. Teringin mo daki Gunung dan Bukit yang lain pulak di Malaysia ni.

Gunung obersea, eh why not kan! Best jugak tuh. Kabarkan gue ya. 😊

Salam sayang,
ibum3m

Selasa, 13 Disember 2016

Khasiat Bayam Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum.

Ibum3m sebenarnya bukanlah peminat tegar sayur. Tapi kalau tiada sayur, macam rasa tidak lengkap untuk makan. Orang kami cakap, 'gantung' bah makan klu tiada sayur.



Semua jenis sayur dimakan kecuali ulam. Mungkin sebab asal dari Sabah, jarang betul kami makan ulam- ulaman. Tapi dari dulu ibu mesti masak, 1 sayur 1 lauk beserta nasi.

Di antara sayur yang paling feveret ialah bayam. Teringat plak kartun Popeye kan? Kalau tengok kartun tu, lepas makan bayam terus dia jadi bertenaga seperti halilintar. Hehe.



Betullah tu. Sayur bayam ni memang pembekal tenaga yang baik sebab kandungan potassium dan magnesium yang tinggi. Klu dibandingkan 1 cawan bayam dengan 1 cawan pisang, kadar potassium bayam lagi tinggi ya! Kan biasa klu orang mau daki bukit atau Gunung, dibekalkan pisang untuk tenaga. Nah sekarang, tukar eh. Bagi makan bayam pulak. 😜

Magnesium pulak bagus untuk tingkatkan kadar metabolisma badan, denyutan jantung yang baik, imun sistem dan menstabilkan tekanan darah dalam badan. Khasiat magnesium boleh jugak di dapati dalam supplemen Ostematriks.

Apa khasiat bayam yang sebenar?


'One cup of raw spinach contains 27 calories, 0.86 grams of protein, 30 milligrams of calcium, 0.81 grams of iron, 24 milligrams of magnesium, 167 milligrams of potassium, 2813 IUs of Vitamin A and 58 micrograms of folate.'

(Sumber Medical News Today)


Kebiasaannya, ibu- ibu berpantang ni sangat digalakkan makan bayam untuk menambah tenaga dan menggalakkan pembentukan sel darah merah semula. 

Ni disebabkan kandungan zat besi yang ada dalam bayam. Pastu, amik lagi supplemen Vitalea aka multivitamin 100 tahun di pasaran dan yang terawal dicipta di duniya ini. Vitalea 2 biji, dapat lagi 9mg darab dua zat besi dalam badan. Ibu berpantang bagus amik zat besi untuk elak anemia.

Selain itu, bayam pun ada kalsium jugak. Tapi kadar kebolehserapan bayam ni hanya 5% sahaja berbanding kalsium dari bahan tenusu iaitu 28%. Korang yang tidak suka minum susu, boleh la telan 4 biji Ostematriks untuk lengkapkan keperluan badan iaitu 1000- 1200 mg kalsium sehari.

Tapi perlu di ingat, menggantikan khasiat buah dan sayur dengan supplemen semata bukanlah langkah yang baik untuk mendapat khasiat nutrien 100%.

Walaupun uols tahu kan yang supplemen Shaklee ni vitamin semulajadi, sumbernya semuanya natural products. Sama jugak situasinya dengan 'Oh aku makan sayur ba setiap hari, cukuplah tu, tidak payah lagi makan vitamin.'

Ini pun statement was- was jugak sebab sekarang ni sayur kita bukan macam dulu.Penggunaan racun pestisid, kandungan nutrien tanah pun suda berkurang dek kerana pencemaran yang dibuat oleh manusia sendiri. Jadi, confirmlah khasiat sayur tu pun tidak πŸ’― suda.

Langkah bijak, ibum3m amik keduanya. Sayur dan Supplemen. Bagaikan irama dan lagu baini, tidak dapat dipisahkan giteww 😍

Jom ajak anak- anak kita makan sayur. Jadilah role model yang terbaik. Mulakan dengan diri sendiri sebagai ibu ayah kepada mereka.

Salam sayang,
ibum3m

Khamis, 8 Disember 2016

Kepentingan Smartphone Untuk Bisnes

Assalamualaikum.

Bisnes Shaklee jenis online bisnes. Segalanya di hujung jari runcing uols. Start dari konsultasi customer, info produk, up iklan di fb, insta dan tulis blog hampir 80% semuanya di buat guna henpon seja.

Order barang pun di buat secara online ja melalui www.shaklee2u.com.my.




Jadi, adalah penting untuk memiliki gajet macam smartphone yang sesuai untuk bisnes ni. Alhamdulillah, start dengan iphone 4 yang merupakan hadiah dari asben time hantaran kahwin 16 Disember 2010. Kecil kecil cili padi, memang sangat tahan banting. Masuk tahun ke-5 guna, barulah beri masalah iaitu bateri rosak dan tidak ringing. Tapi suda antar servis, Alhamdulillah ok sampai sekarang.

Terima kasih sekali lagi buat incik asben yang bagi present Iphone 6 yang diguna sekarang sempena kelahiran baby Muhammad bulan Mei lalu. Performance nya memang tiptop. Semmatt betul😁

Bateri tahan lama, laju dan sangat memudahkan. Bole download banyak apps yang membantu dalam bisnes. Buat poster, gambar cantik, semua jadi senang. Pasni kena upgrade lagi storage nya sebab banyak suda gambar. 

Satu hari, asben tanya lagi, 'Kalau saya beli ipad ok ka?'. Adeh macam best tapi terus saya balas, 'Ndakpa la, nanti dorang Maisha main pulak'.

Tapi setelah difikirkan, bagus jugak ada ipad sebab itu lebih besar skrinnya. Tidaklah susah mo menaip. Ehm, bole masuk dalam wishlist ni. 😜

Wishlist lagi, MacBook. Sebab kebanyakan mentor ada Macbook, dorang cakap senang mo bawak travel sebab sangat ringan. Inshaa Allah, menabung dulu kita ya supaya gemok bonus nya! Aamiin.

Syukur dengan apa yang ada, tapi bagus juga ada impian supaya kita lebih berjaya. Dia Yang Di Atas pun suruh kita lebih baik dari hari semalam bukan?

Gajet apa yang kalian guna sekarang? Ayok share jugak wishlist. Tulis impian supaya ianya mrnjadi kenyataan.

Aamiin 😊

Salam sayang,
ibum3m

Kebaikan Minyak Ikan Untuk Ibu Menyusu Dan Bayi

Assalamualaikum.

Pernah dengar tak pasal minyak ikan? Mesti pernah kan?


Minyak ikan ni tergolong dalam jenis 'Essential Fatty Acids'. Makanya, ada perkataan 'essential' tu maksudnya kita kena amik dari sumber makanan atau pun supplemen, sebab ianya TIDAK BOLEH dihasilkan oleh badan kita.



Bagusnya minyak ikan ni sebab ada DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA. Memang terbukti secara saintifik membantu dalam perkembangan otak dan mata kita.

Ibu- ibu menyusu dapat banyak manfaat dari mengamalkan minyak ikan termasuklah:


1. Membantu meningkatkan memori

2. Jantung yang lebih sihat
3. Kesihatan dan kekuatan sendi
4. Kesihatan mental yang lebih baik
5. Mampu mengawal berat badan macam iolss πŸ˜†


Bayi kita pulak sekalian jugak mendapat khasiat :


1. Meningkatkan tahap IQ

2. Meningkatkan kualiti penglihatan
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung


Ehm, banyak manfaatnya bukan? Jadi, ibu- ibu menyusu, mo anak pintar lagi sihat cergas, jomlah amalkan supplemen minyak ikan macam Omega Guard Shaklee ni.

Konsultasi terbaik buat kalian.


Ibum3m
013.634.1955

Ahad, 4 Disember 2016

5 Minit Resepi Pancake Sedap Untuk Sarapan Pagi

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Sindrom ibu ibu. Bangun pagi di hujung minggu, pegi dapur. Memikir mau masak apa untuk sarapan.


Sarapan mesti yang berkhasiat, cepat dan mudah disediakan. Terus terfikir mau buat pankek.

Resepi? Tidak lain tidak bukan, gugel ja la. Alhamdulillah jumpa blog ni yang memang best. Resepi pankek ni adalah resepi dari nenek penulis, Dakota Kelly. Thanks for the simple recipe yet delicious πŸ˜‹.

Jom buat.

Bahan A: Campur dan ayak semua
1 1/2 cawan tepung serbaguna
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam


Bahan B: 
1 1/4 susu fresh milk
1 biji telur
3 sudu makan butter tanpa garam (cairkan)

Cara membuatnya:

1. Satukan bahan A dan B dalam satu mangkuk.
2. Panaskan non stick pan.
3. Letakkan satu senduk adunan penkek atas pan.
4. Tunggu sehingga ada gelembung- gelembung di tepi bulatan penkek, pastu baru terbalikkan.
5. Angkat dan siap.


Boleh dihidang bersama madu, sirap coklat, mapel sirapka, jem kaya ker.Ikut selera kalian.

Maisha tidak seberapa suka makan penkek dengan madu. Jadi ibum3m bagi dia makan dengan sirap coklat. Habis 2 penkek olehnya.

Mikail pulak jenis tidak kisah. Makan ja dengan madu. Tapi laju lagi makan dengan coklat.

Ok. Selamat mencuba. Mesti anak- anak pun suka. 😍

Salam sayang, 
ibum3m

Sabtu, 3 Disember 2016

Hobi Dulu Membentuk Keberanian Dan Keyakinan Di Atas Pentas

Bismillahirrahmanirrahim.

Malu mo cerita tapi cerita seja la.πŸ˜‚


Hobi ibum3m sejak kecil ialah menyanyi. Pernah tulis dalam buku laporan diri, cita- cita mo jadi penyanyi. Mungkin sebab dilahirkan dalam famili yang minat muzik. Bapa pandai main gitar sampai sekarang. Suara bapa kalah mendiang Broery! 😍

Alhamdulillah la di anugerahi bakat suara yang ku kira ok juga tapi tidak boleh la kalah Dato' Ct. Daku sipi- sipi Ct ja. Haha. Memang peminat tegar Dato Ct dari dulu lagi. Dari mula Juara Lagu time Jerat Percintaan tu, fuuh terus menusuk di kalbu.

Jom layan lagu Jerat Percintaan Siti Nurhaliza di sini.

Masa sekolah rendah dulu, pernah masuk Pertandingan Bintang Kecil selama 2 tahun berturut- turut. Tahun 1993, masa darjah 4, tidak dapat masuk final. Ingat lagi masa tu nyanyi lagu Aishah, Bangau Oh Bangau. Tahun berikutnya, 1994, Alhamdulillah masuk final dengan lagu Sheila Majid, Selamanya. Tapi disebabkan lagu tu susah untuk band mainkan, jadi terpaksa tukar lagu Haleda, Setia Kasih. Alhamdulillah dapat juara.😍

Sebenarnya dari bakat menyanyilah daku dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berada di hadapan orang. Dulu, tersangatlah pemalu dan takut mo bercakap dengan orang. Lepas menyanyi, barulah hobi berkembang dengan memberanikan diri menyertai pertandingan bercerita, musabaqah, nasyid, kuiz agama, syarahan dan pidato.

Sedikit sebanyak hobi ni dapat meningkatkan jatidiri dan membina kekuatan dalaman untuk terus percaya pada diri yang kita mampu melakukan apa saja yang di ingini. Mampu mengatasi ketakutan 'stage fright', mampu berdiri di depan sebagai seorang ketua, dan sekarang sebagai seorang pengajar. Semua ini memerlukan keberanian bukan?

Sekarang, bakat ini diadaptasikan untuk menjadi duta Shaklee. Kenalah keluar dari perasaan malu iteww untuk menjual bukan?

Alhamdulillah di atas anugerahNya. Jadi, kembangkanlah bakat kalian ya. Jadikan ianya sebagai langkah permulaan yang positif ke untuk menggapai impian kalian.

Majulah Sukan Untuk Negara. Eh, lawak ja😁

Salam sayang,

ibum3m

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...