Selasa, 13 Disember 2016

Khasiat Bayam Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum.

Ibum3m sebenarnya bukanlah peminat tegar sayur. Tapi kalau tiada sayur, macam rasa tidak lengkap untuk makan. Orang kami cakap, 'gantung' bah makan klu tiada sayur.



Semua jenis sayur dimakan kecuali ulam. Mungkin sebab asal dari Sabah, jarang betul kami makan ulam- ulaman. Tapi dari dulu ibu mesti masak, 1 sayur 1 lauk beserta nasi.

Di antara sayur yang paling feveret ialah bayam. Teringat plak kartun Popeye kan? Kalau tengok kartun tu, lepas makan bayam terus dia jadi bertenaga seperti halilintar. Hehe.



Betullah tu. Sayur bayam ni memang pembekal tenaga yang baik sebab kandungan potassium dan magnesium yang tinggi. Klu dibandingkan 1 cawan bayam dengan 1 cawan pisang, kadar potassium bayam lagi tinggi ya! Kan biasa klu orang mau daki bukit atau Gunung, dibekalkan pisang untuk tenaga. Nah sekarang, tukar eh. Bagi makan bayam pulak. 😜

Magnesium pulak bagus untuk tingkatkan kadar metabolisma badan, denyutan jantung yang baik, imun sistem dan menstabilkan tekanan darah dalam badan. Khasiat magnesium boleh jugak di dapati dalam supplemen Ostematriks.

Apa khasiat bayam yang sebenar?


'One cup of raw spinach contains 27 calories, 0.86 grams of protein, 30 milligrams of calcium, 0.81 grams of iron, 24 milligrams of magnesium, 167 milligrams of potassium, 2813 IUs of Vitamin A and 58 micrograms of folate.'

(Sumber Medical News Today)


Kebiasaannya, ibu- ibu berpantang ni sangat digalakkan makan bayam untuk menambah tenaga dan menggalakkan pembentukan sel darah merah semula. 

Ni disebabkan kandungan zat besi yang ada dalam bayam. Pastu, amik lagi supplemen Vitalea aka multivitamin 100 tahun di pasaran dan yang terawal dicipta di duniya ini. Vitalea 2 biji, dapat lagi 9mg darab dua zat besi dalam badan. Ibu berpantang bagus amik zat besi untuk elak anemia.

Selain itu, bayam pun ada kalsium jugak. Tapi kadar kebolehserapan bayam ni hanya 5% sahaja berbanding kalsium dari bahan tenusu iaitu 28%. Korang yang tidak suka minum susu, boleh la telan 4 biji Ostematriks untuk lengkapkan keperluan badan iaitu 1000- 1200 mg kalsium sehari.

Tapi perlu di ingat, menggantikan khasiat buah dan sayur dengan supplemen semata bukanlah langkah yang baik untuk mendapat khasiat nutrien 100%.

Walaupun uols tahu kan yang supplemen Shaklee ni vitamin semulajadi, sumbernya semuanya natural products. Sama jugak situasinya dengan 'Oh aku makan sayur ba setiap hari, cukuplah tu, tidak payah lagi makan vitamin.'

Ini pun statement was- was jugak sebab sekarang ni sayur kita bukan macam dulu.Penggunaan racun pestisid, kandungan nutrien tanah pun suda berkurang dek kerana pencemaran yang dibuat oleh manusia sendiri. Jadi, confirmlah khasiat sayur tu pun tidak 💯 suda.

Langkah bijak, ibum3m amik keduanya. Sayur dan Supplemen. Bagaikan irama dan lagu baini, tidak dapat dipisahkan giteww 😍

Jom ajak anak- anak kita makan sayur. Jadilah role model yang terbaik. Mulakan dengan diri sendiri sebagai ibu ayah kepada mereka.

Salam sayang,
ibum3m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...