Selasa, 14 Mac 2017

Disahkan Bronchitis Dek Kerana Batuk Kahak Berpanjangan

Salam sejahtera ..

Masa mengandungkan Muhammad, daku alami batuk yang 'on' 'off' tapi selalu ja ada kahak berwarna kuning. Pegi jumpa Dr di Annur Hospital terus direfer kepada Pakar Resporatori.


Disahkan sebagai pesakit bronchitis. Maksudnya ada inflammasi dalam saluran pernafasan yang menyebabkan pengeluaran mukus yang banyak. Diberi antibiotik dan turbuhaler. Guna lebih kurang 6 bulan jugak time tu.

Batuk berhenti. Tapi masih ada mukus. Sebenarnya, mukus ni bagus untuk membunuh sebahagian bakteria. Tapi apabila ianya terlalu banyak, boleh mengundang bahaya jugak.

Jumpa lagi Doktor di klinik lepas bersalin Muhammad. Dia sarankan untuk amik Omega aka minyak ikan secara megadose untuk kurangkan inflamasi tersebut.

Untuk pengetahuan, inflamasi ni merupakan salah satu cara sistem imun badan kita bertindak terhadap bendasing yang datang menceroboh. Inflamasi nilah punca pengeluaran mukus atau kahak yang banyak tu.

Secara amnya, Omega ni ada 2 jenis iaitu Omega-3 dan Omega- 6. Keduanya penting untuk sistem imuniti badan kerana ianya merupakan 'building block' untuk membina kompaun super hormon yang dipanggil 'EICOSANOIDS'.

Kedua- dua jenis Omega ni mesti diperolehi dari sumber makanan sebab badan kita tidak boleh menghasilkannya secara semulajadi. Tapi, hati- hati ya, keduanya mesti seimbang dari segi pengambillannya.

Sebab dalam satu kajian, jika kita amik Omega 3 secara berlebihan, lebih dari Omega-6, ianya boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Oleh kerana itu, paling senang, daku sarankan amik OmegaGuard Shaklee. Sudah seimbang dan terbaik sebab berunsurkan dari bahan semulajadi dan terbukti melalui kajian saintifik yang utuh.
Pilihan di tangan uols.

Kerana takut mau bergantung kepada ubat batuk saja, bagus amik ni OmegaGuard. Lagi selamat sebab bahannya dari sumber semulajadi.

Harganya RM136 sahaja untuk 90 kapsul. Penggunaan 3 bulan. Tapi jika terpaksa amik megadose, cukup satu bulan sahaja penggunaannya.

Cubalah sebagai ikhtiar untuk hilangkan mukus atau kahak yang banyak itew.

Sharing is loving!

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...