Assalamualaikum.
Sungguh banyak khasiat susu ibu buat si manja. Sepertimana saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa bayi yang lahir perlulah diberikan . Tugas sebagai ibu memang berat. Oleh yang demikian, tugas untuk menjayakan penyusuan susu secara eksklusif ini bukan sahaja terletak pada ibu ya, malah suami pun turut memainkan peranan yang penting.
Apakah peranan suami? Perkongsian ini bolehlah memberi sediki tips bagaimana caranya untuk suami menyatakan sokongan dan sekaligus membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
1. Sentiasa aktif dalam sokongan anda. Kadang- kadang tu, si isteri pun inginkan pendapat suami. Maka suami perlulah turut memperlengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Bacalah buku tentang penyusuan dan hadir ke kelas bersama isteri. Mesti si isteri lebih bersemangat.
2. Belajar memberi sokongan yang betul. Terkadang tu, tengok si isteri penat dan stress, suami menawarkan pula susu formula buat bayi. Ini a BIG NO! Sokonglah isteri dari segi membantu dia mengambil air, mengurut belakang isteri atau menjaga anak lain selain bayi yang menyusu. Alhamdulillah suami banyak membantu menjaga Maisha dan Mikail ketika Muhammad disusukan.
3. 'Sayang ni hebatlah. Abang bangga ada isteri macam sayang.'
Beritahu isteri yang anda sebagai seorang ayah sangat menghargai pengorbanan mereka. Penyusuan memerlukan kerja keras dan boleh menyebabkan keletihan mental. Puji dan beritahu isteri yang dia seorang yang hebat dan anda berbangga dengannya.
4. Bangun dengan bayi pada waktu malam. Walaupun bukan anda yang menyusukannya. Mungkin suami boleh menukar lampin dan menidurkan bayi. Bantulah isteri dengan pelbagai cara untuk memudahkan mereka.
5. Tolong isteri dengan menguruskan hal bayi yang lain seperti mandikan bayi, bercakap dengan bayi dan macam macam lagi. Ini juga boleh mengeratkan hubungan anda dengan bayi anda.
6. Mengambilalih tanggungjawab di rumah. Bantu membersihkan rumah, menyiapkan makan malam, membayar bil dan sebagainya. Ini penting kerana isteri perlu membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk mula menyusu bayi yang baru lahir.
7. Jangan membeli susu formula buat bayi. Sekiranya diberi hadiah atau sampel percuma, dermakan sahaja pada rumah anak- anak yatim. Ini supaya kalian tidak menggunakan susu tersebut pada saat genting.
8. Sokongan diberikan untuk isteri berupa hadiah supplemen sememangnya amat membantu untuk para isteri berjuang dalam penyusuan. Supplemen ini berupaya untuk memperlengkapkan si isteri dari segi fizikal dan mental supaya susu yang dihasilkan cukup ber khasiat dan mencukupi buat si manja.
Di antara faedah Set Postnatal Shaklee kepada ibu dan bayi ialah membantu mengurangkan rasa letih si ibu, si ibu akan lebih bertenaga, tidak mudah lapar, meningkatkan penghasilan susu, mengelakkan bengkak susu, mengurangkan sakit belakang dan mengelakkan sembelit.
Berminat untuk mendapatkan Set Postnatal Shaklee yang cukup lengkap buat isteri berpantang dan menyusu, bolehlah menghubungi Kak Mas 013.634.1955. Inshaa Allah konsultasi terbaik buat kalian.
Semoga kalian senantiasa di rahmati olehNya.
Salam sayang,
ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan