Assalamualaikum wrt wbt.
Apa kabar kalian? Sedar tidak sedar sudah 10 ramadhan berlalu. Semoga kita akan lebih istiqamah dan diberi kekuatan olehNya untuk beribadah.
Nampaknya, ibu masih lagi tumbang di asak nafsu. Nafsu amarah terhadap anak- anak masih begitu. Istighfar banyak kali. Insaf. Ya, memang payah. Dengan anak yang berderet, 6 tahun, 4 tahun dan setahun. Rasa sangat hopeless. Down sebab tidak dapat menjadi ibu yang penyayang.
Diri ini tahu. Ramai lagi pasangan di luar sana yang inginkan permata hati sepertiku. Sungguh aku malu pada kalian. Betapa sering terlepas amarahku kepada anak- anak yang tidak bersalah ini.
Ibuku sering berpesan. Jangan dimarahi anak kecilmu itu. Biar seribu kali kau pesan dan nasihat mereka. Walaupun kelihatan semacam air dituang ke dalam cawan yang pecah, tapi In shaa Allah, lama- kelamaan mereka akan faham.
Kau yang kena bersabar. Inshaa Allah satu hari, segala pesanan mu akan masuk dalam minda separa sedar mereka.
Dan kau juga. Sebagai ibu, jangan terlalu menekan diri sendiri. Hanya inginkan segalanya berubah menjadi terlalu sempurna. Sehinggakan dirimu lelah. Rapuh.
Biarkan segalanya berjalan dengan sendirinya. Cuba sedaya yang termampu. Nikmati setiap saat kerana ianya tidak akan datang semula kepadamu. Kita belajar dan anak- anak juga belajar dari kita. Tentang erti sesuatu kehidupan.
Penuhinya dengan kasih sayang. Lembut. Belas ihsan. Bahagia itu jangan dicari terlalu jauh. Kerana dirimu yang akan menentukan makna kebahagian. Dan sebenarnya, sekiranya kau sedar, bahagia itu ada dalam dirimu sendiri.
Dalam HATIMU.
Allahuakbar. Itu pesanan ibu padaku. Ibu yang melahirkan dan membesarkan SEBELAS adik beradik kami. Semoga aku bisa menjadi seperti ibu. Sabar. Tenang. Tegas. Penyayang.
Rasa dari hati,
ibu 3M
10 Ramadhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan