Rabu, 24 Januari 2018

Tips Mengurangkan Sakit Urat Dan Urat Timbul Ketika Hamil

Assalamualaikum

Menginjak kandungan ke usia 3 bulan, terus mengalami masalah urat timbul yang sebelum ini memang sering datang pabila hamil.



Oleh kerana badan yang normal memang bersaiz kecil, berat sebelum mengandung 42kg sahaja. Tidaklah dapat menampung berat bayi yang semakin membesar dalam rahim ini.

Terkadang ianya faktor genetik juga. Sebab sebelum ini, ibu sendiri dan dua orang kakak memang mengalami masalah yang sama ketika hamil. Tapi ianya merupakan one off penyakit saja sebab lepas sahaja bayi dilahirkan, hilang segala masalah tersebut.

Dikenali juga sebagai varicose veins, para ibu jangan memandang enteng masalah ini. Kerana akibatnya boleh menyebabkan ibu sesak nafas dan mungkin boleh membawa maut. Darah yang membawa oksigen tidak mencukupi dan sekiranya ini berlaku, boleh menyebabkan strok kecil di bahagian jantung si ibu. Ini lah yang diterangkan oleh doktor antenatal yang ku temui.

Sekiranya ibu mengalami sesak nafas, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Di samping itu, Mas ada tiga cara yang ingin dikongsi buat ibu hamil yang mengalami masalah yang sama.

1. Guna stokin yang dinamakan compression socks. Ianya banyak dijual di farmasi termasuklah guardian dan watson. Ku beli masa mengandung anak kedua, jenama Scholl yang berharga RM90. Sekarang pun ada yang dalam lingkungan RM70 dan ke atas.


Guna stokin ini ketika waktu siang. Tapi semasa tidur, jangan gunakan stokin ini.



2. Ubat sapu atau spray jenama Perskindol. Ini sangat best. Hanya spray ja di kawasan yang ada urat timbul tu, sapu dan terus pakai compression socks untuk lebih efektif.



3. Jangan sekali- kali tidak minum susu. Kalaupun rasa nak muntah, ambillah supplemen kalsium yang sesuai buat ibu. Daku amalkan Ostematriks Shaklee yang lengkap dengan Magnesium untuk penyerapan yang lebih efektif dalam badan.




Ostematriks ni berharga RM61.25 untuk 120 biji. Boleh dapatkan dengan Kak Mas ya. Wassap saja 013.634.1955.


Diharap dengan tiga tips mudah ini, dapatlah membantu untuk mengurangkan masalah urat timbul yang kalian alami.


Inshaa Allah. Wallahu'alam.

Salam sayang,
ibum3m aka KakMas
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Isnin, 22 Januari 2018

10 Tips Penyusuan Berjaya Buat Ibu Bekerjaya

Bismillahirrahmanirrahim

10 tips ini dikongsikan melalui Fb Lunatots pada 22 Januari 2013

Alhamdulillah, satu persatu ku turuti dan hasilnya memang tidak mengecewakan. Ibu perlu kuat semangat dan kental. Mohon sokongan dan nyatakan azam ibu kepada suami supaya dia bersama- sama memberi semangat kepada si ibu.

Di antara tipsnya ialah :

1. Susukan bayi dengan kerap

2. Susukan bayi pada waktu malam

3. Perah susu ibu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu

4. Jangan beri bayi menghisap puting tiruan

5. Jika ibu bekerja, beri penyusuan secara terus dari payudara sebelum ke tempat kerja dan lakukan sedemikian sebaik kembali ke rumah

6. Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam bagi memerah payudara di sebelah satu lagi untuk membuat stok bekalan susu

7. Perah susu di tempat kerja

8. Susukan bayi secara terus dari payudara pada waktu tidak bekerja

9. Ibu perlu mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi.


**Tips - jangan ponteng mengepam susu ibu semasa di tempat kerja.

Jom dengar lagu Dato Seri Ct Nurhaliza buat bayi yang bakal dilahirkan pada Mac ini. Comel sungguh lagu nya.



Ahad, 21 Januari 2018

Dua Kali Keguguran, Dua Kali Czer, Kandungan Kali Ini Bakal Menjalani Pembedahan Berisiko Tinggi

Assalamualaikum

Baru- baru ini aku melawat seorang rakan yang merupakan ex- ofismateku. Beliau sekarang tengah menyambung pelajarannya ke PhD di UKM.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku tidak tahu yang beliau telah mengalami keguguran baru- baru ini dan masih dalam
pantang 2 minggu.


Terkejut aku. Sebabnya usia kandungan kami memang sama. Kami sama- sama mengalami morning sickness yang teruk.

Punca sebenar adalah bayi dalam kandungannya tidak membesar seperti bayi normal. Pertumbuhan bayinya seakan terhenti pada 3 minggu sebelumnya. Pada masa itu, kandungannya sudah mencecah 20 minggu.

Pemeriksaan antenatal dilakukan seperti biasa akan tetapi, doktor mengesahkan masalah ini.

Oleh itu, doktor mencadangkan agar kandungan ini di 'induce' memandangkan beliau tidak menunjukkan sebarang tanda keguguran.

Masalahnya, beliau sebelum ini sudah bersalin secara czer sebanyak 2 kali melalui dua anak yang sedia ada. Dan pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali juga.

Doktor kata, induce hanya boleh dilakukan sebanyak 5 kali dan jika kandungan ini tidak juga keluar, maka beliau harus menjalani pembedahan berisiko tinggi bagi mengeluarkan janin tersebut.

Maka, beliau ditahan di wad HUKM sejurus selepas itu. Induce kali pertama. Beliau tidak mengalami apa- apa tanda. Risau sungguh hatinya.

Induce kali kedua. Alhamdulillah kandungannya keluar sempurna lengkap dalam kantung. Beliau bersyukur kerana dapat elakkan daripada menjalani pembedahan berisiko tinggi yang mungkin boleh mengancam nyawa si ibu.

Sebak dan sedih rasa apabila beliau menceritakan semuanya. Berkaca- kaca matanya menahan pilu di dada. Aku pun terasa sebak sangat.

Menurut doktor, masalah kandungan tidak membesar dengan normal adalah mungkin disebabkan faktor tekanan yang ibu alami semasa dalam proses kehamilan.

Mungkin ibu tidak menyedarinya, akan tetapi bayi dalam kandungan boleh merasa dan menerima efek yang buruk terhadap tekanan tersebut.

Tambahan pula, disebabkan oleh sejarah kandungan ibu yang sebelum ini sememangnya agak fragile, menjadi kemungkinan punca masalah tersebut.

Oleh yang demikian, para ibu yang sememangnya faham akan tubuh badan sendiri, seharusnya ambil serius dan peka akan perkara ini.

Amalkanlah supplemen untuk penguat rahim dan dapatkanlah nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang supplemen tertentu.

KakMas sarankan pengambilan makanan seimbang, jangan makan makanan yang agak tajam seperti air kelapa dan nenas. Jaga emosi ketika di awal kehamilan. Jangan kerja dan angkat benda- benda yang berat. Mohon pertolongan suami.

Selain itu, amalkan vitamin yang diberikan oleh doktor. Di samping, supplemen sebagai nutrisi tambahan contohnya ESP.

ESP Shaklee boleh membantu untuk menguatkan rahim si ibu kerana terdiri daripada asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Ianya perlu diambil sebagai makanan tambahan bagi membina struktur sel dinding yang kukuh pada rahim si ibu.

Sekiranya ibu preggie mahu mendapatkan ESP Shaklee ini, boleh sahaja menghubungi Kak Mas di talian 013-6341955 ya.

Konsultasi percuma akan diberikan buat kalian.

Salam sayang,
ibum3m 
013-6341955
Pengedar Shaklee Shah Alam/ Hulu Langat


Sabtu, 20 Januari 2018

Bapak Idola Tiada Duanya

Bismillahirrahmanirrahim

Beliau seorang perantau dari seberang. Datangnya ke Tanah Malaya untuk mencari rezeki buat keluarga.


Bertemu jodoh di negeri di bawah bayu, Alhamdulillah dikurniai sebelas cahayamata.

Seorang yang sentiasa ceria, kelakar tapi dalam masa yang sama tetap tegas. Suka bermain gitar di masa lapangnya dan menghiburkan kami semua.

Dalam pencariannya mencari rezeki buat keluarga, beliau membeli sebidang tanah untuk diusahakan di samping kerja hakiki yang sedia ada.

Berbudi kepada tanah, sumber rezeki juga buat kami sekeluarga. Anak- anak di ajar bagaimana susahnya mencari duit untuk belanja sekolah dan tidak semena- mena permintaan anak- anak itu dipenuhi.

Seingat aku, aku dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, aku menginginkan basikal sendiri.

Beliau diam. Sambungnya lagi, 'Bantu bapa korek koko banyak- banyak, baru boleh dapat duit untuk sekolahmu ya nak. Sekolah lagi penting, adik- adikmu ramai lagi'.

Sejak itu aku tidak pernah lagi minta apa- apa pun. Cukuplah sekadar berkongsi basikal dengan abang dan jiran yang lain.

Ya, begitulah didikan beliau buat kami. Selalu diingatkan supaya ingat adik- beradik yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.

Beliau seorang kuat. Kuat dari segala segi. Kuat usaha, kuat kerja, kuat buat lawak dan kuat pendiriannya.

Tapi satu jenis kuat yang aku rasa sangat tidak suka pada dirinya, kuat melawan sakitnya walaupun sudah di tahap yang kritikal. Disembunyikannya sampai ke tahap tertinggi.

Beliau bapak kami. Sungguh aku mengagumi dan menyanjunginya. Tiada kata yang bisa ku luahkan untuk menyatakan betapa tinggi dan luhur hatinya buat keluarga
.
Pengorbanan yang tidak pernah padam. Sayang bapak. 

Mudahan beliau diberi kesembuhan secara total dan kembali ceria seperti dulu.

O Allah, Jagakan dia Untuk Kami ❤️

Rasa dari hati,
ibum3m

Ruang Bisnes Shaklee Yang Memudahkan Wanita Bekerjaya Untuk Menjana Pendapatan Sampingan

Bismillahirrahmanirrahim

Oleh kerana bisnes yang dijalankan ini secara online, jadi semuanya hanya melibatkan telefon pintar dan talian internet. Terkadang menggunakan komputer peribadi sendiri. Lebih kepada keperluan gajet yang sedia ada.

Kedua, produk antarabangsa yang ulung. Sejujurnya, syukur ku rasa sebab produk yang diamalkan dan dibisneskan adalah produk antarabangsa dan merupakan supplemen terulung yang berusia lebih 100 tahun di pasaran. Malahan, produk Shaklee disokong oleh kajian klinikal yang memang tip top dijalankan oleh barisan saintis terkemuka.

Sesuai dengan tagline ' SEMULAJADI. SELAMAT.BERKESAN'. Alhamdulillah, rata- rata hampir 70% produk sudah aku amalkan sendiri dan sudah rasa perubahan yang lebih baik buat diri sendiri dan famili.

Untuk aspek pemasaran, sememangnya menggunakan media sosial sepenuhnya, contohnya fesbuk, insta, blog dan juga ada secara offline melalui kawan- kawan ofis dan famili. Konsultasi mestilah terbaik.

Untuk konsultasi, perlu ilmu mengenai supplemen dan juga fisiologi badan manusia. Ilmu boleh diperolehi melalui kelas nutrisi atau yang Shaklee anjurkan, berbincang dengan pakar Nutrisi Shaklee, melalui pembacaan buku ilmiah dan jurnal oleh Saintis Shaklee dan perkongsian dari rakan bisnes sendiri yang banyak terdiri dari golongan professional termasuklah doktor, bekas jururawat, pegawai farmasi, educator dan sebagainya.

Tapi untuk penyakit, kebiasaannya daku akan suruh pelanggan rujuk dengan pihak hospital dan dapatkan nasihat yang sewajarnya dulu. Sebab Shaklee bukan ubat, hanya supplemen aka makanan tambahan.

Apabila sudah berbincang dengan rakan dan pelanggan itu sendiri, segalanya diserahkan kepadaNya. Berbalik kepada amalan rohani yang menjadi MASTER CHECKLIST yang diajar oleh otai- otai Shaklee yang berjaya.

Klu closed deal, terus klik klik ja di website shaklee untuk order dan pihak Shaklee akan hantar order melalui Gdex atau Citylink dalam 2- 3 hari waktu bekerja.

Klu tiada closed deal, tidak mengapa. In shaa Allah ada rezeki di lain hari. Sepertimana ikan di lautan, semua kita makan ikan. Tapi ikan tidak akan pernah habis.

Begitu jugaklah rezeki kita. In shaa Allah semuanya suda Dia aturkan. Tinggal kita sahaja yang mahu menggerakkannya atau tidak.

KakaMas doakan semua kita dimurahkan rezeki pada hari yang berkah ini. Doakan iols jugak ya 😍

Khamis, 18 Januari 2018

Small Office Home Office Buat Work-At-Home-Mom

Assalamualaikum

In shaa Allah

Mengimpikan ada ruangan kecil ini untuk menguruskan bisnes dengan lebih sistematik.


Ada sistem filing yang teratur dengan resit order, buku rujukan, buku nota produk, buku akaun keluar masuk duit dan juga buku rujukan. Ada lemari khas untuk ready stok supaya boleh COD bila- bila masa.

Siap ada laptop dan printer jugak. Depan laptop mesti ada board yang tertulis misi dan visi yang ingin di capai. Gambar suami, anak- anak dan famili sebagai 'push factor' untuk sukses.

In shaa Allah tengah kemas bilik mym3m dulu. Dalam tu nanti bole la buat ruangan kecil untuk si ibu berbisnes 😉.

Sekarang ni, dimana- mana ja bisnes jalan. Di dapur, di luar sambil menjemur kain, di bilik atas katil jugak hehe. Pokoknya, merata tempat.

Tapi yang penting ada line internet dong. Kalau tiada, memang nda jalan la bisnes iols. 😄

Semua ini perancangan sebelum bakal bayi ke empat ini dilahirkan pada penghujung bulan Mei ini.

Semoga ibu masih ada tenaga dan semangat untuk bakal SOHO ku. Huhu

Salam manis,
ibum3m

Isnin, 15 Januari 2018

Petua Mengurangkan Hidung Tersumbat Dan Batuk Disebabkan Flu Selesema

Assalamualaikum..

Hari ni tekak rasa semacam ja. Perit dan sukar untuk menelan.

Hidung pun asyik sok sek sok sek tanda tersumbat. Pabila malam menjelang, rasa tidak boleh bernafas melalui hidung. Terpaksa dari mulut.

Alahai ini memang simptom flu, selesema dan demam.
Maka, setelah ketiga-tiga anak tidur, aku pun buat tiga perkara ini supaya selesema itu berkurangan.

Pertama, buat minyak bawang putih. Ku ambil 5 ulas bawang putih tidak buang kulit. Cucuk dengan lidi dan bakar satu persatu di atas api.

Ketuk dengan lesung sikit. Masukkan dalam bekas kaca kecil. Tambah minyak zaitun dan minyak telon supaya lebih wangi.
Ini ku sapu di atas dada, di belakang dan tapak kaki sebelum tidur.


Kedua, ku ambil bawang merah sederhana besar. Buang kulitnya dan hiris nipis- nipis.


Ini pula akan diletakkan berdekatan dengan kawasan tempat tidur. Semacam ionizer gitu untuk membersihkan udara dalam bilik.


Ketiga, disebabkan khasiat bawang putih ini terlalu banyak. Bak kata Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi fb beliau, bawang putih ini sangat mujarab untuk mengurangkan selesema dan flu.


Beliau menyarankan ibu- ibu yang menyusu yang punya anak bawah setahun apabila diserang flu atau selesema, makan saja satu atau dua ulas bawang putih sehari. Secara mentah. Tidak payah untuk memberi ubat kepada bayi tersebut.

Tapi untuk menelan bawang putih itu mentah- mentah, amatlah payah walaupun aku pernah ikhtiar begini. Terasa sungguh di tekak.

Syukur juga la, Shaklee ada produk Garlic Complex dalam bentuk pil/ tablet yang senang untuk di telan.
Maka, aku pun menelan la Garlic ni 3 biji.


Bismillahi tawakkaltu.. mudahan dengan ikhtiar ini dapatlah mengurangkan flu dan hidung tersumbat yang di alami.

Dengan izinNya jua.

Salam sayang,
Ibu Mas
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam/Hulu Langat

Ahad, 14 Januari 2018

Resveratrol Dalam Vivix : Sinar Baru Buat Pesakit Kanser

Diceritakan pengalaman salah seorang pengguna Shaklee..


Oktober 2006, saya disahkan menghidap kanser payudara. Saya menjalani rawatan lumpectomy, kemoterapi, herpectin, radiasi dan hysterectomy.

Selepas kemoterapi, saya mula mengambil Nutriferon, Vitalea, Ostematriks dan Vita-C Plus.

Usai 6 bulan rawatan, saya mula mengamalkan Vivix.

Doktor saya yang merupakan Ketua Surgikal Onkologi di Pusat Kanser Motfit di Florida, mendapati hasil ujian dan darah saya memberangsangkan.

Saya bertanya, " Dr, ada tidak sebarang rawatan atau ubat yang efektif yang boleh membantu merawat kanser payudara saya ini?"

Dia menjawab, " Tidak ada, tetapi ada satu BAHAN yang telah kami jumpai yang boleh membantu dalam merawat kanser payudara. Bahan itu sekaligus boleh mencegah dari pertumbuhan semula sel- sel kanser payudara dan prostat."

Tambahnya lagi, "Saya telah melabur sebanyak 1 juta geran bagi menjalani penyelidikan dan ujian klinikal terhadap bahan tersebut".

Dengan penuh pengharapan saya bertanya, "Apakah bahan itu?".

Dia menjawab, "RESVERATROL".

"Sejujurnya Dr, saya telah mengambil Vivix (RESVERATROL) selama 6 bulan sehingga sekarang".

Doktor saya terkejut lalu berkata, "Awak adalah orang pertama yang saya lihat memiliki keputusan ujian yang baik terhadap RESVERATROL. Saya cadangkan awak terlibat dalam penyelidikan dan ujian klinikal yang saya sarankan tadi."

Sekiranya geran tersebut diluluskan, saya bakal membantu Yayasan Susan B. Kemen melalui penyelidikan ini.

Sesungguhnya, pengambilan Vivix, Nutriferon dan supplemen lain dapat membantu mengatasi ketakutan saya terhadap penyakit kanser yang saya alami. Lebih- lebih lagi, dalam mencegah pertumbuhan semula sel- sel kanser tersebut.

Barbara W. Seminole
Florida
17 September 2009


Berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Vivix Shaklee? Hubungi saja Mas, 013-6341955. Sedia memberikan konsultasi percuma buat kalian.

Sabtu, 13 Januari 2018

Pengedar Shaklee Area Shah Alam Sedia Membantu

Saya, Puan Masliani Hj Abdul, berumur 35 tahun, kini menetap di Shah Alam Selangor.


Telah berhijrah ke bumi Semenanjung sejak tahun 2012. Asalnya orang Tawau, Sabah. Alhamdulillah usai 8 tahun perkahwinan, memiliki seorang puteri berusia 7tahun dan dua putera berusia 5 tahun dan 1 tahun 7 bulan. Inshaa Allah bakal menimang cahayamata ke- empat pada penghujung Mei 2018.

Bekerja sebagai seorang pensyarah Biologi di salah sebuah IPTS di Selangor. Menceburi bidang bisnes secara part time dalam bidang supplemen antarabangsa, Shaklee.

Orang cakap kalau kita mahu memulakan sesuatu yang baik, memang teramat payah. Begitu juga masa diri ini ingin memulakan bisnes Shaklee.

Banyak perkara yang berlegar terutamanya untuk memberikan konsultasi yang terbaik buat setiap pelanggan. Takut tersalah info dan tersilap nasihat.

Alhamdulillah segalanya itu berjalan lancar dengan memberi peluang untuk diri sendiri belajar ilmu mengenai nutrisi dan kepentingan produk itu sendiri. Pengalaman menggunakan produk itu sendiri juga banyak membantu.

Ilmu ini begitu berharga. Datangnya dari group bisnes, side line dan juga dari pihak Shaklee sendiri. Dari diri kita saja mahu hadirkan diri atau tidak.

Dan Alhamdulillah dengan adanya ilmu tersebut, barulah timbul keyakinan untuk memberikan konsultasi buat setiap pelanggan.

Ucapan terima kasih di atas ilmu yang sungguh bernilai kepada setiap 'cikgu'. U know who u are.


Inshaa Allah akan terus melangkah walaupun terkadang tersungkur. Namun, akan terus bangkit untuk tahun ini.

Sekiranya kalian sedang mencari supplemen untuk membantu dalam perjuangan penyusuan, masalah kesuburan, kewanitaan dan sebagainya, saya sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.

Jangan segan untuk hubungi saya ya,

MAS
013-6341955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 12 Januari 2018

Jumaat Yang Ceria Walaupun Hujan Hingga Ke Malam

Salam Jumaat

Alhamdulillah anak- anak ceria ke sekolah pagi ni.



Mikail sudah tidak nangis ke sekolah.
Ibu pun rasa tenang ja.

Khamis, 11 Januari 2018

Persamaan Dengan Dato Seri Siti Nurhaliza Sempena Birthday DCT

Assalamualaikum..

teruja hari ni sebab besday kesayanganku dan juga kesayangan satu Malaya ini.


Tidak lain tidak bukan Dato Seri Siti Nurhaliza. Membesar dengan lagu- lagunya sangat menggamit memori zaman sekolah dulu.

Lagu- lagu evergreennya di putar di setiap corong radio hari ni sempena harijadi beliau.

Topik ini ku pilih selepas mendengar radio Era fm petang tadi yang ku kira begitu menarik juga untuk dikongsi.

Apakah persamaan kalian dengan DCT? Daku pun tidak mahu ketinggalan ya.

1. Suka menyanyi
2. Punya suara yang ku kira merdu la jugak .. kasi can la perasan lebih..KahKahKah
3. Pernah mengikuti pertandingan nyanyian dan menjadi juara. Aku sekadar juara bintang kecil sekolah rendah jak punn..
4. Kini Mengandung dan bakal menimang cahayamata pada tahun 2018
5. Naluriku mengatakan ini baby girl. Mungkin sama juga jantina bakal bayi DCT.
6. Bayi DCT bakal lahir bulan Mac, bulan kelahiran sama denganku.
7. Mengidam manis- manis, tidak boleh makan pedas.

Ehm ku rasa cukuplah ini saja yang dikongsi. Lebih- lebih nanti muntah pulak kalian.

KahKahKah

Dariku,
Bukan serupa DCT😊

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...