Bismillahirrahmanirrahim
10 tips ini dikongsikan melalui Fb Lunatots pada 22 Januari 2013
Alhamdulillah, satu persatu ku turuti dan hasilnya memang tidak mengecewakan. Ibu perlu kuat semangat dan kental. Mohon sokongan dan nyatakan azam ibu kepada suami supaya dia bersama- sama memberi semangat kepada si ibu.
Di antara tipsnya ialah :
1. Susukan bayi dengan kerap
2. Susukan bayi pada waktu malam
3. Perah susu ibu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu
4. Jangan beri bayi menghisap puting tiruan
5. Jika ibu bekerja, beri penyusuan secara terus dari payudara sebelum ke tempat kerja dan lakukan sedemikian sebaik kembali ke rumah
6. Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam bagi memerah payudara di sebelah satu lagi untuk membuat stok bekalan susu
7. Perah susu di tempat kerja
8. Susukan bayi secara terus dari payudara pada waktu tidak bekerja
9. Ibu perlu mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi.
**Tips - jangan ponteng mengepam susu ibu semasa di tempat kerja.
Jom dengar lagu Dato Seri Ct Nurhaliza buat bayi yang bakal dilahirkan pada Mac ini. Comel sungguh lagu nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan