Sabtu, 5 Mei 2018

Cara Untuk Kekal Bertenaga Semasa Berada Di Bilik Bersalin


Assalamualaikum.


Tengahari tadi seorang rakan telah selamat melahirkan bayi perempuan, seberat 3.22kg di sebuah hospital swasta di Shah Alam.


Katanya, suami tidak dapat menemaninya kerana terpaksa menjaga 2 anak yang lain.

Teringat masa bersalin anak pertama dan kedua, sememangnya Hospital Tawau tidak membenarkan suami masuk. Ini kerana bilangan bilik bersalin yang amat terhad yang hanya dipisahkan dengan tabir semata.

Ibu menerima dengan redha.

Alhamdulillah anak ketiga, suami dapat menemani dan sekaligus mencipta pengalaman apabila dapat memotong tali pusat dengan bantuan doktor.

Alhamdulillah ibu kekal bertenaga kerana sebelum memasuki bilik bersalin, ibu amalkan 3 biji buah kurma, segelas susu ESP Shaklee dan 3 sudu minyak zaitun.

Tidak lupa juga, ibu mengambil 4 biji Ostematriks iaitu supplemen kalsium untuk memudahkan lagi pengecutan dan pengenduran otot- otot terutamanya di bahagian serviks.

Alhamdulillah bayi lahir tanpa jahitan episiotomi, dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat.

Ini pengalaman ketiga ibu.

In shaa Allah kandungan ke empat sudah memasuki minggu ke 38. Mudahan dipermudahkan seperti kelahiran anak ketiga ini.

Buat kalian, ibu hamil, sekiranya ingin mendapatkan Set Berpantang boleh saja menghubungi Mas, 013-6341955.

Mas sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...