Khamis, 11 Mei 2017

Salam Nifsu Syaaban Buat Wanita Bersuamikan Pejuang Agama

Assalamualaikum wrt wbt.

Salam Nifsu Syaaban. Sesungguhnya peringatan ini amat bermakna buat ku. Peringatan ini dikongsikan oleh salah seorang rakan sepejabatku di wall Fb beliau.

Jom bersama kita hayati. Supaya menjadi tauladan buat semua.




Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.


Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.


Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.


Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama.


Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.


Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.


Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.


Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.


Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.


Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.


Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.


Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.


Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.


Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi SAW.


Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka.

Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.


Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.


Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.


Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.


Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga.


Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.


Semoga bermanfaat.

Rabu, 10 Mei 2017

Hilang 10 Kilogram Dalam Masa 10 Minggu Secara Sihat Semulajadi Berkesan

Assalamualaikum wbr wbt.


Setiap orang mengimpikan berat badan yang ideal. Dulu masa sekolah, Mas pun pernah alami berat badan berlebihan. Jangan terkejut walaupun Mas sekarang kecil dan kurus saja. Yalah, dengan ketinggian hanya 150cm, memang tidak padan lah jika berat 52kg bukan? Huhu.

Dalam pada kita berlumba- lumba mahu hilangkan berat badan, ianya perlu strategi dan langkah yang berkesan dan perlahan. Jangan terlalu terpengaruh dengan iklan- iklan seperti sapu saja boleh hilang 3 inci. Aduh, sangat tidak logik di situ.


Sempena hari cuti Wesak ni, di sini Mas kongsikan kisah Puan NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA yang memiliki berat badan berlebihan dan berjaya mengurangkannya dengan cara yang lebih sihat dan selamat.

Jom baca kisah beliau yang berjaya mengurangkan 10 kilogram dalam masa 10 minggu.

.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.
.Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah..

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off.

Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan..

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut...

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

.4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik..

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu. .

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang.

Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata..
Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan..

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!.
GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.



Wah, teruja bukan? Bukan senang kita nak istiqamah seperti beliau. Tapi tidak juga mustahil untuk dilaksanakan.


Inginkan konsultasi atas tujuan yang sama seperti beliau? Hubungi saja Mas 013.634.1955. In shaa Allah Mas akan tunjukkan caranya. Wassap tau 😍


Salam sayang,
Ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Selasa, 9 Mei 2017

Sakit Sendi Dan Lutut Beransur Pulih Dengan Set Sendi Premium Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Seiring dengan pertambahan usia, kesihatan semakin tidak mengizinkan. Sama seperti ibu mertua, yang sering mengalami sakit sendi dan lutut. Alhamdulillah setelah mengamalkan Set Sendi Premium, sakit itu beransur pulih.


Perkongsian yang sama oleh salah seorang pengamal set ini iaitu Puan NOR SHAHIZAN RAHIMI. Jom baca perkongsian beliau.
.

Assalamualaikum.


Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee" saya mengenali Shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar Shaklee "menakluki" hati saya sepenuhnya. Setelah merasai #shakleeeffect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk Shaklee "jatuh berkali-kali" hasil bimbingan SID hebat bergelar "Ratu Vivix"..

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu..Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. 


Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung. .Vitamin untuk "daily essential" memang sudah menjadi rutin.

Setelah membuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard..Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. 


Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen..

Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. 


Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off"..

Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee.

Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.


Berminat untuk mencuba Set Sendi Premium Shaklee? Hubungi Kak Mas 013.634.1955 ya. Konsultasi percuma buat kalian. 

Kita ikhtiar, dengan izinNya jua.


Shaklee, semestinya selamat, semulajadi dan berkesan.

Isnin, 8 Mei 2017

Hilang 10 Kilogram Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Dah dekat puasa, semuanya mau cantik bergaya di hari lebaran kelak. Nak kurus dan nampak sihat semestinya.

Mari baca perkongsian sihat dari NADIA EZDANIE terhadap suami tersayang. Alhamdulillah BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 10KG SELEPAS AMALKAN SET KURUS SHAKLEE.

.

Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman.

Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang..

Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan bersenaman tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan.

Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang. Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian.

.
Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih effisyen.

Akhirnya bertemu kami dengan blog celikvitamin dan isteri saya menghubungi Puan Adilah Manaf. Setelah membuat perbincangan, beliau mencadangkan set kurus kepada kami (Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Herb-Lax,ESP dan Cinch). Puan Adilah telah memberikan konsultasi yang excellent!!!!.

Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan.

Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan.

Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee..

Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih effisyen.

Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee.




Dapatkan konsultasi terbaik dari Kak Mas ya 013.634.1955. Sedia membantu kalian. inshaa Allah.


Semoga bermanfaat.

Ahad, 7 Mei 2017

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Shaklee Sunway Geo Tower

Assalamualaikum wbt.

Berakhir sudah event yang di anjurkan oleh Shaklee sempena pembukaan Home Office baru yang terletak di Sunway Geo Tower. Kalian boleh waze saja tempatnya.




Hati membuak- buak mau pegi tapi apakan daya. Masih di sini menemani si kecil.

Untuk dua hari ini, berlangsungnya pemeriksaan kesihatan percuma buat semua yang hadir. Sesiapa saja boleh datang, tidak kira lah mereka itu pengedar Shaklee atau bukan ahli Shaklee. Semuanya dijemput hadir.


Kalian bukan sahaja boleh membuat pemeriksaan kesihatan percuma, malah boleh mendapat hadiah misteri dengan syarat wajib membeli produk Shaklee sebanyak 100 UV. Eh peraduan selfie pun ada dapat hadiah jugak. Best betul kan?





Teruja tengok rakan- rakan Shaklee yang pulang dengan pelbagai jenis hadiah. Ada yang bawa pulang Vivix, blender terbaru dan banyak lagi. Jeles tau. Huhu.




Rugi bukan? Tapi jangan risau, sekiranya kalian tidak berpeluang untuk datang pada hari semalam dan tadi, ada lagi event sebegini ya.

In shaa Allah 20 dan 21 Mei nanti. Jangan lepaskan peluang ya. Percuma sahaja tau.




Semoga bermanfaat. Book the date ya!


Salam sayang,
ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Sabtu, 6 Mei 2017

Vivix Hadiah Buat Ibu Dan Ayah Tersayang Demi Kesihatan Yang Berpanjangan

Assalamualaikum wbt.

Tiada yang lebih indah daripada melihat mereka gembira.

Tiada yang lebih indah dari membuat mereka bahagia.

Tiada yang lebih indah dari melihat mereka terus sihat dan bertenaga.



Seiring dengan pertambahan usia, mereka, insan yang banyak berjasa kepada kita sering ditimpa masalah kesihatan.

Sesungguhnya tiada yang lebih bernilai dari erti sebuah kesihatan. Justeru, sekiranya kalian tercari- cari supplemen terbaik buat insan tersayang, Vivix Shaklee adalah jawapannya.

Rujuk gambar di bawah yang mengandungi informasi mengenai Vivix Shaklee.




Alhamdulillah, ramai telah memperolehi perubahan yang baik setelah berikhtiar dengan Vivix.






Vivix Shaklee ini merupakan minuman botanikal dalam bentuk yang mudah diamalkan oleh golongan veteran yang rata- rata sukar untuk menelan pil atau kapsul yang banyak. Ini lebih memudahkan kerana ianya berbentuk cecair.

Amalkan satu sudu makan setiap hari sebelum tidur atau seawal pagi. Satu botol mengandungi 150ml iaitu untuk penggunaan selama satu setengah sehingga 2 bulan. Cara penyimpanan ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin.

Satu botol Vivix Shaklee berharga RM475. Sekiranya kalian membeli Twinpack Vivix, kalian akan menikmati penjimatan berganda iaitu dengan mendapat keahlian percuma seumur hidup, pengeposan percuma dan pulangan BONUS berbentuk wang tunai sebanyak RM30++ pada bulan seterusnya.

Untuk pembelian seterusnya, kalian boleh membeli Vivix Shaklee dengan harga jimat iaitu pada harga ahli. Bukan sahaja Vivix, malah semua rangkaian produk Shaklee yang terdiri daripada penjagaan kesihatan, penjagaan rumah dan penjagaan wajah. Semuanya boleh kalian miliki dengan harga jimat sebagai ahli Shaklee.

Yakinilah produk Shaklee kerana ianya sudah lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa, mendapat kelulusan KKM dan diuji secara klinikal melalui kajian terperinci dan terulung.

Terbaru, kajian Landmark Study yang membuktikan pengamal supplemen Shaklee selama 20 hingga 30 tahun mempunyai kesihatan yang LEBIH BAIK berbanding golongan yang tidak mengamalkan sebarang supplemen dan golongan pengamal supplemen selain produk Shaklee.

Produk Shaklee sememangnya terbukti selamat, semulajadi dan berkesan buat pengamalnya.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saja Kak Mas di talian 013.634.1955. Inshaa Allah konsultasi terbaik hanya buat kalian.

Semoga bermanfaat.

Salam sayang,
ibu M3M
Pengedar Shaklee Shah Alam

Jumaat, 5 Mei 2017

Masalah Buasir Dan Bayi Kuning Hilang Dengan Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman bersalin anak pertama semestinya amat dikenang oleh para ibu. Si manja lahir ke dunia membawa seribu satu kebahagiaan. Ibu bapa menjalankan tanggungjawab yang cukup besar untuk mendidik anak- anak.



Bagi si ibu, perjuangan ini tidak terhenti di sini. Malah diteruskan dengan penyusuan dan proses pemulihan badan ibu sendiri. Semua ini tidak boleh dipandang remeh. Sangat penting bagi si ibu menjaga kesihatannya dengan sebaiknya semasa dalam proses berpantang.

Pelbagai masalah timbul. Justeru pemilihan Set Bersalin atau Set Berpantang sangat penting bagi membantu ibu- ibu kembali sihat dan bertenaga dari segi mental, spiritual dan fizikal.

Perkongsian ini adalah berkisar dengan masalah yang dihadapi oleh Puan FARAH QURRATUN AINI. Beliau mengalami masalah buasir ketika hamil dan bayi kuning selepas dilahirkan. Mari kita selami perkongsian beliau.

.


Assalamualaikum.


Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.


Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit..
Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2.

Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 


Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang.

Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL.

Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras. 


Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice.


Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh.  

Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada.

Nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8 minggu berat saya 55 Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63 Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 


Alhamdulilah. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!


Wah teruja dengan pengalaman beliau berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah masalah buasir dan bayi kuning hilang dengan mengamalkan set tersebut.

Masih tercari- cari Set Berpantang? Meh hubungi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini.

Semoga bermanfaat!

Salam sayang,

ibuanaktiga
Pengedar Shaklee Shah Alam

Khamis, 4 Mei 2017

Kesihatan Organ Hati Yang Sering Dianggap Remeh

Assalamualaikum wbt.

Jarang kita dengar kepentingan untuk menjaga kesihatan organ terpenting dalam sistem badan manusia iaitu hati. Hati atau lebih dikenali sebagai hepar merupakan organ terbesar dalam badan manusia.



Terdapat beberapa fungsi hati yang perlu kita ketahui. Di antaranya ialah :

1. Menapis dan menyahtoksik darah

2. Detoksifikasi protein
3. Membantu dalam proses pembekuan darah.
4. Tempat penyimpanan vitamin dan mineral.
5. Mengawal hormon.


Gejalanya sangat sukar dikenalpasti. Tapi sekiranya kalian senantiasa terasa cepat letih, lesu, sentiasa lemah, jaundis dan kehilangan berat badan. Ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk mengambil langkah pencegahan terhadap kerosakan hati tersebut.

Selain mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat, pencegahan boleh di ambil dengan mengamalkan supplemen antioksida. Penting sebab punca sel dalam badan kita rosak adalah kerana radikal bebas sama ada yang terhasil dari dalam tubuh dan juga dari persekitaran yang tidak sihat. 

Justeru, dengan pengamalan supplemen anti oksida diharap dapat mengurangkan sel badan kita dari mudah rosak. Khususnya, dapat membina sel membran yang terdiri daripada phospholipid dalam sel hati tersebut.

Supplemen anti oksidan adalah terdiri dari 3 jenis vitamin iaitu vitamin A, C dan E. Produk Shaklee yang mengandungi ACE ini boleh diperolehi dengan mengamalkan Carotomax, Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E.

Kedua, amalkan supplemen DTX Shaklee yang khusus buat kesihatan hati.



Ketahui mengenai DTX Complex Shaklee di SINI.

Ketiga, untuk kesihatan menyeluruh, amalkan Vivix Shaklee amatlah disarankan. Minuman botanikal yang di rumus khas untuk bertindak sehingga ke peringkat sel DNA. Mampu memperbaiki dan memperbaharui sel- sel badan yang rosak kepada yang lebih sihat.

Justeru, janganlah ambil enteng berkenaan dengan organ hati ini. Jangan tunggu sampai masa sudah terlewat untuk menjaga kesihatan hati. Mencegah lebih baik dari mengubati.

In shaa Allah dengan amalan gaya hidup sihat, bersenam dan pengambilan nutrisi dan suplemen yang betul, kita masih mampu mengelak kerosakan hati sekaligus mencegah kerosakan yang lebih parah akibat dari masalah yang dihadapi.


Sekiranya berminat dengan produk Shaklee, hubungi saja Kak Mas 013.634.1955. Sedia memberikan konsultasi terbaik buat kalian.

Salam sayang,

ibum3m
Pengedar Shaklee Shah Alam

Rabu, 3 Mei 2017

Perubahan Jadual Imunisasi 2016 Yang Mungkin Para Ibu Tidak Tahu

Assalamualaikum wbt.

Pabila kita sudah bergelar ibu bapa, anak- anak semestinya menjadi keutamaan kita. Kalau boleh, kita mahu anak kita itu membesar dengan sihat, ceria, pintar, aktif dan cergas.


Pelbagai usaha di lakukan. Objektif utama selepas kelahiran sang bayi adalah untuk memberikan mereka perlindungan semaksimum yang mungkin.

Pertama, melalui penyusuan susu ibu. Satu perkara paling penting dalam susu ibu yang tiada dalam susu formula ialah ANTIBODI. Kau tengok lah iklan susu formula yang ada tambahan DHA EPA bagai. Akan tetapi, tetap tidak dapat menandingi khasiat susu ibu. Jadi, berusahalah para ibu sekalian. Cabar diri, cari ilmu secukupnya, berkongsi dengan rakan dan rujuk mana- mana pakar laktasi di negara ini.

Kedua, melalui vaksinasi. Rupanya, ada jadual imunisasi terbaru yang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan. Sungguh tidak ku sangka jadual imunisasi yang diberikan kepadaku untuk Muhammad, anak ketiga yang lahir pada tahun 2016 bukan yang terkini. Alahai. Terdapat perubahan untuk suntikan Measles. KKM sudah tambah satu dos lagi untuk bayi berumur 9 bulan.



Jadi sekiranya bayi para ibubapa sekalian lahir di hospital kerajaan, in shaa Allah tidak ada masalah kerana mereka senantiasa membawa informasi terkini. Akan tetapi, untuk yang lahir di hospital swasta, para ibu dan ayah kena alert ya. Ini supaya tidak terjadi lagi perkara seperti Kak Mas ni.


Ketiga, melalui pemakanan seimbang. Sebelum bayi menginjak ke umur 6 bulan, semuanya nutrisi akan disalurkan sepenuhnya melalui susu ibu. Jadi, tugas ibu lah supaya beliau senantiasa menjaga pola pemakanan yang seimbang. Itulah kenapa Kak Mas memilih Set Postnatal bagi memenuhi segala nutrisi untuk keperluan diri sendiri dan si manja tersayang.

Alhamdulillah kesannya memang sangat memuaskan. Susu meriah, bayi memang bagai di pam pam, gebu gebas gitew. Kulit Kak Mas pun berubah menjadi semakin sihat dan cerah. Bonus sesangat. oh, satu lagi, berat memang maintain sebelum dan selepas kahwin. Aumm.

Tips lain, selepas 6 bulan, si manja sudah mula mengenal makanan. Perkenalkan dengan bubur nasi, sumber protein, puri buah- buahan dan sayur- sayuran. In shaa Allah bayi akan membesar dengan sihat. Kita bantu mereka dari segi untuk membina sistem perlindungan mereka.

Kebiasaannya, untuk dua minggu pertama permulaan memperkenalkan makanan kepada anak kak Mas dulu ialah bubur nasi untuk 2 minggu. Selepas itu, barulah tambah sayur sedikit demi sedikit. Sejenis sayur untuk tiga hari. Selepas tiga hari, tukar pulak dengan sayur yang lain. Contohnya 3 hari pertama sayur brokoli, 3 hari seterusnya sayur bayam dan begitulah seterusnya. 

Alhamdulillah. Segala ikhtiar yang dilakukan, kita serahkan segalanya kepada Dia. Dengan izinNya juga.

Sekiranya berminat untuk mengetahui Set lengkap Postnatal, Set Menyusu, Set Imuniti atau set apa sekalipun. 

Hubungi saja Kak Mas 013.634.1955. Kak Mas sedia membantu dan berkongsi pengalaman. Inshaa Allah konsultasi terbaik buat kalian.

Welcome to Parenthood.

Salam sayang,
ibuanaktiga
Pengedar Shaklee Shah Alam

Selasa, 2 Mei 2017

Bagaimana Supplemen Membantu Pesakit Diabetes?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini mau cerita mengenai insan tersayang iaitu ibu mertuaku. Sangat baik, pandai masak, seorang yang ku kira sangat cekal dan tinggi pengorbanannya sebagai seorang ibu, isteri dan wanita bekerjaya.


Mertua seorang pesakit diabetes. Katanya bukan kerana keturunan, sebab sejarah Mak Tok dan ke atas memang tiada diabetes. Dapat sebab tidak jaga makan katanya. Dulu keja gomen. Sana sini makan hotel, salah satu sebabnya beliau tidak dapat kawal pola pemakanannya.

Makan sedap kan? Rezeki depan mata, bedal semua. Serupa dengan KakMas. Keh keh.

Alhamdulillah tinggal satu rumah. Jadi kami berkongsi supplemen termasuklah ESP. ESP ni minuman soya perisa vanila yang punya asid amino yang lengkap buat pengamalnya.

Untuk pengetahuan, mertua penghidap Diabetes Type II yang popular di kalangan usia 40 tahun ke atas. Tahap insulin yang dihasilkan CUKUP tapi hilangnya SENSITIVITI pada 'target cell'. Maksudnya, sel yang menyerap insulin tu buat 'bodoh' sahaja walaupun insulin itu sudah ada di depan mata.

Ada kajian pada tahun 2001 dan 2013 membuktikan bahawa salah satu asid amino iaitu Arginine terbukti boleh meningkatkan sensitiviti 'target cell' terhadap insulin.

Maka tepatlah pilihan mertua daku untuk minum ESP ni. Supaya 'target cell' beliau kembali bertindakbalas dengan insulin yang ada. Kasihann itu insulin tidak dipedulikan.

Kalian tahu kan apa tindakan insulin dalam badan? Untuk kurangkan paras gula dalam darah secara semulajadi. Jadi kalau kita makan, time tu paras glukosa akan naik, insulin ni lah yang tolong turunkan paras gula tu kembali kepada normal.

Selain ESP, beliau juga seorang pengamal Vivix. Terbaik buat beliau. Kesannya, beliau lebih bertenaga dan kurang rasa kebas di tangan dan kaki.


Semoga dengan usaha ini, ianya mampu menolong kesihatan mertua ke arah yang lebih sihat.

In shaa Allah. Aamiin 😍

Salam sayang,

ibum3m
013.634.1955
Pengedar Shaklee Shah Alam

Isnin, 1 Mei 2017

Manfaat Kesihatan Dikongsi Bersama Yang Tersayang

Assalamualaikum wbt.

Sudah lebih 4 tahun memilih supplemen Shaklee sebagai langkah untuk meningkatkan kesihatan diri sendiri malah seluruh ahli keluarga.


Alhamdulillah sejak amalkan supplemen Shaklee, sungguh banyak perubahan yang di alami. Terasa lebih bersemangat, lebih bertenaga dan tidak cepat letih. Akan tetapi, manfaat tersebut akan lebih manis sekiranya dikongsi bukan?

Jadi bermula dengan di dalam rumah. Suami, anak- anak dan mertua. Anak- anak diberikan makan Vitamin C Chewable dan OmegaGuard. Pernah bagi mereka Vitalea for kids, tapi tidak pula dorang mahu. Last last ibu yang perabih.

Untuk suami, Kak Mas letakkan dalam pillboxnya vitamin asas iaitu Vitamin B, C dan Vitalea. Ostematriks 4 biji, bagi dengan dia sebelum tidur. Macam mak mak yang memaksa anak telan pil. 😂

Untuk mertua, ESP memang tidak boleh putus bekalan. Sebab dia rasa macam mau pitam kalau tidak minum ESP sebelum sarapan. Mertua ada diabetes, jadi ESP ni sangat bagus sebab indeks glisemiknya yang rendah. Perlahan- lahan glukos di lepaskan dalam darah supaya tidak terlalu craving sugar, tidak cepat lapar dan sentiasa bertenaga.

Untuk bapa yang jauh di Sabah, Kak Mas pastikan beliau tidak putus bekalan Ostematriks dan Alfalfa untuknya. Untuk masalah sakit belakang dan lawas kencing. Untuk ibu, pernah bekalkan dia OmegaGuard tapi dia jenis yang payah mahu makan supplemen. Kalau jamu, haa bagilah dia, terus disambar macam kilat. Inshaa Allah memang sentiasa pujuk dia untuk konsisten. Mudahan lah ya.

Alhamdulillah walaupun kesihatan kadang ok kadang tidak, tapi yang penting kita ada usaha untuk memperbaikinya. Tapi dari segi pemilihan produk, mestilah berhati- hati ya.

Syukurlah supplemen Shaklee adalah produk yang sudah bertahan lama iaitu lebih 100 tahun di pasaran antarabangsa. Tambahan lagi dengan adanya landmark study Shaklee, confirm KakMas tidak cari yang lain.

Sekiranya kalian berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee, hubungi Kak Mas 013.634.1955 ya. Konsultasi terbaik buat kalian.

Sharing is loving.

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...