Rabu, 3 Mei 2017

Perubahan Jadual Imunisasi 2016 Yang Mungkin Para Ibu Tidak Tahu

Assalamualaikum wbt.

Pabila kita sudah bergelar ibu bapa, anak- anak semestinya menjadi keutamaan kita. Kalau boleh, kita mahu anak kita itu membesar dengan sihat, ceria, pintar, aktif dan cergas.


Pelbagai usaha di lakukan. Objektif utama selepas kelahiran sang bayi adalah untuk memberikan mereka perlindungan semaksimum yang mungkin.

Pertama, melalui penyusuan susu ibu. Satu perkara paling penting dalam susu ibu yang tiada dalam susu formula ialah ANTIBODI. Kau tengok lah iklan susu formula yang ada tambahan DHA EPA bagai. Akan tetapi, tetap tidak dapat menandingi khasiat susu ibu. Jadi, berusahalah para ibu sekalian. Cabar diri, cari ilmu secukupnya, berkongsi dengan rakan dan rujuk mana- mana pakar laktasi di negara ini.

Kedua, melalui vaksinasi. Rupanya, ada jadual imunisasi terbaru yang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan. Sungguh tidak ku sangka jadual imunisasi yang diberikan kepadaku untuk Muhammad, anak ketiga yang lahir pada tahun 2016 bukan yang terkini. Alahai. Terdapat perubahan untuk suntikan Measles. KKM sudah tambah satu dos lagi untuk bayi berumur 9 bulan.



Jadi sekiranya bayi para ibubapa sekalian lahir di hospital kerajaan, in shaa Allah tidak ada masalah kerana mereka senantiasa membawa informasi terkini. Akan tetapi, untuk yang lahir di hospital swasta, para ibu dan ayah kena alert ya. Ini supaya tidak terjadi lagi perkara seperti Kak Mas ni.


Ketiga, melalui pemakanan seimbang. Sebelum bayi menginjak ke umur 6 bulan, semuanya nutrisi akan disalurkan sepenuhnya melalui susu ibu. Jadi, tugas ibu lah supaya beliau senantiasa menjaga pola pemakanan yang seimbang. Itulah kenapa Kak Mas memilih Set Postnatal bagi memenuhi segala nutrisi untuk keperluan diri sendiri dan si manja tersayang.

Alhamdulillah kesannya memang sangat memuaskan. Susu meriah, bayi memang bagai di pam pam, gebu gebas gitew. Kulit Kak Mas pun berubah menjadi semakin sihat dan cerah. Bonus sesangat. oh, satu lagi, berat memang maintain sebelum dan selepas kahwin. Aumm.

Tips lain, selepas 6 bulan, si manja sudah mula mengenal makanan. Perkenalkan dengan bubur nasi, sumber protein, puri buah- buahan dan sayur- sayuran. In shaa Allah bayi akan membesar dengan sihat. Kita bantu mereka dari segi untuk membina sistem perlindungan mereka.

Kebiasaannya, untuk dua minggu pertama permulaan memperkenalkan makanan kepada anak kak Mas dulu ialah bubur nasi untuk 2 minggu. Selepas itu, barulah tambah sayur sedikit demi sedikit. Sejenis sayur untuk tiga hari. Selepas tiga hari, tukar pulak dengan sayur yang lain. Contohnya 3 hari pertama sayur brokoli, 3 hari seterusnya sayur bayam dan begitulah seterusnya. 

Alhamdulillah. Segala ikhtiar yang dilakukan, kita serahkan segalanya kepada Dia. Dengan izinNya juga.

Sekiranya berminat untuk mengetahui Set lengkap Postnatal, Set Menyusu, Set Imuniti atau set apa sekalipun. 

Hubungi saja Kak Mas 013.634.1955. Kak Mas sedia membantu dan berkongsi pengalaman. Inshaa Allah konsultasi terbaik buat kalian.

Welcome to Parenthood.

Salam sayang,
ibuanaktiga
Pengedar Shaklee Shah Alam

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...