Khamis, 12 Jun 2014

5 Khasiat Kurma Ibu Hamil Mesti Tahu

 
 
 
 
 
1. Penuh zat besi

Sangat sesuai untuk ibu yang mengalami anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

2. Kaya khasiat
 
Mengandungi protein (1.8%- 2%), serat (2%-4%), glukosa (50%- 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.

3. Mudah kenyang
 
Kandungan gula dalam kurma mudah diserap oleh tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah, ianya membuatkan kita cepat kenyang dan secara tidak langsung, elakkan dari pemakanan yang berlebihan.

4. Tinggi potassium
 
Kandungan potassium yang tinggi penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payu dara dan rahim.

5. Mudahkan proses bersalin
 
Kurma boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses bersalin.
 
Sumber : Pa & Ma 2013

Rabu, 11 Jun 2014

Tips Mudah Hamil Secara Semulajadi

Salam sayang.

Sesungguhnya setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga memang mengimpikan kehadiran si kecil bagi menguatkan lagi kasih sayang di antara keduanya. Takdir Allah tidak ada siapa yang tahu, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, tawakal dan ikhtiar semampunya.



TIGA perkara yang PALING PENTING untuk diketahui oleh setiap pasangan dalam usaha untuk hamil ialah: 

1. Waktu subur iaitu di mana bakal ibu akan mengeluarkan benih iaitu ovum supaya dapat disenyawakan dengan benih suami yang dikenali sebagai sperma.


2. Suami perlu mempunyai sperma yang sihat dan berkualiti.

3. Saluran tiub fallopio bakal ibu mestilah tidak tersumbat dan dapat berfungsi dengan baik agar menemukan sperma dan ovum.


Bagi memenuhi TIGA kriteria penting di atas, di sini ibum2m akan menyediakan beberapa persoalan supaya ianya lebih mudah untuk difahami.

1. Waktu Subur : Bagaimana cara mengetahuinya?

CARA 1 - Pengiraan Hari Subur


Wanita normal kebiasaannya mempunyai kitaran selama 28 hari, dan waktu subur bagi wanita normal memang senang di agak iaitu dalam lingkungan hari ke 10-15.

Jika wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, tandakan HARI PERTAMA HAID pada setiap bulan pada kalendar sekurang- kurangnya selama 8 -12 bulan. Pastu, boleh buat pengiraan macam yang di bawah:

Pilih kitaran yang paling panjang, pastu tolak 18 hari = X

Pilih kitaran yang paling pendek, pastu tolak 11 hari = Y

Jadi, waktu subur anda ialah dari hari ke- X hingga ke Y.

CARA 2 - Perubahan suhu basal badan (BBT)

Suhu badan diukur pada waktu awal pagi dengan menggunakan alat jangka suhu digital. Kebiasaannya semasa ovulasi, suhu badan akan melonjak sehingga 36.7C (atau lebih daripada itu). Tapi kadang- kadang bacaan ni tidak tepat kalau kita demam, tidak cukup tidur atau ada penyakit- penyakit lain.

CARA 3 - Pemeriksaan bendalir pangkal rahim

Waktu subur, bendalir akan menyerupai putih telur mentah, terhasil dalam jumlah banyak dan jernih (tiada warna). Selepas ovulasi, bendalir akan jadi lebih pekat, kental, berwarna keputihan dan sedikit.

Boleh klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mengetahui waktu subur anda.

2. Sperma Sihat Dan Berkualiti : Bagaimana memilikinya?



Sperma Sihat VS Sperma Tidak Sihat


Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital berdekatan anda. Tapi kalaupun malu, ibum2m menyarankan agar suami mencuba SET KESUBURAN SUAMI SHAKLEE yang terdiri daripada Vitamin E dan Zink.
Vitamin E
Fungsi : Membantu mepertingkatkan kemampuan reproduktif dengan meningkatkan kiraan sperma, kualiti air mani dan motiliti sperma.
(120 biji hanya RM149)
Klik SINI untuk info lanjut Vitamin E


Zink
Fungsi : Membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma.
(120 biji hanya RM33.75)

Harga SET KESUBURAN SUAMI hanya RM182.75 tahan untuk penggunaan 2-4 bulan.


 3.  Saluran tiub fallopio bakal ibu berfungi dengan baik 

Pemeriksaan lebih lanjut boleh dilaksanakan dengan berjumpa doktor berdekatan. Hal ini kebiasaannya hanya boleh dikesan dan diperbetulkan dengan kaedah pembedahan kecil iaitu laparoscopy yang menyerupai teropong kecil bagi mengetahui lokasi tersumbat terbabit. Boleh klik SINI untuk info lanjut berkaitan masalah ini.

Saranan ibum2m untuk bakal ibu, bolehlah mencuba untuk memiliki SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE yang terdiri daripada GLA dan ALFALFA.


GLA
Fungsi : Membantu mengawalselia hormon estrogen wanita dan sekaligus mempertingkatkan tahap kesuburan wanita
(60 biji hanya RM91.25)


Alfalfa
Fungsi : Bertindak sebagai 'Kacip Fatimah', mengawal keputihan, mengelakkan senggugut dan PMS.
(330 biji hanya RM 53.75, 700 biji hanya RM97.50)

Harga SET KESUBURAN WANITA hanya RM145 atau RM188.75 tahan untuk penggunaan 2-4 bulan


Mari tengok testimoni..









Harga SET KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI?

Hanya RM327.75 SAHAJA

(Tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM10 untuk Semenanjung Malaysia atau RM20 untuk Sabah/ Sarawak.)


Demikian perkongsian ibum2m bagi setiap pasangan yang belum memiliki cahayamata atau yang tengah merancang untuk menambah sahabat bagi si kecil anda..Sesungguhnya kita hanya berikhtiar, supplemen sebagai alat tetapi hanya dengan izin Allah SWT, insya Allah impian memiliki si comel anda akan tercapai..;-)

Untuk sumber rujukan yang lain, anda bolehla klik di SINI untuk mengetahui tips- tips merancang kehamilan anda.




Untuk mendapatkan SET KESUBURAN SUAMI dan SET KESUBURAN WANITA, anda boleh klik sahaja di bawah ini.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e98cb037f376fa53b314c166766ef55e


Bagi mendapatkan konsultasi PERCUMA dari ibum2m, boleh saja menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat).


Semoga bermanfaat!


COD Area : Putrajaya


Love,
ibum2m






Selasa, 10 Jun 2014

Misteri Lagu Mikail

Assalamualaikum dan salam bahagia semuanya..
 
Ibum2m percaya yang semua mesti pernah dengar lagu Al-Haq nyanyian Mawi dan Dato' AC Mizal? Lagu ni memang jadi kesukaan ibum2m disebabkan ada mention nama Mikail..;-) Maisha pun kalau dengar lagu ni di radio atau mana- mana, mesti dia cakap, " Ibu, ni lagu adik Mikail kan ibu?"..
 
Rupanya dalam lagu ni, terselit doa yang sangat bagus untuk diamalkan iaitu doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki. Doa ini dikenali sebagai Hizib al-Hafiz iaitu Doa Bismillah.

"Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi"
Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku
 
"Bismillahi Jibril"
Dengan nama Allah, Jibril
 
"Fi Yamini"
Pada kananku
 
"Bismillahi Mikail"
Dengan nama Allah, Mikail
 
"Fi Shimali"
Pada kiriku
 
"Bismillahi Israfil"
Dengan nama Allah, Israfil
 
"Fi Amami"
Pada hadapanku
 
"Bismillahi Izrail"
Dengan nama Allah, Izrail

 
 
 
 
Kesimpulannya, di samping menyanyi lagu ni, bolehlah ianya dijadikan amalan seharian kita kan..Jom nyanyi!
 
 
Salam Sayang,
ibum2m


Selasa, 3 Jun 2014

Cara Mengetahui Jangkitan Kulat Atau Bakteria Pada Faraj Wanita

Salam Ceria..

Hari ini ibum2m ingin berkongsi masalah yang sangat privacy bagi semua golongan wanita tidak kira usia. Sememangnya masalah berkaitan alat sulit memang sesuatu yang memalukan dan kita sangat takut untuk membuka cerita kepada wanita lain termasuklah doktor.



Akan tetapi, kita tidak boleh berdiam diri sebab takut nanti melarat pulak kan? Jadi atas sebab inilah, ibum2m ingin sekali kita berkongsi mengenainya. Langkah awal, kena periksa isyarat jangkitan faraj dulu dan tahu punca samaada ianya jangkitan kulat atau bakteria.

Tanda- tanda Jangkitan Faraj

Pengeluaran lendir berwarna putih
Gatal
Berbau
Sakit pada abdomen
Demam
Sakit ketika membuang air kecil
Haid yang tidak menentu

Bagaimana mau tahu ianya berpunca daripada jangkitan bakteria atau kulat?

Jangkitan bakteria : Lendir berwarna kuning, bau hamis dan gatal pada kemaluan

Jangkitan kulat : Lendir berwarna susu, bergumpal, bau masam, rasa gatal dan bengkak pada kemaluan.

Untuk info lanjut mengenai jangkitan faraj, boleh klik di SINI sebagai rujukan anda.

Saranan Pengambilan Suplemen Shaklee

SET DALAMAN WANITA
 (ALFALFA + GARLIC COMPLEX)

Alfalfa :
Membantu mengelakkan keputihan dan mengurangkan tanda- tanda jangkitan faraj.
Pengambilan : 2 biji, 2 kali sehari
Harga : RM53.75 (330 biji) atau RM97.50 (700 biji)
Penggunaan : Bergantung kepada kekerapan

Garlic Complex :
Bertindak sebagai antivirus dan antibakteria untuk menghalang pembiakan bakteria dan kulat.
Pengambilan : 2 Biji sehari sekali
Harga : RM47.50 untuk 60 biji
Penggunaan : 2 bulan
RM101.25 SAHAJA atau RM 145 SAHAJA

(Tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM10 bagi Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah/ Sarawak)
  
Perkara yang paling penting harus diingat dalam penjagaan dalaman wanita adalah memastikan faraj kekal kering sentiasa. Selain itu, elakkan daripada memakai pakaian dalam yang ketat dan sebaiknya menggunakan fabrik daripada kapas.

Untuk mendapatkan SET DALAMAN WANITA, boleh klik di bawah ni untuk pesanan segera.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8381872fa17f9dcb5fdb58802461c46e

Untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA, boleh lah terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 ya!
COD Area : Putrajaya

Sayang,
ibum2m 

Isnin, 2 Jun 2014

Ekslusif Vitamin E Shaklee : Raikan Vitamin Cinta Anda Hari Ini

Salam bahagia semua..

Bulan Cinta (Eva) 


Di atas bangku dari bambu
Di bawah terangnya rembulan
Berduaan duduk denganmu
Bercinta penuh kemesraan

Malam indah bagaikan di syurga
Penuh cinta kasih dan sayang
Cahaya purnama menjanjikan
Cinta kita kan abadi selamanya

Ingin seribu tahun lagi
Hidup selalu di sampingmu
Sungguh aku tak mahu mati
Bila tanpamu di sisiku

Bulan terang sebagai saksinya
Saksi cinta kita berdua
Langit kasih mesra terikat dihati
Untuk saling menyayangi

Bulan itu bulan cinta
Bulan itu bulan kita
Terangi gelapnya rasa
Sinari gelapnya cinta
Menghiasi malam asmara

Bulan itu bulan cinta
Bulan itu bulan kita
Biaskan cahaya kasih
Pancarkan cinta yang suci
Satu dan dua rasa dihati

Wah, best betul lagu Bulan Cinta ni kan, teringat zaman sekolah dulu, lagu ni tersangat lah femes time sekitar tahun 90-an. Ibum2m bukannya buang tebiat ya hehe.., tapi bersempena dengan promosi Vitamin Cinta bulan ni iaitu Vitamin E Shaklee.

Ibum2m dan Ayahm2m: Majlis Raikan Cinta Disember 2010

Kenapa Vitamin E terkenal dengan Vitamin Cinta?
Vitamin E aka Vitamin Cinta ini merujuk kepada Vitamin Kesuburan bagi pasangan berumahtangga khususnya kaum bakal ayah. Ini kerana Vitamin E yang mengandungi kandungan Selenium telah terbukti berkesan boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat sebagai pelindung terutamanya pada motilitas sperma. 
Tahukah anda yang kajian bertahun- tahun oleh University Harvard ke atas lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%.
Berapa banyak dos yang perlu diambil?
Dos selamat ialah 3,200IU. Seharian, normal kita perlu sekitar 400IU Vitamin E bagi membolehkan sel-sel badan kita yang sihat untuk melawan radikal bebas. Untuk kita dapatkan 400IU Vitamin E tu kita kena makan bersamaan 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gram badam. Wah, bayangkan betapa banyak nya tu!!!
Tapi, jangan risau, dengan Vitamin E Shaklee, kita hanya perlu ambil 1 biji sehari untuk pemeliharaan kesihatan kita ya. Bagi pasangan yang ingin fokus untuk meningkatkan sistem reproduktif dan anti penuaan, boleh lah mengambil 2 biji sehari.
Manfaat lain Vitamin E Shaklee?
Pengambilan harian sebanyak 800IU Vitamin E dapat melindungi jantung.
Lelaki yang mengambil 600IU - 800IU Vitamin E setiap hari mampu meningkatkan bilangan sperma mereka.

1 kapsul Vitamin E setiap hari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan pigmentasi. Selain itu, Vitamin E juga membantu memulihkan tona kulit  dan tekstur kulit yang tidak sekata.

Pengambilan Vitamin E lebih dari 1200IU sehari mampu bertindak sebagai anti-oksidan kuat yang membantu melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan sebagainya.

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen.

Memperbaiki arthritis dengan meningkatkan keanjalan salur darah, kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit-sakit sendi.

Ujian klinikal mendapati ianya berupaya menghalang keguguran dan kematian janin.
 

 Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus kepada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Jom kita baca testimoni pulak..



Zuriat : Penantian 10 tahun berakhir dengan berita gembira



Vitamin E untuk Set Kesuburan Lelaki


Vitamin E untuk Kulit Cantik


Harga Vitamin E Shaklee?
Harga sebotol Vitamin E Shaklee hanya RM156.80 untuk 120 biji. Boleh tahan sehingga 4 bulan bergantung kepada fokus penggunaan. 
Untuk mendapatkannya, boleh lah terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955. 

Semoga bermanfaat.



Love,
ibum2m
Pengedar Shaklee Shah Alam




Rabu, 28 Mei 2014

6 Cara Mendapatkan Anak Lelaki Atau Perempuan

Salam ceria..


Apa khabar sahabat ibum2m hari ni? Diharap semuanya dikurniai kesihatan dan kebahagiaan dalam menjalani hidup kita seharian.  

Teringat lagi masa di awal perkahwinan dulu, ibum2m sangat teruja dengan berita kehamilan. Yalah, siapalah yang tidak teruja dengan berita gembira. 

Dan sungguh tanpa diduga dan agak terkejut juga sebab memang ibum2m time tu 'bunting pelamin'. Bulan Disember kahwin, bulan September 2011 terus dianugerahi cahaya mata pertama, Maisha Nuwairah.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat bukan? 

Usai perkhabaran gembira tersebar, mulalah terfikir dalam hati, apalah jantina si baby, bagaimana rupanya nanti? Hidungnya seperti akukah atau ayahnya? Memang banyak sangat persoalan yang mengujakan. 

Apapun, entri kali ni adalah merupakan topic hangat ala- ala Hot fm style la. Agak 18SX ya tapi info ini bagus untuk manfaat  bersama.



Bagaimana hendak mendapatkan baby Superman atau Princess Elsa? hehehe, saja ja buat entri gempaq. Ada beberapa kaedah semulajadi yang boleh  dipraktikkan untuk bakal ibu dan bakal ayah di luar sana. 


CARA MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN



1. Makanan

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu makan lebih banyak makan makanan beralkali, manakala ibu kena lebih kepada makanan berasid. 

Jika mahu baby Superman, suami makan lebih berasid manakala ibu makan lebih beralkali.

Contoh makanan beralkali ialah sayur- sayuran, buah- buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Manakala makanan berasid termasuk daging, makanan laut dan lain- lain.

Boleh rujuk di SINI untuk makanan beralkali atau berasid.

2. Masa

Jika kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid, ini akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan baby Princess Elsa manakala jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke 11 hingga ke-16, mungkin berupaya untuk mendapat baby Superman.

3. Kedalaman

Incik asben tidak perlu memasukkan Mr 'Z' terlalu dalam ke vagina jika mahukan baby Princess Elsa. Tapi, kalau baby Superman, buatlah perkara sebaliknya. 

Kromosom X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y pula sebaliknya. 

Jadi atas sebab inilah, asben perlu memasukkan Mr 'Z' lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapat baby Superman.

4. Kemuncak

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Ini kerana apabila isteri mencapai klimaks, isteri mengeluarkan cecair beralkali. Jika sebaliknya, suami klimaks selepas isteri, mungkin anda boleh mendapat baby Superman.

5. Persediaan isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, boleh cuba alternatif sendiri dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika mahu baby Princess. 

Tapi jika mahu baby Superman, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya miss 'V' lebih beralkali.

6. Kedudukan

Untuk baby Princess Elsa, keadaan suami perlu berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim.

 Manakala kedudukan isteri di bawah, suami di atas membolehkan mendapat baby Superman.



Selesai perkongsian ibum2m untuk hari ini yang dipetik dari sumber Koleksi Pa&Ma, Penjagaan Ibu dan Bayi. Harap info ini sangat berguna untuk semua ya. Tapi apapun jantina si anak, Princess Elsa mahupun Superman, kedua- duanya adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita semua. Jadi, bersyukurlah kepadaNya.. 

Ingin mendapatkan Set Kesuburan Suami Isteri, boleh menghubungi Mas 013.634.1955, Konsultasi terbaik hanya untuk kalian.

Kalian boleh juga rujuk di sini mengenai artikel cara mendapatkan bayi lelaki oleh Dr Zubaidi.

Semoga bermanfaat!

Sayang,
ibum2m

Selasa, 27 Mei 2014

Harga Set Menyusu Shaklee Khas Untuk Ibu, Si Pejuang Kental?

Salam bahagia..

Titisan emas iaitu susu ibu adalah anugerah paling berharga buat si manja anda. Bagi menjayakan proses ini, memang banyak liku, cabaran dan halangan yang mungkin para ibu perlu tempuh di sepanjang usaha menyusukan bayi. Tapi, ibum2m pasti yang semua ibu- ibu memang akan berjuang dan berusaha sehabis gigih untuk menjayakan program ini.

Sebagai salah satu ikhtiar untuk menjayakan penyusuan adalah melalui pengambilan supplemen. Secara umumnya, setiap supplemen mempunyai fungsi yang berbeza. Di sini ibum2m kongsikan fungsi setiap satunya.

Vitalea :
Multivitamin yang lengkap dengan pelbagai nutrisi.

Vitamin B :
Agen penenang semulajadi, memberi mood yang baik dan mengurangkan tekanan kepada si ibu.

Vitamin C :
Membantu menguatkan sistem imun ibu dan anak.

Alfalfa :
'Penggalak susu' bertindak untuk mempercepatkan memperbanyakkan penghasilan susu ibu.

Ostematriks :
Memenuhi keperluan kalsium harian bagi menguatkan tulang, gigi dan gusi.

ESP :
Sumber protein yang menjadikan susu ibu lebih pekat dan berlemak supaya bayi tidak mudah meragam dan cepat kenyang.


SET A : Set Menyusu Bajet 

1. Alfalfa
2. ESP

Harga : RM 203.75 kegunaan 2 bulan

SET B : Set Menyusu Asas

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa

Harga : RM 288.75 kegunaan 3- 4 bulan



SET C

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Ostematriks

Harga : RM 296 kegunaan 3- 4 bulan.


SET D 

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks

Harga : RM 349.75 kegunaan 3- 4 bulan.




SET E: Set Menyusu 3M

1. Vitalea
2. Vitamin B
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematriks
6. ESP

Harga : RM 499.75 kegunaan 3- 4 bulan.


Set- set ini diperkenalkan untuk menyempurnakan perjuangan penyusuan ibu berlandaskan keperluan dan bajet masing- masing. Tapi perlu di ingat ya ibu- ibu sekalian, supplemen sahaja tidak membantu 100% dalam penghasilan susu ibu ya.
Apa yang penting adalah ibu-ibu mesti memegang prinsip "DEMAND AND SUPPLY", jika permintaan tinggi maka bekalan pun akan turut tinggi. Jadi, ibu mesti kerap menyusukan bayi secara direct mahupun pam setiap 3 jam untuk memastikan permintaan sentiasa ada. Jangan culas ya! Kalau boleh, bawalah beg pam tu kemana- mana sahaja ibu pergi sekiranya bayi tiada di sisi ibu. Lagi tips, pastikan minum 3.2 liter air sehari ya..
Untuk sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh terus menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat) atau ibu boleh add saya melalui FB: Masliani Hj Abdul.
"BE POSITIVE, I LOVE BREASTFEEDING"
Semoga bermanfaat!
Love,
ibum2m 

Terkini: Jangan Pilih Kosmetik Jika Ada Bahan BAHAYA Ini!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas di bumi Allah. Sebenarnya beberapa hari lalu ibum2m dikejutkan dengan pemergian sahabat Shaklee group kami, Naila. Walaupun hanya berjumpa di alam maya, tapi perasaan tu memang tidak dapat digambarkan dengan kata- kata. Memang tersentak seketika dan terkedu. Sememangnya janji Allah itu pasti, kita takkan tahu bagaimana pulak dengan nasib kita kan..(istighfar)..Di sini ibum2m memohon jasa baik sahabat- sahabat yang membaca entri ini agar menyedekahkan Al- Fatihah buat saudari Nurbaiti. Semoga rohnya tenang di alam sana.
 
Terbaru, ibum2m memang tidak pernah terlepas membeli majalah Pa&Ma, dan untuk isu  bulan ni, dikepilkan sekali dengan majalah Rapi (percuma ya). Dan entri hari ni adalah berkenaan apa yang ibum2m baca dalam majalah tersebut.
 
Jadi, jangan main beli ja produk yang ada bahan- bahan seperti di bawah:
 
1. PVP/ VA COPOLYMER
Produk : Semburan rambut dan kosmetik
Kesan : Beracun dan boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru - paru yang sensitif
 
2. STEARALKONIUM CHLORIDE
Produk : Kondisioner dan krim rambut
Kesan : Biasanya digunakan sebagai pelembut kain dan boleh menyebabkan alahan.
 
3. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Produk : Semua produk
Kesan : Kandungan umum selepas parabens. Bahan utama adalah formaldehid untuk mengawet mayat dan sangat berbahaya untuk manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar,  keradangan dan pengeluaran air mata.
 
4. METHYL, PROPYL, BUTYL AND ETHYL PARABEN
Produk : Semua produk
Kesan : Digunakan untuk menghambat pertumbuhan bakteria dan melanjutkan had masa luput produk. Sangat BERACUN dan boleh menyebabkan reaksi alahan dan ruam kulit.
 
5. PROPYLENE GLYCOL
Produk : Kosmetik dan pembersihan wajah.
Kesan : Diperbuat daripada gandum dan merupakan gliserin sayuran yang dicampur alkohol. Boleh menyebabkan kemerahan dan radang pada kulit. Juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.
 
6. SYNTHETIC COLORS
Produk : Kosmetik
Kesan : Penyebab kanser. Jangan sekali- kali menggunakan produk yang ada bahan ini!!!
 
7. SYNTHETIC FRAGRANCES
Produk : Kosmetik
Kesan : Bila kita menggunakan produk yang wangi, makan semua bahan kimia akan diserap ke dalam alirah darah melalui kulit. Boleh menyebabkan sakit kepala, pening, ruam, hiper-pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.
 
8. SODIUM LAURYL SULPHATE (SLS)
Produk : Syampu
Kesan : Digunakan untuk membersihkan dan mencipta buih. Boleh menyebabkan iritasi mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur dan alahan.
 
9. TRIETHANOLAMINE
Produk : Kosmetik
Kesan : Sering digunakan untuk menetapkan pH dan asas kepada produk pembersihan. Boleh menyebabkan alahan dan masalah mata.
 
 
 
Nah, baca saja sudah cukup menakutkan kan? Ini adalah salah satu sebab mengapa ibum2m secara berperingkat- peringkat bertukar kepada jenama Shaklee. Walaupun bukan secara menyeluruh, tapi memang ke arah TRANSFORM atau BERTUKAR...huhu macam transformer ya.
 
 
Ada lambakan produk di pasaran tapi Kenapa SHAKLEE?
 
Ini kerana ianya JAMINAN bahawa semua produknya sentiasa SEMULAJADI SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM.

Setiap produk telah menjalani lebih kurang 500 ujian yang ketat bagi memastikan kualiti produk yang selamat dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan.


 
Di sini ibum2m ingin kongsikan Set Penjagaan Kulit Shaklee. Set ini telah diperakui yang memang tidak mengandungi unsur- unsur bahan kimia seperti di atas. Set Penjagaan Kulit Shaklee ada 2 jenis iaitu Set Nutriwhite dan Set Enfuselle. Mari kita lihat perbezaan di antara keduanya.
 
Set Nutriwhite Shaklee


 
 
Sesuai untuk kulit muka yang tidak sensitif dan tiada masalah kulit seperti jerawat.
Sesuai untuk kulit normal tapi berminyak di kawasan zone T.
Bertindak sebagai set muka yang bagus untuk penjagaan kulit normal.
 

 
Set Enfuselle
 
Set Enfuselle Normal for Dry Skin


Set Enfuselle Normal for Oily Skin
Credit to : www.ilhamfamilysihat.blogspot.com
 
Sesuai untuk kulit muka yang berminyak, kering, sensitif dan mempunyai masalah jerawat.
Bertindak untuk memperbaiki tekstur kulit dan membantu mengurangkan masalah kulit.
Terdapat 2 jenis : Set Enfuselle Normal for Oily Skin atau Set Enfuselle Normal for Dry Skin
 
Jadi sebelum memilih untuk set di atas, kita perlu kenalpasti samaada kulit kita jenis yang bermasalah atau tidak (ada jerawat atau tidak?) dan jenis kulit (berminyak, kering atau normal). 







 
Sebarang pertanyaan atau info lanjut bolehlah menghubungi ibum2m di talian 013-6341955 (sms/whatsapp/wechat)

Salam sayang,
ibum2m
 
 
 
 
 

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...