Rabu, 28 Mei 2014

6 Cara Mendapatkan Anak Lelaki Atau Perempuan

Salam ceria..


Apa khabar sahabat ibum2m hari ni? Diharap semuanya dikurniai kesihatan dan kebahagiaan dalam menjalani hidup kita seharian.  

Teringat lagi masa di awal perkahwinan dulu, ibum2m sangat teruja dengan berita kehamilan. Yalah, siapalah yang tidak teruja dengan berita gembira. 

Dan sungguh tanpa diduga dan agak terkejut juga sebab memang ibum2m time tu 'bunting pelamin'. Bulan Disember kahwin, bulan September 2011 terus dianugerahi cahaya mata pertama, Maisha Nuwairah.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat bukan? 

Usai perkhabaran gembira tersebar, mulalah terfikir dalam hati, apalah jantina si baby, bagaimana rupanya nanti? Hidungnya seperti akukah atau ayahnya? Memang banyak sangat persoalan yang mengujakan. 

Apapun, entri kali ni adalah merupakan topic hangat ala- ala Hot fm style la. Agak 18SX ya tapi info ini bagus untuk manfaat  bersama.



Bagaimana hendak mendapatkan baby Superman atau Princess Elsa? hehehe, saja ja buat entri gempaq. Ada beberapa kaedah semulajadi yang boleh  dipraktikkan untuk bakal ibu dan bakal ayah di luar sana. 


CARA MENDAPATKAN ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN



1. Makanan

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu makan lebih banyak makan makanan beralkali, manakala ibu kena lebih kepada makanan berasid. 

Jika mahu baby Superman, suami makan lebih berasid manakala ibu makan lebih beralkali.

Contoh makanan beralkali ialah sayur- sayuran, buah- buahan, putih telur, susu dan sebagainya. Manakala makanan berasid termasuk daging, makanan laut dan lain- lain.

Boleh rujuk di SINI untuk makanan beralkali atau berasid.

2. Masa

Jika kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid, ini akan meningkatkan peluang untuk mendapatkan baby Princess Elsa manakala jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke 11 hingga ke-16, mungkin berupaya untuk mendapat baby Superman.

3. Kedalaman

Incik asben tidak perlu memasukkan Mr 'Z' terlalu dalam ke vagina jika mahukan baby Princess Elsa. Tapi, kalau baby Superman, buatlah perkara sebaliknya. 

Kromosom X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y pula sebaliknya. 

Jadi atas sebab inilah, asben perlu memasukkan Mr 'Z' lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapat baby Superman.

4. Kemuncak

Untuk mendapatkan baby Princess Elsa, incik suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Ini kerana apabila isteri mencapai klimaks, isteri mengeluarkan cecair beralkali. Jika sebaliknya, suami klimaks selepas isteri, mungkin anda boleh mendapat baby Superman.

5. Persediaan isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, boleh cuba alternatif sendiri dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika mahu baby Princess. 

Tapi jika mahu baby Superman, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya miss 'V' lebih beralkali.

6. Kedudukan

Untuk baby Princess Elsa, keadaan suami perlu berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim.

 Manakala kedudukan isteri di bawah, suami di atas membolehkan mendapat baby Superman.



Selesai perkongsian ibum2m untuk hari ini yang dipetik dari sumber Koleksi Pa&Ma, Penjagaan Ibu dan Bayi. Harap info ini sangat berguna untuk semua ya. Tapi apapun jantina si anak, Princess Elsa mahupun Superman, kedua- duanya adalah anugerah yang tidak ternilai buat kita semua. Jadi, bersyukurlah kepadaNya.. 

Ingin mendapatkan Set Kesuburan Suami Isteri, boleh menghubungi Mas 013.634.1955, Konsultasi terbaik hanya untuk kalian.

Kalian boleh juga rujuk di sini mengenai artikel cara mendapatkan bayi lelaki oleh Dr Zubaidi.

Semoga bermanfaat!

Sayang,
ibum2m

Tiada ulasan:

Resepi Nuget Ayam Homemade

Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...