Agen SHAKLEE Shah Alam dan Tawau, Sabah. Ingin berkongsi pengalaman dan tips penyusuan susu ibu, keibubapaan, kecantikan, kesihatan dan lain- lain. Sedia memberikan konsultasi TERBAIK yang berterusan kepada sesiapa yang memerlukan.
Ahad, 27 Januari 2019
Bekas Pesakit Jantung Kini Berniaga Supplemen Untuk Memberi Manfaat Kesihatan Kepada Semua
Saya, Puan Masliani Hj Abdul, berumur 35 tahun. Asal kelahiran Tawau, Sabah yang kini menetap di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Memiliki 4 orang cahayamata, 3 putera dan seorang puteri.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) , UiTM Shah Alam dan Sarjana Sains Kesihatan (Pendidikan Kesihatan) dari UKM.
Pernah berkhidmat sebagai pensyarah selama 10 tahun di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Cheras. Kini, bergelar usahanita Shaklee yang bekerja dari rumah sepenuh masa.
Sebagai seorang bekas pesakit jantung, saya mempunyai misi untuk bersama membantu memberi kesedaran dan sekaligus meningkatkan kualiti kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Peningkatan kualiti kesihatan ini merangkumi pemakanan yang seimbang, cara hidup sihat, menjalankan aktiviti fizikal dan pengambilan supplemen yang betul.
Seorang pengamal supplemen sejak berumur 6 tahun. Pengamal dan pengedar setia supplemen Shaklee sejak tahun 2012 sehingga kini.
Kebiasaannya, order diterima rata- rata melalui online. Maka, pesanan tersebut akan dihantar melalui www.shaklee2u.com.my. Pihak Shaklee akan menghantar supplemen tersebut melalui Gdex atau Citylink dalam tempoh 3 hingga 7 hari bekerja. Kadar pos hanya RM10 saja seluruh Malaysia.
Ada order melalui famili terdekat, rakan sekerja, rakan suami, bekas pelajar dan rakan taulan yang lain.
Ada juga yang mengenali diri ini sebagai pengedar Shaklee melalui laman facebook, instagram dan blog.
Instagram lya_abdul dan
laman blog iaitu www.ibum2m.blogspot.com
Buat warga seksyen 7 Shah Alam dan sekitarnya, Mas buat juga COD di stesen Petronas Seksyen 7, berdekatan area Jakel.
Kalian bolehlah membeli supplemen sambil shopping di sini. Boleh ‘cuci mata’ kata orang, pasti mata kalian akan jadi lebih terang hendaknya.
Boleh juga COD supplemen di Hospital Shah Alam dan juga Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam.
Sambil melawat atau pun sambil bersenam beriadah, boleh ja kita jumpa untuk mendapatkan supplemen yang sesuai dengan kalian.
Dapatkan konsultasi percuma dari saya,
Masliani Hj Abdul, rakan Shaklee kalian.
Untuk info lanjut, boleh saja menghubungi Mas untuk mendapatkan konsultasi percuma di talian013-6341955.
Rabu, 2 Januari 2019
Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019
Teruja tengok mak bapak hantar anak yang bermacam ragaman pada hari pertama persekolahan.
Salam tahun baru semua. Maaf lama tidak bersiaran. Berhabuk blog ni kesian betul.
Apapun, semoga tahun ini menjanjikan seribu satu kebangkitan, keyakinan dan semangat serta iman yang lebih utuh dan baik daripada sebelumnya.
Maisha dan Mikail seperti biasa teruja untuk ke sekolah. Termasuklah Muhammad si kenit yang baru berusia 3 tahun.
Kakak abang tengah siapkan beg sekolah, dia pun bersemangat siapkan beg lama Mikail. Terus susun depan pintu.
Masya Allah, gelagatnya buat ibu terhibur.
Ibu lambat tidur malam tadi sebab jahit lencana sekolah Maisha. Sudah jahit, senget pulak tu. Terpaksalah buka dan jahit semula.
Kita tengok hari kedua sekolah pulak ya. Meriah wall fb macam hari raya pulak gamaknya. Syiok. Haha.

Kata sahabat, seperti Maisha. Ibu ketawa seja.
Jom tidur. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Aamiin
Khamis, 1 November 2018
Perjalanan Balik Ke Tawau Bersama 4 Anak Kecil

Isnin, 29 Oktober 2018
Takziah Buat Keluarga Penumpang JT610 Lion Air
Allahuakbar
Tiada daya selain Allah SWT
Seluruh rakyat Malaysia turut berduka
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون....
Al Fatihah ....
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهxغَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ahad, 28 Oktober 2018
Krim Malam Bantu Pudarkan Jeragat Yang Degil
Assalamualaikum
Peristiwa malam..
Done packing separuh baju. Anak- anak tidak sabar sudah balik kampung. Nampaknya satu beg tidak cukup. Dengan bertambahnya bilangan anak, beginilah kan.
Alhamdulillah kelulusan cuti sekolah awal sudah diterima dari sekolah Maisha dan Mikail. Gembira betul sebab dapat bercuti sebulan lebih di Tawau.
Syukur juga Maisha sudah habis peperiksaan akhir, esok inshaa Allah ibu dan ayah akan mengambil rekod prestasi Maisha dan Mikail untuk akhir tahun.
Ibu doa yang terbaik ja buat keduanya.
Sebelum tidur, jangan lupa Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.
Paling penting, krim malam dari Youth. Alhamdulillah semakin pudar jeragat yang ku ternak selama bertahun- tahun ni.

Maisha pun cakap, “Bintik di muka ibu kurang sudah”.
Berbunga- bunga chenta hati ibu nak.
Jumaat, 26 Oktober 2018
Gugur Lagi? Apa Yang Perlu Dilakukan?
Bismillahirrahmanirrahim
Menerima wassap 2 hari lepas. Hati ini diruntun pilu. Setelah lama mengidamkan zuriat, tapi gugur lagi buat kali kedua.
Doktor menyuruhnya untuk bed rest dan kembali semula 2 minggu akan datang.
Apa yanv perlu ibu lakukan?
Bertenang, istighfar dan sabar.
Belum pasti lagi ianya betul atau tidak.
Maka, saya pun menasihatinya supaya mengambil supplemen yang untuk menguatkan pintu rahim.
ESP ternyata sesuai untuk masalah tersebut. ESP minuman soya non GMO lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.
Mampu membantu dalam pembaharuan tisu dan sel yang rosak, tukarkannya dengan sel yang lebih sihat dan kuat. Kuat untuk menjalankan fungsinya yang tertentu.
Hanya RM161.25 untuk 850gram buat penggunaan selama 2 bulan.
Inshaa Allah.
Semoga ianya bermanfaat untuknya.
Khamis, 25 Oktober 2018
Dari Pensyarah Ke Seorang Surirumah
Rabu, 24 Oktober 2018
Kenapa Allah Turunkan Hujan?

Selasa, 23 Oktober 2018
Cara Atasi Stress Dan Kerisauan Yang Melampau
Salam Isnin yang produktif
Hari Isnin hari yang sangat sibuk
Terkadang nak kejar dateline, boss pulak asyik mencari kesalahan kita.
Anak- anak tidak mendengar kata. Ibu naik stress.
Oleh yang demikian, amatlah disarankan untuk mengambil Vitamin B Kompleks, Ostematriks dan Vitamin C bagi membantu masalah stress yang dihadapi.
Vitamin B Kompleks yang mengandungi B3 penting untuk membantu mengurangkan stress dan kerisauan iaitu anxiety disorder
Ostematriks yang lengkap dengan kalsium dan magnesium bantu untuk membebaskan hormon serotonin iaitu hormon gembira.
Vitamin C pula akan berkurangan dalam tubuh seseorang pabila dilanda stress. Jika berkurangan, badan kita akan lebih mudah jatuh sakit. Itulah kenapa kita digalakkan untuk mengambil Vitamin C setiap hari di samping ianya tidak dapat disimpan dalam badan kita kerana tergolong dalam vitamin larut air.
Bagi yang ingin mendapatkan Set Stress Go Away ini bolehlah menghubungi Mas di talian 013-6341955.
Semoga bermanfaat.
Ahad, 21 Oktober 2018
Cara Mendapatkan Kulit Tanpa Jerawat, Cerah Dan Berseri Dengan Masker Vitamin C

Energizing Soy Protein berharga RM161.25 unuk 850 gram. Penggunaan sehingga 2 bulan.
Jangan lupa cuba ya.
Tips Dan Petua Bersalin Dengan Mudah Buat Bakal Ibu
Assalamualaikum wrb wbt
Perkara yang paling ditakuti oleh bakal ibu ialah proses bersalin. Walaupun pada hakikatnya, para ibu semestinya sudah tidak sabar untuk menatap wajah cahayamata yang bakal dilahirkan.
Rupa ayah atau rupa ibu?
Tidak sabar rasanya. Tapi suatu proses yang penuh drama akan berlangsung.
Oleh yang demikian, setelah mempelajari teknik pernafasan dan kaedah meneran, ibu perlu TENAGA yang lebih untuk menjalani proses tersebut.
Terdapat banyak petua dan tips yang boleh diamalkan oleh bakal ibu. Di antaranya;
1- Makan telur ayam kampung mentah beserta sedikit madu
2- Minum minyak zaitun dalam 3 sudu makan sebelum bersalin.
3- Amalkan minyak kelapa dara mulai kandungan berusia 7 bulan.
4- Minum milo panas
5- Minum ESP
6- Makan kurma
Semasa bersalinkan anak ketiga, Muhammad memang sangat mudah. Alhamdulillah dia dilahirkan dengan penuh tenang dan paling best, tanpa luka jahitan.
Doktor pun puji sebab Muhammad sangat bersih masa dilahirkan. Ini kerana ibu suka sangat minum air kelapa semasa dekat- dekat nak bersalin.
Alhamdulillah ESP betul- betul berikan tenaga di dalam bilik bersalin.

Para ibu yang ingin mendapatkan minuman ESP, boleh hubungi Mas 013-6341955 ya.
Semoga bermanfaat.
Resepi Nuget Ayam Homemade
Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...
-
Assalamualaikum. Pada minggu ini, genap 2 bulan aku menelan ubat Tibi aka Tuberculosis . Ianya lebih dikenali sebagai penyakit batuk ke...
-
Assalamualaikum Hari ini mau kongsi Resepi Nuget Ayam Homemade Boleh lah bikin untuk minum petang atau makan malam Bahan A : 1/2 dada...
